Tuesday, March 12, 2013

Realiti bukan Fantasi.

Hidup bukan filem. 

Bila heroin/hero suka orang tertentu pasti akhirnya akan bersama. Biarpun hero tu jahat pada mulanya, dia akan berubah jadi baik dan bersama heroin akhirnya.

huh, kalau dalam filem, perubahan tu memang senang diterima. Kita pun satu.. mahu endingnya yang happy. Biarlah hero bersama heroin kerna sudah banyak pengorbanannya untuk berubah..

macam... cerita nora elena? eh.. hmm..

Tapi realitinya, perubahan 'jahat kepada baik' bukan suatu yang mudah. Okay, mungkin bukan jahat, tapi kurang baik. (not 100% jahat lah...)

di sana, perlunya takwa, insaf, taubat, istiqamah dan tawakal.

ada bezanya antara orang yang hanya ingin berubah dan orang yang sedang berubah..

okay, saya confuse. T_T

mungkin betul, mereka perlu diberi peluang..
saya pun sama saja seperti mereka; kita manusia biasa.

jadi, perlukah saya beri sekali lagi peluang....?

yang penting sekarang, jangan buang masa.. berubahlah! biar sentiasa maju ke hadapan.

tak kiralah mahu berubah jadi apa.. ultramen ka.. superman ka..
yang penting, tujuannya satu: kerna  ALLAH.

walau banyak mana pun salah dan silapku.. impianku tetap dan tetap adalah syurga..

biar jatuh, tetap mahu bangun semula. biar akhirnya dapat yang baik..


# ingin jadi wanita yang solehah.. yang sebenar2nya.
# Allah, kadang aku rasa tak mampu untuk hadapi ujianMu.. Tapi, bila fikir balik.. sebenarnya aku mampu. cuma bila berfikir saat hati dan fikiran lemah, aku benar2 rasa tak mampu..





Saturday, March 2, 2013

Benta Wawasan

hehehe... ini kisah II; sambungan pada kisah post sebelum ni... kononnya mahu update sekali tp terlebih panjang. Cukup kisah tentang perang. Sekarang perang hati pulak. ceh... hehe..

Pagi pada hari bermulanya praktikal, saya lihat ini semasa buka pintu rumah; 

Subhanallah.. Indah kan?

Inilah tempat praktikal saya; Ladang Selangan Batu, Benta Wawasan, Tawau, Sabah. hehe.. tempat ni cantik sangat... Tempat tinggal macam zaman koboi punya.. haha... Tapi bilik beraircon.. kami tinggal berempat. 2 lelaki, 2 perempuan; saya, Erni, Almee dan Doktor Azmi (haha.. doktor lagi muda dari saya!). Style hotel yang kampung kampung.. Rumah 5 bilik, 3 ruang tamu, setiap bilik ada bilik air, dan dapur self service.. hehe.. tak terasa langsung tinggal di rest house. macam rumah betul2.


Rest house tempat kami tinggal. Macam suasana di luar negara pun ada kan? hehe.. apatah lagi sekarang ni ada penghuni baru dari London. Perghh.. saya malas berspeaking!

Selepas hari pertama kerja office, kononnya belajar management dulu sebelum turun field. Tiba-tiba saya dapat arahan dari Assistant Manager. Dia cakap macam ni..

"Kamu (matanya mengarah pada saya), besok tak perlu ke office 1 minggu. Saya nak kamu masak untuk saya dan Tuan Zak. dan kamu (untuk kawan saya) datang office belajar."

errkkk.. hari pertama saja, saya dah dibuli. T_T

Pengurus rest house bercuti seminggu. Tak ada yang masak untuk para VIPs konon lah.. 
Tuan Amin, saya tak tahu masak!!! huhu... Sudahlah setting meja makan pun macam cara org puteh!! 

ish3.. Finally, selepas 2 hari saya tak datang office, Tuan Manager, Sir William perasan yg saya tak masuk office. Habis Tuan Assistant kena marah manager.. hahahahaha..

Tapi, dapat pulak arahan baru; pagi sediakan sarapan, then pergi office. balik jam 11am, masak lunch dan kemudian pergi office semula. errrr.... lagi teruk daripada jadi tukang masak sepenuh masa!

Takpa... praktis untuk jadi suri rumah.. hehe..

Tapi masak untuk orang ni agak mencabar.. Almee yg anak orang kaya (gila rumahnya sebesar istana!) pun sampai turun dapur tolong saya masak. Kasihan sungguh dia tengok saya kelam kabut. Sedangkan Azmi balik dari klinik pun terus2 tolong saya urus dapur.. Apatah lagi Erni si gadis Murut. (T_T)~

Alhamdulillah punya housemate yang sangat prihatin. Hampir2 rasa tak mampu.. 

Kemuudian, dapat lagi arahan baru dari Tuan Manager, kena turun master call (untuk check semua pekerja) pada jam 5.45am setiap pagi. OKEY SIR!!!

huh. penat usah dikata. 

Syukurlah makcik sudah balik dari bercuti.. minggu depan senang sikit kerja.. hanya perlu masak untuk kami makan tengah hari.. The VIPs will be handled by makcik. hehe..


Sebaik saja tamat MasterCall jam 6.10am, matahari pun mula terbit ceria... (^___^)


Dengan itu, sekianlah cerita saya... hehehe.

#Tak sabar untuk ke Oil Palm Nursery di Ladang Binuang tempat Mirdha dan Misa.. Ceh.. bajet nak tunjuk uniform keselataman yang smart. Sama color pulak tu dengan Tuan Assistant Manager... #

#Pergi Binuang macam masuk ke dalam cerita kartun.. Bukit bukau dia comel macam sebuah lukisan kartun.. Matahari terbit dan terbenam pun Subhanallah, cantik tak terkata..#







Perang??

Wahhh... lama tak update! rindu dengan blog ni... Sejak semester 3 hari tu memang kehidupan jadi 2 kali ganda busy. Habis saja exam, terus masuk praktikal... tak sempat pun nak hirup udara segar Lahad Datu, dah 'dihalau' ke Tawau.. 

Banyak sungguh nak cerita. Pertama, Lahad Datu. Mesti 1 Malaysia kini sibuk dengan isu perang di sana. Alhamdulillah.. Felda tak izinkan kami praktikal di Felda Sahabat dekat dengan Kg Tonduo.. Ada juga hikmahnya pihak Felda tolak permohonan.. Walaupun kami terpaksa pergi jauh ke Tawau, at least.. jauh dari tempat kejadian yang hampir kpd peperangan.. 

Hari tu sempat ke Felda Sahabat 16 selepas 2 minggu pencerobohan. Masa Encik Faisal ajak ke rumahnya.. Tempat tu lebih kurang dlm 2-3km dari Sahabat 17 yang dipenuhi oleh polis dan pasukan keselamatan negara. Banyak sekatan jalan.. Masa lalu waktu subuh pun mereka masih berdiri menjaga setiap simpang jalan.. Setia memegang senapang..




Tapi sy tak ambil gambar pun masa di Felda.. ni ambil masa bergerak ke Tawau.. dalam 150km dari tempat kejadian pun still ada sekatan jalan.. Kecewa dengan segelintir orang yang hanya tahu menghentam pihak lain.. Sedangkan, tak merasa sendiri apa yang berlaku.. dan tak tahu pun tentang selok belok undang-undang tapi mengkritik bagai nak rak pada pasukan keselamatan... 

Saya pun tak tahu nak percaya sumber yang mana satu.. bila kata tv dan media tak boleh percaya, facebook lagi lah tak boleh percaya.. kesimpulannya, percaya pada hati. Lihat dengan mata, fikir dengan minda.. Usah mengkritik sesiapa pun.. Doa itu adalah yang terbaik untuk semua.. Untuk negara, sahabat, keluarga dan pasukan yang bertungkus lumus selama beberapa minggu menjaga keselamatan awam..

Lebih kecewa bila ada yang cakap, Sabah tak sepatutnya masuk dalam Malaysia bila pencerobohan ini telah menggadaikan 2 nyawa ahli pasukan keselamatan. (Takziah untuk mereka.. al Fatihah.. Moga Allah merahmati allayarham.. saya pun nangis, apatah lagi keluarganya.. moga kalian semua tabah..)

Beri pendapat tak salah.. tapi mengkritik secara berlebihan, bukan caranya.. jika tak tahu kesahihan sumbernya, lebih baik berdiam diri.. Kita tak tahu, tanpa sedar, kita telah menyebar fitnah... wallahu'alam..
 
Semoga segalanya berakhir.. Encik Faisal pun kalut.. time demam2 drive pulang ke LD yang ambil masa 8 jam perjalanan.. Moga dia dan keluarga selamat. Begitu juga dengan Encik Yusof, Encik Jeanus dan Encik Ahmad.. Moga semuanya selamat.. huhu.. ramainya sahabat di Lahad Datu.. 

Encik Ahmad jugalah yang paling setia beri update.. Terima Kasih! :)

Moga Allah melindungi kalian...

#minggu depan akan kembali ke Lahad Datu#