Kalam Allah
Bukan kalam sebarang nukilan
Kalam penuh hikmah, penuh keberkatan
Kalam panduan sepanjang zaman
Terpelihara daripada pendustaan
Bacalah, fahamilah, hayatilah dan amalkan
Nescaya hidup akan terjamin
Sedikit pesanan untuk diri dan sahabat sekalian; Siapa yang dah lama tinggal baca Al-Quran, bukalah kembali BUKU yang penuh hikmah itu. Jangan biarkan Al Quran tersadai sebagai bahan perhiasan kerana haknya adalah untuk dibaca. Maka, apakah yang anda akan katakan andai Al Quran itu menuntut haknya kelak?
Saya tinggalkan saudara dengan soalan ini... Semoga berjaya mencari jawapannya.
Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment