Thursday, November 11, 2010

Sebuah Wasiat

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Ya Allah, kurniakanlah hamba kekuatan iman.. Izinkan hamba untuk tersenarai dalam lingkungan para solihin..

gemersik rindu menyelubungi hati..
untuk Pencipta rasa rindu..
dan aku ingin, ia selalu untukMu..

Wednesday, November 10, 2010

Initiation

Bismillahirrahmanirrahim…

What is initiation? Hehe.. Initiation bermaksud permulaan dari segi bahasa. Tapi, tahu tak? INTIATION boleh jadi perbagai makna walaupun dalam kamus ertinya hanya 'permulaan'. Jomm initiate to read agar tahu apa yang ana cuba sampaikan..

What is INITIATION process in DNA transcription?

(blurrr??) hehe.. Jangan lah blurr.. Ana student sains, memang suka benda2 sains ni.. Teman2 sekuliah ana mesti sudah master dengan perkataan ni.. Hehe.. Ok lah.. Ana nak terangkan di sini.. DNA transcription merupakan satu process yang berlaku dalam badan kita setiap masa. Fungsinya adalah untuk menghasilkan protien.

IT HAPPEN NOW.. RIGHT INSIDE YOUR BODY. Believe it or not? Hehe..

Antum waatunna kena percaya, sebab tubuh manusia ini sangat rumit. Subhanallah.. Maha Suci Allah yang menciptakannya.. Manusia tidak diciptakan begitu sahaja.. Sekecil-kecil cell pun, punya fungsi yang amat besar dalam tubuh kita. Kalau kurang cell boleh jadi tak betul kita ni.. So, ana nak tekankan di sini, proses tanskripsi ini bermula dengan INITIATION.

Bermula dengan permulaan..

Next question,

What is INITIATION process in Plant Tissue Culture (PTC) ?

Well, initiation in PTC means the plant within a media started to initiate multiplication. Ertinya, tumbuhan itu mula membentuk sel-sel akar, pucuk dan sebagainya agar suatu hari nanti ia bisa jadi pokok yang kuat.. So, ana nak tekankan di sini, sebelum pokok itu membesar, kuat dan memberi manfaat, ia perlu bermula dengan INITIATION.

Bermula dengan permulaan…

Hahahaha.. Jangan marah ana kalau semua contoh dalam sains.. Almaklumlah.. Sekarang musim exam. Ana sumbat segala ilmu2 sains dalan ruang-ruang otak ana.

Jadi?? Apa point utama ana cerita INITIATION dalam subjek-subjek yang ana pelajari? SEBAB perkataan ini membuka minda ana..

Setiap yang berlaku ada permulaannya.. Sekalipun untuk sekecil sel dalam tubuh..

Kan? Tak ada suatu perkara pun yg berlaku tanpa permulaan.

Takkan kita tiba-tiba berada di menara gading tanpa adanya tadika?
Takkan kita tiba-tiba berpengetahuan tanpa belajar?
Takkan kita tiba-tiba hidup tanpa lahir?

Perhatilah dengan bijaksana.

Adam dan Hawa kisah permulaan manusia..
Kisah Muhammad SAW memulakan Islam..
Kisah ibu bapa kita memulakan hidup baru..

Segala kisah, ada mulanya.

Dan..
Tak ada kisah kejayaan tanpa usaha..

Kesimpulannya, kisah yang belum berlaku itu, perlu ada permulaannya.. Kalau mahu ada kisah kejayaan masa depan, mulalah strategi kalian!

Ana sematkan di sini kata-kata yang ana perolehi time menonton program Tanyalah Ustaz.

Katanya; Tak ada usaha yang sia2 kerana setiap usaha yang kita lakukan, ada nilainya disisi Allah andai kita tidak mengeluh atau melakukan sesuatu diluar batasan agama.

Sekalipun setelah berikhtiar dan tawakal, kita masih tidak memperoleh keputusan yang kita ingini, itu adalah urusan Allah. Kerna kita hanya merancang, dan Allah yang menentukan. Oleh itu, tidak ada usaha yang sia-sia.

Usaha itu tetap akan diberi ganjarannya kelak.. Kalau bukan di dunia, akhirat kelak, kita tetap akan dapat.

Segala permulaan yang BAIK, tidak akan berakhir denga sia-sia.

Cuma kita yang suka menentukan bahawa CEMERLANG itu adalah baik.. sebenarnya?? heee.. kalau cemerlang itu ada sifat takbur, itu bukan baik lagi kan?? (^_^)

Jadi, jangan takut dan jangan rasa rugi untuk berusaha gigih walaupun matlamat kita tak tercapai. Kerna Allah telah sediakan perjalanan hidup yang terbaik untuk hambaNya yang beriman..

Mulakan segalanya dengan NIAT YANG BAIK. InsyaAllah segalanya adalah baik walaupun itu bukan kehendak kita.

Jomm!! Initiate semangat diri! Agar terhasil sebuah kebaikan.. (^_^)

Wednesday, November 3, 2010

Aku Seorang Hamba

picture taken from iluvislam.com

Aku tahu
rezekiku tak mungkin diambil orang lain,
karenanya hatiku tenang..

Aku tahu,
amal-amalku tak mungkin dilakukan orang lain,
maka aku sibukkan diriku bekerja dan beramal..

Aku tahu,
Allah selalu melihatku,
karenanya aku malu
bila Allah mendapatiku melakukan maksiat..

Aku tahu,
kematian menantiku,
maka kupersiapkan bekal untuk berjumpa dengan Robb ku..

(Hasan al-Bashri Rahimahullah)