Saturday, February 26, 2011

Tiba-tiba... haha.

Pesanan buat pembaca: errr.... tak payah baca post ini! huhuhu... kepala agak mereng seketika... so, just biarkan ana ikutkan hati ana sebentar.....

Suatu ketika dulu..

"Amani!!" panggil umi ana..

Haaa… panggilan itu memang amat jarang kedengaran.. Itu bunyi siren yang menandakan umi bakal memulakan 'ceramah'.. Haha.. Ana dipanggil "Teteh" atau "Teh"di rumah.. Dulu membesar di Indonesia.. Sampai ke Malaysia masih digelar itu.. Huhu.. Hingga kini masih kekal.. Kalau ana dipanggil Amani di rumah.. Hmmm… mesti ada something yang tak kena di mata..

"Kenapa itu.. Kenapa ini…" leteran mula membingit telinga.. Kadangkala telinga ditarik2 sbb tak mahu mendengar kata… aduhh!

Kanak-kanak memang harus nakal! Hehe..

Tapi itu belasan tahun yang lalu..  Didikan seperti itu yang menjadikan ana sekarang kan..  Indahnya mengenang leteran-leteran itu..

Dulu ana mungkin akan merungut,

"Ish.. Umi ni.. Suka betul marah-marah orang.. Ini tak boleh.. Itu tak boleh.."

Kalau umi tak marah ana sebab tak lipat baju, tak basuh kain, tak kemas rumah, bangun lambat.. Huhu.. Ana mungkin takkan tahu melakukan semua itu sekarang..

Thanks to Umi kerana selalu marah ana kalau bangun lambat.. Hingga kini bangun awal itu sudah jadi tabiat.. Ehehe..

Zaman keseronokan ana agak terhad. Waktu umur ana 10 tahun, tanggungjawab sudah diletak di bahu ana. Umi dan abah kerja sambil belajar. Wahh! Memang busy. Jarang ada masa untuk kami. Seawal itu ana belajar untuk jadi Anak Sulung.

Huhu… teringat bagaimana pertama kali ana masak lauk.. (T_T)~ tak boleh dimakan!! Haha… (Thanks pd nenek yang masak semula lauk tu.. Huhu..)

Haaa… lain kali kawin muda lagi! Ana dan Umi cuma beza 20 tahun. Huhu.. Seperti beza ana dengan adik bongsu ana.. Uwaaaaa...

Tak heran bila ana pulang rumah.. Ada orang kampung tanya pada Umi; "Adik ka??"

Hukhukhuk… ana yang tua atau Umi yang muda??? (-_-")

Itulah keburukan belajar di perantauan.. Jarang pulang. Orang kampung pun tak kenal.. Boleh pulak cakap ana ni adik Umi.. Huhuhuhuhu…….

Uwaaa… nak balik rumah! Homesick already…


Tapi kini leteran-leteran itu sudah tidak kedengaran.. Ya.. Ana dah tak pernah dengar.. Apakah ana sudah berjaya meraih gelaran "anak yang baik"? Huhu.. Hanya Allah yang mampu menilainya.. Dan segalanya bergantung pada redha Umi..

Biar adik-adik ana pula merasa leteran umi.. Hehe..

Sebaliknya, ana adalah tempat Umi mengadu.. Bercerita itu dan ini.. Huhu.. Ana sudah cukup dewasa?

Ana ingat lagi waktu umur ana belasan tahun.. Ketika ana seronok mendendangkan lagu Kasih-Kekasih nyanyian In Team.. Umi tiba-tiba menyampuk,

"Itu bukan lagu orang besar ka?"

Uikkss.. Ana masih kecil kah?? Hahaha… Ana mungkin masih kelihatan seperti anak kecil di hatinya.. 

Tapi kini adik-adik ana menyanyi lagu 'orang besar' seawal umur 4 tahun.. Tak ada pula umi tegur.. Huhu..

Beza sungguh! Teknologi nyata menghilangkan segala keindahan yang terdahulu… Semuanya sudah jadi biasa.. Budak 1 tahun pun sudah tahu nyanyi lagu Siti. 

Wahh!! Terasa seperti ingin putarkan waktu.. Mengulang kembali detik-detik terindah.

Tapi kita sudah berada pada saat ini.

I LOVE YOU UMI.. FOREVER AND EVER.. Hehe.. (^_^)

Nota 1:
Huhu.. Agak tensen dengan kerja yang berlambak… ini baru bergelar student.. Belum pekerja..

Nota 2:
Ya Allah, izinkan ana mencari cahaya-cahayaMu.. Jiwa ini sentiasa dahagakannya..

Monday, February 21, 2011

Saturated !!



My brain, almost saturated with words, sentenses and slidesss !! (errr... brain can be saturated meh??)

As well as me, my laptop also haven't get enough rest. huhu... several days ON without shutting down. But I still manage to get some sleep.. ehe.. well, I'm not computer that can stay up without resting.

Just because 576 slides that i need to finish by today! But, unfortunately.... I just managed to finish for today's test. For tomorrow's test... hurrmmm... I'm not sure if I can finish it... I had read not even half of them... And today, I still need to go to my part time job..

(T_T)~ How I wish I could get some excuse...


Haa... actually it should be (576-48). Calculate by yourself! my brain  is not working very well now... haha.. I just realized some slides were doubled.. hehe... I like it! 

I got headache. Might be bcoz of the caffeine I took this early morning... well, last night I'm planning to stay up BUT end up by sleeping on the table with my notes and pen and all that stuffs.. lalalala... I'm not a person who can study until midnight.. (always tumbang before jam 12... hehehehe..

Alhamdulillah.. terbangun at 4am.. & continue to read again until I found slide written "Thank You" ...  hehe..

Okay!! now I started to merapu here... huhu... 

nota 1:
Jangan hairan kalau ana sekarang rajin berbahasa orang puteh.. huhuhu... tak lama lagi praktikal & my English was bad... I'm trying to improve... 

So, feel free to advice if I did wrong... huhu.. (w'pun sedikit malu.. eh.. banyak! hentam saja lah...)

Saturday, February 12, 2011

808 completed!

pic from datuk pak cik google..

Why 808 ?? hehehe

Well, 808 is a book which has 808 pages. And it is from USM library.. (you could guess how it looks like..) So hard to photocopy.. I took 2 days to complete the copy... (>.<) haha... Actually, I haven't photocopy any thick book since Salwa and Zaty around.. (before CNY break) When they are around, my burden seem to be reduced. But now... (T_T)~ I need to triplicate myself to do the work...

So, I'm not single. But, triplicated! ehh.... duplicated! (since Huda started to work this week, Alhamdulillah..) hehe...

Apa-apa saja lah... huhu..

Now, i'm alone at xerox.. hehe.. No customer. That's why I'm writing...

(Di bilik dah tak boleh meng'update' blog.. internet line was very slow..)

Okey... I don't know what to write.. No idea~!! ( I think again later..)

Oh ya... tonight we're going to Johor. Next morning jalan-jalan ke Singapore.. Monday baru official visit at Nanyang Technological Universiti, NTU and National University of Singapore, NUS.

Later, if I want to merapu-rapu, I'll put our story here.. hehe.. :)

before that, (tukar topik pulak...)

Melihat ragam orang yang bekerja di sekitar cafe ni buat ana berfikir... masing-masing bertarung dengan kehidupan masing-masing.. siapa tahu apa yg sedang mereka lalui... Mak cik cleaner, pak cik pekebun, pekerja cafe, pak cik bas, tauke kedai.. Semua mula bekerja selepas Subuh.. Mudah-mudahan Allah memberi keberkatan pada pekerjaan mereka..

Kalian telah buat hati ana tersentuh..

Kalian bukan hanya beramanah sebagai pekerja tetapi juga sedang menjalankan amanah, sebagai ayah.. sebagai ibu.. sebagai anak.. dan sebagainya.. yang pentingnya, sedang menjalankan amanah sebagai hamba Allah.

Ketinggian akhlak itu, ada pada kerendahan hati.. 

Baik pada mata dunia, belum tentu menjamin kita baik di hadapan al-Khaliq. Mudah-mudahan Allah dan Rasul sentiasa ada di hati... :p

Monday, February 7, 2011

Berdua Di Alam Siber

copied from Mr Google


Ingin berkongsi 1 berita.. sumbernya dari sini: myMetro 

KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan muhrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.

Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.

“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya.

Sunday, February 6, 2011

Maghfirah


Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan..

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلهَ إِلاَ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَ أنَا عَبْدُكَ وَ أنَا عَلَى عَهْدِكَ ما اسْتَطَعْتُ ، أعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِ مَا صَنَعْت ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَ أبُوءُ بِذَنْبى فَاغْفِرْ لِى فإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ



(O Allah! You are my Lord! None has the right to be worshipped but You. You created me and I am Your slave, and I am faithful to my covenant and my promise as much as I can. I seek refuge with You from all the evil I have done. I acknowledge before You all the blessings You have bestowed upon me, and I confess to You all my sins. So I entreat You to forgive my sins, for nobody can forgive sins except You.)

Ruang keampunan sentiasa ada untuk hamba yang momohon seikhlas hati. :)  



Friday, February 4, 2011

I Like..

Gambar dari Mr Google

I like.... Sunflower !!!

hmm... baru teringat kenapa ana suka bunga matahari. Kisahnya begini.. Once open a time.. (cehh.. bajet hidup zaman fairy tales.. hehe..)

hehe... Ok. Serius. Dulu ana pernah tengok satu cerita bollywood. (shhh... ana suka layan cerita ni time sekolah rendah.. hehe)
Tak ingat tajuk apa.. Tak ingat siapa pelakon. Tapi ana ingat satu babak.. Pelakon lelaki bagi bunga ros kuning dengan kenalannya.. Dia cakap, kuning untuk persahabatan. hehe..

 dari Mr Google juga..

Well... tertanam pada minda ana, kuning untuk persahabatan.. (^__^) Ana yang suka meringkaskan segala fakta di minda ana, hehe.. assume semua bunga berwarna kuning ertinya persahabatan.. :p

errr... kebenarannya tidak dapat dipastikan.. hihi.
(ana tak cari pun kebenarannya.. direct buat mind set sendiri..)

Sejak itu, ana suka semua bunga berwarna kuning.. hingga suatu saat yg entah bila.. antara banyak-banyak bunga berwarna kuning, ana lebih 'jatuh hati' pada tulip dan bunga matahari.

Tapi bunga matahari still ditempat pertama. Tulip kedua. hehehe..

Itulah kisahnya..

Tapi ini bukan bermakna ana suka warna kuning!! (suka color kuning hanya pada bunga.. tidak pada yang lain. hehehe)

Dalam diri ana, ana amat mementingkan persahabatan.. Ana sangat sayang pada sahabat2 ana. Mungkin sebab itulah, dengan mudahnya ana jatuh hati pada bunga berwarna kuning.. hehe..

Ana sukar memulakan sebuah persahabatan.. (boleh dikatakan tak pandai..) Ana jg sukar mengingati nama dan wajah orang yang baru beberapa kali ana jumpa.. (dah berkali-kali ditegur orang.. huhu) So, jangan hairan kalau ana tanya nama kalian atau seseorang lebih dari 3 kali.. kemungkinan ana akan tanya sampai 20 kali.

Tapi persahabatan ana, selalunya berlaku naturally.. tanpa sedar, dah jadi sahabat baik rupanya.. hehe.. Ana berharap benar agar ana dapat mengingati nama2 dan wajah2 kenalan2 ana.. huhu..

Ini saja lah.. I miss everyone.. 
everyone??!! hurmmm.. hehe..

Khususnya sahabat-sahabat ana. (^_^)

Ikrar


Saban hari ikrar dilafazkan..

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku
Hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam

Ikrar ini, yang kita ulangi 5 kali sehari dalam Iftitah solat,
rasailah, hayatilah.. bukan hanya dilafaz.
biar meresap masuk ke dalam jiwa,
bagaikan air yang mengalir, membersihkan segala resah..
memberi ingatan pada diri..

Aku adalah hambaNya..  

Maka, bertindaklah seperti seorang hamba..
yang menyerah diri hanya pada PenciptaNya.

Dalam Diri, Ada Hati.

Hati
Semua kita, punya hati
Yang simpan pelbagai rasa
Yang simpan pelbagai rahsia
Kamu takkan tahu hatiku
Dan.. Aku takkan tahu hatimu
Akan tetapi..
Hati kita semua diketahui oleh Yang Maha Mengetahui
Tanpa selindung.

Apakah ia hitam bernoda?
Atau putih suci berseri?

Siapa tahu, kita punya hati yang berkulat..
membusuk bagai bangkai..

Aku hanya punya sekeping hati
dalam tubuhku..


Andai hati ini rosak
Takkan ada yang lain
Hanya hati ini 
yang akan kubawa menghadap 
Yang Maha Menguasai Hari Pembalasan
kelak.