Sunday, September 13, 2009

JANGAN JADI KERBAU!!


Jangan jadi kerbau yang hanya bergerak mengikut rentak tali yang diikat pada hidungnya. Manusia diciptakan dengan akal fikiran, maka gunalah ia ke jalan yang benar…

Seawal pejalanan hidupku, aku kurang mengenal agama. Dulu aku hanya berfikiran, aku Islam kerana ibu bapaku Islam.. Tanpa ada jalan yang terang, aku hanya ikut jalan yang disuluh oleh keluargaku.. Tapi keadaan mula berubah.. Apabila aku mendapat tawaran masuk ke sekolah agama berasrama penuh..

Proses pentarbiyahan bermula dari sini. Berkembang secara perlahan dari satu peringkat ke satu peringkat.. Ilmu tentang iman perlu dicari.. Kalau hanya datang ke kelas, takkan ada maknanya tanpa niat yang benar.. Sebab itulah, walaupun berbuih mulut Ustaz bercerita tentang Rukun Islam dan Iman, ramai yang masih tak mengamalkannya.. firman Allah;

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka" (13:11)

Menutup aurat dan solat saja tidak cukup, masih perlu ditambah dengan segala macam perencah pemanis iman. Syukur Alhamdulillah, kemudian aku dapat tawaran ke matrikulasi yang lebih mendidik aku menjadi seorang insan dan aku bukan lagi seorang 'kerbau'.. Namun begitu, aku tetap bukan seorang yang sempurna.. Malah masih jauh untuk ke level menghampiri sempurna..

Alhamdulillah, berkat perubahan itu, keluarga aku perlahan-lahan turut berubah.. Semoga Allah merahmati kedua ibu bapaku.. Kepada insan yang belum sedar, sedarlah.. Kembalilah ke pangkal jalan..

Pesanku pada saudara sekalian, jangan terus-menerus mengikut arus yang tak tahu hala tujunya. Tetapkanlah matlamat. Siapa tahu, Si Kerbau itu sebenarnya ditarik untuk melakukan kerja berat, malah mungkin juga dikorban.. Tapi bertuahnya kerbau kerana tak dihisab amalannya.. Maka, pilihlah jalan yang benar, jalan yang terang dengan cahaya hidayah, cahaya taufik, cahaya maghfirah, cahaya makrifah dan Nur yang Allah sediakan.. Kajilah agama, carilah kebenaran di dalamnya.. InsyaAllah, siapa yang ikhlas mencari akan bertemu kebenaran tersebut.. Apalah maknanya kita menganuti agama tanpa sedar hikmah yang ada di dalamnya.

Sama seperti kita masuk ke perpustakaan, tapi tak membaca apa-apa, sekadar menghidu bau-bauan buku atau menyelak buku. Saudara, akan masukkah segala ilmu dalam buku tersebut ke dalam minda? Tidak. Saudara perlu membacanya, malah bukan saja membaca, tapi memahami dan mengamalkannya. Demikian barulah ilmu akan masuk dengan rela hati ke dalam jiwa pencari ilmu.. Aku percaya, saudara sekalian sudah begitu lama menuntut ilmu. Maka prinsip 'baca buku' ini begitu mudah untuk difahami.. Ilmu takkan masuk kalau kita hanya memegang buku itu kan?

Saudara insan yang berakal, maka gunalah ia untuk berfikir dan bertindak.. Ingat, JANGAN JADI KERBAU!!
Wallahu'alam.. Semoga Allah melimpahkan nur hikmahNya pada hamba yang mengharapnya..

You Never Drink A Wine?

Subjek elektif Food Bioprocess ni adakalanya mencabar juga. Fermented Drink biasanya berkaitan dengan arak. Beer, Calsberg, Wine, Sakè dan banyak lagi minuman yang menjadi contoh utama dalam proses ini. Pada asalnya aku tak tahu, kini tahu tentang semua ini.. Dan mesti tahu!
Pernah sekali Dr berbangsa Cina yang mengajar kami bertanya:
"You never drink a wine??"
Tanyanya separuh terkejut bila kami yang terdiri daripada 9 orang Muslim dan seorang Budhist hanya memandang dengan wajah blurr ketika dia menjelaskan tentang wine. Mungkin baginya, wine tidak dikategorikan sebagai arak kerana rasanya yang 'lembut' berbanding arak yang lain.. Katanya lagi;
"Maybe sometime you can go to the supermarket and go to these beverages section then find out about this drink. It shouldn't be a problem right…"
Wah.. Bagaimana harus kami terangkan bahawa minuman-minuman ini adalah haram sama sekali untuk didekati. Tapi tak pasti pula untuk tujuan pembelajaran..
Sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam daripada Anas bin Malik Radhialllahu 'Anhu dia berkata :  Maksudnya :
"Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan : Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantari arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak."
(Hadits riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)
Mudah-mudahan ada hikmah disebalik semua ini.. Sepertimana kalau kita ingin mengetahui kebenaran dalam agama, ada baiknya mengenal agama-agama lain juga. Barulah kita dapat lihat kebenaran yang nyata.. InsyaAllah..

Saturday, September 5, 2009

Tapai Halal atau Haram?

Baru-baru ini ana memilih untuk membuat kajian tentang Tapai Fermentation sebagai salah satu assignment bagi Food Bioprocess subject.Tarikh presentation pula tepat-tepat pada hari ana menyambut hari kelahiran yang ke 21 tahun. Mungkin sebab itu ana melebihkan usaha ana untuk membuat yang terbaik. Lagipun Dr Liong memberi jaminan siapa yang dapat markah tinggi tajuknya akan dipilih sebagi soalan final exam. Huh! Siapa yang tak nak…

Ana ingin berkongsi sedikit maklumat dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian… bukan tentang bagaimana cara membuat tapai.. Tapi, tentang process penapaian yang biasanya pasti akan melibatkan alcohol. Mungkin sedikit sebanyak akan memberi pengetahuan baru pada saudara sekalian..

Ini persamaan yang mudah untuk membuat tapai:

Ragi + Beras Pulut/Ubi Kayu = Tapai

Untuk menghasilkan tapai, beras atau ubi yang telah digaul rata dengan ragi akan diperap selama 2 hingga 3 hari. Masa inilah process fermentation berlaku. Apa yang terjadi ketika ini? InsyaAllah  ana akan jelaskan secara mudah, tanpa menggunakan bahasa scientific yang mendalam. (err.. ana pelajar science agak susah nak menjelaskan tanpa bahasa scientific..)

Semasa fermentation atau penapaian, microorganism dalam ragi akan bertindak balas dengan carbon yang terdapat di dalam beras/ubi. Mudahnya, ia umpama process respirasi atau pernafasan manusia. Kita bertindak balas dengan O₂ lalu menghasilkan CO₂. Begitu jugalah microorganism dalam ragi yang bertindak balas dengan carbon lalu menghasilkan Alcohol.

Ooo…. Begini rupanya alcohol dihasilkan… ehehe..

Alcohol tersebut adalah ethanol. Boleh jadi memabukkan dan boleh jadi tidak. (bergantung pada kepekatan alcohol) Kandungan alcohol dalam tapai adalah 6 - 10% yang mana menghampiri beberapa jenis minuman keras. Cara-cara pembuatannya juga hampir menyamai Wine dan Sakè (minuman keras di Jepun). Jadi, sekarang apa pendapat anda? Bagaimana pula Tapai mendapat title HALAL untuk dimakan di Malaysia? Sedangkan % alkohol yang dihalalkan di Malaysia berdasarkan info dari JAKIM adalah 0.01%.

Ana ada bertanyakan pendapat beberapa orang pensyarah yang turut membuat kajian tentang alkohol dalam makanan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Tapai dikategorikan sebagai makanan tradisional dan HALAL dimakan. Namun, bagi MINUMAN yang mengandungi peratusan alcohol seperti tapai atau lebih dikategorikan sebagai HARAM. Seperti Tapai Sabah yang merupakan air perapan beras+ragi (cara pembuatannya lebih kurang dengan tapai makanan tapi alkoholnya tinggi). Setakat ini, alasan yang boleh digunakan hanya kerana tapai adalah MAKANAN dan pada asasnya tak memabukkan bila dimakan serta proses fermentasinya tidak melebihi 3 hari. Andai terlebih, penghasilan alcohol akan lebih daripada biasa dan mungkin akan memabukkan.

Tapi ada satu masalah lagi yang mungkin orang-orang yang membuat tapai ini tak tahu. Microorganism merupakan benda hidup. Sepertimana manusia, tingkahnya agak sukar diramal. Begitu pula halnya dengan microbe yang ada dalam ragi. Kita tak tahu bila masa alcohol itu terlebih dihasilkan. Mungkin juga kerana suhu, cuaca ataupun faktor lain.. jadi, sebelum 3 hari tak mustahil ia boleh mencapai paras haram.. tapi paras alcohol yang tinggi akan menyebabkan rasa tapai lebih beracid.. lebih beracid, maksudnya rasa tapai akan jadi lebih masam dari biasa. (hanya orang yang sudah biasa merasa tahu bezanya..) Oleh itu, bila sampai tahap ini, berhati-hatilah... 

Kerana kita, adalah apa yang kita makan..

Orang Islam perlu berhati-hati memilih makanan dan minuman.. Jika tidak, hati jadi kotor.. Kerana alkohol bisa membuatkan manusia hilang pertimbangan. 

Sampai di sini saja dulu perkongsian kali ini.. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat dikongsi bersama. Wallahu'alam.

Thursday, September 3, 2009

Ustazah tidak Solat?


Semasa aku berada di Tingkatan 4 seorang Ustazah baru, mengajar kami subjek Pendidikan Al-Quran dan Sunnah. Suatu hari dia bercerita..
"Dulu saya seorang yang selalu mengabaikan lima waktu.."

Hati mula terdetik, bagaimana seorang ustazah tidak mengendahkan solat? Kemudian, dia menyambung lagi;

"Tapi semuanya berubah ketika saya belajar di institusi pengajian tinggi. Kerana satu peristiwa, Taufiq dan Hidayah Allah akhirnya bersemi di hati. Saya ada seorang kawan yang menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Suatu hari, apabila sering melihat saya tidak solat, kawan saya menyuruh saya untuk cuba bersembahyang, cukup 5 waktu, selama seminggu sahaja …subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak hanya selama tujuh hari.."

"Saya sahut cabarannya untuk menilai sejauh mana keberkesanan solat itu. Selama seminggu saya lengkapkan solat 5 waktu tanpa meninggalkan satu waktu pun, akhirnya pertaruhan itu selesai. Namun, saya mula rasa janggal apabila tidak menunaikan solat. Rasa bersalah datang kerana berasa adanya Tuhan yang sentiasa memerhati tingkah hambaNya… sejak hari itu, saya tunaikan solat dengan sempurna.."


Demikianlah cerita Ustazahku tentang bagaimana dia mula menunaikan solatnya. Dia bercerita pada kami semua untuk sebuah pengajaran yang amat berharga agar lahir lebih ramai insan yang sedar tentang peri pentingnya solat lebih awal. Cerita yang mudah dan ringkas untuk dihadam oleh minda remaja sebayaku. Malah membawa bersama seribu pengertian.


Saudaraku, dalam solat saja ada pelbagai hikmah yang Allah sediakan. Kalau benar kita mencariNya ketika solat, insyaAllah kita akan bertemu danganNya malah dengan menyerahkan segala jiwa dan raga hanya untuk Tuhan Yang Esa saat kita mengucapkan

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk Tuhan semesta alam..."

Begitulah antara hikmah solat. Kerana itulah Allah tidak akan membiarkan usaha hambaNya sia-sia.. Siapa yang mencari keredhaanNya, InsyaAllah akan dapat. Bahkan, kalau kita perhalusi dengan lebih dalam, kita akan mendapati bahawa solat itu tidak hanya rukun Islam iaitu syahadah, solat, puasa, zakat dan haji tetapi juga Iman, Islam dan Ihsan. Andai mahu dihuraikan hikmah solat itu satu-satu, tak terdaya bagiku untuk menterjemahkan ia kepada kata-kata.. Saudara mungkin boleh baca beberapa buah buku yang menceritakan tentang hikmah solat. Antaranya Rahsia Keutamaan Solat Subuh yang ditulis oleh Sheikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Marki..

Secara ringkasnya,lihat saja pada cerita di atas, walaupun ringkas tapi hikmahnya amat besar. Hanya bermula dengan sehari 5 waktu selama seminggu, sehingga kini solat ditunaikan dengan rasa redha di hati.Tanpa ada paksaan, tanpa ada desakan, kita akan berasa ada satu kuasa besar yang Mentadbir alam ini, yang Mengusai Hari Pembalasan. Mahukah kita pada akhir zaman nanti, kita berdiri sebagai hamba yang leka pada Rukun Islam? Padahal kita hidup sebagai orang Islam yang mengaku beriman. Namun iman hanya dilafazkan oleh mulut tanpa dizahirkan oleh amal. Lalu sanggupkah kita menerima 'dairi' hidup pada tangan kiri? Jika tidak, maka sujudlah pada Pencipta yang lebih berhak ke atas setiap hambaNya. Nescaya kita akan terpelihara daripada sifat-sifat mazmumah.. InsyaAllah..


Kisah ini bukan saja menceritakan tentang hikmah solat. Tetapi juga tentang dakwah. Dakwah secara halus yang menuntut orang agar merasai dan berfikir sendiri tentang hikmah dan perbezaanya. Mungkin bagi orang seperti Ustazahku ini, menggunakan kaedah seperti biasa (yakni usrah atau ceramah) kurang berkesan.. Kerana sebelum berubah, dia sendiri sudah tahu tentang kewajiban solat tapi sering juga mengabaikannya. Hanya melalui pengalaman atau praktikal, barulah hatinya akan terkesan dengan kebenaran. InsyaAllah.. Sekalipun begitu, Taufik dan Hidayah itu adalah ilham dari Allah. Banyakkanlah berdoa..

Allah berfirman dalam Al-Quran:


"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."


(Al-Ankabut:45)




InsyaAllah.. Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat. Sebagai makluman, cerita di atas telah diubah melalui struktur ayat dan penyampaiannya daripada cerita sebenar. Namun, isinya tetap sama. Wallahu'alam.

Sunday, August 30, 2009

Aku Dan Diriku


Wahai diri,
tidakkah engkau takut dengan celiknya matamu di dunia,
tapi engkau melanggar kelonggaran yg diberi Allah
dan engkau berbuat dosa melaluinya dengan melihat perkara2 yang mungkar..
Maka relakah engkau apabila ia akan dibakar di akhirat kelak..

wahai diri,
tidakkah engkau merasa takut dengan dua tanganmu yang tiada cacat celanya,
Kelak akan melecur terbakar..
bila mana engkau menyentuh kulit para ajnabi?
bila mana tanganmu melakukan dosa dan noda?
maka engkau sediakalah dulu lilin dunia,
cukup hanya dengan memanaskan sebentar tangan di atas api..
Apakah tanganmu merasa panas?
ketahuilah wahai diri..
api neraka ber`infiniti’ kali ganda panasnya daripada lilin itu..

wahai diri,
tidakkah engkau takut pada tubuhmu,
andai di akhirat kelak, semuanya akan menjadi saksi
segala dosamu..
mulutmu akan terkunci daripada berkata dusta
dan tubuhmu memberi kesaksian
matamu yang cantik digunakan untuk apa..
maka mata akan jujur berkata
apakah melihat dosa yg byk,
atau menangis kerana Tuhanmu yg byk
kakimu pula bercerita
ke mana ia melangkah di muka bumi
dengan tujuan apakah ia pergi
begitu pula dengan seluruh anggota tubuhmu
tangan
telinga
lidah
dan paling utama adalah hati

wahai diri,
tidakkah engkau berasa kasihan,
pada hatimu yang asalnya bersih
engkau simbahkan ia dengan noda
engkau biarkan ia dikulati oleh segala bakteria dosa
membusuk umpama bangkai
belum cukup lagi kah engkau menyakiti hatimu?

wahai diri,
sementara kotoran hatimu belum tebal,
bersihkanlah ia dengan taubat..
basuhlah ia dengan takwa..
sucikanlah ia dengan iman..
hiasilah dengan zikrullah
jagalah ia dengan amal
jangan nanti
sebelum engkau bersihkan ia
penciptamu menarik segala nikmat hati
maka, tubuhmu hanya mampu terbujur kaku
kaku bersama hati yang membeku
membeku bersama noda dan dosa
tanpa ada kata taubat dipenghujung
tatkala jantungmu menghembuskan nafas terakhir

Astaghfirullah..
Astaghfirullah...
Astaghfirullah..
Ampunkan dosa-dosaku wahai Tuhan yang Maha Mengampuni..