Sunday, January 15, 2012

mencari aku

mencari aku



masih tertanya-tanya..
ke mana kah aku yang dulu..?

hilang sekelip mata

aku mencari jejak, yang telah kabur kelabu

hilang. tiada titik temu

jadi lemah. letih. lesu.

ingin aku menemui aku yang hilang..
menarik tangannya, mendakapnya erat
bersama menelusuri jalan lurus

agar tidak hilang dalam laut
penuh gelora


ke mana kah...

...aku menghilang




Saturday, January 14, 2012

yang tidak disukai..






manisnya pertemuan, kerana bisa buat kita tersenyum..

..........sebab itu, saya paling tidak suka pada perpisahan. kerana hampir setiap perpisahan menuntut mutiara-mutiara jernih mengalir keluar dari kelopak mata. huhu.. juga bisa menyakitkan. terutamanya dengan mereka yang dekat di hati. Allahu Rabbi, lemahnya jiwa ini. (sangat manja!! huhu..) Tapi apakan daya, pertemuan dan perpisahan itu corak kehidupan. Moga teman-teman yang dekat di hati, sentiasa di bawah perlindunganNya......... 


(T_T)


-dari hati penulis yang cengeng-








Tuesday, January 10, 2012

Berat Hati


....

berat hati melangkah
kerna indahnya mengaburi mata
berat kaki mengorak langkah
kerna manisnya menguasai rasa

bila mata hati jadi buta
yang dilihatnya syurga semata
tapi sebenarnya timbunan noda
 
andai taubat tidak didamba
hati yang lemah terus leka
di tapak hati, bertindih noda segala
makin menebal bila bertambahnya masa

namun, bila mata hati terbuka
segala yang indah, palsu belaka
jangan terlambat biar sedetik masa
Kerana maut tak sabar membaham nyawa

dan yang terindah sebenarnya, adalah hijrah keranaNya
ringankanlah hati, gapailah keindahannya

........



Monday, January 2, 2012

(T_T)

........

Wahai gigi, kalau nak tumbuh, tumbuh lah betul2...

ana makan nasi pun sakit... (T_T)~
semua ana telan. tiada kunyah2 lagi..
kalau hari2 makan moi sup (bubur+sup),
kuruslah ana begini...
dah lah moi sup tak sedappp.. 
*complain ja tau... mcm pandai masak kan.. huhu*

nak jugak makan makanan ruji...
nak ayam... nak pecal.. nak aiskrim. nak semua... huhuhu...
aci tak?


hisshhh... macik ni.. manja betul dia kalau sakit.
(-.-")

.........

guna tulisan pudar sket. sengaja. haha..