Saturday, October 23, 2010

ISRAELIYAT? Jangan keliru!

Ini merupakan ilmu yang amat baru bagi ana.. ISRAELIYAT. Apa kalian rasa ia kisah tentang ISRAEL? Jangan keliru!! ana juga telah tersalah anggap. Maka, ana hadirkan kisah daripada sahabat karib ana. 100% tulisannya.. ana tak ubah apa2.. InsyaAllah selepas membaca lebih lanjut, ana akan cuba berkongsi lagi.. Tapi sekarang agak kekangan masa.. exam sangat hampir.



Bismillah..

Melihat sahaja perkataan israeliyyat, bagi orang yang jarak hatinya jauh dengan alquran sebahagiannya pasti tercengang melopong barangkali mendengar perkataan ini. Adakah ianya negara Israel yang kejam itu? Adakah ianya satu jenis kain seperti songket untuk membuat baju raya? Ataukah ianya dari jenis kuih seperti kueh lompat tikam dan pinjaram dan linopot ?

Sebelum itu, duka saya maklumkan bahawa kini sungguhlah banyak kekeliruan masyarakat berkaitan dengan Israeliyyat ini.

Mari kita berkenalan dengan israeliyyat..apakah dia sebenarnya..saya tidak bermaksud untuk menerangkannya satu persatu kerana kekangan ilmu, saya cuma ingin berkongsi sekaligus menyimpulkan apa yang saya dapat daripada seminar yang dihadiri.

Isreaeliyyat bermaksud cerita-cerita atau peristiwa yang diambil daripada bani yaaqub/Israel, juga bersumber daripada Yahudi & Kristian dan yang jelasnya ia merangkumi cerita-cerita atau peristiwa yang tidak dapat dipastikan sumbernya serta tidak diyakini kebenarannya.

Ia banyak terdapat di dalam tafsir-tafsir quran dan ia diolah mengikut kehendak mufassir(orang yang melakukan penafsiran quran) itu sendiri. Ada yang menjelaskan sumber peristiwa dan ada yang tidak melakukannya.

Antara contoh cerita israeliyyat yang meresapi masyarakat hari ini adalah cerita Nabi Yusuf dan Zulaikha, jika diteliti terjemahan surah Yusuf itu, tidak ada diceritakan mereka akhirnya berkahwin dan hidup bahagia, namun yang ada di celah-celah pemahaman kita mereka berkahwin pada akhirnya. dan lagi, daripada mana datangnya nama zulaikha/zalikha itu sedang tidak disebut di dalam alquran dan mana-mana hadith?

Kisah nabi Daud pula diceritakan semasa baginda sakit, apabila ulat yang berada di kepala baginda terjatuh ke tanah, baginda mengambilnya kembali dan meletakkannya di atas kepala. Daripada mana semua ini didapati sedang tidak diceritakan di dalam alquran? jelasnya,daripada israeliyyat. lalu, bagaimana baginda berdakwah dalam keadaan sebegitu?

Lihatlah,ini boleh menjatuhkan maruah seorang nabi, kesan cerita Israeliyyat.

Ini baru dua kisah, terdapat banyak lagi yang sudah sebati dengan masyarakat.

israeliyyat memperincikan dan menjelaskan sesuatu peristiwa yang tidak disebut penuh di dalam alquran. Atas faktor itulah ia disukai oleh masyarakat. Bagaimanapun,Israeliyyat tidak diyakini sumbernya. Manakala alquran pula diturunkan sebagai pengajaran. Sebahagian peristiwa tidak diceritakan dengan penuh namun cukup untuk memberi 'ibrah. Ia diturunkan sebagai 'ibrah,'ibrah dn 'ibrah.

Analoginya, untuk saya pergi ke airport untuk pulang beraya contohnya,tidak perlu saya jelaskan satu persatu daripada saya keluar dari pintu bilik, memegang tombol pintu dengan tangan kiri, memulasnya dan melangkah kaki kanan untuk keluar. Begitu juga dengan alquran, ada yang disembunyikan daripada pengetahuan kita dan cuma Allah yang tahu. Adakala hati seseorang begitu teruja untuk mengetahui sesuatu cerita disebalik kisah di dalam alquran, namun ingatlah bahawa Allah telahpun menjelaskan bahawa bleh jadi sesuatu yang kita benci itu adalah kebaikan untuk kita, dan Dia Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu. Tambahan, terdapat lebih banyak perkara yang lebih utama untuk kita lakukan daripada mengejar cerita-cerita israeliyyat yang tidak diyakini sumbernya.

Namun ingin saya beritahu bahawa, terdapat hadis nabi yang tidak menyuruh untuk mempercayai israeliyyat tetapi tidak juga menyuruh untuk mendustakan. Imam assyafie pula membenarkan cerita israeliyyat yang diyakini bukan suatu pembohongan. Dan cerita israeliyyat terdapat 3 peringkat iaitu, sahih (riwayat yg b'tepatan dgn quran dan hadith), makzub(yg jelas b'canggah dgn quran dan hadith) dan mawqut/maskut(yg tidak diketahui kesahihan/kepalsuannya). Contoh sahih adalah kedatangan nabi Muhammad yang juga disebut di dalam taurat.

Sebenarnya,ada panduan untuk kita berinteraksi dengan perkara israeliyyat ini..silalah berkunjung ke blog ini, untuk bacaan yang lebih ilmiah daripada panelis sendiri..

Akhirnya,dari saya,berhati-hatilah dengan perkara Israeliyyat. Dan bagi kita orang awam yang tidak mengkhusus di bidang agama, bacalah alquran dengan terjemahannya. Bagi yang ingin mendalami lagi, bacalah tafsir(terjemahan dan huraian)..antara kitab tafsir yang dicadangkan oleh panelis adalah Tafsir Azhar tulisan Prof. Hamka dan tafsir Ibnu Kathir. Keduanya terdapat dalam bahasa melayu.

berhati-hatilah dengan israeliyyat.

Dari saya,hamba dhaif,segala teguran amat amat di alu-alukan.Jzkk.

link facebook sahabat ana: sini


Nota 1:
Ana baru download browser baru.. hehe.. nampaknya berkesan utk buka blog... selalu pakai explorer and chrome tak dapat buka.. huhu...

Thursday, October 21, 2010

God. Exist or Not?

Post ini dibuat sejak hari Ahad yang lepas lg.. got technically problem.. hehe.. selamat membaca!

Friday, October 15, 2010
10:57 AM

"God does not exist"

"We can't see God!"

Katanya dengan tegas..

Saat itu, kami sekelas sedang berbincang tentang kewujudan makhluk asing.

Ini secebis kisah..

"Do you believe alien is exist?" Soal guru Bahasa Inggeris ana. Bertanyakan pendapat beberapa orang pelajar.

"I don’t believe. Because it is something not proven… Have you seen an alien before??" Soalnya kembali, mahu menarik perhatian kami untuk berbicara.. Kami semua menggelengkan kepala.

Tiba-tiba seorang pelajar cina mencelah,

"You don't believe the alien exist because you haven't seen it, so that do you believe God does exist?"

"We can't even see God!"

Ana diam.. Mendengar.

The Indian teacher (a non-muslim) answered..

" Alien and God are different. We can feel the existance of God.. Because we experience it.."

"Like the air.. We know there is an air surround us, we can feel it, we experience it. But we can't see it.."

Beberapa ketika mereka berdebat. Ada saja yang menjadi persoalan pada gadis cina tadi..
Tapi hanya ini yang mampu ana ingat sepenuhnya.. Selebihnya, half-half..

Debate yang terhasil secara tidak langsung: The existance of Alien, Ghost and God.

Gadis itu masih belum puas hati, lantas teacher bertanya pada semua; pada pendengar yang setia..

"Who had seen an alien before?"

No one answer..

"Who had seen a ghost before?"

No one answer..

"Who believe in God? Who feel God does exist? Who experience that God is exist?"

Semua mengangkat tangan kecuali seorang; Gadis cina tadi..

"See, I win!" Teacher tersenyum. Mungkin merasakan kemenangan berpihak padanya..

Ana hanya diam membeku, bersama hati yang hangat membara dengan seribu jawapan.. Mahu berbicara, tapi tak terluah..

Huhu.. I should improve my English. I MUST. I can't debate something in English. How guilty I feel.. Become a Muslim but can’t explain any to her..

Dua hari ana fikirkan peristiwa ni.. Dua hari ana diserang rasa bersalah. Dua hari ana rasa geram pada diri ana.. Huhu.. Tapi segala yang berlaku ada hikmahNya kerana Allah adalah punca segala sesuatu.. Barulah terhasil tulisan ini untuk muhasabah diri.. Ana rupanya masih terlalu kurang ilmu..

Ana mahu cari cahaya. Cahaya ilmu. Biar terang hati ana..

Pada sahabat ana yang bertanya, cahaya apa yang ana cari, inilah antara cahayanya.. Cahaya-cahaya yang penuh dengan redhanya.. Bukan lampu-lampu dari ciptaan manusia.. Tapi cahaya original..

Picture taken from iluvislam

Ana sertakan kisah ini yang ana jumpa dari blog seorang teman.. Buat pedoman diri.. Agar diri berfikir lalu menghasilkan zikir (ingat pada Allah).. Mudah-mudahan redhaNya sentiasa ada pada insan-insan yang mencari cahayaNya..

Seorang lelaki berdebat dengan sekumpulan orang yang tidak mengakui kewujudan Tuhan dan menyatakan alam semesta ini terjadi secara semula jadi. Setelah lama berdebat, lelaki itu meminta agar perdebatan itu diakhiri dan meminta ia disambung pada waktu yang lain. Dia juga meminta agar beberapa orang saksi diundang agar mereka dapat menilai pendapat siapakah yang paling benar.

Setelah tiba waktu yang dijanjikan, lelaki Muslim itu tidak datang, dan ramai yang hadir mula mencemuhnya. Sekian lama menunggu, akhirnya lelaki itupun muncul lalu berkata.

"Maafkan saya sebab terlewat. Bagaimanapun saya mempunyai alasan mengapa saya lambat. Kamu semua tahu bahawa saya tinggal di hujung bandar ini, antara tempat saya dengan tempat ini ada sebatang sungai, saya terpaksa menaiki perahu untuk menyeberang dan sampai ke sini. Tetapi tadi tidak ada perahu yang boleh membawa saya ke sini, sebab itulah saya terlambat."

Orang ateis bertanya,

"Bagaimana kamu boleh sampai ke sini jika tidak menggunakan perahu??"

Jawab lelaki muslim itu,

"Semasa tercari-cari perahu untuk dinaiki tiba-tiba sekeping papan terapung di sungai berhenti dihadapan saya, kemudian datang lagi beberapa keping papan yang lain lalu melekat dengan sendirinya, lepas itu, dari dalam sungai timbul pula beberapa utas tali mengikat papan-papan itu untuk membentuk sampan kecil, orang yang berada di tepi sungai itu tiba-tiba melemparkan gam untuk menutup rongga-rongga papan sehingga menjadi kukuh dan tidak dimasuki air. Akhirnya saya berjaya menyeberangi sungai dengan menggunakan perahu yang terjadi dengan sendirinya."

Mendengar kata-kata lelaki muslim itu, sekumpulan ateis itu berang lalu berkata,

" Celaka kamu, adakah kamu cuba memperbodohkan kami!!? kamu sangka kami sebodoh itu untuk mempercayai kata-kata mu itu!! "

Jawab lelaki muslim itu,

"Kalau begitu, kamu semua juga bodoh dan rugi kerana tidak menggunakan akal. Kamu menolak dan tidak mempercayai kejadian sebuah sampan kecil secara semula jadi, tetapi mahu menegaskan alam yang besar ini boleh wujud dengan sendiri tanpa ada yang menciptanya, apakah yang lebih sukar untuk dipercayai , terjadinya alam semesta secara semula jadi, atau terbinanya sebuah sampan kecil secara semula jadi???"


Fikir-fikirlah.. Biar fikir itu menghasilkan zikir… (Adaptasi dari kata-kata Ust Pahrol Juoi)

Nota hati 1:
Mudah-mudahan akan terbuka hati gadis ini untuk mencari kebenaran disebalik konsep berTuhan. Kebenaran itu nyata, pasti akan terlihat oleh orang-orang yang membuka mata hatinya.. Moga Tuhan yang Maha Benar beri cahaya hidayah padanya..

Wednesday, October 6, 2010

Bukan Melayu

6 Oktober 2010, 7pm.

Today I had English class. I don't know why most of lecturers like to ask us to form a group of multiratio or multigender. Haaa… and always.. People like to see me as a Malay. Huhu..


I'm not a Malay. I'm pure Dusun girl..

I said again.. I'm not a Malay..

So, if u form a group with me, you got a multiratio group right?? Hahaha…

Sometime people also ask: "Kacukan cina ke?"
Hmmm… I heard this kind of question several times.. Huhu.. I'm pure Dusun lah..

How could I say that I'm a Malay if…

Our food quite similar to Chinese food. Suka makan soup.. Entah kenapa! Sudah tradisi makanan di rumah.. Itulah makanan dari kecil..

Our culture? There's a big differences between Malay and Dusun.

For sure, our languages are different. In Sabah we learn both: Bahasa Melayu & Bahasa KadazanDusun.

Most of my Dusun friends are Christian..
Maybe 40% Muslim, 60% Christian.. (from my point of view)

BUT even I'm not a Malay, I'm proud to say that I AM A MUSLIM.

Ya.. I'm a Muslim.

Okey.. Habis sesi Bahasa Inggeris. Hehe… Nasib saja tak ada sesi Bahasa Dusun.

Ana nak bercerita sikit.. Kenapa bangsa ana berbeza dengan Melayu. Hehe..

Kalau ana isi borang & ditanya soalan seperti di bawah..

Sila tanda yang berkenaan,
A. Melayu
B. Cina
C. India
D. Lain-lain:___________ (Sila nyatakan)

Haaaa…. Sama sekali ana tak boleh tanda A. Ana kena tanda (D) lain-lain dan tulis Dusun.
Mana-mana borang pun ana tetap kena buat macam tu… Mana boleh suka-suka tukar bangsa kan.. nanti borang tak sah!

Haaa.. Itu baru sikit kisah.. Dalam sijil kelahiran ana pun, tertera:

Bangsa ayah : Dusun
Bangsa ibu    : Dusun
Bangsa         : Dusun

Nampaknya, IC saja yang tak 'menterterakannya'...

Tak ada satu pun identiti Melayu dalam sijil kelahiran kan?? Hehe… So, janganlah hairan kenapa mata ana ni sepet.. Bukan kerana kacukan dengan Cina.. Tapi memang insan-insan sebangsa ana, ada identiti tersendiri.. Ana punya mata yang paling kurang sepet berbanding adik2 ana.. Mereka semua sepet2 belaka.. Haha…

Setiap bangsa, punya identiti yang tersendiri kan…

Ni satu pepatah,

Bahasa Jiwa Bangsa.
Hilang Bahasa, Hilanglah Bangsa.

Betul… sangat setuju. Adakalanya ana rasa letih untuk bercakap fully in Malay. Kerana itu bukan bahasa seharian ana dari kecil.. Huhu.. Tapi sebab ana rakyat Malaysia, berbahasa Melayu untuk bahasa kebangsaan. Jadi, ana boleh terima.. Tapi dalam sebutan baku. Sebab ana belajar Bahasa Melayu di sekolah. Ana mula berbahasa Melayu start Tahun 2. Umur ana 8 Tahun. Hurmmmm….

Bahasa harian ana: Dusun + Melayu Sabah (Baku).

Perasaan ana bercakap bahasa semenanjung, mungkin sama seperti orang Kedah mengenakan dialek Kelantan. Hmmmm.. Bukan ke mudah lidah terbelit.. Berkali-kali salah menyebut..

Nak tahu satu rahsia tak?? Rahsia sedih…

Ana susah nak ketawa bila mendengar gurauan dalam bahasa Melayu. Huhuhuhu…. (classmate selalu cakap, lambat pick up) padahal, ana memang kurang faham. Huhuhu..

Dan.. Bila ana cuba bergurau, uwwaaaa………. apasal korang tak ketawa juga????

(-_-") Communication problem betullah!! Ana mungkin cakap terlalu skema..

Huhuhuhu….

Ana fikir juga.. Andai suatu hari kelak, bertemu jodoh dengan bangsa lain.. Bak kata seorang kawan..

Cintaku termaktub di Luh Mahfuz..

Kita takkan tahu kan?? Susah ana nak bertemu dengan insan-insan sebangsa ana.. Apakah akan hilang identiti bangsa ana? Sistem Malaysia akan berpihak pada identiti lelaki.. Isteri kena ikut suamilah kan…

Nanti sijil kelahiran anak mungkin jadi seperti ini:

Bangsa ayah :____ (terpaksa ditinggalkan kosong kerna ana masih bujang.. Haha..)
Bangsa ibu   : Dusun (ana lah tu.. Heee...)
Bangsa         : ____ - Dusun (Begini ya jadinya??)

(-_-") entahlaaaa…. Sudahlah ana merepek di sini… (shuuhhh… pegi study lah..)

Apa-apalah… ana tak kisah sangat pun.. Huhu..kerana yang penting agama..

Okeylah.. Ana patut cari STOP codon untuk stopkan proses menulis. AUG ke?? Haiyaa… lupa.

Nota 1:
Setiap manusia tak kira bangsa adalah sama.. yang bezanya iman dan takwa kepadaNya. Jadi, tak patut ada diskriminasi kaum kan??

Nota 2:
Ana tengah tunggu jam 1 pagi. Kena pegi school ana. Bioprocess Laboratory. Nak ambil sample S.cerevisiae yang sedang grow dalam fermentor.. Huhu.. Setiap sejam kena tukar2 shift ambil sample selama 24 jam. Sehingga esok pagi… Apakah kerja ana kelak pun begini??

Monday, October 4, 2010

We Care

Baru malam tadi USM mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1 Malaysia. Lebih 3000 orang yang hadir daripada pelbagai bangsa. Tak kurang juga warga asing yang menuntut dan bekerja di USM.
ana ambil dari blog rasmi we care


Ana jadi crew We Care: Tawau Project. A Shelter for the homeless.

Baru malam ini ana dapat membantu.. Huhu..
Band dan penyanyi juga ramai dari kalangan pelajar Sabah.

Tersebutlah kisah ana dan rakan ana yang bertugas sebagai We Care Crew (siap pakai name tag lagi).. Kami pergi memungut derma dari meja ke meja. Sampailah ke satu meja. Meja warga asing. Lihat pada wajah mereka kelihatan iras2 India. Rakan ana dengan lancarnya menjelaskan dalam bahasa Inggeris tentang tabung We Care.

Setelas habis menjelaskan, seorang lelaki dari kumpulan tersebut pun berkata;

"You know.. The flood in Palestine??"

Ana dan rakan ana hanya saling berpandangan.. Masih mahu mendengar kata2 seterusnya dari lelaki itu.

"I think, you are the one who should give to us.." Lelaki itu pandang tepat ke wajah ana. Ana terdiam. Kaku. Bisu. Kata-katanya ada kebenaran.. Dia menyambung lagi sedikit tentang kisah negaranya. Tapi ana kurang dengar lantaran bunyi bising di sekeliling yang agak membingitkan telinga..

"Ok.. How much this badge. Give me one. I just take this.." Sambung lelaki itu lagi. Mungkin rasa kasihan pada ana dan rakan ana… RM3 berganti tangan..

Ana sempat lagi bertanyakan dia datang dengan siapa.. Belajar lagi atau kerja.. Hanya sebagai modal untuk beramah mesra.. Huhu.. Terasa seperti diri ana sungguh kejam.. Tak tahu lagi apa yang harus ana katakan...

Seribu satu soalan menyerang fikiran ana.. Rasa bersalah pun ada.. Hanya senyuman pahit mampu ana beri yang terselindung disebalik kemanisan.. Terasa sedikit beban fikirannya, yang berfikir demi negaranya.. Hanya sedikit!!

Cukupkah andai ana hanya tersenyum? Bantuan yang ana pohon, untuk mangsa banjir di Tawau.. Ana rasa malu berhadapan dengan mereka yang berasal dari Palestine dengan name tag yang tertera "WE CARE CREW". Tapi, apakah ana benar2 care? Huhu…

Syukurlah dalam majlis itu, ada hasil kutipan derma yang diberi pada rakyat Palestine. Hasil kutipan dari 3 buah kampus USM yang telah pun dikutip sebelum ini..



Sejenak untuk renungan bersama.. Di sekeliling kita, masih ramai yang memerlukan bantuan.. "CARE" for them is something very important. Tidak cukup hanya dengan wang ringgit.. Tapi kasih sayang kita.. Perhatian kita pada mereka..

Mungkin mereka tidak akan pernah mengenali kita. Akan tetapi, kita mengenali diri kita. Dan Allah lebih tahu.



ARE WE REALLY CARE??