Saturday, January 15, 2011

Dunia Hujung Minggu

Assalammualaikum~~ (^__^)

How are you today? Kaifa halukum? Nu kabar nu? 
 Apa khabar semua? Nimen hao?  
hehehehe...

Before I start to write more, ini kerja kami hari Khamis lepas.. Jalan2 ke Muzium Tuanku Fauziah, USM..

Saja ja nak letak jd penghias teratak SuteraHikmah.. hihi..

Today is Saturday. weee~ Is there anyone who doesn't like weekend? huuuu~~ Hard for me to believe.
But today, i still need go to Xerox. Kedai buka maaa.... Kejap lagi pegi part time. 10am until 5pm. 
At least, I don't have to kejar2 and waiting for a bus today, or feel sleepy in Dr Lee's class, or force myself to listen a loooootttt leteran from a strict lecturer. huhu..

Tapi this weekend, i couldn't enjoy so much. There's a lot of things I need to settle.

First, Yogurt project~!! 
Before Prof F berleter, better I come out with an idea how to incubate yogurt without incubator.. huhuhu... anyone can help me?? I can't find how... & the truth is.. saya malas berfikir.. huhu.. setiap kali ada free time, saya cuma fikir nak rest.. (T_T)~

Second, Dr Liong's individual presentation~!!
Dr, I think I'm going to talk about MSG. (why i always choose food based for my topic??) hihihi.. or should I talk about bioethanol? huaa... enzyme? medicine? hormone? protein? grrrr... I don't know. >.<
Nanti nak pegi bongkar fail sulit Ajinomoto Factory. How did they do the Downstream Processing..

Third, PERSIS~!!
haaa... dah lama sunyi senyap. I decided to run 1 project. "Kembali Ke Sekolah 2". I named it as "Pulanglah Ke Desa". Idea.. Idea.. Idea... please come to me.. I really need you... 
Next weekend PERSIS will have SUPPER~!!
Time ni boleh lari-larian.. hihi..

Fourth, LSP oral presentation~!!
huhu... malas nak fikir... guess what I choose for my oral speaking ??
hahaha.. dek kerana kemalasan dan ketiadaan masa untuk berfikir panjang. I choose...
Benefits of Microbe in Food Industry.
haha.. see?? Food lagi~!!

Fifth
Sixth
Seventh
and bla bla 4x

banyak lagi.
As a conclusion? 
Tanggungjawab yang ada lebih daripada masa yang ada.. 
Jangan buang masa, & jaga kesihatan~!! hehe.. 

My dear Amani, you need to spend more time to read and understand Quran.. Jangan terlalu busy dengan dunia.. taulah enta ni kekurangan duit.. tp duit akhirat pun enta kena cari tau~!! Bijak2kan diri bahagi masa ye.. Kerja pun ibadah juga, tapi ibadah2 lain tu, jangan tinggal2kan..

errr... apa kes guna 'enta' ni? heee..
Chaiyook~ You can do it..

nota kecik yg penting:
Amani~!! You still haven't log in to e-learning portal~!
habislaa... tahu tak betapa banyaknya nota homework yang perlu dibaca??

Honestly, I still can't divide my timetable properly..




Sunday, January 9, 2011

Wah, Banyaknya Sampah !!

Jana Wang Dari Sampah

Its good to read this.. I found somewhere while searching an idea for product to be made in our community project this semester. One of our idea is using the kitchen waste to be a valuable product. After we run the project, later i'll show you how is it. It is an interesting project.. 

But unfortunately, I am the leader for food production.. We might be working on production of tempeh.. or maybe yogurt again.. huhuhu... we have done this before. Even it is interesting, but I'm really hoping to get involve deeply in production of baja compost.. 

Arghhh... whatever~ I'll be there to  menyibuk  a lot in the group who make baja compost.. haha!

Its my passion to do something I never do! Especially when i found it is interesting. So, please don't stop me~!

Okay~!! Back to the main topic.. 

What they do with all the rubbish ???!! (This is from akhbar Utusan Malaysia 2010)

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Dari segunung sampah yang busuk, jika dimanfaatkan dengan bijak dan kreatif, ia akan bertukar menjadi sumber pendapatan yang lumayan.
Kini sampah bukan lagi sekadar bahan buangan, sebaliknya ia boleh diproses menjadi sesuatu yang menguntungkan.
Di Malaysia, sampah belum dimanfaatkan dengan sepenuhnya berbanding di negara-negara maju seperti Korea Selatan dan Jepun.
Mengambil contoh di Jepun, di negara matahari terbit itu sudah mempunyai lebih 2,000 insinerator (loji pelupusan sisa pepejal moden).
Namun, ia berbeza dengan negara ini yang belum mengadaptasikan penggunaan teknologi canggih tersebut.
Malah, usaha kerajaan untuk membina insinerator di Malaysia bagi mengurus pelupusan sampah yang berkesan suatu masa dahulu dipandang serong dan dibantah oleh penduduk sekitar, seperti yang berlaku di Broga, Semenyih pada 2004.
Sehingga kini, teknologi pengurusan sisa pepejal yang digunapakai di Malaysia masih di peringkat 'bertatih' dan seolah-olah memerhatikan sahaja negara-negara maju terus memecut laju dalam industri berkenaan.
Hampir kesemua sistem pengurusan sisa pepejal di negara ini masih menggunakan cara konvensional iaitu dengan menanam sisa berkenaan dan cara alternatif seperti kitar semula hanya seperti 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja.
Bagaimanapun, dalam kesuraman tersebut, muncul syarikat milik bumiputera yang menawarkan perkhidmatan dalam memulihara semula tapak-tapak sisa pepejal yang sudah 'mati' setelah beroperasi berpuluh tahun lamanya.
Syarikat berkenaan adalah Cypark Resource Bhd. (CRB) yang mampu mengubah tapak 'beracun' tersebut menjadi tanah yang bernilai tinggi pada masa depan.
Dengan teknologi dan kepakaran sendiri, syarikat-syarikat pengurusan sisa pepejal itu telah berjaya memulihkan sebuah tapak pembuangan sisa pepejal di Taman Beringin, Kepong, Kuala Lumpur pada 2008 dan kini tapak berkenaan menjadi tempat rekreasi penduduk setempat.
Di sebalik kejayaan syarikat berkenaan terdapat beberapa perkara yang masih perlu diperbaiki iaitu dari segi pengurusan sisa gas metin yang dihasilkan semasa proses pereputan sisa buangan dan juga teknologi rawatan air licik.
Secara purata, 20 tahun diperlukan untuk memulihkan sepenuhnya tapak pelupusan sisa pepejal dan sepanjang tempoh tersebut tapak berkenaan melepaskan gas metin.
Sayangnya gas bernilai tersebut dilepaskan begitu sahaja sedangkan negara maju menggunakannya untuk menjana tenaga elektrik dan juga untuk gas memasak di rumah.
CRB juga mampu merawat air licik sehingga menjadi jernih seperti air dan bebas daripada sisa toksik namun air berkenaan dilepaskan ke sungai tanpa sebarang usaha untuk dikomersialkan.
Menurut syarikat berkenaan, kekangan teknologi dan logistik menjadi faktor utama sumber bernilai tersebut dilepaskan begitu sahaja.
Namun begitu pujian harus diberikan kepada CRB kerana berani menerajui industri yang masih baharu di negara ini dan diharapkan menjadi perintis kepada syarikat lain untuk menghasilkan teknologi yang lebih canggih pada masa depan.
Di Korea, mereka memanfaatkan gas berkenaan yang dihasilkan oleh tapak pelupusan sisa pepejal Sudokwon dengan menjana 50 megawat tenaga elektrik, cukup untuk bekalan 180,000 rumah dalam tempoh sebulan dengan anggaran keuntungan AS$30 juta (RM94 juta) setahun.
Melalui pembentangan kertas kerja mengenai pengurusan sisa pepejal di Jepun, Dr. Chiaki Izumikawa dari Dowa Mining Co. Ltd. berpendapat, kitar semula sampah tertumpu kepada keberkesanan yang membawa maksud meminimakan pembuangan.
Malah, katanya, kitar semula sampah memberi faedah yang baik daripada aspek persekitaran serta sumber semulajadi.
Sebagai contoh, Izumikawa mendedahkan kajiannya mendapati kertas yang dikitar semula berupaya menjimatkan 40 peratus tenaga, 130 peratus bahan pembuangan dan 90 peratus pencemaran udara berbanding kertas yang dihasilkan daripada sumber semulajadi.
Bagi kes penghasilan aluminium, jika dikitar semula akan menjimatkan 90 peratus tenaga, 95 peratus sisa pepejal dan 90 peratus pencemaran udara berbanding menghasilkannya melalui bahan mentah asli.
Sementara penghasilan besi, jika dikitar semula dapat menjimatkan 60 peratus tenaga, 90 peratus sisa pepejal dan 30 peratus pencemaran udara.
Ketika ini negara-negara maju sudah bergerak ke arah teknologi hijau terutamanya aspek pengurusan sisa pepejal, oleh itu kerajaan perlu bangun untuk menyakinkan rakyat mengenai kepentingan teknologi ini.
Secara realitinya, insinerator amat perlu pada zaman ini kerana kawasan pembuangan sisa pepejal sedia ada menyebabkan pencemaran sukar dan semakin mengecil.
Persepsi orang ramai mungkin sudah berubah setelah didedahkan dengan pelbagai bukti kejayaan sistem baharu yang canggih dan tidak mustahil dengan perancangan yang betul, projek insenarator bakal muncul kembali, setidak-tidaknya di Lembah Klang.
Dengan menukar sampah menjadi sumber tenaga, masalah pelupusan sisa buangan dapat diatasi, negara menemui sumber tenaga elektrik baharu dan yang lebih penting negara akan berada di landasan yang betul dalam mewujudkan persekitaran lebih bersih dan hijau.

nota 1:
Jommm.... sokong kitar semula! kesian bumi kita...

Saturday, January 8, 2011

Pohon Hijau

Taken somewhere from internet..


Pohon Hijau

Pohon hijau itu berdiri kaku
Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan

Angin yang menderu
Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan

Untukmu teman bajailah hidupmu
Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan

Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh

Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran

Pohon hijau itu yang dulu kaku
Kini mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Bila kejayaan sudah digenggaman
Ingat-ingat teman kita kan pulang

Pohon hijau itu kini kaku
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu
gugur di taman ini

 Saat kematian, pasti akan tiba.. Jangan pernah lupa tentang MATI.


Ini lagu lama dari kumpulan Brothers.. tiba2 saja lagu ni menyentuh hati ana malam ni... Kisah kehidupan manusia ni sama seperti pohon.. Muzik & liriknya sangat sesuai.. Mula-mula lagunya perlahan kemudian rancak dan kembali perlahan... Sama seperti manusia, lahir ke dunia, dari tak tahu berbuat apa2, jadi tahu.. Waktu 'tahu' tu semestinya hidup takkan slow.. Seperti apa yg ada pada lagu, hidup kita ni pasti akan ada ombak badainya.. Kemudian, saat kita kembali lemah tiba.. Apapun yang berlaku, bertahanlah dengan keimanan.. 


Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan

Moga, keredhaan itulah yang ana sentiasa damba.. bukan yang lain.. tidak yang lain.. hanya Allah.. 

nota 1:
try laa dengar lagu ni.. moga bermanfaat..

Friday, January 7, 2011

Fotokopi

Minda padat dengan segala hal~!! Serabut....

PENAT + SIBUK~!!

Itu saja lah yang ana mampu kata sepanjang buat kerja part time. Habis kuliah, ana berkejar pula pegi kerja... huhu... dengan otak separa serabut, berhadapan dengan pelanggan... haaa... otak ana pun jadi serabut... Banyak benda ana lupa.. Terutamanya due date assignment... (T_T)~

Jomm... berkenal2an dengan kerja part time ana: Fotocopy girl.. hehe..

Tadaaa~ macam ini lah 2 mesin fotocopy di kedai yang memeningkan kepala ana..
Suka benar kertas2 tersangkut di dalam... terpaksalah ana jadi mekanik sementara.

Adakalanya, seronok juga buat part time ni... ana boleh belajar banyak benda baru... tapi, huhu... ana still dalam proses membiasakan diri dengan kesibukan dan keletihan. Pagi & petang kelas. Then, sambung buat part time.. kalau malam ada meting, lagi lah serabut otak ana..

Tak campur dengan assigment yang berlambak lagi... (-_-")

So, jangan hairanlah kalau sehari... banyak kesilapan ana buat...

Dalam seminggu, boleh kot sampai tinggi mcm ni kertas2 yang silap...
kertas sangkut,
salah dengar berapa copy yg customer minta..
minta 7 tapi terbuat 17.. huhu.. 
ataupun silap scan...
banyak jugalah pembaziran pokok berlaku..

Sometime.. eh.. bukan sometime, tapi selalu.. ada yang bagi 1 buku untuk copy.
& cakap nak ambik malam ni juga!
huhh~!!

orang macam ni memang takda consideration... or maybe dia tak tahu mcm mana pening nak copy buku.. huhu... ana mesti akan cakap,

"sorry kak.. kalau buku, saya boleh jamin siap kalau ambil 2 hari kemudian.. "

bukan senang ye... kerana buku2 yang korang hantar tu lah ana terpaksa buat overtime.. Lepas kedai tutup 10pm baru ana buat buku2.. 1 buku setebal seinci, boleh ambik masa lebih 1 jam... huhu...

"kak, nak fotostet semua buku 1 set..!!"

haaa... klu korang buat macam ni.. confirm ana lari.. huhu

Malam balik dalam kul 10-12pm. Setelah guna semua simpanan energy ana, fuhhhh~~ 

  I might look like this.. 

Malam dah tak mampu review apa2, balik mandi dan zzZZZZ..
That's why I might be forget all my academic stuff..
So, please remind me from time to time..

okeylah... itu saja dulu... ana ada kelas... habis kelas nanti pegi keja pula... hehe..

Have a nice Day!!