Wednesday, March 28, 2012

Nurul Amani

Pernah dulu someone contact.. Perkenalan yang sweet. Tadi saya check mesej lama dalam fesbuk. Terbaca semula chatting dengan insan ni..


Anonymous   : Salam.. boleh kenal?

Saya              : Wasalam.. siapa ya?

Anonymous   : Awak tak kenal saya, saya pun tak kenal awak.
                       Jadi saya nak kenal lah.. =)

Saya             : ??? (buat muka confuse..) 

Anonymous  : Nama kita sama.. =)

Saya            : Nurul Amani?  
                     (terasa sungguh pelik menyebut full name sendiri.. hehe)

Anonymous  : ye saya..

Saya            : haha.. binti?

Anonymous  : Nordin

Saya            : Waldin

Anonymous : Ada jugak 'din' tu... hehe..

Saya           : beza 3 huruf je.. hehehe..

Anonymous : So, nak panggil apa ni?

Saya           : panggil Amani je pun boleh.. hahaha.. =)

mesti sangat pelik panggil someone dengan nama sendiri.. hehehe.. 

------

hehehe.. perkenalan antara dua orang Nurul Amani. Saya harap, setiap yang bernama nurul amani ni orangnya baik2 dan solehah..  InsyaAllah. =)

Terima kasih Nurul Amani, kerana sudi kenal dengan saya, Nurul Amani. 

(^__^)

Nurul Amani, Cahaya Harapanku.. 



Nama inilah kelak yang akan dipanggil pada hari penentuan. Subhanallah..

Tuesday, March 27, 2012

A Dream




Do you have a dream?
that you really wish for it to be real?
I've been thinking
What is my dream actually..?

........



Monday, March 26, 2012

ooo.. hati !!



oohhhooo~~ hati!!
okay. Saya pun tak tahu kenapa dengan hati.

There is something wrong. But then, I don't know what..

saya harap sungguh dapat renovate hati supaya jadi cantik dan manis di hadapan Penciptanya.

agar boleh saya bagi pulang dengan senyuman yang cerah dan warna warni pada pemilik sebenar.

Wahai hati, jangan lah kau terlalu lalai.

fikir pasal hati-hati ni.. teringat pula cerita cousin lelaki saya. Dia contact baru2 ni. bercerita tentang kawin.. hahaha. okay. tak lucu, tapi men-tensen-kan.

kenapa?

sebab cousin perempuan saya yang umur 17 tahun tu dah nak kawin!! (T__T)

lagi yang kawin?

kakak yang dah umur 27 tahun. Alhamdulillah, Umi dia bagi juga setelah berkali2 menolak calon2 yang kakak bawa. (kesian kakak. Nasib baik kakak tegas bg statement umo dia dah 27)

mereka bakal berkahwin tahun ini.

yang dah kawin??

okay. yang dah kahwin ni paling menggeramkan saya. cousin paling saya rapat pulak tu! seumur dengan saya. Tapi dia lelaki lah.. dah lah kawin sembunyi2... grrrr... kalau bukan Umi yang jadi bidan terjun tolong itu dan ini.. tak ada orang akan cerita dengan saya yang jauh diperantauan..

T_T

kejam jugak lah dia.. bukankah saya patut kahwin dulu?? haissh.. 

hehe.. emosi lebih. nasib baik cousin tu bg penjelesan kenapa kahwin awal. Dan pulang bercuti mengejut. Cousin ni tengah blajar di Bogor, Indonesia. Balik bercuti seminggu sahaja untuk berkahwin. haha..

Rupa-rupanya kisah disebalik perkahwinannya agaklah haru jugak.. Sebab girlfriend dia baru masuk Islam sembunyi2. Bila family dia tahu, habis 1 family marah dan mengugut. Nasib baik juga lah Walid (ayah cousin) ambil tindakan bijak. Suruh dorang kahwin... So, walaupun dia dah dibuang keluarga, dia ada family baru.

hurmm.. gitulah ringkasan ceritanya.

Lagi sorang yang dah kawin? uhuukk~ rasa mahu terbatuk2!! Waktu cuti hari tu, makcik saya tiba2 datang rumah suruh saya buatkan hantaran.. (@_@) 

dah lah tak bagitau siapa yang nak kahwin. Tak pasal2 saya jadi bidang terjun tukang buat hantaran entah dari siapa kepada siapa. 

korek punya korek.. rupa2nya adik sepupu lelaki yang umur 20 tahun! isterinya umo 18. 

tahun ni adalah tahun paling banyak terima jemputan kahwin. Masalahnya, tak ada satu jemputan pun dapat saya hadiri... 

sob3.. ini laa topic utama perbincangan antara dua sepupu baru-baru ni. 

cousin saya siap merancang.. bagi saya kahwin dulu, baru dia. yalah.. dia tu lelaki. Umur pun setahun tua dari saya. Bagi peluang konon! baru tak haru.. tinggal saya sorang yang belum berpunya.. 
gagagagaga.. (agak tensen dengar ayat tu!!)

(T________T)


okay. orait. fine. Kahwin lah kamu semua..
Balik kampung nanti mesti tensen gila. pandang kiri kanan, semua dah ada pasangan. uwaaa...

dah lah kahwin tak pernah tunggu saya balik cuti.. @_@

kejam betollllll..................


ehemm.. saya post just nak tulis pasal hati ja. tapi terlebih pula. tiba-tiba teringat perbualan dengan cousin smlm.. (_ _#)

okaylah. sudah. stop.


 



Friday, March 23, 2012

Tinta Maya


Ini post kedua hari ni.. hehe.. terlebih semangat pulak hari Jumaat ni. Tadi singgah2 di blog-blog sahabat2. 

Nak kongsi. Ada satu blog ni.. Nama dan tema blognya saja sudah menyentuh pandangan mata. Terus menusuk ke hati. Fikiran saya pun terus kacau bilau memikirkan apa yang telah terluah di teratak SuteraHikmah ini sejak dulu kala..

Adik Syed , kak ambik picture buat kenangan.. biar tema ni terus hidup buat saya dan insan-insan yang membaca terfikir dan berfikir.  =)

http://mindaislah.blogspot.com/

Tulisan akan terus hidup dan berkata-kata walaupun setelah kita mati.. 

maka, wajarlah kita berwaspada dengan setiap kata-kata yang kita tulis di alam maya kan..?

cuba kalau kita kritik orang or mengumpat orang or menghina orang. sampai bila2 kekal dalam alam maya ni selagi kita tak padam. Kalau dah mati, siapa yang nak padam kan?

huuu~ sama keadaannya macam gambar-gambar yang mengundang dosa  di-upload dalam jaringan tanpa wayar ni.. @_@

you know, DANGER !! Hazardous for our afterlife..

So, the point is - Think Before We Act. 

Berfikir bukan guna hati dan fahaman sendiri saja. Tapi, kita ada Al Quran, Sunnah dan Ijmak ulama untuk panduan..


Pahit, Manis danTawar


Setiap detik yang berlalu, pasti ada asbabnya. Pahit manis sebuah hidangan pun pasti ada sebabnya. Sama seperti hidup; kadang pahit.. kadang manis.. kadang pula tawar rasanya.

Tapi, segala cerita ini, sudah tercatat dalam Lauh Mahfuz. Pahit atau manis atau tawar cerita hidup, ada hikmah pengajaran. Jadi, kita manusia, jangan cepat berkeluh kesah. Kerana Allah adalah telah menyusun takdir kita. 

Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi bongkak. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan dia bongkak, kecuali orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya.

-Surah al-Ma'arij, ayar 19-23-


Baca tu... bukan hanya orang yang solat, TAPI orang yang tetap mengerjakan solatnya.

Moga kita tergolong antara hamba yang tetap solatnya, agar kita jadi mukmin yang takwa. Amiin..



-penulis sedang menampal tompok2 pada hati agar tidak longlai lagi-



Wednesday, March 21, 2012

sesak


kepala saya berat.

final year project semakin menyesakkan,

padahal waktu tak pernah bertambah, sebaliknya berkurang.

Sudah terlalu banyak saya berkorban, tapi rupanya masih tak berhasil.

T__T

apa patut saya buat, result sekali lagi down.

down bersama-sama semangat saya.

mahu menangis, tapi tak terdaya, kerana tangisan takkan menyelesaikan apa-apa.

sebaliknya, membuatkan saya terus meraih simpati.

Aduh, semangat.. janganlah hilang. 

teguhlah untuk semester yang terakhir ni..

teguhlah.......





-penulistengahblurr-

tiada mood mahu berketawa. tapi tak tahu kenapa, masih mahu menulis di sini...



Friday, March 2, 2012

Hujan

pic by dailypainter.com
.....

HUJAN

datang dan perginya membawa memori

diam memendam rasa, 
diam memendam rindu.

datang.. dan pergi kembali.



cuma mampu berdiam diri

berdoa dalam hati. 

.. dan Allah lebih Tahu.





.......