Thursday, December 29, 2011

Hati Mati




"Kematian hati seseorang itu dapat diketahui ketika ia meninggalkan ibadah, senang melakukan dosa, tidak peduli dengan sebutan yang buruk, merasa aman dari kemurkaan Allah dan mencela orang-orang soleh."

Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni


Saban hari kitab amalan di kiri kita semakin menebal. Asyik berbuat dosa. Tapi masih menganggap bahawa dosa kita tidaklah sebanyak orang-orang yang kita anggap 'jahat'. Masih menganggap bahawa diri masih berpeluang ke syurga.. Sedangkan ibadah tunggang langgang. 


Koreksi diri. Tanya hatimu, bagaimana ibadahmu?

Terus terang pada diri. Jangan lari..!! Siapa kamu sebenarnya. Apa tujuanmu ke dunia.

Akhir sekali, layakkah syurga untukmu selepas tamat kehidupan dunia?

Andai tidak, bersegeralah melaksanakan perintah Allah.


Pertangguhan hanya akan merugikan masa.


kerana MATI tak pernah ditangguh.





Tuesday, December 27, 2011

Study week...?



ehhemmmm..... study week?

errr... ana tak rasa macam study week. huhu.. 3 orang pekerja xerox bercuti. (T_T)~

tandanya... ana kena ambil shift mereka. setiap hari kerja 5 jam. kadang kurang, kadang lebih. Rasa nak pengsan. Sebab 1/50 pelajar di RST bawa past year question minimum setebal setengha inci~!!! Tak bagi peluang ana untuk duduk pun....


huhu.. mentang2 dorang ada senior. ada past year. ana first batch. mimpi sampai ke bulan pun takkan punya past year questions. cipta soalan sendiri saja lah..

yang menariknya, kami tak pernah dapat title junior. sentiasa jadi senior. dari first year hingga fourth year. hahaha.. *hidung tinggi* :-p

Bila tah ana nak study. Dah lah mata tak mampu nak stay up... FYP pula start menyesakkan kepala. tak boleh biar microbe tinggal lama2 dalam refrigerator... merajuk kang... rugi kerja 1 sem ana..


ana dah tampal2 plaster di badan.. huhu.. terutamanya tangan dan pinggang. lenguh tak terkira. takpa.. bertahan untuk dapatkan yuran penginapan cuti nanti. lepas tu, xerox nak runtuh pun ana buat2 don't know.. hehe.. hiperbola lebih..!!

study group sebentar lagi. kepala ZERO. hanya mengharap agar teman2 bantu mengisinya...

Ya Rabbi, ampuni dosa-dosaku, permudahkanlah jalanku, kuatkan hatiku agar bisa melalui ujian2 dariMu..



Fitrah Baik


Fitrah setiap insan adalah baik. kerana itu, semua mengharap kebaikan... Jalan lurus nampak mudah untuk dilalui, tapi hati kita selalu saja leka untuk melangkah ke jalan yang bersimpang siur. Kerana keindahannya mengaburi mata.

Baik tak semestinya adalah yang indah, kadang ia boleh jadi sangat pahit dan menyakitkan. Tapi, segala kebaikan akan berakhir dengan keindahan biarpun sebelumnya adalah pahit.

Mahu jadi baik adalah niat yang mudah. Namun, melaksanakannya adalah ujian yang penuh cabaran. Kerana nafsu dan syaitan akan bergerak seiring dengan niat dan akan sentiasa cuba merobekkan tirai kebaikan. Tanpa putus asa.

Maka, teguhlah. Jangan berputus asa untuk kembali kepada fitrah.

"Dan sifat-sifat baik itu, tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan besar. Dan jika syaitan menggangumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.."

-Fussilat:35-36-



Friday, December 23, 2011

Sebutir mutiara.



Ini kisah sebutir mutiara
yang tinggal di dasar lautan
yang tersimpan dalam kelembutan isi
yang terpelihara dari sang ombak yang menghanyutkan

tak pernah disentuh
tak pernah dirobek isinya

diam di situ, di tempat perlindungannya

kecantikannya adalah misteri
keindahannya adalah rahsia

ahhh.. mutiara..
saban hari mendengar desas desus, tanpa bukti.
dia cantik! dia indah!
tapi cantik dan indah yang bagaimana?
kerana segalanya adalah kemisterian
disebalik tempat perlindungannya

lantas terdetik sang mutiara, 
mahu perlihatkan pada seisi lautan
bahawa dirinya benar-benar indah

keluarlah ia, menyerlahkan keindahannya
terpana, terpaku seisi lautan. 
dia cantik, dia indah.

tapi, dia lupa..
ombak sangat deras
hanyutlah ia..
dari daerah kebiasaannya.

..................................

Wanita, jika kau adalah mutiara. Jadilah mutiara yang tersimpan. Biar misteri, biar rahsia. Jangan biar dirimu hanyut, pada sentuhan kasih yang melalaikan.....

kesukaanmu, tidak semestinya adalah kebaikanmu.
ketidaksukaanmu, tidak semestinya adalah keburukan bagimu.
Kerana itu, adalah rahsiaNya.

Seindah hiasan, adalah wanita solehah.

Ya Rabbi, izinkan aku untuk jadi salah satu hiasan yang terindah...
...yang terpelihara.







Wednesday, December 21, 2011

manjanya......

Pesanan: Sila abaikan post ini jika tak mahu menganggap penulis adalah seorang yang sedang mengalami tekanan perasaan.. haha... (@_@)

Tajuk Utama: Saya Mahu Pulang :-p

Orang kata... orang sakit memang manja...

memang betul lah kan? even sakit kepala pun.. nak juga ada orang ambil perhatian...

Suruh pegi klinik.. sempat lagi buat muka monyok... nak juga orang iring pegi teman jumpa doktor.. nak juga orang bagi ayat penegas suruh pegi.. padahal boleh ja pegi sendiri...

Ana tak ada lah sakit teruk pun... just gusi yang membengak dan bernanah. eerrkk.. agak geli pulak pulak menulisnya.

Membuatkan ana hilang selera makan dua tiga hari ni... then, jadi berat mulut nak bercakap. Ana perasan jugak, tiada gurau senda dalam bicara ana kebelakangan ni.. Bengkak dah seminggu, hari ni baru pegi klinik. Nasib ja lah doktor tu tak leter ana..

Alangkah indahnya kalau ana di rumah sekarang. Dulu pun pernah jadi macam ni... sebelum buat pembedahan akar gigi masa form 5. Bengkak paling teruk pernah ana rasa... sakit gigi kan antara sakit yang sangat bisa.. lagi bisa dari demam. huhu..

Ana jadi orang paaaaallingg manja! ya laaa... ana orang paling jarang sakit kot... tapi anak sulung ni memang terhad sungguh lah nak bermanja2... apapun, bila umi ana masakkan bubur.. hahaha... ana makan macam orang tak sakit! kalau manja tu umi layan.. hehe.. segalanya jadi berselera. siap tambah 2 mangkuk. padahal sebelum tu nangis2 macam baby sakit sana lah.. sini lah... Tak padan dengan mulut yang bengkak nak itu dan ini.. err.. begitu rupanya ana ya.. hahaha..

Sekarang tengah makan bubur.. tapi sangatlah berbeza dengan rasa di rumah.. (T_T)~


ohhh please... nak pulang~!!!

huhuhuhu.... nak bermanja.. tapi tak ada tempat. Dengan kawan2 pulak, errrr... tak pasal2 nanti kena cop lebih2.. As orang tua ni (err... mengaku jugak tua ye!!) kena lah tunjuk matang kan.. hahaha..

Tunggu laaa... satu hari nanti. nanti.. yang entah bila. Kalau datang time macam ni lagi.. ana jadi manja yang paling lebih1000x manja..

haaaa... bosan dengan ayat ; anak sulung ni kena matang dan berdikari.. (-_-")~

Sebenarnya, ana sangatlah manja. Tapi keadaan memaksa untuk teguh berdiri sendiri.. So, pergilah ana klinik sorang2.. hahahaha...

Post apalah ni... maap lah ya. Sila abaikan. haha.

makan ubat, then tidur... zzZZZ..


Monday, December 19, 2011

. . . . . . .

...



Biar susah, payah dan sakit sekarang, untuk senang dan bahagia di akhirat. Bertahanlah duhai hati...




...

Sunday, December 18, 2011

11:112



Hud, 112 - 115.

Seketika.. bacaan terjemahan terhenti. berfikir sedalamnya..


Maka tetaplah engkau (Muhammad) di jalan yang benar, sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan juga orang  yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

11:112

Ya Rabb, aku berlindung denganMu dari godaan nafsu dan bisikan syaitan yang melalaikan hati dan iman..



Saturday, December 17, 2011

Cheeky Cheese.



Put The Smile On You, Say Cheese..
(^____^)v

Actually, cheeky cheese is made for Bioproduct Development subject. It is a very interesting subject but need a loooootttt of efforts, times, team works and innovative ideas. As a Research and Development Manager, sometime I feel so stress to complete the requirement of the bioproduct. Especially when the General Manager asked me about the product when me myself don't know what should I do to make perfect coconut-cheese and almost every trials considered as fail. (T_T)~  *memang sudah kerjanya untuk memastikan semua lancar kan?? *  


Just ignore the decoration. haha! main hentam sj deco. Btw, we're not selling the bun, but the cheese! -on top & inside- 



But yesterday, everything is done. *horayyy* \(^_^)/ 

Just need to work on the final report. Suddenly I felt very relax and worth of working hard for the whole semester. We made a great team. Although, sometime we had some arguments. But, it is normal, coz we are all students and got another assignments, projects and things to do. At the same time, bioproduct need more attention from us. 1 person can't be multiplied into 10 right?  Well, that is why we could feel stress. A lot of works to do..

see? our product! The combination of ideas from 6 cute girls.

Our company is Gh2Farm Sdn Bhd which is a combination of our names -Girls: Harniza, Hui wen, Fadhilah, Rathiqah, Amani and Masturah- Our product is Cheeky Cheese ( A coconut cream-cheese). hehehe... sound childish?? The judge said the name is not suitable for working community as we are targeting them to buy ours. 

hentam laa.. yang penting semua dah berlalu.. I just hoping that we will get the 60% of the final marks. So, I just need 20% marks more to get an A. So, it will be worth for staying up late in the Lab 148, almost everyday. huhuhu... By the way, I still need to study extra hard., because this will be the second last semester. *must be* 


p/s:
Just ignore if i'm using wrong grammar or etc... tiba2 nak tulis bahasa org puteh pulak...  

   

Tuesday, December 13, 2011

dosa berbau..?


Andai dosa punya bau..
Nescaya, tiadalah manusia mahu mendekati

Andai dosa punya bau...
Nescaya, busuklah hati, busuklah tubuh..

Tapi, dosa tak punya bau..


Sedarlah,
Allah melindungimu
dari dulu hingga kini dan selamanya

Kembalilah kepada Penciptamu

Innalillahi wa inna ilaihiraji'un..