Tuesday, November 1, 2016

Cara Elak Sembelit Semasa Hamil



Sembelit? Sakit perut tapi tak dapat membuang??


Saya kongsikan pengalaman dan testimoni saya sendiri.. :)

Banyak2 suplement atau makanan tambahan, kenapa saya pilih Shaklee?

Sebab..

Saya mencari penyelesaian untuk masalah yg saya hadapi sebelum ni. Masa pregnant 5 bulan hari tu mula lah rasa sakit pinggang, pinggul, paha & tapak kaki.. berat pun laju naik.. seminggu nak 2kg naik.

Lepas tu, sembelit pun teruk.. huhuhu. Yang ni lah sebab utama cari penyelesaian. Masuk makanan dalam perut punya banyak... tapi tak keluar-keluar semula. Dah lah macam tu, perut pun sebu semacam. Lapar tapi perut kembung... mungkin seminggu sekali saja membuang. 

Itu pun sebab saya paksa makan sebiji buah betik sampai habis. Tapi manalah tahan nak makan sehari sebijik betik yg besar.. kalau makan sepotong dua tak ada kesan langsung. 

Paling seram bila ada kawan yang kena buasir teruk selepas bersalin. Haaa.. kalut lah mencari penyelesaian. Dah lah baru lepas bersalin kan.. kena buasir lagi. Sembelit pun dah rasa sakit… ni kan pula buasir.

So, bertekad lah saya untuk jaga usus-usus kesayangan ni sepanjang pregnant. Sebelum kena lebih teruk kelak...

Tanya kawan-kawan yang berpengalaman, masing-masing ada cara tersendiri. Ada yang suruh makan buah banyak, ada yang cadangkan beberapa produk seperti jus kurma, delima, makanan sunnah dan sebagainya. Doktor pula suruh makan yogurt.

Hari ni berkesan, esok tak… Orang tak suka buah ni memang payah laa nak konsisten kan….

Produk suplemen lain pun ada try jugak, berkesan untuk masalah lain, tapi tak berkesan untuk sembelit.

Mula lah google mengoogle sampai jumpa penyelesaiannya. Dah baca banyak kali jg pasal Shaklee ni.. tp tak pernah cuba. Nak try dulu, so beli lah Ostematrix.



Alhamdulillah.. konsisten dengan Ostematrix saja pun semua masalah di atas beransur hilang. Happy sangat! Lepas tu baru lah perlahan-lahan topup suplemen set hamil Shaklee untuk kesihatan maximum.

Nak tahu lebih? baca link berikut untuk tahu pengalaman saya menggunakan set hamil yang lain :



Dah terasa kebaikannya, apa salahnya share dengan semua orang kan? Saya dah yakin sangat dengan produk Shaklee ni. 

Selain tu, Ostematrix juga bantu semua masalah yang saya hadapi di bawah ni:

Krem kaki
Gusi bengkak berdarah
Ngilu rahang bawah lepas muntah
Susah bangun semula selepas baring
sakit d hujung tulang belakang
Mudah pening
Sembelit

Semua ni boleh selesai kalau anda mampu minum susu atau dapatkan sumber kalsium yang secukupnya. Kena minum susu 4 cawan sehari..! 

Atau…. 

Ikhtiar seperti kami, telan 4 biji Ostematrix sebelum tidur, dan esok paginya buang segala bahan kumuh dalam badan dengan mudah. Yeah!

Saya dah jumpa penyelesaian masalah saya, anda bila lagi??





Baca testimoni orang lain pula..







Nak Ostematrix? Atau set Hamil Shaklee?

Hubungi saya: 

Nurul Amani  
013-541 4548
amani048@gmail.com


baca lagi


Saturday, October 29, 2016

Hidung Bayi Anda Tersumbat?


Si Comel Meragam, Tapi Tak Pasti Kenapa??

Hidung si kecik tersumbat taik hidung!

Hah. Pernah tak alami situasi ni? Para ibu buat macam mana?

Bila hidung bayi tersumbat, mesti susah nak bernafas sebab diorang masih belum pandai bernafas melalui mulut. Bunyi nafas pun lain macam. Bunyi macam time hidung kita tersumbat, but still berusaha nak bernafas melalui hidung. Kesian baby....

Haa.. bila macam tu, cuba check hidung dorang.. sama ada dorang selesema atau cuma sekadar hidung tersumbat sebab tahi hidung! (hoho.. sorry laa.. tak tahu perkataan yang lebih sesuai dan difahami)

Doktor cakap, hidung bayi memang mudah tersumbat sebab dia tak tahan sejuk. Bila sejuk, mula lah berhingus, lepas tu bercampur pula dengan segala benda asing di dalam hidung kecik dia.. Maka, terjadi lah taik hidung yang tebal dan sebesar lubang hidung mereka... faham tak? hohoho.

Masa umur baby Hafiz sebulan, hidung dia selalu tersumbat. huhu.. mula-mula fikir sebab selesema. Kebetulan pula tengah musim angin kuat.. memang musim orang sakit! Mommy pun telan lah beberapa biji Vitamin C nak bagi booster sistem imun badan, supaya baby pun dapat antibodi tu. Beberapa malam tidur tak lena sebab baby asyik meragam. Menyusu pun susah.

Terdetik lah di hati mau check hidung guna lampu suluh. wooooo.. rupanya taik hidung dia penuh sangat, hampir tutup keseluruhan lubang di bahagian dalam. Nak korek pun memang tak dapat sebab dalam. Tapi kalau dapat korek pun, macam mana nak buka dengan selamat?? Baby baru umur sebulan.

Saya dan husband pun meng-Google lah tips nak bersihkan hidung bayi. Almaklumlah kan... new parents. Semua benda serba baru serba serbi tak tahu! hihihi.

As a result, husband beli benda ni;



Beli saja di farmasi. Cara guna pun senang, cuma spray ke dalam hidung bayi. Tak lama lepas tu, taik hidung tu mencair sedikit dan keluar dengan sendirinya masa baby menangis. Kalau tak keluar, guna penyedut hingus untuk baby.. yang tu memudahkan lagi kerja.. Very simple!

Pesanan dari farmasi, jangan guna lebih daripada 5 hari berturut-turut.. nanti baby terlalu bergantung dengan alat tu. Ia tak memberi kesan sampingan sebab kandungannya daripada air laut. Nak minum pun boleh katanya.. hehe.

See? Simple yet very useful!

Tanya parents lain, dorang suruh guna cotton bud, tapi kalau dah keras & dalam, macam mana nak buka? muehehehe.

Okey. Done kisah tentang taik hidung.

Kalau baby still menangis, mungkin dia kena perut kembung atau tak kenyang menyusu... hihi.. 

Ibu yang makan alfalfa, bantu buang angin dalam badan dan secara automatiknya bantu mengurangkan kembung perut bayi yang disusui.

Ada yang nak cari MilkBooster terbaik? hehe. Terbaik lah sebab dah bantu saya hilangkan berat semasa mengandung. Kalau nak tahu, gabungan Alfalfa dan Omega Guard saaaaaangat membantu membuang lelemak dan kolestrol. Total lost 13kg! Kembali slim dan bantu menghilangkan parut cakar rimau. Ngauummm! hehe.

-----> SET MILKBOOSTER SHAKLEE
-----> SET MILKBOOSTER SHAKLEE
-----> SET MILKBOOSTER SHAKLEE

Mommy Hafiz nak tolak lagi 3kg ni! Go go go!

Susu banyak, Baby senang kenyang, mama pun senang hati kan??

Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
  
SMS/whatapps: 013-5414548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 




Baca lagi:

Set Hamil Shaklee

Cara Hilangkan Stretch Mark Bersalin

Buang Angin Dalam Badan

Thursday, June 2, 2016

DIY Tabung Duit



Nak menabung? Tapi harga tabung pun dah membuatkan rasa nak menabung tu terbantut. Hahahaha! (lawak perli diri sekejap)

Pasang niat nak menabung untuk baby yang masih dalam kandungan ni.. Then, pergi lah jenjalan di pekan.. Tersinggah pula di sebuah kedai buku. Nampak tabung katak comel je.... tapi harga... amboi! RM8.00! Baik duit tu masuk tabung daripada guna beli tabung kan?? Kalau sehar.i menabung RM1, dah rugi bajet menabung 8 hari. uhuhuhu..

Maka bermulalah misi buat DIY tabung untuk future baby. Target untuk beli katil baby. Nak beli 2 bijik sebab saya tinggal 4 hari di rumah mak.. 4 hari rumah husband. Jadual tu akan berulang-ulang sepanjang masa selagi husband masih bekerja. Takkanlah nak usung katil baby tu ke sana ke mari kan? hohoho.

Sebelum ni simpan dalam nekas kontainer aiskrim crispy tu... sebab takda bahan sangat nak hias.Tapi husband tengok pun tak ada selera nak menabung, Hahaha...

So, let see....

Pusing kiri kanan depan belakang dalam rumah, tengok kalau-kalau ada harta yang boleh digunakan dalam misi DIY. Haaa! jumpa lah jugak lebihan wallpaper jenis sticker. Ambil gunting dan gam, kemudian tampal saja.




Taraaaaa.... maka jadi lah tabung DIY saya. Dari kontainer aiskrim jadi tabung.. simple yet very usefull!

cost? kira zero lah kan. sebab guna lebihan barang di rumah. Lain lah kalau korang pegi beli aiskrim crispy tu semata-mata nak buat tabung. adeh! hahaha.


Nota tumpang sekaki: Jomm kreatifkan minda bersama Omega Guard Shaklee.. hihihihi. baik untuk minda yang memang pelupa macam saya khusunya masa mengandung ni.






Wednesday, June 1, 2016

Jarum Tetanus untuk Ibu Hamil




Haaa... kepada bakal-bakal ibu di luar sana, jangan tak ambik tau pasal jarum tetanus ni. Bagi bakal ibu yang pertama kali mengandung, akan dapat dua ‘gula2’ tetanus ni. Hohoho. 2 kali jarum mommies!!

First time dengar pasal jarum tu masa monthly check up bulan ke5. Nurse tanya sama ada dah rasa pergerakan baby or belum. Saya jawab dah. Then, dengan senyuman lebar dia bagitau, hari ni kita buat ATT okey? Means... kena jarum untuk tetanus!

Mula-mula imagine sakit kena jarum tu macam sakit time kena cucuk ambik darah tu saja...

Dalam hati: alaa... macam kena gigit semut je pun...

Tapiiiii..... rupanya 10x ganda lagi sakit! Oppss... bukan nak takutkan para bakal ibu... tapi sebagai persediaan lah. Hari tu tak jangka langsung kesakitan tu. Uhuhuhu.
.
Dah laa pegi klinik drive sendiri. Kebas tangan kiri driving. Nasib baik lah rumah jauhnya tak sampai 5 minit driving. Hahaha.

Seminggu tangan kiri tu rasa kebas dan sakit! Malah biru legam macam kena tumbuk dan bengkak serta gatal. Bekas2 parut suntikan yang lama sejak zaman sekolah dulu pun pandai bengkak balik. Sabar saja laaaaa.. (Baca dekat blog orang lain, ada yang sampai demam! huhu)

Nurse tu siap cerita yang sakit jarum tetanus ni okey lagi. Masa dia bersalin dulu, terpaksa operate. So, kena jarum dekat miss V dengan sakit yang dia tak boleh lupa. (Omg! Perlu ka saya ingat kembali cerita nurse tu?) Rasa ngilu pula ingat. 3 kali bersalin, 3 kali jugaklah kena jarum tempat tu. Sob3...

Dalam hati cuma mampu berdoa yang Allah akan permudahkan proses bersalin nanti. Huhu..

Doa saja tak cukup lah kan.. kena ada usaha juga. Jadikan tubuh kita sesihat yang mungkin! Oleh itu, saya bertekad untuk mencukupkan nutrient dalam badan. Mudah-mudahan kekal sihat sehingga masa bersalin nanti. InsyaAllah.

Makan sayur, buah, protein dan segalanya dengan cukup. Weii... Impian tu! Walaupun begitu, tetap ada rasa malas kadang-kadang mau masak dengan full of nutrient kan. Tambah-tambah lagi kau tengah pregnant. Ngeh3... entah bila kerajinan nak memasak datang. 

Tapi being a pregnant mom ni kadang-kadang suka memilih makan.. itu tak nak lah.. ini tak nak lah... betul tak?

So... Bagaimana nak sihat macam tu? Kalau saya, mesti laaa dengan bantuan Shaklee.. hehe. Dah terbukti berkesan dengan ribuan testimoni daripada para ibu di luar sana.

Google aje kalau nak baca testimoni. Banyaaaakkk boleh diambil iktibar. Atau boleh juga baca sini.

Jadi, kita pun try lah set hamil Shaklee ni... setakat beberapa bulan pengamalan Shaklee ni, memang banyak membantu terutamanya bantu mengatasi punca sebenar kenapa saya mula ambil Shaklee (nanti kita ceciter pasal ni. hihi.. tak cukup 1 post nak cerita segala.)

Jomm sihat!!


Untuk penjimatan yang berganda, boleh contact saya. Ataupun daftar jadi member terus macam saya. InsyaAllah saya nak continue pulak ambil set berpantang Shaklee nanti. Boleh laaaa banyak jimat! Hehe.

Hubungi saya di sini:

Nurul Amani

whatsapp/sms/call: +6 013 5414548
email: amani048@gmail.com
                                        Facebook: https://www.facebook.com/nurul.amani.52 


Jom sihat, cergas dan ceria bersama saya! :)