Thursday, June 2, 2016

DIY Tabung Duit



Nak menabung? Tapi harga tabung pun dah membuatkan rasa nak menabung tu terbantut. Hahahaha! (lawak perli diri sekejap)

Pasang niat nak menabung untuk baby yang masih dalam kandungan ni.. Then, pergi lah jenjalan di pekan.. Tersinggah pula di sebuah kedai buku. Nampak tabung katak comel je.... tapi harga... amboi! RM8.00! Baik duit tu masuk tabung daripada guna beli tabung kan?? Kalau sehar.i menabung RM1, dah rugi bajet menabung 8 hari. uhuhuhu..

Maka bermulalah misi buat DIY tabung untuk future baby. Target untuk beli katil baby. Nak beli 2 bijik sebab saya tinggal 4 hari di rumah mak.. 4 hari rumah husband. Jadual tu akan berulang-ulang sepanjang masa selagi husband masih bekerja. Takkanlah nak usung katil baby tu ke sana ke mari kan? hohoho.

Sebelum ni simpan dalam nekas kontainer aiskrim crispy tu... sebab takda bahan sangat nak hias.Tapi husband tengok pun tak ada selera nak menabung, Hahaha...

So, let see....

Pusing kiri kanan depan belakang dalam rumah, tengok kalau-kalau ada harta yang boleh digunakan dalam misi DIY. Haaa! jumpa lah jugak lebihan wallpaper jenis sticker. Ambil gunting dan gam, kemudian tampal saja.




Taraaaaa.... maka jadi lah tabung DIY saya. Dari kontainer aiskrim jadi tabung.. simple yet very usefull!

cost? kira zero lah kan. sebab guna lebihan barang di rumah. Lain lah kalau korang pegi beli aiskrim crispy tu semata-mata nak buat tabung. adeh! hahaha.


Nota tumpang sekaki: Jomm kreatifkan minda bersama Omega Guard Shaklee.. hihihihi. baik untuk minda yang memang pelupa macam saya khusunya masa mengandung ni.






Wednesday, June 1, 2016

Jarum Tetanus untuk Ibu Hamil




Haaa... kepada bakal-bakal ibu di luar sana, jangan tak ambik tau pasal jarum tetanus ni. Bagi bakal ibu yang pertama kali mengandung, akan dapat dua ‘gula2’ tetanus ni. Hohoho. 2 kali jarum mommies!!

First time dengar pasal jarum tu masa monthly check up bulan ke5. Nurse tanya sama ada dah rasa pergerakan baby or belum. Saya jawab dah. Then, dengan senyuman lebar dia bagitau, hari ni kita buat ATT okey? Means... kena jarum untuk tetanus!

Mula-mula imagine sakit kena jarum tu macam sakit time kena cucuk ambik darah tu saja...

Dalam hati: alaa... macam kena gigit semut je pun...

Tapiiiii..... rupanya 10x ganda lagi sakit! Oppss... bukan nak takutkan para bakal ibu... tapi sebagai persediaan lah. Hari tu tak jangka langsung kesakitan tu. Uhuhuhu.
.
Dah laa pegi klinik drive sendiri. Kebas tangan kiri driving. Nasib baik lah rumah jauhnya tak sampai 5 minit driving. Hahaha.

Seminggu tangan kiri tu rasa kebas dan sakit! Malah biru legam macam kena tumbuk dan bengkak serta gatal. Bekas2 parut suntikan yang lama sejak zaman sekolah dulu pun pandai bengkak balik. Sabar saja laaaaa.. (Baca dekat blog orang lain, ada yang sampai demam! huhu)

Nurse tu siap cerita yang sakit jarum tetanus ni okey lagi. Masa dia bersalin dulu, terpaksa operate. So, kena jarum dekat miss V dengan sakit yang dia tak boleh lupa. (Omg! Perlu ka saya ingat kembali cerita nurse tu?) Rasa ngilu pula ingat. 3 kali bersalin, 3 kali jugaklah kena jarum tempat tu. Sob3...

Dalam hati cuma mampu berdoa yang Allah akan permudahkan proses bersalin nanti. Huhu..

Doa saja tak cukup lah kan.. kena ada usaha juga. Jadikan tubuh kita sesihat yang mungkin! Oleh itu, saya bertekad untuk mencukupkan nutrient dalam badan. Mudah-mudahan kekal sihat sehingga masa bersalin nanti. InsyaAllah.

Makan sayur, buah, protein dan segalanya dengan cukup. Weii... Impian tu! Walaupun begitu, tetap ada rasa malas kadang-kadang mau masak dengan full of nutrient kan. Tambah-tambah lagi kau tengah pregnant. Ngeh3... entah bila kerajinan nak memasak datang. 

Tapi being a pregnant mom ni kadang-kadang suka memilih makan.. itu tak nak lah.. ini tak nak lah... betul tak?

So... Bagaimana nak sihat macam tu? Kalau saya, mesti laaa dengan bantuan Shaklee.. hehe. Dah terbukti berkesan dengan ribuan testimoni daripada para ibu di luar sana.

Google aje kalau nak baca testimoni. Banyaaaakkk boleh diambil iktibar. Atau boleh juga baca sini.

Jadi, kita pun try lah set hamil Shaklee ni... setakat beberapa bulan pengamalan Shaklee ni, memang banyak membantu terutamanya bantu mengatasi punca sebenar kenapa saya mula ambil Shaklee (nanti kita ceciter pasal ni. hihi.. tak cukup 1 post nak cerita segala.)

Jomm sihat!!


Untuk penjimatan yang berganda, boleh contact saya. Ataupun daftar jadi member terus macam saya. InsyaAllah saya nak continue pulak ambil set berpantang Shaklee nanti. Boleh laaaa banyak jimat! Hehe.

Hubungi saya di sini:

Nurul Amani

whatsapp/sms/call: +6 013 5414548
email: amani048@gmail.com
                                        Facebook: https://www.facebook.com/nurul.amani.52 


Jom sihat, cergas dan ceria bersama saya! :)