Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

A Dream




Do you have a dream?
that you really wish for it to be real?
I've been thinking
What is my dream actually..?

........



Thursday, December 29, 2011

Hati Mati




"Kematian hati seseorang itu dapat diketahui ketika ia meninggalkan ibadah, senang melakukan dosa, tidak peduli dengan sebutan yang buruk, merasa aman dari kemurkaan Allah dan mencela orang-orang soleh."

Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni


Saban hari kitab amalan di kiri kita semakin menebal. Asyik berbuat dosa. Tapi masih menganggap bahawa dosa kita tidaklah sebanyak orang-orang yang kita anggap 'jahat'. Masih menganggap bahawa diri masih berpeluang ke syurga.. Sedangkan ibadah tunggang langgang. 


Koreksi diri. Tanya hatimu, bagaimana ibadahmu?

Terus terang pada diri. Jangan lari..!! Siapa kamu sebenarnya. Apa tujuanmu ke dunia.

Akhir sekali, layakkah syurga untukmu selepas tamat kehidupan dunia?

Andai tidak, bersegeralah melaksanakan perintah Allah.


Pertangguhan hanya akan merugikan masa.


kerana MATI tak pernah ditangguh.





Sunday, December 18, 2011

11:112



Hud, 112 - 115.

Seketika.. bacaan terjemahan terhenti. berfikir sedalamnya..


Maka tetaplah engkau (Muhammad) di jalan yang benar, sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan juga orang  yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

11:112

Ya Rabb, aku berlindung denganMu dari godaan nafsu dan bisikan syaitan yang melalaikan hati dan iman..



Tuesday, December 13, 2011

dosa berbau..?


Andai dosa punya bau..
Nescaya, tiadalah manusia mahu mendekati

Andai dosa punya bau...
Nescaya, busuklah hati, busuklah tubuh..

Tapi, dosa tak punya bau..


Sedarlah,
Allah melindungimu
dari dulu hingga kini dan selamanya

Kembalilah kepada Penciptamu

Innalillahi wa inna ilaihiraji'un..


Friday, February 4, 2011

Ikrar


Saban hari ikrar dilafazkan..

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku
Hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam

Ikrar ini, yang kita ulangi 5 kali sehari dalam Iftitah solat,
rasailah, hayatilah.. bukan hanya dilafaz.
biar meresap masuk ke dalam jiwa,
bagaikan air yang mengalir, membersihkan segala resah..
memberi ingatan pada diri..

Aku adalah hambaNya..  

Maka, bertindaklah seperti seorang hamba..
yang menyerah diri hanya pada PenciptaNya.

Dalam Diri, Ada Hati.

Hati
Semua kita, punya hati
Yang simpan pelbagai rasa
Yang simpan pelbagai rahsia
Kamu takkan tahu hatiku
Dan.. Aku takkan tahu hatimu
Akan tetapi..
Hati kita semua diketahui oleh Yang Maha Mengetahui
Tanpa selindung.

Apakah ia hitam bernoda?
Atau putih suci berseri?

Siapa tahu, kita punya hati yang berkulat..
membusuk bagai bangkai..

Aku hanya punya sekeping hati
dalam tubuhku..


Andai hati ini rosak
Takkan ada yang lain
Hanya hati ini 
yang akan kubawa menghadap 
Yang Maha Menguasai Hari Pembalasan
kelak.


Tuesday, August 31, 2010

Merdeka kah Kita?


Kepada tuan punya gambar.. pinjam ya.. heee.. (ambil dr intertet ja..)

Alhamdulillah.. Hari ni 31 Ogos 2010. Hari yang membawa seribu makna pada rakyat Malaysia. Tanpa adanya hari ini pada 53 tahun yang lepas, takkan ada keamanan seperti yang kita kecapi sekarang. Itulah salah satu peri pentingnya kenapa kita perlu belajar tentang sejarah..


(ambooiiiii… ayat tak sudah… hehe… padahal hobi ana adalah tidur semasa kelas sejarah…)

(-_-") Adooiiii…

Kalaupun ana tidur, bukan bermakna ana tak ambil tahu tau… (back up diri sendiri lah tu..) hihi.. Ampun cikgu… mesti cikgu rasa nak ketuk je kepala org yg dok seronok tidur tersengguk-sengguk time cikgu mula bercerita 'bed time story'. Meja paling depan pulak tu! Hoho… (o_O) nakalnya ana…

(Nasib baik wujudnya lagu ni..)

Tanggal 31
Bulan lapan 57
Merdeka merdeka… bla10x..

Ok. Stoplah cerita sejarah lama ana. Tak sesuai utk dijadikan isu hangat. Cerita perihal 31 Ogos baru banyak kisahnya.. Hehe.

Merdeka kah kita?

Itu pertanyaan yang ana ingin soal pada hadirin dan hadirat sekalian.. (ceh.. Bajet tengah bg ceramah..)

Apakah pada saat kita meraikan Hari Kemerdekaan saat ini, kita sebenarnya sudah merdeka, atau masih dalam proses kemerdekaan, atau belum mula mahu merdeka lagi?

Untuk hari cuti seNegara ini, jom sama-sama fikir sejenak.. Sejenak saja. Moga lahir buah fikiran lalu diaplikasi pada agama, bangsa dan negara.

Alhamdulillah. Syukur ke hadratNya kerana tanah air kita sudah merdeka dari jajahan pihak barat. TAPI kesinambungan daripada jajahan itu sebenarnya tidak hanya terhenti setakat 31 Ogos 1957.

Pinjam sebentar kata-kata dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi

"Bukan soal apa yang dilihat, tetapi soal bagaimana kita melihatnya.."

Maksudnya penilaian kita terhadap sesuatu perkara. Yaaa… 31 Ogos bukan hari untuk berpesta ya tuan-tuan dan puan-puan.. Cuti yg diberi bukan khas untuk bersuka ria. Hoooo… malam merdeka ni banyak sungguh sejarahnya. Alhamdulillah, kali ini jatuh pada bulan puasa. Jadi orang pun sambut seadanya..

Bak kata seorang kawan: Terima merdeka seadanya..

(diingat kata ni.. Sebab tiba2 ber'forum' merdeka tanpa ada arah tujuan. Haiyaaa… tiada point utk dikata..)

Cuba dilihat pada sejarah sambutan kemerdekaan sebelum ni.. Uisshhh.. Malam2 merdeka sungguh indah untuk berdua2an pergi menyambut sambil tengok bunga api. Romantik gitu…

Sambut merdeka? Macam mana mahu sambut kalau dating berdua? Itu tanda yang sungguh nyata bahawa 'mereka' belum merdeka.. Belum merdeka dari kejahilan. Belum merdeka dari belenggu dosa.. Banyak lagi contoh ketidakmerdekaan. Kalau begitu, apakah erti merdeka dihayati?

Sila jawab soalan2 berikut: (masuk Sejarah UPSR tau.. UPSR ada subjek Sejarah ka? Heee..)

Apakah merdeka kalau pakaian yang dipakai oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia bercirikan barat?
Apakah merdeka jika disambut dengan irama lagu yang entah apa liriknya? Kita negara Islam. Seharusnya sambut cara Islam kan..
Apakah.. Apakah… Apakah… banyak pula 'apakah' ana.. Hadirin bolehlah sambung sendiri...

Jadi, jomm.. Kita sama2 memerdekakan diri.. Tambah lagi waktu bulan Ramadhan. 10 malam yang terakhir pula.. Sangat sesuai untuk memuhasabahkan diri tentang erti sebenar kemerdekaan..

Ini kata-kata dari ana: Merdekakan hati dari belenggu penjajah segenap penjuru..

Penjajah bukan hanya British ya… cinta pun boleh jadi penjajah juga! Heeee…. Selamat berfikir!

Salam kemerdekaan, salam Ramadhan, salam Ibadah..

Nota 1:
Upsss… tengah2 malam ni, gastrik suka menyerang. Syukur bukan time ana berpuasa di siang hari. Jadi sedikit malas mahu menulis. Ana cuma tulis apa yg terlintas di kepala..


Nota 2:
1 September ana dan segerombolan budak Sabah akan bertolak ke Kuala Lumpur. Flight ke Sabah esok paginya; 2 September. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. InsyaAllah..

Tuesday, June 8, 2010

Jatuh, Berdiri Semula. Ayuh!!


Debar di dada rasa menyesakkan diri. Entah kenapa, getaran itu kian hebat. Jasad hanya mampu diam menanti. Cuma jantung saja yang setia menjalankankan tugasnya tanpa henti..

Examination Result, OUT.

Huhh!! Jatuh lagi! Kecewa. Sedih. Geram. Semua perasaan negatif bercampur jadi satu. Ingin menangis pun ada. Apatah lagi jatuh yang berkali-kali tambah sakit rasa hati..

Akal mencari jawapan.
Kenapa, kenapa, dan kenapa?

Iman pula bicara; Ingatlah Allah wahai diri, dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Segala tentang kita adalah milikNya. Kejayaan, kegagalan, bahagia, sedih.. Segalanya adalah datang dariNya.

Itu barangkali rasa hati bila berkali-kali gagal. Tentu saja antara kita pernah merasai kegagalan. Bila ada yang berjaya, semestinya yang gagal tak pernah tak wujud.. Tak semestinya dalam examination kan? Itu hanya salah satu kejayaan yang perlu kita kejar. Masih banyak kejayaan lain perlu dikejar.

Contohnya?

Berjayakah kita membaca novel setebal 800 pages?
Berjayakah kita menunaikan hasrat ibu bapa kita?
Berjayakah kita memenangi 'hati' Pencipta kita?
Dan.. Banyak lagi cerita untuk kejayaan dan kegagalan..

Selalu saja terbaca pepatah2 ini;

Usaha tangga kejayaan. Kalau naik tangga tu, maknanya akan berjaya. Bukankah begitu?
Pesanan penulis: Nanti jangan lupa naik setiap tangga yang ditemui.. Hehe..

Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Yaa… mudah sekali utk dibaca kan?? Tapi masa gagal, kita rasa frust yang amat. Mesti akan cakap; aku ni dari dulu sampai sekarang, asyik gagal saja.. Waduhh.. Itu adalah satu kemustahilan.. Kerna pada masa-masa tertentu, kita PERNAH berjaya. Cuma kita selalu lupa kerana jarang bersyukur.

Bila rasa putus asa bermaharajalela, fikirlah sejenak firman Allah,

‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.’
 Surah Al-Imran ayat 139

Umat Islam, umat yang beriman. Jadi, jangan lemah, jangan sedih! Kita harus bangkit! Kembali merancang buruan seterusnya. Biarlah Allah yang jadi Hakimnya. Kerana hanya Dia yang berhak ke atas ciptaanNya.

‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Nah! Apa lagi yang ingin kita rungutkan.. Sedangkan Allah Maha Mengetahui. Segala jawapan pada soalan kita, telah pun dijawabNya. Hanya kita yang  pura2 lupa, pura2 tak mahu mencari jawapan melalui iman.

Kalau begitu, bagaimana harus kita mengahadapi kegagalan ini?

Baca, fikir dan amalkan..

‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’
 Surah Al-Baqarah ayat 45

‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).’

Itu caranya. Kembali pada Allah. Jangan lupa, kedudukan kita sebagai HAMBA. Allah yang Maha Luas PemberianNya telah menyediakan hadiah bagi hamba-hamba yang beriman kelak.

FirmanNya;

‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…
Surah At-Taubah ayat 111

Untuk memperoleh hadiah itu pula, tidak cukup hanya dengan mengakui kalimah syahadah. Tetapi dengan mengamalkan perintah-perintah yang termaktub dalam Al Quran dan Al Sunnah.

Oleh itu, janganlah kita berputus asa.. Teruslah berjuang. Kerana masih banyak kejayaan yang perlu kita capai.

‘… ..dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.’
- Surah Yusuf ayat 12 

Jadilah Muslim yang benar-benar Islam, yang bertakwa dan berserah diri kepadaNya.


Mudah-mudahan memberi manfaat.
Wallahu'alam.


Nota 1:

Post ini dah lama terperap dalam laptop.. sejak awal Jun lagi. hehe.. Jarang dapat peluang online. Hari ni kali ketiga berinternet sejak bercuti. Kena daftar subjek untuk sem depan.. wah.. tak lama lagi cuti habis.



Nota 2:

Next Flight is 10 Julai 2010. Malam baru sampai ke bumi Minden.. lagi 2 minggu. huhu..




Tuesday, April 13, 2010

DUIT Exam

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kaifa halukum sabahat pembaca sekalian? (Kalau ada orang yang membaca) hehe.. Alhamdulillah, ana masih diberi pinjam nafas yang sepenuhnya Hak Milik Allah untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan ana sebagai hamba yang bertanggungjawab pada tubuh bernama Nurul Amani.

Selagimana kita menghembus nafas ini, jangan lupa bersyukur pada Tuhan Yang Maha Pengasih. InsyaAllah, sentiasalah kita berusaha untuk saling mengingati. Sungguh, bukan hanya antum, tapi ana juga benar-benar memerlukan peringatan. Kerana diri ana sudah semakin alpa. Banyak sungguh dugaan yang menguji hati dan iman. Ana tak mahu lari dari Pencipta ana. Ana tak mahu jauh dariNya. Tapi kelalaian selalu saja melintasi perjalanan. Menarik diri ana perlahan demi perlahan dari haluan sebenar hidup seorang khalifah.

Ya Allah,
Teguhkanlah hati-hati kami,
Agar sentiasa mengingatiMu,
Pada setiap jalan,
Pada setiap langkah,
Pada setiap helaan nafas.
Biar pada hati kami,
Hanya ada AsmaMu,
Hanya ada cinta untukMu,
Hanya ada rindu untukMu.

Perkenankanlah wahai Tuhan Yang Maha Memperkenankan..

Dah bersihkan hati? Hehe.. Mudah2an bersih dan suci kerana part seterusnya memerlukan kerjasama sepenuhnya dengan hati. Huu??!


Exam bukan setakat penilaian ilmu yang kita pelajari.. Tapi satu tekanan yang mengajak kita melaksanakan kebaikan. Solat hajat pun bertambah pada waktu2 ini.. Doa pun bertambah barisnya.. Masa ada tekanan ini jugalah kita guna masa sebaiknya.. Malah sampai lenguh2 duduk membaca buku.. Huhu… Apapun, dalam memenuhi tanggungjawab sebagai pelajar, jangan lupa tanggungjawab sebagai hambaNya. 

Pesanan 1:
Jangan study keterlaluan sampai lupa nak tunaikan solat. Kalau STUDY punca berjaya dalam EXAM, SOLAT pula punca berjaya dalam AGAMA. Jadi, saudara fikirlah, nak tegakkan salah satu, atau keduanya. Pilihan sentiasa ada di tangan saudara.

Pesanan 2:
Jaga kesihatan sebaiknya. Jangan pula masa nak exam ni, makan kurang atau pun berlebihan. Cukuplah seadanya. Lagipun, kita makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Hehe..

Pesanan 3:
Ana ada tips kalau nak berjaya. Cikgu ana bagi masa ana tingkatan 3 dulu. Senang untuk diingat. Mudah-mudahan senang juga untuk dipraktikkan.

Cikgu ana kata, nak berjaya kena ada duit. Bukan setakat duit syiling dan kertas.. Bukan hanya kejayaan di dunia, malah termasuk juga di akhirat. Tak cukup DUIT, takkan boleh berjaya.. Percaya tak? Jadi, apa DUIT tu sebenarnya?

Mari ana tolong transletkan..

D = Doa
U = Usaha
I  =  Iltizam/Istiqamah
T = Tawakal

Itulah konsep DUIT. Mudah. Kalau sudah kita berniat mahu berjaya, kenalah berDOA, tapi berdoa saja belum cukup, perlu ada USAHA. Selepas itu, ISTIQAMAH dan tetapkan ILTIZAM yang jitu untuk berjaya. Setelah melaksanakan segalanya, barulah semaikan TAWAKAL. Di samping itu, teruslah berdoa, berusaha dan istiqamah insyaAllah kejayaan akan jadi milik kita..


Itu sajalah perkongsian kali ini. Ana nak berDUIT juga.. Hehe…
 
Nota 1:
Selamat Menghadapi Peperiksaan bagi semua pelajar seluruh Malaysia. Semoga berDUIT!

Nota 2:
Peperangan bersenjatakan pena yang bakal ana sertai:

  • Preparotary English (20 April 2010)
  • Experimental Design With Computer Application (21 April 2010)
  • Undang-Undang Institusi Kekeluargaan Islam (21 April 2010)
  • Bioanalysis II or Analytical Chemistry (28 April 2010)
  • Unit Operation III of Chemical Engineering(30 April 2010)
  • Accounting and Finance (5 Mei 2010)

Semuanya 19 unit.

Nota 3:
Semoga berjaya semua.

Monday, March 15, 2010

Kerana CintaMu


Mutiara kata ini aku ambil dari facebook seorang sahabat,

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat. Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Allah tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
 
Aku tak berniat untuk menulis banyak banyak pada post kali ini. Hanya sekadar luahan hati yang terasa agak berat. Mudah-mudahan diringankanNya.

Ujian Allah kembali berlabuh, menduga hati yang kerdil ini. 
Wahai Tuhan, kurniakanlah hati ini kekuatan, setimpal dengan ujian yang Engkau beri. Kurniakanlah diri ini keteguhan pada iman agar hanya mengharap dan memohon pertolongan dariMu. Agar aku bisa kuat berhadapan dengan dunia untuk akhiratku.


Hidup, takkan pernah sepi dari UJIAN kan? Kerana Allah amat MENYAYANGI kita.. Dia nak kita kembali bermuhasabah, kembali mengingatiNya. Juga sebagai peringatan, agar kita tidak terlalu lalai pada dunia.


Rindu

Aku rindukan hati yang sentiasa merinduiMu
Aku rindukan jiwa yang sentiasa bergetar mendengar asmaMu
Aku rindukan minda yang sentiasa dahagakan kalimahMu
Aku rindukan lidah yang sentisa basah menyebut zikrullah
Aku rindukan mata yang mengalirkan air mata taubat untukMu
Aku rindu pada fitrah sebenar kejadianku

Aku hanyalah seorang hamba yang mengembara menyelusuri jalan hati
Adakala layarku berlabuh pada destinasi yang benar
Adakalanya pada destinasi yang salah

Wahai Tuhan, andai layarku salah arah
Pimpinlah dan tunjukkanlah padaku, Jalan Hidayah
Yang diselusuri bersama Cahaya Taufiq
Yang diterangi Cahaya Iman
Agar akhirnya pengembaraan aku terhenti
Pada destinasi yang diredhaiMu

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita
Wallahu'alam


Friday, February 26, 2010

Hari Cuti, Bas Cuti, Aku?


Hari ni cuti umum. Walaubagaimana pun, aku still kena pergi pejabat Sektor Kesejahteraan Pelajar @ Unit Kaunseling. Wuhhuhuhu.. Masalahnya, bas cuti! Jauhnya nak jalan kaki ke UK.
Aku dengan langkah malas memulakan perjalanan yang dijangka akan mengambil masa hampir 30 minit. Sorang2 pulak tu.. Dalam hati; jauhnya…. malas…malas… malas…

Ni nak cerita apa jadi sepanjang perjalanan..

10.30am: sepatutnya kena suruh datang jam 9am. Tapi aku malas benar bila fkr perjalanan yang jauh nak ke UK.. Hampir2 tak nak tunjuk muka. Tapi, kalau nanti En. Azmi cari ketua-ketua bahagian, habislah aku.. Apa aku nak suruh anak2 buahku jawab.. Wuhuhu.. Dek kerana tanggungjawab.. Aku paksa juga diri untuk jalan kaki.. Walaupun lewat, aku perlu datang.. Lagipun, buat kerja sampai ke petang.

Mula dari langkah pertama lagi hati rasa berat. Aku tengok saja motor & kereta yang lalu.. Huhu.. Takda yang nak bagi tumpang aku ke?? Wu~~ kemudian lalu sebiji motor.. Seorang lelaki bawa.. Hmmm.. Korang rasa, apa yang berlaku???

Orang tu bagi tumpang? Hehe… perasan!! (ok, serius sikit… aku nak sambung cerita ni..) Belakang lelaki tu ada sorang perempuan. Maksudnya, dorang berdualah naik motor..

(p/s; aku tak tahu nak guna perkataan pembonceng & penunggang.. Jadi, paham2 ja lah apa aku nak jelaskan sini.. Tapi, klu sudi, sila ajar aku ni.. Orang yg pandu motor digelar apa? & orang yg tumpang motor tu digelar apa? Huhu.. Aku tak pernah guna perkataan2 ni.. Sah! Jarang naik motor.. Hehe..)

Sambung balik.. Perempuan tu cantik & bertudung. (aku ckp cantik coz tgok body dia dr belakang.. Huaa.. Nakalnya mata aku ni!! Takpa.. Yang aku tengok tu perempuan.. Ehe.. Para lelaki, sila tutup mata!) Tapi…. Ada masalah! Huhu.. Benar2 masalah! Aku terlihat kedua tangannya, beralih dari paha lelaki tu ke pinggang lelaki tu pulak! Then, peluk erat2.. Aduhh… aku pun merungut lah.. Kenapalah aku ternampak perkara camtu? Bukan ke hari ni hari Maulid Rasul? Hari ni pulak hari Jumaat.. Korang suami isteri ke? Kalau korang kemalangan?

P/s: Kepada kawan2 aku, jangan berani nak buat benda macam tu. Sah yang benar2 sah! Sah HARAM. Tapi, kalau korang memang dah rindu sangat dengan Neraka, hmm.. Silakan.. & jangan buat depan aku.. Aku humban korang dengan batu!

Hati dah lah berat sejak keluar dari bilik… tambah pula adegan yang kuterlihat tadi… Tapi bila perkataan Maulid Rasul tu terkeluar dari celah2 hati, aku pun terfikirlah.. Orang biasa buat perarakan time ni. Walaupun sebenarnya ada pelbagai pandangan terhadap menyambut hari ini. Ada positif, ada negatif.

Apapun, aku hanya ikut kata hati berasaskan pandangan2 yang telah dihuraikan entah bila.. Lupa pula. Aku berpendapat, sama ada sambut atau tak, yang pentingnya adalah kesedaran dalam hati umat Nabi Muhammad saw sendiri. Kitalah umat Baginda tu.. Sedar tak?? Yang baru sedar tu, memang otaknya ada masalah. & yang tak sedar juga.. Hati2 lah dengan hati. Mungkin hati tu dah hilang! Pergi check cepat! Itu dah keterlaluan hilang ingatan.. Kalau maulid nabi ni Malaysia tak buat cuti umum.. Entah.. Kita ingat atau tak… ingat tak?? Bila kalendar masihi bertanda merah, baru tertanya2 cuti apa.. Huhuhu… aku lah salah seorangnya!

Nampak sangat, kalendar Hijrah tenggelam kerana kalendar Masihi oleh insan2 seperti kita ni.. Hmm… seperti aku ni.. Kenakan diri lagi baik.

Alhamdulillah.. Aku tersentak dengan kata hati sendiri.. Kata-kata hati, yang diilhamkan oleh Yang Maha Kuasa. Lantas bertindak sebagaimana wajarnya seorang Islam..

Lidah, aku basahkan dengan selawat,
Hati, aku limpahkan dengan kerinduan,
Minda, aku penuhi dengan zikrullah,
Jiwa, menyampaikan rasa ketenangan,
Hati yang tadi berat, jadi ringan,
Kaki yang tadi malas, jadi tangkas,
Maka, setiap langkahku jadi bermakna..
Subhannallah..

Hingga akhirnya, aku tersedar.. Langkahku terhenti pada destinasi. Sekejap benar 30 minit perjalanan dari jejantas ke unit kaunseling.. Walhal aku jalan dengan begitu perlahan..

Sahabat, benar.. Sungguh benar..
Dengan mengingati Allah, hati akan tenang…

Oleh itu, jom meriahkan hari kita dengan selawat dan zikrullah..

Ya Allah, limpahkan kesejahteraan dan keselamatan kepada junjungan kami, Muhammad s.a.w dan kepada keluarganya serta sahabat-sahabatnya..

Subhannallah..
Alhamdulillah..
Laailahaillallah..
Allahuakhar..
Astaghfirullah…

Moga hati-hati ini, bersatu untuk menegakkan agamaMu ya Rabb..
Wallahu'alam..

Saturday, January 16, 2010

Biar Kalam Berbicara 1


Kalam Allah
Bukan kalam sebarang nukilan
Kalam penuh hikmah, penuh keberkatan
Kalam panduan sepanjang zaman
Terpelihara daripada pendustaan
Bacalah, fahamilah, hayatilah dan amalkan
Nescaya hidup akan terjamin

Sedikit pesanan untuk diri dan sahabat sekalian; Siapa yang dah lama tinggal baca Al-Quran, bukalah kembali BUKU yang penuh hikmah itu. Jangan biarkan Al Quran tersadai sebagai bahan perhiasan kerana haknya adalah untuk dibaca. Maka, apakah yang anda akan katakan andai Al Quran itu menuntut haknya kelak?

Saya tinggalkan saudara dengan soalan ini... Semoga berjaya mencari jawapannya.

Wallahu'alam..  

Saturday, January 2, 2010

Hikmah Suatu Kehilangan




Lama aku tak melawat blog aku sendiri. Bukan aku ingin mengabaikannya, namun ada masalah yang tak dapat dielakkan. Pertama, exam semester lalu yang menuntut lebih perhatian dan bersambung pula dengan cuti semester yang tak mengizinkan aku untuk online seperti selalu. Seminggu sebelum kembali ke USM, aku format laptop. Walaupun kini laptop berfungsi dengan lebih baik, namun file-file tempat aku simpan segala idea untuk SuteraHikmah ini terpadam. Hmm.. Walaupun hanya sebuah tulisan, aku tetap rasa kehilangan. Dan kini, aku belum berfikir lagi apa yang ingin aku letakkan dalam ini. Hanya sekadar coretan ini.


Setiap orang akan merasa kehilangan bukan? Kerana kita ada memiliki sesuatu. Keluarga, sahabat, kekasih, perasaan dan segala yang kita sayangi semuanya akan hilang dalam sedar atau tidak. Cuba kira, berapa banyak kita kehilangan selama ini… kalau bagi sepasang 'merpati' yang penuh dengan kasih sayang. Apa kan berlaku bila hilang kasih sayang itu? Sayang bertukar benci? Atau seribu lagi merpati akan datang? Hmm.. Aku sendiri tak tahu. Mungkin pepatah ini berguna: Patah tumbuh hilang berganti.

Seorang pensyarah physics aku pernah bertanya dulu;

"Yang mana lebih kuat dan teguh.. Tangan yang asal ini, atau tangan yang sembuh setelah patah?"

Kami dengan penuh keyakinan menjawab tangan yang asal.

"salah! Tangan yang sembuh dari patah itu lebih kuat kerana cell baru yang terbina…"

Aku si pelupa. Ingat sampai sini saja cerita itu. Lupa apa yang terjadi pada cell itu dan apa yang menyebabkan ia menjadi lebih kuat. Nampaknya telah hilang sedikit ingatan.. Hehe.. Maaf Mr. Physics..

Ada benarnya. Orang yang telah berhadapan dengan kehilangan, lalu sembuh dari kehilangan, akan mampu mengawal perasaannya apabila datang lagi sebuah kehilangan. Apatah lagi kehilangan berkali-kali. Bermakna, dia lebih tabah.lebih kuat. Bukankah pengalaman itu adalah guru yang paling hebat? Walaupun caranya agak menyakitkan.

Cukup saja sampai di sini tentang kehilangan. Aku nak beralih sedikit kepada apa yang ada. Cuba kira, berapa banyak yang kita ada… keluarga? Sahabat? Pen? Buku? Ilmu? Teddybear? si dia yang kelima? …….. Huhuhu..... Baik jangan kira, mesti takkan terkira. Orang yg dapat kira, mesti benar-benar benci pada hidupnya. Orang tu mesti nk protes banyak benda yang dia tak ada. Perhatilah dengan teliti. Terlalu banyak perkara yang kita ada. orang yang dapat membaca coretan ini, mesti masih ada perasaan, masih ada fikiran, masih ada darah yang mengalir hangat, masih ada jantung yang berdegup, masih ada cell yang terbina, masih ada reseptor yang memberi rasa, masih ada jiwa yang bersatu dengan hati dan.. Kalian mungkin boleh sambung lagi.. Aku sentiasa percaya bahawa Allah yang Maha Pengasih ada menyediakan hikmah pada setiap kejadian. Jadi, bersyukurlah apabila ada dan bersyukurlah juga apabila tiada. Keduanya ada hikmah yang tersembunyi.

Ini perenggan terakhir.. Hehe.. Aku fikir aku hanya mencoret sedikit saja.. Tapi ini sudah lebih dari 'sekadar'.

Selagi kita memiliki sesuatulah kita akan kehilangan. Kalau tak ingin merasa kehilangan, jangan hidup. Kerana, pinjaman nyawa juga akan tamat tempoh. Hingga saat itu, kita akan merasa kehilangan yang sebenarnya. Hanya satu yang jadi milik kekal kita. Pada hari kebangkitan kelak, apabila segala yang ada telah tiada, kita akan dipanggil dengan nama yang diberi sejak kita lahir. Dan hanya itulah yang menjadi milik kita. Wallahu a'lam..