Tuesday, August 28, 2012

hati dan fikiran



Kadang.. aku tak kenal diriku.
Lain difikir, lain dihati.
Jadi, bila bertindak mengikut hati, fikiran jadi gundah gulana.
Tapi, bila bertindak ikut fikiran, hati pula liat tak mahu..

ah.. siapa sebenarnya diriku.

siapa yang memegang takhta, memerintah segenap penjuru diri?

Monday, August 6, 2012

Ogos Datang Lagi..



4 Ogos, hari lahirku.. Tapi cuma mampu senyum dalam hati. Terima Kasih Umi, kerana saya sudah pun berumur 24 tahun.. 

3 Ogos tahun ini, atuk meninggal dunia.. maka 4 ogos, disambut dengan yasin dan tahlil.. seharian mengurus jenazah.. Innalillah... Moga Allah merahmati perjalanannya ke akhirat...

Al Fatihah..