Wednesday, March 30, 2011

As Busy As A Bee

Bismillahirrahmanirram...

wahh... Ana dapat post~!! haha.. setelah sekian lama tak bleh post.. (selalu guna tunnel). Adakah ini bermaksud majoriti student USM sedang diulit mimpi?? tambahan lagi hujan~ nyaman untuk tidoo.. hehe.. Selesai saja Subuh ana sudah start menekan2 keyboard laptop ana.. Bukan buat homework.. tapi lengkapkan tantatif dan mencantikkan lagi ayat dalam proposal.. huhu.. nak minta tajaan kan.. kenalah buat yang terbaik..

Ana cuma nak cerita perihal semester ini. Sibuk yang amat~!! Ana baru bertatih untuk menyesuaikan diri dengan masa yang agak pack.. tapi sedar tak sedar, sudah sampai ke penghujung, walhal ana masih merangkak mengejar waktu. Ana sungguh ketinggalan! Tapi Alhamdulilah.. akhir-akhir ini assigment tak begitu menekan jiwa. Syukur ana volunteer buat report discussion untuk experiment awal2..

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. hehehe...

Kegembiraan pertama: No More 6 Hours Practical Class.

Bukan ana tak suka buat Lab, cuma 6 Hours dalam Lab duduk atau berdiri sama sahaja! tempat duduknya tak boleh menyandar. (T_T)~ So, assume sahajalah berdiri 6 jam sambil ke sana ke mari berexperiment tanpa duduk. Lagi satu, No Lunch Hour yang rasmi... huhu.. So, kena pandai bajet masa.. time tengah incubate ke.. atau tunggu turn spectrometer ke.. curi-curi lah masa p solat dan makan.

Kegembiraan kedua: Start next week, No More Part Time Job Until 10pm Everyday.

(T_T)~ Betapa ana happy dengar pernyataan dari bos ana. Akhirnya.. ana boleh duduk-duduk relax dalam bilik selepas kelas dan mungkin luangkan masa untuk study. Hari sabtu sj kerja.. 10pg-5pm. Believe or Not??? I never study at night for this whole semester!! hurmm.. mungkin ada.. tapi I end up with sleeping on the table.. huhu... (ana bukan jenis orang yang stay up!) tambah-tambah lagi selepas kepenatan melayan customer.. Kesimpulannya, ana tidur before 12am, then bangun before Subuh untuk revise. (itupun kalau ada test, report or presentation) waktu2 lain, ana tak mampu melawan keletihan ana. letak saja kepala atas bantal, tak sampai 5 minit ana sudah lena... (ana tau sbb tgok jarak waktu mesej yang masuk sebelum dan selepas ana tidur..)

Kegembiraan ketiga: Ana secara rasminya sudah LETAK JAWATAN sebagai NYDP PERSIS.

hehehehe... Ini paling ana Happy. walaupun sebenarnya sedih tinggalkan Persis. Tapi tekanan yang menekan semakin berkurang buat ana boleh tersenyum senang.. Selepas ini ana tak perlu menggagahkan diri ana pergi meeting selepas kerja. Bayangkan... hari-hari balik lewat, masih pakai baju kuliah dari pagi. even pegi meeting or kerja. Mandi pula tak pernah awal dari 10pm.. huhu... risau osteoporosis menyerang ana! Setiap minggu berulang perkara yang meletihkan buat ana terlalu tertekan. (T_T)~

Kegembiraan keempat: Azlin datang ke USM

Walaupun hanya sebentar, tapi sudah cukup buat hati ana girang... Ya laa... Sahabat baik sejak matrik datang bertandang.. sebenarnya, terlalu banyak yang ingin ana kongsikan cerita.. hingga tak tahu mana satu perlu dicerita! Tapi badan ana yang lemah ni tak mampu melawan keletihan.. So, ana fikir lagi baik diam-rehat. huhu... Sorry Azlin! harap-harap kamu senang sepanjang berada di sini..


Fuyyoooo.. tengok pic di atas, yang pegang peta terbalik tu ana! hahaha... jadi pemandu arah yang menyesatkan! Nasib berjaya kembali ke jalan yang benar walaupun hentam. Ini pertama kali dalam hidup ana, ana baca peta dan jadi pemandu arah... haha.. pengalaman yang paling hebat ana rasa! Sebab ana paling lemah bab jalan... Thats why experience ni jadi sangat berharga!

Kegembiraan kelima: Paper Work PERSIS Back To School Approved~!!

Program yang dirancang sejak awal sidang. Tapi baru bergerak dek kerana ketidakpastian ana untuk melaksanakan projek ini. huhu.. walaupun ana sudah letak jawatan, ana masih rasmi terlantik sebagai Pengarah Projek yang melibatkan tema Motivasi dan Lestari ni. Projek yang mengambil masa 12 hari merupakan jelajah PERSIS ke 3 Daerah: Kota Kinabalu-Kuala Penyu-Ranau serta melibatkan 9 buah sekolah! harap-harap ana tak pengsan mengurus projek bulan Julai ni. Gerak Kerja dibuat time study week, exam dan L.I...



Ana telah berkali-kali nangis menghadapi semester ni.. Ana fikir ana tak mampu.. itu yang buat ana rasa lemah dan tak bermaya. Itulah aura-aura negatif yang melanda ana apabila keletihan pada setiap penghujung hari..  Selalu mempersoalkan.. Bila ana punya waktu untuk diri ana?? Ana juga mahu dimanjakan disamping menghadapi kesibukan hari-hari ana.. 

Tapi, Allah Maha Tahu.. Lebih tahu tentang kemampuan hambaNya.. Akhirnya.. Ana berjaya juga lalui semester ini... Alhamdulillah.. kemampuan seorang manusia sebenarnya tidak terbatas. Kadang kala keterdesakan boleh menghasilkan sebutir mutiara yang tak ternilai!

Wallahu'alam.. Allah Lebih Tahu.

Saturday, March 19, 2011

Senyuman Hari Ini.


Hidup itu satu perjalanan..

Setiap hari pasti ada pengalaman baru kan... hehehe.. rasa seronok melalui hari-hari yang penuh pengalaman.

so, apa yang berlaku hari ini? Sebenarnya tiada yang special. Tapi cukup sekadar peristiwa-peristiwa yang membuatkan ana tersenyum.. (^__^)

Pertama, tertulis nota di whiteboard Makmal 148: (eh.. ini cerita semalam)

                        Finish your experiment before 5pm. 
                                                                     Dr Lee.

"I have convocation tomorrow... " (mcm ni ke Dr cakap?) hehehhe... lupa. ana cuma ingat wajah excited Dr. hehehehehe... lucu~!! -pssst... terlalu sukar nak tgok Dr Lee senyum. Apatah lagi excited! Selalu berwajah bluurr saja.- hahahaha.. (Dr, jgn marah ana !)

Padanlah tak boleh overtime buat lab... hehe..

Kedua, semalam budak Cina dari kedai air dtg jumpa ana minta tolong ana kembalikan kunci yg hilang pada pemiliknya.. mungkin tertinggal di kedainya. So, ana pun dengan sukarelanya menolong. Bilik 3.21... hehe.. reaksi pemiliknya agak lucu.. Dia mungkin agak gembira atau mungkin terharu.. hingga tak tahu nak luah mcm mana..

"awak.. terima kasih tau.. " bersama senyuman manis keharuan.. hampir2 cik adik tu melompat-lompat depan ana..  (^___^)

Ketiga, anak bongsu taukeh kedai air datang menyibuk kat depan ana tadi.. celotehnya buat ana lupa sebentar dengan kebosanan ana menjaga kedai.. hehehe..

"saya tak tau itu komputer.. kalau di kelas 1 komputer 1 orang saya rasa macam hell.. Abang Long saya pun suruh saya cepat2 guna komputer.. tapi saya tak tau itu komputer.. bla100x.. " 

hahahhaha... susah nak faham apa yg dia nak sampaikan.. berputar belit..

"Itu yang macam ini... panjang panjang... untuk paper print.. yang black colour... "

(_??????_) ana pulak yang bluurrr... dia nak apa ni? hahahaha.. rupa-rupanya ring paper untuk binding comb.

huhuhu.. (T_T)~ lucu..

keempat, ada pelanggan lelaki dari Indonesia: ( ganteng deh... haha..)
Orang tu    : "Photocopy 3 set.. tapi yang ini nggak mau.."
Amani       : "15 sen"
Orang tu keluarkan 20 sen dari dompetnya.. dan ana bagi baki 5 sen. hukhukhuk.. serius orang tu tenung syiling 5 sen. Siap belek-belek lagi.

"Ini pertama kali saya tengok 5 sen.. Saya fikir, 10 sen paling kecil.." 

huh??!! hahaha... Padan lah...

bercerita sebentar sebelum dia beredar.. ehehe.. ramai pula pelanggan dari Indonesia hari ni... Lupa pula prgram apa.. HGCT ?? huhu.. itu ke orang Indonesia sebut tadi?

Okeylah.. sekian saja cerita hari ini. Saja post untuk isi kebosanan menjaga kedai pada hari Sabtu.. Ramai telatah orang untuk diperhati dari jendela tempat ana bekerja.. hehe.. malangnya, tak ramai yang mahu jadi pelanggan..


Kesimpulannya, hargai hari anda.. Mustahil hanya ada kedukaan dalam hidup sedangkan hal remeh temeh pun boleh buat kita tersenyum dan senang hati...  Syukur kerana kita masih boleh merasa dengan hati. (^___^)

Myspace Smile Graphics Quotes

Phobia or what ??


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Ana dah dapat tempat untuk Latihan Industri pada 9 Mei - 2 Julai 2011. Nampaknya jodoh ana dengan INFORMM. Still dalam USM. So, mudah untuk mencari makan dan tempat tinggal. huhu.. Dah lama ana dapat panggilan dari pejabat INFORMM tapi baru hari ni dapat berkongsi kegembiraan ni di sini. Mulanya, ana masih berharap agar dapat L.I di area Petaling Jaya, bolehlah ana belajar hidup di bandar.. huhuhu....

Tak nak jadi macam rusa masuk kampung.. eh.. rusa masuk bandar? huhu.. 

The truth is: Ana takut dengan bandar~!! (T_T)~ pelik kan?? Nasiblah USM tenang dari hiruk piruk kota metropolitan. :p

Ana ni kan... (entahlah kawan2 ana perasan ke tak..)

Tak pernah naik bas sorang diri even dalam Penang pun.. Sampai sekarang tak hafal number2 bas rapid Penang (T_T)~ Tak pernah keluar dari USM sendiri... Tak pernah jalan2 sendiri kecuali dalam USM... Apatah lagi nak mengharapkan ana merantau ke negeri orang sendiri...

Ana agak fobia for being alone... bukan tak tahu berdikari.. Lagipun, buat benda sendiri boleh.. tapi JALAN sendiri tak boleh... khususnya di tempat yang ana kurang familiar..

Selagi punya pilihan, ana tak mahu jalan sendiri~!!
hurrmm... Satu2nya tempat yg ana boleh sendiri:
perjalanan Airport Bayan Lepas - USM. hehehehehe... dan Ranau~!! 

Sebab keinginan untuk pulang tu selalu mengalahkan rasa takut.. huhu.. macam mana lah adik ana hidup di tengah2 kota.. Hari tu ana pernah ckp nak tumpang tinggal di rumah sewanya time dia balik Sabah. Tapi awal-awal lagi dia dah cakap: Bukan tak mahu bagi tinggal, tapi bahaya teteh tinggal sana.. (T_T)~ ana tak bleh imagine mcm mana tempat tinggalnya.. tambah pula ana terlalu jarang turun ke KL...

Kota Kinabalu pun ana tak lepas... kehkehkeh... Berpuluh tahun pergi Kota Kinabalu, tapi still tak lepas~!!

Alamak... termerepek lah hari ni... huhu..


Agak risau: Macam mana lah ana kerja nanti ?? 

Nota 1:
Program Kembali Ke Sekolah akan dilaksanakan InsyaAllah pada 7-18 Julai 2011. 9 buah sekolah akan terlibat. Sekian laporan PERSIS. Ini last ana jadi pengarah. Hampir tak mampu nak urus ni... semester ni agak busy. (T_T)~

Nota 2:
Mudah-mudahan Azyan dan Zaty dapat Doping Centre.. Takpun Sime Darby.. InsyaAllah rezki korang akan sampai juga.. jangan putus asa ye...  


Nota 3:
Exam dekat sudah......

Tuesday, March 15, 2011

Sirah

Tajuk tu pasal sirah k.. Bukan sireh!! Hehe… ana nak cerita ni..

Tapi sebelum tu, tau tak apa sirah? Sirah tu dalam Al Lughatul Arabiah... Orang Puteh said ; History… ngeh3.. Tak paham jugak? Ye lah… manalah tau korang ni Orang Melayu sejati… Sirah tu ertinya Sejarah… Orang Dusun bilang apa? Huk3.. Tiada dalam kamus!! (fail bahasa sendiri..)

haaa… Sejarah tu apa pulak? Errrr… menurut Kamus Dewan Bahasa Amani, Sejarah bermaksud hal atau peristiwa yang telah berlaku.

*erti sejarah di atas hanya available di Kamus Dewan Bahasa Amani; Kamus yang tak akan ditemui di pasaran gelap mahupun cerah! Hehehe. *

Ana tiba-tiba saja rajin membaca pasal Sejarah. Khususnya Sejarah kebangkitan dan kejatuhan kerajaan Islam dahulu.. Subhanallah.. Membaca sirah2 tu membuatkan ana rasa berkobar2.. Ingin sekali merantau pergi ke tempat2 hebat yang telah dihasilkan oleh insan2 yang hebat ini…

Kisahnya? Banyak sumber yang ana baca.. Dari wikipedia, blog2 orang, website rasmi tempat2 tertentu.. Tp link bawah ni mudah dan ringkas utk dibaca. Kalau nak lebih info, sila minta pertolongan Pakcik Google atau Makcik Yahoo k..


Well, ana just nak ringkaskan sahaja pembacaan ana..


Thariq Bin Ziyad

Sekitar tahun 711M beliau dapat perintah Musa Bin Nusair utk menyerang Andalusia (semenanjung Liberia kini sebahagian dari Sepanyol dan Portuguese). Dia pergi bersama 7000 org tentera. Apabila sampai dia memerintahkan anak-anak buahnya membakar semua kapal2 kecuali 1 kapal2 kecil yg dihantar pulang untuk mendapatkan bantuan.

Beliau mengatakan, “Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya dua pilihan, menaklukkan negeri ini dan menetap di sini serta mengembangkan Islam, atau kita semua binasa (syahid).” Kata-kata ini adalah untuk membakar semangat pejuang-pejuang. 



Musa Bin Nusair

Beliau org yg memerintahkan Thariq utk menyerang Andalusia. Beliau kemudiannya menyusul untuk menyerang dari arah yg berbeza dgn pasukan Thariq. Satu persatu kota2 Andalusia jatuh ke tangan mereka : Toledo, Elvira, Granada, Cordoba dan Malaga. Lalu dilanjutkan Zaragoza, Aragon, Leon, Asturia, dan Galicia. Dan penyebaran Islam ke Eropah pun dimulai dari Andalusia. 


Salehuddin al Ayubi

Khalifah Kerajaan Abbasiyah. Baitulmaqdis sebelum kelahiran beliau, telah ditawan oleh orang Kristian semasa Perang Salib pertama. Tapi kemudiannya ditawan semula oleh beliau ketika menjadi Panglima Perang Islam pada umurnya 50 thn. Tapi puluhan tahun kemudian, tentera Monggol menyerang Baghdad dan menakhluki Baitulmaqdis. Peristiwa ni berlaku sekitar tahun 1258 M. Masa ni, kerajaan Abbasiyah jatuh..


Muhammad al Fateh

Constantinople = Istanbul

1453m. Constantinople dikuasai oleh Rom. Muhammad Al Fatih serang selama 48 hari. Al Fatih merupakan insan yang disebut oleh Baginda Rasulullah dalam satu hadis tentang kejatuhan kerajaan Rom ditangan umat Islam. Al Fatih berjaya menawan Constantinople 800 tahun kemudian. Ketika itu, usianya baru 19 tahun !!! Umur 12 tahun dah jadi khalifah. Subhanallah.. Apa yg ana telah lakukan pada umur ana? 


*** Ana ada juga baca kisah Istana Al Hambra. Bangunan yang amat unik dan memerlukan keparakaran yang tinggi pada masa itu..


Al Hambra dibina ketika Dinasti Bani Ahmar(1232-1492) di Granada. Semasa kerajaan Islam di Eropah jatuh satu persatu, Granada perlahan-lahan terus bertahan dan membangunkan kerajaan Islamnya. Tapi perebutan kuasa berlaku ditambah pula dengan campur tangan orang Kristian.. Setelah itu, kegemilangan Islam benar-benar jatuh. Orang Islam di Granada diberi 2 pilihan. Mahu tinggal terus dengan menukar agama kepada Kristian atau keluar dari Sepanyol? Lantas, berlakulah pemurtadan beramai-ramai.. Sebahagiannya dihalau keluar dari tanah Eropah… (T_T)~ 



Islam pasti kan gemilang lagi !! Ayuh, siapkan diri! Kebenaran sudah nyata! Semboyan pasti akan berbunyi….

*Kisah ini hanya ringkasan dari pembacaan ana..

Tuesday, March 8, 2011

Under Pressure

Bismillahirahmanirrahim..

Bawah Aras Ketenangan

Terperangkap dalam lautan nan dalam
tekanan yang menekan menikam
jasad yang suram
bertemankan kelam malam
sendirian bermuram

ingin digapai cahaya seri
namun jauh di permukaan bumi
dalam diam harapan bersemi
biar sampai garis-garis cahaya suci
ke lautan dalam tiada peri
tempat jasad berdiri

hati bagai hilang dalam timbunan konkrit maya
ia jadi keras walau bernyawa
mudahnya dikuasai amarah
dek kerana rasa yang menekan sukma

jangan diganggu jiwa yang kacau
fikir positif ia tak mampu
saat ketenangan tidak bertamu

biar tiada yang mahu memahami
usaha diri

kerana Engkau sentiasa tahu
lebih dari tahu.

Ya Rabbi
Aku mohon ketenangan hati
beri aku kekuatan agar tarbiahMu bisa aku harungi

Cahaya Harapan.

Wednesday, March 2, 2011

'Setan' jadi Ustaz

Sementara ada masa terluang, ana menjelajah membaca blog2 yang ana rasa memberi manfaat pada ana. Ana kongsikan salah satunya: Lagenda Budak Setan vs Ali Setan

Tapi, ana kopi-pasta juga ke blog ana. Biar mudah sikit untuk membacanya.. Ana tiba-tiba rasa seperti ingin ke Syria. Terasa indah membaca tentang penghijrahan ini.. Moga Allah merahmatinya, dan juga merahmati setiap hati yang tersentuh pada kebenaran. Moga kita tergolong dalam hambaNya yang soleh dan solehah. Amiin..

Walaupun agak panjang, bacalah perlahan2.. ana jamin, pasti akan bermanfaat bagi hati yang sentiasa mencari sinar..
Bismillahirrahmanirrahim.....

Sebenarnya entri kali ini tiada kaitan pun dengan filem Lagenda Budak Setan, sebaliknya saya memetik sebuah email yang dihantar oleh rakan tentang kisah saudara Azmil Mustapha. Apabila disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah.


Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem ‘Puteri Gunung Ledang’; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama.

Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi’ dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana. Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami’ Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab.  Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?

Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga. Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia “jangan tengok lelaki” bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.

Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku.  Duduk satu meja pun tak ada. Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.

Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah. Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC. Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia. Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik.

Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar. Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak. Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.
Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan. Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.

(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato’ Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A. Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.

Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila “check” ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya’.

Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat. Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita. Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia? Azmil Mustafa Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya, ” Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam mana nak cari kerja?”
Saya jawab balik, “Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM”. Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya. Sekarang kita kongsi raya, kita kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat.

Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini. Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ‘terjajah’. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak.

Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?

Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat.

Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif  Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.

Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh.

Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama’. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.

Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?

Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri. Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.

Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan. Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yang berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.
Wallahualam.....

-masa+kehidupan-



".... Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat seksa dari kejahatan yang dilakukannya. (Mereka berdoa), 'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebani kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang tidak kami sanggup memikulnua. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, makan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.."

Al-Baqarah: 286

Ana cadangkan pada para pembaca untuk membaca link di bawah ini.. banyak manfaat yang boleh diperoleh.. moga Allah merahmati kita semua.. InsyaAllah..

Wal ‘Ashr: Pengurusan Masa Dalam Islam
HafizFirdaus.com - Wednesday, 02 March 2011