Showing posts with label tazkirah hati. Show all posts
Showing posts with label tazkirah hati. Show all posts

Sunday, March 14, 2010

Sila Periksa: ANDA atau LEMBU Lebih Pandai?

Cerita ni aku ambil dari web ni..



Siapa boring, baca lah sampai habis.. Tak boring pun, baca ja.. hehe! okey, Selamat Membaca..




Kisah Perbualan Anjing dan Lembu.

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon,kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

LEMBU: hehe.. kalau macam itu, aku lebih pandai daripada manusia yang kononnya bijak-bijak tu?? aku bijak.. aku bijak.. aku bijak.. hehe..    

P/s:
Tak kenal pun siapa tuan pny blog.. tp yg penting, kisah ini bermanfaat.. jadi pengajaran untuk semua. cerita ni hanyalah sebuah rekaan tp disertakan dengan penjelasan. Cuma.. aku tak tahu kesahihan hadis bawah ni.. kalau ada yg pasti, maklumkanlah. InsyaAllah berguna untuk semua.

Ayat last tu, aku sendiri yang pandai-pandai tambah.. hehe..
JADI, siapa lebih bijak? ANDA atau LEMBU?

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa

"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja; apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, 

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Firman Allah s.w.t,

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".  
(Surah Zumar: 9)

Kesimpulannya:

Apakah ada antara sahabat sekalian yang telah melakukan perkara yang membuatkan anjing tadi tensen?
Kalau ada, jangan buat-buat lupa pada malaikat di kanan dan kirimu. Kalau still gatal nak buat juga, ada     caranya, (aku nak kongsi ni.. cara yang tak berdosa.. khas buat pasangan yang belum nak kahwin.. hehe) Nak tahu?? Pergilah merantau ke seluruh alam semesta, cari tempat yang tak dapat dilihat Allah, tempat yang tidak diketahui Allah.. Then, buatlah apa korang nak..

Kalau tak dapat cari, sedarlah, HUKUM Allah menantimu di akhirat. 

Sedikit tambahan;

Saudari kaum Hawa yang dikasihi, jom ramai-ramai kita tutup aurat. Pelihara diri yang tak sempurna ini.. Pelihara hati yang selalu lalai ini.. Kelak, apabila ditanya oleh Tuhan, tentang apa yang telah kita lakukan pada tangan, kaki, rambut, tubuh.. 
Apakah yang akan kalian jawab? 
Apakah ini jawabnya? Kami telah perlihatkan tubuh pinjaman dariMu ini untuk tatapan para ajnabi.
Maka, sanggupkah kalian, menjadi salah seorang penghuni Jahanam? 
Lantas, apa tindakan yang kalian perlu lakukan?
Ingat..
MATI tak menanti TAUBAT kita..






Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda,

"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya". (H.R. Muslim)

Jangan pula menjawab seru tak sampai lagi.. kerana Al-Quran telah mencatatkan firman Allah;

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
(Al Ahzab : 59)

fikirlah, hayatilah, sedarilah.. kemudian, kita sama bertindak menjadi WANITA SOLEHAH. 

Wallahu'alam

Wednesday, January 6, 2010

Berdua? Ketiganya Syaitan.

Sebenarnya ini adalah assignment tentang langkah mengatasi budaya berdua-duaan dalam kalangan pelajar universiti. Tapi, aku tersalah tajuk. Sepatutnya aku buat peranan talak. huhu.. apapun, aku telah modified sedikit agar sesuai untuk aku paparkan dalam SuteraHikmah.


Ini cerita tentang langkah mengatasi. Bukan cerita tentang sepasang kekasih..




Titt.. titt.. 1 message received.

Bunyi mesej masuk mengatakan kerinduan pada sang kekasih. Lalu ingin bertemu dua jiwa agar berkurang resah di hati. Maka, terjadilah pertemuan di antara dua orang yang bukan mahram. Mereka inilah yang selalunya memeriahkan suasana taman bunga, kompleks membeli belah, restoran, pantai peranginan dan tak kurang juga bagi mereka yang memilih tepian jalan sambil mengira orang yang lalu lalang.

Peristiwa seperti ini banyak berlaku dalam kalangan remaja. Apatah lagi dalam kalangan pelajar universiti yang sudah kurang terikat dengan peraturan sekolah dan pemerhatian yang ketat oleh ibu bapa. Lantas, apa langkah yang paling sesuai untuk membendung budaya yang semakin menular khususnya dalam kalangan umat Islam?

Mari hayati sebentar sabda Rasulullah saw,

Janganlah seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya, maka sesungguhnya orang yang ketiga yang akan bersama-sama mereka ialah syaitan kecuali jika bersama mereka seorang muhrim”
(Riwayat Ahmad, 3:446. Lihat al-Shaukani, 6:126)

Pengertian hadis di atas dipetik dari buku Undang-undang Keluarga Islam tulisan Dr. Mat Saad Abd. Rahman.

Nak tegaskan di sini, mereka yang berdua itu memang suka berkawan dengan syaitan. Huhu.. Banyak-banyak teman, syaitan juga nak dijadikan teman kan… hati-hati dengan teman ini. Kerana Allah telah berfirman dalam al Quran;

"….. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai temannya, maka (ketahuilah) dia (syaitan itu) adalah teman yang sangat jahat."
An Nisa : 3

Allah dan Rasulnya telah jelas memberitahu mara bahaya bila berdua. Malahan budaya berdua menghampiri zina. Tapi orang yang buta dan tuli hatinya selalu saja buat-buat tak tahu. Jadi, macam mana nak atasi masalah rasa ingin berdua ini?  

Ibarat pepatah mencegah itu lebih baik daripada mengubati, membendung budaya ini haruslah dilakukan sejak usia masih muda. Memarahi mereka yang terlibat setelah dewasa mungkin adalah langkah kedua kerana budaya mengambil masa yang agak lama untuk sebati dengan jiwa seseorang. Namun andai budaya berdua-duaan ini dilihat sejak kecil tanpa ada pemberitahuan bahawa budaya itu adalah salah, hasilnya adalah apa yang kita lihat pada kebanyakan siswa-siswi dewasa ini. Masing-masing mempertahankan dengan seribu alasan bahawa apa yang mereka lakukan adalah tidak menyalahi syariah Islam.

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya, kita yang lebih dewasa dan lebih memahami hukum syarak, berilah contoh yang terbaik kepada golongan muda. Hal ini kerana kanak-kanak merupakan pemerhati dan pendengar yang amat prihatin. Justeru, perlihatkanlah dan perdengarkanlah kepada mereka sesuatu yang baik dari segi agama.

Bagaimana pula langkah mengatasi masalah berdua-duaan ini, andai dua jiwa sudah terlanjur berkenalan lalu hati pun sudah berkenan? Al-Quran dan Al-Sunnah telah meletakkan garis panduan yang lengkap dalam perhubungan sesama manusia. Hayati sejenak sabda Rasulullah saw ini:

Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya”

(Riwayat al-Jama`ah termasuk al-Bukhari, 9:357. Lihat al-Shaukani, 6:113)

Pengertian hadis di atas dipetik dari buku Undang-undang Keluarga Islam tulisan Dr. Mat Saad Abd. Rahman.

Berdasarkan hadis di atas, maka jelaslah bahawa langkah pertama adalah berkahwin. Namun, bagaimana pula andai statusnya masih seorang pelajar dan belum berkemampuan untuk berkeluarga? Maka jalan keduanya, berpuasa. Andai tak mampu bertahan dengan puasa, maka berhati-hatilah dengan hati anda. Mungkin anda menghidap penyakit hati berlubang! Mohonlah kepada Allah yang Maha Pengasih agar dipelihara hati.

Selain itu, bergaul dengan orang yang soleh. Aku ada cerita tentang seorang kawan. Seorang lelaki. Ahli biliknya ada kekasih hati. Maka, selalulah ahli biliknya keluar berdating. Tak cukup dengan itu, siang malam bergayut dengan telefon. Kawan aku ni pula rasa jealous. Lalu dia pun rasa nak berdua juga. Maka mulalah dia mencari. Akhirnya, kini aku selalu melihat kelibatnya berdua dengan kekasih hati di café. Bukan setakat breakfast, lunch and dinner. Kadang-kadang supper time pun masih di tempat yang sama. Pernah aku nasihati. Tapi rasanya nasihat itu tak pernah masuk pun ke dalam cip memorinya. Hmm.. Lihatlah, pengaruh orang di sekeliling kita..

Sebenarnya banyak jalan keluar daripada rasa ingin berdua. Ini hanya sedikit. Cuma orang saja tak ingin ambil tahu. Terutamanya bagi mereka yang mengistilahkan diri mereka sebagai 'couple'.  Malahan, mereka ini sanggup buat pengumuman pada sahabat handai dan tak terkecuali di 'alam maya' -facebook misalnya- seolah-olah nak bagitau pada semua org; dia milikku, jangan dicoba untuk merampasnya!!

Agama dan adat kita sendiri sudah menetapkan, risiklah andai ingin mengambil tahu tentangnya, kemudian bertunanglah untuk memberitahu bahawa dia bakal engkau miliki, dan akhirnya nikahilah untuk memberitahu bahawa dia adalah milikmu. Barulah layak untuk anda membuat pengumuman; dia milikku, jangan dicoba untuk merampasnya!!
  
Sekian saja untuk kali ini. Wallahualam..