Thursday, December 30, 2010

Eja vs Baca

Try to read this.. (you can click the pic for enlargement.. hope it works..)


Beautiful of our mind.. 

Allah menciptakan kita berbeza dengan mahkluk lain dengan mengurniakan pada kita akal fikiran.. Mungkin kita tak pernah tahu sejauh mana akal kita mampu capai.. Tapi percayalah.. Otak kita sangat unik.. So, gunakan ia sebaiknya untuk perkara yang sebaiknya.. Kerana adanya akal, mana kita bakal dihisab dengan apa yang telah kita lakukan di muka bumi ini..

Wednesday, December 29, 2010

Warna-Warni Warna

Warna-Warni Dunia

Apa warna kegemaran anda?  hehe.. Jomm tengok maksud di sebalik warna.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, tak terkecuali datin dan dato, setiap warna punya identiti tersendiri. Warna-warna kegemaran kita, punya makna tersendiri juga...

Ahli psikologi merumuskan bahawa warna kegemaran mencerminkan personaliti kita, yang sebahagiannya dirumuskan seperti berikut:


MERAH

Warna merah lebih banyak dimaknakan dengan kemarahan dan hawa nafsu. Individu yang gemar warna merah merupakan seorang yang berwibawa dan suka melindungi orang yang lemah. 


(heee... nafsu yang baik.. harus dicontohi.. )


BIRU

Biru adalah manifestasi rasa keagamaa yang kuat, ketaatan dan cita-cita mulia yang ada pada diri. Individu biru sering dikaitakan sebagai seorang yang pemurung, menyenangkan dan pasif. Individu ni selalu mengharapkan kedamaian tetapi suka menyembunyikan perasaannya sehingga menghasilkan perhubungan interpersonak yang agak sulit.


(huh !? Biru warna kegemaran ana yang kedua. hmmm... setuju or tak?? hehe... ada betulnya juga..)


KUNING

Warna kuning banyak dikaitkan dengan kecerdasan. Gemar kepada warna kuning menunjukkan seseorang yang memiliki sifat optimis. Dia seorang yang periang, senang bergaul dan disukai oleh kawan.


(haaa... siapa minat warna kuning?? hehe..)

HITAM

Warna hitam lebih banyak diertikan sebagai fikiran yang negatif dan kadangkala memiliki jiwa yang bercelaru. Namun, individu ini sangat lincah dalam hal-hal tertentu. Jika berada dalam lingkungan yang tidak disukainya, dia akan berubah menjadi murung.


(Ada orang yang suka warna hitam kah?? belum pernah lagi ana jumpa..)


HIJAU

Warna hijau dikaitkan dengan sifat baik. Individu yang suka warna hijau cenderung sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dan udara yang sejuk dan selalu berpegang teguh pada prinsip.


(hehehe.... ana suka lihat hijau alam tapi tak gemar sangat warna hijau untuk benda2.. siapa yang suka?? ana nak suka pada dia.. kerna Rasulullah juga suka hijau.. ehehe...)

PUTIH

Individu yang menyukai warna putih mempunyai tingkat kerohanian yang tinggi. dia seolah-olah dilahirkan ke dunia dengan sempurna. Jika menyukai warna putih, ramai orang yang mengaguminya keran sifatnya yang anggun, idealis dan pekertinya yang tinggi. Tidak pernah angkuh, malah senang menolong siapa sahaja yang memerlukan.


(Tadaaaa~~ Inilah dia warna kegemaran ana yang pertama. So, jangan hairan kalau pakaian ana banyak warna putih.. huhu.. ana banyak pakaian warna putih.. tapi ana cuba untuk mengurangkan penggunaannya sejak kedapatan selalu pakai putih.. haha... tapi, betul ke apa analisis psikologi ni? hehehe..)


OREN

Individu yang menggemari warna oran selalunya bercita-cita tinggi.


(haha... harap maap penggemar oren.. ini saja hurainnya..)


COKLAT

Individu yang menggemari warna coklat dikatakan bersikap mementingkan diri sendiri.


(haha.. ni pun sama.. sikit saja huraiannya)


KELABU

Mereka yang menggemari warna kelabu selalunya nampak muram, sedih dan kadangkala ketakutan.


(Belum pernah jumpa orang yang minat kelabu..)


UNGU

Individu yang menggemari warna ungu memiliki peribadi yang benar-benar luar biasa. Dia selalu optimis. Dalam menghadapi masa hadapan, dia tak pernah ragu-ragu dan apa-apa yang dikerjakannya adalah yang terbaik.


(Waaaahhh.... Ana nak minat ungu juga.. boleh ke?? hehehe.. Tapi malangnya, ana tetap ana.. tak boleh transform jadi power ranger ungu. Personaliti diri ana sudah sebati dalam diri ana sendiri. hehe.. )

Banyak lagi cerita pasal warna.. Tapi untuk malam ni, ini sajalah dulu.. Ana nak pegi keja dulu.. huhu... Saja ana menyibuk buat post.. Cari something yang buat ana lupa keletihan ana.. Hari ni dah seminar dari pagi ke petang..  Malam pula ana kerja nak cari duit belanja.. hehe...

nota kecik:
Post ni ana buat b4 pegi keja tadi.. Tapi baru publish lepas balik dari keja.. hehe..

lagi nota kecik:
Saya sayang Nurul Amani.. So, sayangilah Nurul Amani juga.. huhuhuhu.. ana cakap apa ni?? (bingung sebentar dalam keletihan..)

Sunday, December 26, 2010

Ranau - Isu Murtad

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa ana berjalan2 di alam maya tadi, ana tertarik dengan satu berita yang dikeluarkan oleh berita harian online. Klik bawah untuk baca di laman web berkenaan.

Sabah kuatkuasa undang-undang murtad tahun depan

Satu input yang amat baru bagi ana... huhu.. Tanpa ana sedari, Ranau tempat asal ana rupanya mencatat jumlah murtad yang amat tinggi. Sampai ratusan individu.. (T_T)~

Pada perhimpunan baru-baru ini Usia Bahagian Ranau mendedahkan ratusan saudara baru di daerah itu kembali murtad. Usia mendakwa antara punca saudara baru kembali ke agama asal ialah kerana mereka terabai dan tidak mendapat bimbingan sewajarnya tentang Islam selepas mereka menganut agama suci berkenaan. 

Nampak sangat ana ni tak pernah ambil tahu hal ehwal daerah asal ana sendiri.. huk3.. Selalunya hanya mendengar cerita saudara-saudara baru masuk Islam.. Tapi rupanya agak berbeza daripada fakta yang telah dikeluarkan... terkejut juga ana membacanya... 

Tapi bila fikir-fikir balik.. bukan setakat saudara baru yang kurang bimbingan.. malahan mereka yang beragama Islam sejak lahir pun tidak kurang serupa keadaannya...  

hurmmm... macam mana ana nak tahu tentang semua ini.. Tiba2 saja ana rasa seperti katak di bawah tempurung.. Belajar tinggi ke menara gading.. Tapi pengetahuan am ana berada pada tahap primary school.. huk3.. 

ana ambil gambar Sg Liwagu Ranau ni dari google.. pinjam dulu ya.. 

Sahabat-sahabat yang dikasihi, jomm.. kita timpa segala ilmu di perantauan ini.. kelak, kita pasti kembali. menabur ilmu menyuburkan tanah-tanah milik hati yang gersang...

biar kenangan pahit tercatat,
biar duka lara terlakar,
pada tanah yang sentiasa kurindu,
namun, memori indah jua yang memenangi hati..
kerana itu, aku ingin terus berbakti.. 

cahaya harapan.

Saturday, December 25, 2010

Ceria Pagi Hari

hehe.. post lg.. ringkas ja. hanya gambar-gambar kesayangan ana..


Adik ana ni first time jumpa headphone.. hehe..



picture ni ana just ambil randomly dr internet.. huhu.. pinjam ye..

Entahlah kenapa ana minat sangat bunga ni.. huhu.. jangan dipetik bunga ni sesuka hati..

Friday, December 24, 2010

Atas Nama Cinta

Suatu ketika, lagu UNIC ini pernah jadi kegemaran ana dan sahabat-sahabat karib ana.. Rindu dengan kenangan2 itu.. Setiap kali terdengar lagu ini, pasti memori bersama mereka tersingkap kembali... Liriknya pun, amat bermakna.. dekat di hati kami...

Moga ukhwah kami sentiasa diredhaiNya.. hayati lah liriknya... ada maksud yang tersurat dan tersirat...



Atas Nama Cinta (UNIC)

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya