Mutiara kata ini aku ambil dari facebook seorang sahabat,
Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat. Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Allah tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Aku tak berniat untuk menulis banyak banyak pada post kali ini. Hanya sekadar luahan hati yang terasa agak berat. Mudah-mudahan diringankanNya.
Ujian Allah kembali berlabuh, menduga hati yang kerdil ini.
Wahai Tuhan, kurniakanlah hati ini kekuatan, setimpal dengan ujian yang Engkau beri. Kurniakanlah diri ini keteguhan pada iman agar hanya mengharap dan memohon pertolongan dariMu. Agar aku bisa kuat berhadapan dengan dunia untuk akhiratku.
Hidup, takkan pernah sepi dari UJIAN kan? Kerana Allah amat MENYAYANGI kita.. Dia nak kita kembali bermuhasabah, kembali mengingatiNya. Juga sebagai peringatan, agar kita tidak terlalu lalai pada dunia.
Rindu
Aku rindukan hati yang sentiasa merinduiMu
Aku rindukan jiwa yang sentiasa bergetar mendengar asmaMu
Aku rindukan minda yang sentiasa dahagakan kalimahMu
Aku rindukan lidah yang sentisa basah menyebut zikrullah
Aku rindukan mata yang mengalirkan air mata taubat untukMu
Aku rindu pada fitrah sebenar kejadianku
Aku hanyalah seorang hamba yang mengembara menyelusuri jalan hati
Adakala layarku berlabuh pada destinasi yang benar
Adakalanya pada destinasi yang salah
Wahai Tuhan, andai layarku salah arah
Pimpinlah dan tunjukkanlah padaku, Jalan Hidayah
Yang diselusuri bersama Cahaya Taufiq
Yang diterangi Cahaya Iman
Agar akhirnya pengembaraan aku terhenti
Pada destinasi yang diredhaiMu
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment