Friday, February 26, 2010

Hari Cuti, Bas Cuti, Aku?


Hari ni cuti umum. Walaubagaimana pun, aku still kena pergi pejabat Sektor Kesejahteraan Pelajar @ Unit Kaunseling. Wuhhuhuhu.. Masalahnya, bas cuti! Jauhnya nak jalan kaki ke UK.
Aku dengan langkah malas memulakan perjalanan yang dijangka akan mengambil masa hampir 30 minit. Sorang2 pulak tu.. Dalam hati; jauhnya…. malas…malas… malas…

Ni nak cerita apa jadi sepanjang perjalanan..

10.30am: sepatutnya kena suruh datang jam 9am. Tapi aku malas benar bila fkr perjalanan yang jauh nak ke UK.. Hampir2 tak nak tunjuk muka. Tapi, kalau nanti En. Azmi cari ketua-ketua bahagian, habislah aku.. Apa aku nak suruh anak2 buahku jawab.. Wuhuhu.. Dek kerana tanggungjawab.. Aku paksa juga diri untuk jalan kaki.. Walaupun lewat, aku perlu datang.. Lagipun, buat kerja sampai ke petang.

Mula dari langkah pertama lagi hati rasa berat. Aku tengok saja motor & kereta yang lalu.. Huhu.. Takda yang nak bagi tumpang aku ke?? Wu~~ kemudian lalu sebiji motor.. Seorang lelaki bawa.. Hmmm.. Korang rasa, apa yang berlaku???

Orang tu bagi tumpang? Hehe… perasan!! (ok, serius sikit… aku nak sambung cerita ni..) Belakang lelaki tu ada sorang perempuan. Maksudnya, dorang berdualah naik motor..

(p/s; aku tak tahu nak guna perkataan pembonceng & penunggang.. Jadi, paham2 ja lah apa aku nak jelaskan sini.. Tapi, klu sudi, sila ajar aku ni.. Orang yg pandu motor digelar apa? & orang yg tumpang motor tu digelar apa? Huhu.. Aku tak pernah guna perkataan2 ni.. Sah! Jarang naik motor.. Hehe..)

Sambung balik.. Perempuan tu cantik & bertudung. (aku ckp cantik coz tgok body dia dr belakang.. Huaa.. Nakalnya mata aku ni!! Takpa.. Yang aku tengok tu perempuan.. Ehe.. Para lelaki, sila tutup mata!) Tapi…. Ada masalah! Huhu.. Benar2 masalah! Aku terlihat kedua tangannya, beralih dari paha lelaki tu ke pinggang lelaki tu pulak! Then, peluk erat2.. Aduhh… aku pun merungut lah.. Kenapalah aku ternampak perkara camtu? Bukan ke hari ni hari Maulid Rasul? Hari ni pulak hari Jumaat.. Korang suami isteri ke? Kalau korang kemalangan?

P/s: Kepada kawan2 aku, jangan berani nak buat benda macam tu. Sah yang benar2 sah! Sah HARAM. Tapi, kalau korang memang dah rindu sangat dengan Neraka, hmm.. Silakan.. & jangan buat depan aku.. Aku humban korang dengan batu!

Hati dah lah berat sejak keluar dari bilik… tambah pula adegan yang kuterlihat tadi… Tapi bila perkataan Maulid Rasul tu terkeluar dari celah2 hati, aku pun terfikirlah.. Orang biasa buat perarakan time ni. Walaupun sebenarnya ada pelbagai pandangan terhadap menyambut hari ini. Ada positif, ada negatif.

Apapun, aku hanya ikut kata hati berasaskan pandangan2 yang telah dihuraikan entah bila.. Lupa pula. Aku berpendapat, sama ada sambut atau tak, yang pentingnya adalah kesedaran dalam hati umat Nabi Muhammad saw sendiri. Kitalah umat Baginda tu.. Sedar tak?? Yang baru sedar tu, memang otaknya ada masalah. & yang tak sedar juga.. Hati2 lah dengan hati. Mungkin hati tu dah hilang! Pergi check cepat! Itu dah keterlaluan hilang ingatan.. Kalau maulid nabi ni Malaysia tak buat cuti umum.. Entah.. Kita ingat atau tak… ingat tak?? Bila kalendar masihi bertanda merah, baru tertanya2 cuti apa.. Huhuhu… aku lah salah seorangnya!

Nampak sangat, kalendar Hijrah tenggelam kerana kalendar Masihi oleh insan2 seperti kita ni.. Hmm… seperti aku ni.. Kenakan diri lagi baik.

Alhamdulillah.. Aku tersentak dengan kata hati sendiri.. Kata-kata hati, yang diilhamkan oleh Yang Maha Kuasa. Lantas bertindak sebagaimana wajarnya seorang Islam..

Lidah, aku basahkan dengan selawat,
Hati, aku limpahkan dengan kerinduan,
Minda, aku penuhi dengan zikrullah,
Jiwa, menyampaikan rasa ketenangan,
Hati yang tadi berat, jadi ringan,
Kaki yang tadi malas, jadi tangkas,
Maka, setiap langkahku jadi bermakna..
Subhannallah..

Hingga akhirnya, aku tersedar.. Langkahku terhenti pada destinasi. Sekejap benar 30 minit perjalanan dari jejantas ke unit kaunseling.. Walhal aku jalan dengan begitu perlahan..

Sahabat, benar.. Sungguh benar..
Dengan mengingati Allah, hati akan tenang…

Oleh itu, jom meriahkan hari kita dengan selawat dan zikrullah..

Ya Allah, limpahkan kesejahteraan dan keselamatan kepada junjungan kami, Muhammad s.a.w dan kepada keluarganya serta sahabat-sahabatnya..

Subhannallah..
Alhamdulillah..
Laailahaillallah..
Allahuakhar..
Astaghfirullah…

Moga hati-hati ini, bersatu untuk menegakkan agamaMu ya Rabb..
Wallahu'alam..

Thursday, February 25, 2010

hanya sekadar bicara kosong..

Post sebelum ini aku ckp nak sambung… tapi sebenarnya aku agak malas.. Almaklumlah. Suasana cuti telah berlalu.. Mood yg ada sekarang just.. Busy…busy…busy.. Hehe..


So, ringkaskan cerita, aku cuma tulis sahaja.. Hehe..

Rabu: Main boling & tengok wayang… wa~~ itu lah kali pertama aku jejak kaki ke tapak boling di Bukit Jambul… panggung wayang pun sama… hehe.. Baru sedar.. Aku busy sangat ke sebelum cuti? Keluar USM pun tak pernah… hari tu lah pertama kali aku jejak kaki ke Kompleks Bukit Jambul untuk sem ni. Dan kali kedua untuk sidang ini! Kesimpulannya, sepanjang 2 tahun di USM, belum sampai 10 kali aku pegi.. Entah2 5 kali pun tak sampai.. Asyik2 TESCO Extra saja aku pegi. Itupun kalau barang-barang keperluan habis... Hehe!

Malamnya aku struggle baca buku Accounting & Finance setebal 2 inci.. (^_^)

Sebenarnya 1 chapter ja aku baca… tak sampai setengah cm pun.. Hehehe.. Kuiz online tutup jam 11pm.. Aku baru nak baca & jawab malam tu. Hehe..

Sepatutnya time ada peluang ni lah aku merantau negeri orang… setakat duduk USM, 4 tahun, pemandangan yg sama juga aku tengok… hmm…

Khamis: aku habiskan seharian di Unit Kaunseling menguruskan lebih seratus surat untuk di fax ke sekolah-sekolah, IPTS, IPTA & kolej-kolej sekitar Kedah & Penang. Serta menaip beberapa lagi surat. Bekerja tanpa anak buah, dah tu sorang2.. Wa~~ memang aku orang yg rajin.. Haha.. (apahal puji diri sendiri ni.. Hehe). Thanks pada orang yang menolong..

Maaf sahabat2 alumni al-Irfaan sebab tak dapat join program di UM.. Kerja-kerja urus surat tu habis lambat.. Aku tak berani jalan sorang2 pegi KL time malam.. Huhuu… tak ada orang nak teman..

Malamnya, En. Baharudin mesej nak buat rancangan jahat.. Haa.. Apa tu?? Rancangan mengenakan Erhan sempena befdaynya yang ke-22. hehe.. Hish… En. Bahar ni.. Dia punya idea, tak pasal2 aku yang urus.. Sorry Erhan.. Habis satu badannya kena telur dan tepung.. Ish..ish..ish.. Bukan aku yg buat.. YDP yang buat. Aku tengok ja.. Haha.. (Harap-harap korang lupa bila befday aku.. Aku dah cukup putih untuk diputihkan lagi oleh tepung… hehe..)

Ish..ish..ish.. Bukan ke kita sepatutnya buat kenduri kesyukuran.. Hehe.. Mana nak buat dalam USM ni??

Seronok, seronok juga. Tapi jangan dilupa pada malaikat yang sedang menjalankan tugas mereka di kira dan kanan kita.

Esoknya, kami pegi main boling lagi.. Dan aku menjuarai tempat pertama... Tapi dari bawah! Haha.. Kesimpulannya, akulah Ratu Longkang…


haaa... teka mana 1 result aku??? hehe..
kesian Shikin.. free2 ja dpt tempat ke-6 dari 6 group kerana aku..
tapi, result tu cantikkan? jarang diperoleh melainkan budak tadika yg main.. hahaha..

Okeylah.. Ini saja dulu. Cukup-cukup lah berhibur.. Dah terlebih dunia ni… nanti akhiratku tertinggal..

Di samping tu, aku nak ucap terima kasih banyak pada sahabat2ku, yang tak jemu menasihati diri ini agar kembali pada fitrah sebenar.. Syukran jazilan.. Walaupun dah lama tak jumpa korang semua.. Jangan risau.. Kalian ada di hati ini..

Tuesday, February 23, 2010

Hari Cuti Telah Habis..

Kesibukan selalu saja membantut penulisanku.. Walaupun sebelum ni cuti, tapi aku asyik2 jadi orang bertuah untuk menguruskan perjalanan projek. Hehehe.. Macam lah projek besar.. Sebenarnya hanya sekadar rancangan mengisi masa lapang sepanjang cuti. Senior aku ni, tak bagi aku rehat langsung. Aku baru saja secara rasminya meletak jawatan sebagai pengarah program MCB sebelum cuti. Tapi time cuti yang baru saja habis, ada 4 program yang aku uruskan. Wuhuhuhu… bukan 4, tapi 5.



14 Febuari 2010, Ahad


Gara-gara ingin mandi air terjun, aku, Nasma & Shikin berusaha mencari tempat hingga jam 2pagi. Tambah pula Nasma nak hari Ahad juga.. Waa.. Aku baru saja rancang nak tidur lama sikit… seminggu aku kurang tidur kerana mengurus saki baki urusan Citrabayu, tambah lagi urusan EKSPEN yang akan datang serta study kuiz yang telah beberapa kali aku gagal.. Huhuhu.. Aku malas nak cerita panjang. Tapi perjalanan yang ini.. Benar2 menguji sabar.. Hehe!

Tambah lagi, kami tak pernah naik bas ke kwsn Balik Pulau. huhu.. ini barulah cerita pengembaraan.. tapi aku malas nak detailkan cerita tentang bas... sedih betul.. huhu.. entah brp habis.. nak ke Balik Pulau saja kami keliling 1 pulau.. tp dlm bas saja lah... ringkasnya:

USM - JETI - BALIK PULAU - TITI KERAWANG - TAMAN RIMBA - BATU FERINGHI - KOMTAR - USM




8am, tunggu bas. 6 perempuan, 2 lelaki. Tapi kawan lelaki tu tak puas hati kalau hanya mereka berdua. Apa lagi, semua kawan2nya dipanggil. Adehh… plan terpaksa diubah last minit.

Aku secara tak rasmi jadi jurukamera.. Gambar banyak.. Tapi gambarku yang kurang. Hehe..


Tapi aku tak kisah. Kerana awal2 lagi aku dah merancang tak nak mandi. Main air mungkin boleh.. Tapi kalau nak mandi.. Wuhuhuu… biar aku fikir 10 kali pun belum tentu aku pegi.


1.30 pm, sampai ke Air Terjun Titi Kerawang. Tapi rupanya terlalu ramai orang.. Air pun kelihatan cetek.. Nasib baik pemandu bas tu baik. Dia cadangkan pegi Taman Rimba Teluk Bahang. Sama seperti cadangan YDP yang terlebih dulu sampai dengan rombongan motor. Hehe.. Maka, kami pun meneruskan pengembaraan.


2 pm, sampai ke Taman Rimba.


Ini muka2 orang yang naik bas. Kecuali yang pegang helmet.. Hehe. Risau aku duduk dekat Bahar yang tak biasa dgn laluan macam ular.. Habis 1 botol minyak cap kapak ditelannya! Huh..

Aku orang lembah pergunungan, perjalanan itu amat biasa bagiku. Hehe..


Tapi.. Bila sampai….. Orang pula ramai.. Mandi or tak?? Semua rasa tak selera nak mandi dalam keadaan yang sesak.. Kami yang naik bas hampir2 putus asa. Keletihan amat terasa. Adakah pengembaraan terhenti di sini??

Pening.. Nak duduk di mana pun tak tahu.. Terlalu penuh!



Akhirnya, semua berkeputusan untuk ke pantai Batu Feringghi (entah camna nak eja)



Hehe.. Puas hati juga lah… Alhamdulillah.. Dapat melihat alam yang indah pun sudah cukup baik…

Semua ambil peluang untuk mandi kecuali Lainah yang allergic dgn air masin, org2 yg lupa bawa baju spare & aku yang memang tak tahan panas. Nanti tak pasal2 pipiku blushing.. Hehe! Tapi itu bukan sembarang blushing. Untuk tempoh beberapa bulan mungkin nampak unik dan cantik. Kalau sunburn aku kurang kisah, tapi ini.. pedihnya muka hanya Tuhan yang tahu.. & bila sampai suatu tempoh, part paling mengerikan.. Kulit mukaku menggelupas habis-habisan.. Huhu.. Aku sendiri seram nak tengok cermin! Kalau Umi tahu, habis aku dileternya..



Stokinku jadi hitam.. Huhu.. dorang dgn kejamnya menyembunyikan seliparku.. Adakah patut.. Yang kanan disembunyikan atas pokok, yang kiri dalam bakul sampah.. Aku pusing2 cari & terpijak segala arang2.. Huhu… Hasilnya, aku terpaksa buat muka tak malu naik bas pegi Komtar & balik seperti ini..

15 Febuari 2010, Isnin


Aku secara tak langsung terpaksa mengurus BBQ antara PERSIS Induk & kerujuteraan. Hmmm.. Aku hentam saja resepi memerap ayam. Haha.. Nasib ada senior tolong. Kalau tak, aku mungkin pengsan urus sorang2. sepatutnya ini rancangan budak dari kejuruteraan. Tapi memandangkan dorang mengambil masa untuk ke USM Induk, terpaksa juga aku tolong ambil alih..

Jangkaan yang datang 30 orang bertempat di Gym MO4. Tapi rupanya hampir 50 orang juga yang datang. Adehh.. Aku Cuma risau kalau tak cukup makanan..


Aku lah pengurus, aku juga tukang pungut duit, & aku lah juga jurukamera!


Tapi gambar2 yang aku letak sini, bkn aku yang ambil.


Kicap + Garam + Serbuk lada hitam + madu + bawang putih + minyak = ???



Sedap bah juga.. Kalau tak, tak licin dimakan orang.. Hehehe…



Time ni dah ramai yang balik.. Kamera yg aku pegang habis bateri.. Ada chance ambil gambar.. Haha..


To be continue.. Hehe.. Panjang betul pula..











Friday, February 12, 2010

Disebalik Tabir Citrabayu


Hehehe… aku mulakan dengan ketawa.. Tahu apa maknanya? Hihi.. Baca saja lah…

Tahu tak? Apa yang berlaku sepanjang aku mengurus Malam Citrabayu? Peristiwa disebalik tabir.. Aku pendam diam2 saja sebelum ni.. Hahaha… tapi sebelum tulis, aku tetap rasa nak ketawa dulu.. Baru kutahu, dalam tenang2 aku hadapi hariku, boleh jadi kalut juga rupanya… nak tahu peristiwa apa? Sila baca baik-baik..

Mula-mula, aku cerita pasal peristiwa di HEPP dulu..

4 PETANG, 5 Februari.
Aku dan beberapa AJK pergi rumah tetamu, untuk tunjukkan rumah dan laluan. Tapi bila sampai di pejabatnya, dorang cakap kami tak boleh check in. P.O tak selesai lagi. Aku dah start kalut.. Jam 7mlm peserta UM akan dijangka sampai. Mana dorang nak tidur nanti? Huhu…

Aku dan Nadia bergegaslah pegi urus di HEP. Dalam keadaan kelam kabut, huhuhuhu.. Macam mana nak cerita? Malu pulak.. Ada satu masa tu, Kak Win suruh pegi ambil borang ikat lipat di kaunter, aku pun apa lagi, dengan berlari anak lari ke kaunter. Lagi beberapa minit pejabat nak tutup.

TIBA-TIBA… BUUUMMMMPPP!!!

Pintu kaca!! Huhuhu.. Kuatnya bunyi terlanggar. 1 HEPP tengok aku. Malu tak terkira, aku lupa pintu kaca tu baru saja diwujudkan minggu yang lepas, sebelum tu dorang letak notis. "Sila berhati-hati. Pintu Kaca." hahahaha… tapi hari tu dorang dah buka. Sudah nasib, tercium pintu kaca. Pegawai di kaunter tu arahkan orang agar letak lagi notis "berhati-hati". hehehe… Aku tutup muka, sampai pegawai-pegawai tu fikir, muka yang terhantuk. Aku angguk-angguk je.. Padahal,  tutup kerana malu. Tak tahu nak letak muka di mana.. Yang lebam, sebenarnya hanya lutut. Hehehehe…. Naja pula ada di sana menjadi saksi. Dia gelak diam-diam!! Adehhh… entah berapa inci ketebalan kulit muka bertambah masa tu..

Wahai pintu kaca, apakah aku telah mencatat sejarah, adakah aku orang pertama yang menciummu?? Hahaha.. Apalah aku ni, moral of the story; Pandang depan masa berjalan saja tak cukup, kena teliti juga.. Hehe!

Itu baru satu kisah di HEPP. Kisah yg satu lagi seram sikit.. Geli pun ada. Peristiwa yang berlaku sebelum kisah di atas.. Hehe!
Satu hari tu, aku balik meeting jam 1pagi lebih sikit. Balik saja, aku tidur. Mesej masuk pun aku buat2 tak kisah. Jam 5.30pg aku bangun (entah kenapa aku bangun awal hari tu.. Ada kuiz/test mungkin..) tengok henpon, ada beberapa mesej masuk. Salah satunya, daripada Penolong Pendaftar HEPP. Boleh pulak dia tny aku dah tidur or belum.. Huhu.. Aku balaslah.. Ingatkan MCB ada masalah. Ye lah.. Mesej tu masuk jam 2 pagi! Bunyi macam ada kecemasan saja! Tapi kemudian dia balas; "takde.. Saja nak ajak pegi minum.. Morning.." adehh!! Aku mula seram sejuk.. Rasa takut nak pegi HEPP pun ada juga.. Huhu.. Apakah itu caranya pegawai Hal Ehwal Pelajar beramah mesra dengan pelajar?? 

Sekarang beralih pada  cerita pasal KERETA..

MALAM, 5 FEBRUARI.
Memandangkan peserta MCB tak dapat penginapan desa, sebaliknya rumah tetamu yang terletak di penjuru USM. Dekat dengan kawasan canselori, komuter USM tak boleh lalu. Dan aku sebagai pengarah, tak memiliki kenderaan. Akhirnya berkeputusan untuk menyewa kereta. Kononnya, tak mahulah menyusahkan siapa2 terutamanya apabila terpaksa berjaga hingga tengah malam menguruskan peserta yang datang 4 or 5 pagi... Selepas pinjam kereta, aku pun belajarlah.. Belajar? Hehe.. Lesen keretaku sudah bernyawa sejak 4 tahun yang lalu. TAPI, aku tak pernah bawa kereta selepas itu.. Huhuhuh.. Rugi ja rm1000 lebih kan? Sudahlah Sabah cas mahal untuk belajar kereta.. Malam tu aku round USM pada kadar kelajuan 20km/jam.. Hahaha.. Thanks pada Meridith yang sudi mengajar walaupun start jam 1 pg sebab sebelum tu ada meeting. Tapi yang bagusnya, aku start bawa kereta semula. Padahal sebelum ni, aku habis-habisan mengelak daripada menyentuh streng kereta tu.. Rasanya, takdalah susah sangat.. Tapi balik rumah bawa kereta manual, belum tau lagi..

AWAL PAGI 6 Februari.
Aku buat apa? Aku pandu ke rumah tetamu ditemani oleh Shikin yang langsung tak tahu memandu.. Tahu apa jadi? Hampir kemalangan. Alhamdulillah, masa tu hujung minggu dan kereta tak banyak.. Aku hampir kemalangan di selekoh tajam semasa perjalanan ke rumah tetamu. Kereta terpusing entah berapa darjah dari kedudukan sebenar… aku takut, tapi rasa lucu pun ada.. Yang aku masuk selekoh tajam tak tekan berek tu kenapa? Memang cari nahas… tapi kemudian aku teruskan perjalanan, buat-buat tenang konon.. Mungkin lepas ni, Shikin taubat tak nak ikut kereta yang aku pandu lagi.. Haha.. Tambah pula satu peristiwa, aku masuk parking di rumah tetamu, tiba-tiba dengar bunyi "Bumm". Haa… apa lagi terjadi? Aku langgar pembahagi jalan. Ish…ish..ish.. Nasiblah kereta Wira tu tahan lasak, pembahagi jalan tu yang rosak, kereta tak calar langsung.. Hehe..

Peristiwa memandu selepas itu, semuanya mula terkawal. Tambah pula ada Arthur di sebelah yang bantu beri panduan. Walaupun tak tahu memandu, at least dia tahulah bagi arahan yang betul.. Tenang sikit aku bawa..

TELEFON & SMS..

Ini pun banyak salahnya.. Aku selalu silap call YDP-YDP dari U lain.. Cerita pasal UPM tapi yang ditelefon, YDP UUM. Hehe! Almaklumlah.. Banyak betul mau diingat. 6 Universiti tu..

Dan yang paling lucu, aku tersilap call Rafik. Shikin inform masalah yang kami hadapi di rumah tetamu. Peserta UPSI dah lari entah ke mana. Aku nak call Arthur (timbalan pengarah) kalau dia ada cadangan. Laju ja aku cerita masalah kononnya pada Arthur. Langsung tak bagi dia peluang cakap. Tiba-tiba dengar suara halus.. "kau cakap dengan aku ka??" .. Aik? Macam kenal suara tu.. Rupa-rupanya Rafik! Entah macam mana aku boleh silap call.. Hehe.. Nasiblah Rafik tolong juga urus peserta UPSI cari tempat yang lebih selesa.. Nasib baik juga Rafik, kalau orang yang tak berkenaan?? Huhu.. Ambik pembaris, ukur berapa inci ketebalan kulit bertambah!

Ada lagi sekali time aku mesej pada semua AJK untuk datang meeting. Tiba-tiba dapat satu mesej balasan; 'citrabayu? meeting ape pulak? Sape ni? Kat mane ni?' Aik.. Budak ni.. 'Bersemenanjung' pulak.. (kalau Taiko Pong dengar, mesti dia ckp; "cakap kutur!") hehe.. Pelik bila dengar bahasa semenanjung kalau berada dalam kalangan budak2 Sabah. Aku check lagi, nombor dah betul, apa yang salah? Orang tu tak puas hati, dia pun call.. Mak aih.. Terpaksa aku 'bersemenanjung' dengan orang tu.. Last-last, aku cakap aku salah nombor.. Aku tak pun tak puas hati lalu banding semula nombor tu. Adehh… rupanya betul aku yang silap! Tersilap baca no 6 dengan 9. hehe! Malu lagi...

Henpon hilang pula..
Jumaat, 1 minggu sebelum MCB. Kelas pagi dari jam 8 hingga jam 10. kemudian balik RST. Aku naik bas laluan biru. Sampai Sg 2, tinggal seorang dlm bas. Special edition! Hehe.. Memandangkan aku duduk depan, berceritalah sedikit dgn pacik bas.. Cerita psl hari mengundi. Then sampai jejantas, pakcik tu turunkan aku di PALAPES coz dia nak p rehat. Aku pun teruskan saja perjalanan naik bas RST. Sampai Desa, makan di cafĂ© dgn YDP. Lepas makan baru aku nak tengok jam. Jam@henpon..  Cari punya cari aku tak jumpa. Then aku fikir-fikir mungkin tertinggal dalam antara 2 bas yg aku naik..  Aku pun bertekad mulakan perantauan untuk mencari sebelum solat Jumaat.  Aku dah bersiap siaga apa nak buat. Kena buat muka tak malu nak cari dalam setiap bas. Ada lebih daripada 20 bas!! Coz setahuku, bas2 akan bertukar laluan selepas waktu rehat. (pernah tengok dalam catatan pacik bas). Jadi, tak boleh tumpu hanya pada bas laluan biru. Huhu.. Kalau benar hilang,  nombor telefon Umi aku tak hafal.. Nombor YDP U lain semua dalam tu.. Nombor tu nombor contact untuk semua surat rasmi yang telah dihantar.. Huhu! Bila jadi pengarah, alat komunikasi tu jadi amat penting..

Tapi Alhamdulillah.. Allah mempermudahkan urusanku.. Sampai ja bawah jejantas, bas pertama menunggu adalah bas laluan biru. Dan bas itu adalah bas pacik pagi td!  Aku dengan penuh harapan; henponku.. Henponku..henponku.. Pacik tu dari jauh lagi dah senyum-senyum.. Huhu.. Aku naik je bas, direct dia cakap; "telefon?"  hehe… aku pun apalagi, angguk-angguk sambil senyum kambing & buat-buat muka tak malu. Padahal orang dalam bas dah ramai. Nampak sangat aku tercicir henpon.. Adehhh.. Hentamlah, yang penting aku dapat balik! Huhu.. Nasib baik pakcik tu kenal muka ni..  (sebenarnya, ini kali ke3 aku tercicir henpon yg sama) tapi henpon Nokia tu sayang pada tuannya, jadi selalu akan kembali semula. Hehe! Jangan saja ada kali ke4 lagi...


TAK CUKUP TIDUR..

Ni huraiannya tak payah cerita.. Semua pun tahu macam mana perasaan bekerja dalam keadaan tak cukup tidur. Sampai pukul 3 pagi pun, UiTM masih call berkenaan tempat tinggal.. Mandi & makan pun tak sempat. Pukul 3 pagi tu, aku masih guna baju yang aku pakai pegi kuliah 7.30 pg. Busuk macam mana pun, orang tetap cari juga kan?? Hehe.. Kalau tak, takdalah dorang call sampai 3 pagi.. Mengharapkan kemunculanku di rumah tetamu untuk menyelesaikan masalah. Tapi, bukan aku sorang, Arthur pun masih pakai baju kuliah.. Haha.. Ada kawan, timbalan pengarah lagi tu, kurang sikit malu! Pukul 3 pagi tu jugalah baru nak makan malam.. Hmm.. Super or breakfast?? Mahu saja aku tutup phone supaya ada masa nak makan.. Nasib baik AJK lain bertimbang rasa. Dorang tolong ganti aku pergi ke rumah tetamu menguruskan hal di sana.. Huhu! Aku memang letih yang amat..

Hari kejadian, 6 Feb.
Peristiwa lucu- semua pun tahu Tukang Arah @ Pengarah duduk sebelah VIP. YB Datuk Tawfiq lagi tu.. Nak tahu tak, apa pengarah buat di sebelahnya?? Hahaha… aku tertidur!! Lupa pada videocam yang mungkin akan menghala pada barisan VIP. Lupa pada camera man yang mungkin curi-curi tangkap gambar. Aku buat-buat lupa. Lalu TERTIDUR. Tambah pula keletihan yang kurasa, membuatkan aku jadi malas berfikir apa nak cerita dengan YB. Nasiblah YDP di sebelah ada juga bercakap-cakap lalu mengejutkan tidurku. Kalau tak, aku mungkin bakal terjatuh dari kerusi! Almaklumlah.. Sepanjang mengurus, takdalah aku dapat peluang duduk lama-lama.. Apalah tidak tertidur.. Hehe!

BALIK LEWAT..

3 pagi, 5 Febuari.
Belajar pandu kereta dengan Meridith ditemani Ester.

3 pagi, 6 Febuari.
Hantar Gustina@Driver tak rasmi balik Fajar Harapan, then pandu kereta dengan Arthur sampai padang kawad. Then, jalan kaki naik bukit RST. Kereta takda sticker, tak boleh masuk Kompleks RST. Lalu terpaksalah aku bersenam di awal pagi.. Huhu.. Embun pun belum mula menitis.. Ayam belum berkokok..(kalau di kampung lah.. Hehe!)

4 pagi, 7 Febuari.
HUJAN LEBAT. Program habis sebelum jam 12. tapi pengurusan peserta belum selesai. Terpaksalah pengarah yang baik hati ini tunggu segalanya selesai. Aku dah kurang tenaga. Tu lah… masa duduk dengan VIP, aku segan... Aku ingat aku ambil makanan paling sikit, tapi rupa-rupanya, akulah paling banyak ambil. Haha! Ish..ish… lantak engkaulah YB. Aku lapar! Semua terpaksa tunggu aku habis makan sebelum keluar bilik VIP tu. Hehe!
4 pagi tu, tinggal aku, Arthur yang setia menemani pengarahnya, Naja yang tertidur dengan aku di meja kaunter, dan Tina yang bertungkus lumus menghantar semua peserta balik ke rumah tetamu. Apa punya pengarah! Tidur lagi tu. Kasi biar Tina kerja sorang2. Tapi tak dapat tidur pun.. Banyak nyamuk di Dewan Budaya! Naja pun kejap-kejap terbangun mengelak gigitan nyamuk. Then, kami pun pulang. Aku lagi yang drive, kali ni bawa 40km/jam. Ada peningkatan! Hujan lebat tu.. Sampai di padang kawad, Arthur bagi payung pada aku & Naja memandangkan dia tinggal Tekun. Aku & Naja masih perlu mendaki bukit untuk ke Restu. Aku tak sampai hati ambil payung tu. Lagipun Naja bawa videocam & camera PTPM. Aku dah siap letak jaket korporat atas kepala nak redah hujan, tapi Naja tu pun tak sampai hati bagi perempuan macam aku berhujan. Huhu… nasiblah payung Arthur besar. Muat 4 orang… tak sangka ini pun berlaku..

Hmm… sudah dulu lah cerita pasal  di sebalik tabir MCB.. Ada lagi cerita sebenarnya.. Tapi biarlah rahsia… hahaha… cerita apa tu?
Diam-diam sajalah… hehe!

TERIMA KASIH SEMUA.. 

Secara telusnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan Malam Citrabayu 2010 khususnya kepada sekretariat yang bertungkus lumus dari awal hingga akhir.
(nak tulis nama, tapi ramai sangat..)
Terima kasih juga khusus kepada;
YDP PERSIS USM - Shahrul
USM kejuruteraan
Bahar yang setia berleter..
Taiko Pong yang jadi taiko bamboo..
Fly yang sanggup datang jd MC walaupun sedang LM..
& semua senior yang datang memberi sokongan.
Juga kepada peserta dan YDP-YDP dari UM (Elty), UiTM (Sali), UUM (Wadi), UPM (Shahlan), UKM (Nelson) dan UPSI (Alimudin).

Thursday, February 11, 2010

Berita Gempak!!


Hehe.. Tajuk tu tipu saja sebenarnya. Bukan ada berita gempak untuk semua pun.. Aku cuma ingin bercerita tentang hal kejadian semasa aku membiarkan blog ini sunyi senyap seketika. Maaflah wahai blog kesanyanganku.. Tak berniat pun nak membiarkan engkau tak diberi makan.. Hehe.. Soalnya, boleh ke blog ni makan?? Haha.. Ok.. Jom baca isu sebenarnya..

ISU PENGARAH PROJEK



Pengarah si Tukang Arah. Kepala kepada kepala-kepala. Hehe.. Siapakah itu?
Asalnya aku tak mahu bila dilantik jadi Pengarah pada sidang yang lepas. Tapi memandangkan aku sememangnya terlantik sebagai AJK kebudayaan dan Kesenian, (siapa lah yang lantik aku ni.. Tiba-tiba ja dapat surat perlantikan AJK..) akhirnya aku angguk-angguk saja sambil berkata ; Boleh.. Boleh.. Huhu.. Kata-kata apa tu? Ingat jadi ketua boleh senang2 ka? Aku memang berminat. Tapi masalahnya, ini projek kebudayaan! Sebelum ini aku pernah juga meneraju beberapa projek, tapi semuanya berasaskan akademik, sukan dan keagamaan. Hmm.. Pajang aku berfikir.. Nak atau tak, positif negatif aku banding. Dunia akhirat aku fikir. Susah. Sangat susah. Aku mohon petunjuk Allah. Hingga akhirnya, aku berdiri sebagai seorang  Pengarah, berucap di hadapan lebih 600 orang yang hadir pada malam itu. Maknanya, aku TELAH jadi pengarah. Beratnya tanggungjawab.. Dan Allah tahu segala apa yang telah hati ini lalui..


MALAM CITRABAYU 2010
PERTANDINGAN KEBUDAYAAN ANTARA UNIVERSITI SEMENANJUNG MALAYSIA
06 FEBRUARI 2010
ANJURAN PERKUMPULAN SISWA-SISWI SABAH, PERSIS
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA



PENGALAMAN ITU, GURU YANG MEMBERI SAKIT DAHULU, BARU MENYEDARKAN KITA..

Aku teruskan saja setelah berbincang dgn beberapa sahabat baikku, yang memahami keadaan diri ini.. Semuanya berkata; ambil sebagai pengalaman untuk menguruskan projek dan membina keyakinan diri. Tapi hakikatnya, bukan sekadar projek yang aku urus.. Semua peserta kebudayaan juga di bawah tanggungjawab aku.. Penari-penari kebudayaan tu… (aku tak tau nak ckp macam mana). Tau sajalah karakter mereka yang sering terlibat dengan seni tari. Baik memang baik.. Tapi baik tak bermakna tak melanggar hukum Allah.

Hmmm…. Antara yang batil dan yang hak.. Terus terang aku katakan, yang hak tersembunyi di sebalik kebatilan.. Sekadar menentang dengan hati memang tak cukup.. Huhu.. Betapa lemahnya imanku… mempertahankan yang hak pun aku tak dapat. Ya Allah limpahkanlah hati-hati ini dengan nur hidayah dan taufiqMu, agar kami berada pada jalan yang benar. Jangan Engkau berikan aku jalan yang menyesakkan hatiku..

Ini kali kedua aku mengurus pasukan tarian. Kedua-duanya memberi aku pengalaman yang tak pernah aku alami pada mana-mana episod hidupku. Episod yang kuharap tak wujud. Tapi inilah hakikatnya.. Siapa yang ingin menegur, silakan.. Saya sedia menerima.. Malah, begitu mengharap teguran agar diperbetulkan diri ini..  Mengurus projek, aku percaya aku boleh, tapi mengurus kumpulan penari, sama sekali aku buntu!

Cukup aku beri beberapa contoh peristiwa.. Semasa raptai majlis, ketua penari datang menemuiku.. Bertanyakan satu soalan yang tak mungkin aku lupakan.

"bolehkah penari buka tudung time buat persembahan?"

Soalan yang membuatkan aku kaku sejenak. Dia sendiri sebenarnya tahu jawapan kepada soalan itu, walaupun dia bukan seorang Muslim. Aku tak pernah lalui situasi ini, jadi tak tahu apa yang perlu kukatakan.. Mahu saja aku katakan TIDAK. Tapi tak terluah oleh lidah. Hasilnya, lama aku terdiam tanpa jawapan.. Hingga dia menyambung semula bicaranya..

"Mira (bukan nama sebenar) mau buka tudung, tapi kami perlukan kebenaran dari pengarah sendiri supaya Mira tak dipersalahkan. Lagipun baju bangsa Murut agak seksi, jadi tak sesuai kalau pakai tudung.."

Aku kah yang harus membuat keputusan antara dunia dan akhirat ini? Payah untuk aku menjawab. Ingin berkata TIDAK, lidah tak tertutur. Ingin berkata YA, aku tahu natijahnya. Tapi akhirnya aku hanya menjawab sepatah: "terpulang..."  dan aku berlalu tanpa memikirkan lagi perkataan yang telah diluahkan oleh lidah ini. Kerana sakit hati.. Sakit bila memikirkan, aku lah yang membenarkan.. Tapi apalah sangat yang ada pada hati yang sakit.. Kalau itu adalah tanda bagi selemah-lemah iman..

Lagi satu peristiwa, maaf kepada sesiapa yang terasa. Ahli PERSIS, 50-50 adalah Muslim dan Kristian. Keperibadian masing-masing mula terserlah pada 2 hari sebelum hari kejadian, kerana kita terpaksa bekerja bersama dari pagi hingga ke pagi. Nasihat untuk semua, khusus pada yang Muslim, jaga solat; tinggal solat, bermakna kalian dah runtuhkan tiang agama, jangan tunggu keseluruhan diri runtuh, baru ingin bangkit bersolat! Perbatasan pergaulan yang melebihi syariat; aku suka melihat hubungan kita yang umpama keluarga, mengambil berat antara satu sama lain apatah lagi kita berada diperantauan, keluarga berada jauh di seberang.. tapi bila sampai ke tahap berlebih-lebihan, aku mula risau! Risau tak mampu menegur kesemuanya.

Hal ini pula: Apabila soal doa di awal majlis dibangkitkan ketika postmoterm, aku diam. Diam sejuta bahasa. Langsung tak mengulas. Hanya mendengar dua pihak mempertahankan pendapat mereka. Fungsi doa di awal majlis, kalau diterjemah doa dalam bahasa Melayu, barulah ramai yang akan faham apa yang disampaikan ketika berdoa. Kita memohon kesejahteraan agar dilancarkan perjalanan majlis. Tapi untuk majlis yang peratusan perlanggaran hukum Allah adalah tinggi, perlukah disertai oleh doa?? Itu persoalannya. Aku tak tahu ingin mengulas apa, kerana rasa bersalah menyelubungi seluruh jiwa.  Baru aku tersentak. Keghairahan mengurus projek, membuatkan aku alpa seketika untuk meneliti secara halus segala tindakan sepanjang perjalanan projek. Nampaknya, aku kelihatan telah bersama mereka, golongan yang menurut peredaran biasa hingga terbiasa melanggar hukum! Na'uzubillah.. Wahai Tuhan yang Maha Menerima Taubat, jangan Engkau biarkan kami terpesong daripada landasan kebenaran..

Wallahu'alam.. Aku tak tahu ingin mengulas apa lagi.. Walaupun banyak perkataan yang tersimpan dalam hati, tapi sukar untuk meluahkannya di sini..
Oleh itu, aku mohon undur diri.. Wassalam..