Showing posts with label Fakta Sains. Show all posts
Showing posts with label Fakta Sains. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Eja vs Baca

Try to read this.. (you can click the pic for enlargement.. hope it works..)


Beautiful of our mind.. 

Allah menciptakan kita berbeza dengan mahkluk lain dengan mengurniakan pada kita akal fikiran.. Mungkin kita tak pernah tahu sejauh mana akal kita mampu capai.. Tapi percayalah.. Otak kita sangat unik.. So, gunakan ia sebaiknya untuk perkara yang sebaiknya.. Kerana adanya akal, mana kita bakal dihisab dengan apa yang telah kita lakukan di muka bumi ini..

Wednesday, December 29, 2010

Warna-Warni Warna

Warna-Warni Dunia

Apa warna kegemaran anda?  hehe.. Jomm tengok maksud di sebalik warna.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, tak terkecuali datin dan dato, setiap warna punya identiti tersendiri. Warna-warna kegemaran kita, punya makna tersendiri juga...

Ahli psikologi merumuskan bahawa warna kegemaran mencerminkan personaliti kita, yang sebahagiannya dirumuskan seperti berikut:


MERAH

Warna merah lebih banyak dimaknakan dengan kemarahan dan hawa nafsu. Individu yang gemar warna merah merupakan seorang yang berwibawa dan suka melindungi orang yang lemah. 


(heee... nafsu yang baik.. harus dicontohi.. )


BIRU

Biru adalah manifestasi rasa keagamaa yang kuat, ketaatan dan cita-cita mulia yang ada pada diri. Individu biru sering dikaitakan sebagai seorang yang pemurung, menyenangkan dan pasif. Individu ni selalu mengharapkan kedamaian tetapi suka menyembunyikan perasaannya sehingga menghasilkan perhubungan interpersonak yang agak sulit.


(huh !? Biru warna kegemaran ana yang kedua. hmmm... setuju or tak?? hehe... ada betulnya juga..)


KUNING

Warna kuning banyak dikaitkan dengan kecerdasan. Gemar kepada warna kuning menunjukkan seseorang yang memiliki sifat optimis. Dia seorang yang periang, senang bergaul dan disukai oleh kawan.


(haaa... siapa minat warna kuning?? hehe..)

HITAM

Warna hitam lebih banyak diertikan sebagai fikiran yang negatif dan kadangkala memiliki jiwa yang bercelaru. Namun, individu ini sangat lincah dalam hal-hal tertentu. Jika berada dalam lingkungan yang tidak disukainya, dia akan berubah menjadi murung.


(Ada orang yang suka warna hitam kah?? belum pernah lagi ana jumpa..)


HIJAU

Warna hijau dikaitkan dengan sifat baik. Individu yang suka warna hijau cenderung sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dan udara yang sejuk dan selalu berpegang teguh pada prinsip.


(hehehe.... ana suka lihat hijau alam tapi tak gemar sangat warna hijau untuk benda2.. siapa yang suka?? ana nak suka pada dia.. kerna Rasulullah juga suka hijau.. ehehe...)

PUTIH

Individu yang menyukai warna putih mempunyai tingkat kerohanian yang tinggi. dia seolah-olah dilahirkan ke dunia dengan sempurna. Jika menyukai warna putih, ramai orang yang mengaguminya keran sifatnya yang anggun, idealis dan pekertinya yang tinggi. Tidak pernah angkuh, malah senang menolong siapa sahaja yang memerlukan.


(Tadaaaa~~ Inilah dia warna kegemaran ana yang pertama. So, jangan hairan kalau pakaian ana banyak warna putih.. huhu.. ana banyak pakaian warna putih.. tapi ana cuba untuk mengurangkan penggunaannya sejak kedapatan selalu pakai putih.. haha... tapi, betul ke apa analisis psikologi ni? hehehe..)


OREN

Individu yang menggemari warna oran selalunya bercita-cita tinggi.


(haha... harap maap penggemar oren.. ini saja hurainnya..)


COKLAT

Individu yang menggemari warna coklat dikatakan bersikap mementingkan diri sendiri.


(haha.. ni pun sama.. sikit saja huraiannya)


KELABU

Mereka yang menggemari warna kelabu selalunya nampak muram, sedih dan kadangkala ketakutan.


(Belum pernah jumpa orang yang minat kelabu..)


UNGU

Individu yang menggemari warna ungu memiliki peribadi yang benar-benar luar biasa. Dia selalu optimis. Dalam menghadapi masa hadapan, dia tak pernah ragu-ragu dan apa-apa yang dikerjakannya adalah yang terbaik.


(Waaaahhh.... Ana nak minat ungu juga.. boleh ke?? hehehe.. Tapi malangnya, ana tetap ana.. tak boleh transform jadi power ranger ungu. Personaliti diri ana sudah sebati dalam diri ana sendiri. hehe.. )

Banyak lagi cerita pasal warna.. Tapi untuk malam ni, ini sajalah dulu.. Ana nak pegi keja dulu.. huhu... Saja ana menyibuk buat post.. Cari something yang buat ana lupa keletihan ana.. Hari ni dah seminar dari pagi ke petang..  Malam pula ana kerja nak cari duit belanja.. hehe...

nota kecik:
Post ni ana buat b4 pegi keja tadi.. Tapi baru publish lepas balik dari keja.. hehe..

lagi nota kecik:
Saya sayang Nurul Amani.. So, sayangilah Nurul Amani juga.. huhuhuhu.. ana cakap apa ni?? (bingung sebentar dalam keletihan..)

Friday, April 23, 2010

Computer Vision Syndrome


Bismillahirrahmanirrahim..

Segala Puji bagi Allah yang masih memberi ana keizinan untuk melihat pada dunia, melihat pada screen komputer riba ana agar ana masih boleh melontarkan bicara hati ana.. Mudah-mudahan, nikmat mata ini tidak disalahgunakan oleh ana. Huhu.. Betapa banyaknya mata ini telah melihat maksiat. Mungkin tak terhitung!

Takkan mungkin aku mampu menjawab kelak, bila mata memberi penyaksian pada Hari Pembalasan.

Mata berkata,
Aku telah melihat itu dan ini..

Pembuktiannya amat lengkap! Penyaksiannya adalah sah!

Kalau di mahkamah, penyaksian saksi boleh mensabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman. Tapi itu hukuman dunia! Bagaimana dengan hukuman akhirat ?!

Syurga untuk orang baik
Neraka untuk orang jahat

Itulah mungkin kata-kata nasihat Ustaz pada awal pengenalan pendidikan Islam bagi sekolah rendah. Mudah untuk dihadam. Tapi, apakah kita manusia yang berumur 20-an faham? Apakah kita mempraktikkan nasihat Ustaz itu dulu?

Nah.. Itu baru intro.. Hehe.. Ana ingin berbicara tentang mata.. Tadi ana terjumpa sebuah risalah di atas meja yang mungkin terselit di celah-celah buku.  Risalah yang mempromosikan Nano-Blind, LCD Monitor Filter. Mesti ana dapat sewaktu lalu di lorong kompleks dewan kuliah sebwlum study week lagi.. Haha.. Ana tak pernah perasan pun! Apatah lagi membacanya. Baru tadi selepas makan, ana ingin rehat sebentar. Ternampak sehelai kertas, lalu membacanya. Maka, inilah info yang ana dapat..

Ana salin saja. Malah mengekalkan artikel dalam Bahasa Inggeris. Rasanya tidak ada masalah bagi kalian membacanya.. Hehe…

Ultraviolet Light (UV)

UV from our computer.

In human, prolonged exposure to UV radiation may result in acute and chronic health effects on the skin, eye, and immune system.

Ultraviolet photons harm the DNA molecules of living organisms in different ways.

UV light is absorbed by molecules known as chromospheres, which are present in the eye cells and tissues. Chromospheres absorb light energy from the various wavelengths at different rates; a pattern known as absorption spectrum.

IF TOO MUCH UV LIGHT ABSORBED, eye structures such as the retina, the cornea, the lens can be DAMAGED.

Computer Vision Syndrome  (CVS) is eye and vision problems resulting from focusing our eyes on computer display for long and uninterrupted period of time. In most cases, symptoms occur because the visual demands of the task exceed the visual abilities of the individual to comfortably perform the task. These symptoms can be further aggravated by improper lighting conditions (ie: bright over head light or glare)

CVS happen to almost 90% of computer users, who spend most their time in front of LCD/TFT monitors or video display terminal (VDT) workers.

Examples of CVS syndrome:
Eye Strain
Double Vision
Neck and/or Back Ache
Headaches
Light Sensitivity
Blurred Vision
Dry and Irritated Eyes

Hmmm… so, adakah ada antara kalian yang mengalami syndrome ini? Jagalah mata, sesungguhnya, banyak lagi keindahan alam yang kita belum lihat.

Mencegah itu, lagi baik dari mengubati kan? Hehe..

Nampaknya ana kena kurangkan melihat laptop.. Huhu… patutlah kebelakangan ini kepala dan leher selalu sakit. Sepanjang berada di bilik ana buka laptop. Walaupun tak guna, ana buka saja untuk dengar lagu.. Huhuu.. Berapa banyak kadar radiasi telah menerobos masuk ke dalam pandangan ana…

Okey lah.. Sampai sini saja dulu.. Ana nak kurangkan kadar radiasi diserap oleh chromospheres mata ana.. Huhuhu…

Nota 1:
Waa…. Semua past year question berbentuk softcopy. Bagaimana harus kurangkan?? 

Nota 2:
Ana masih ada 3 lagi peperangan pena... Jia you!! hehe...