Sunday, April 29, 2012

mengaku TIDAK



Batuk2 saya dah hampir 2 minggu. sekarang tambah selesma. suhu badan panas sikit dari biasa.. (T___T)

Tapi.. malas mahu mengakui bahawa saya sedang sakit.. hahaha.. Bila saya mengaku sedang sakit, memang saya jadi orang sakit lah... Tidur, makan ubat, rehat, tidur, makan ubat dan kena makan 3 kali sehari nak support ubat.. Tiba-tiba saja tubuh jadi lemah bertubi-tubi..

waaaa... sebab tu.. berpura-pura bgtau tubuh yang saya tak sakit. hahaha... Maka, saya pun buatla seperti biasa.. Makan ais krim, minum air ais batu, makan pedas, berjalan shoping, main basikal, jalan kaki Lab - Restu, makan fast food, buat Lab tak henti2, mandi tengah malam (sbb balik Lab pun slalu tgh mlm..) 
=.="    (silalah marah saya.. hehe)

Semalam, lepas saya mandi lewat, & tak makan 1 hari... Habis Lab dalam pukul 8 malam baru pegi makan.. Makan pulak sup ayam pedas @__@. Batuk & selesma tu tak berkrompomi dah... Batuk dengan sangat teruk sebelum tidur...

Betapa saya mengharap adanya ubat tidur semalam..... kepenatan batuk.. haha..

Kalau tak okay juga hari ni.. saya pegi lah klinik esok... Tak mahu lah jadi penyebar virus.. Tambahan pula kerja sangat bertimbun... uhuuu~ saya rasa, saya lah orang paling rajin buat lab.. tapi.. tapi... kenapa result saya asyik tak ok... Statistical data tu betul2 menyakitkan hati. Tak pasal2 saya kena repeat lagi..

Ada hampir 50 flasks menanti untuk kira microbe... huhuhu.. pening kepala keterlaluan tengok microscope..

rasa macam nak upah orang kira ja.......... dah lah saya pecahkan hemocytometer yang sangat mahal tu.... 

(T_________T)

apapun, FYP perlu diteruskan.. Go Amani Go!!!! hehehehhee..


p/s: SAYA TAK SAKIT............ hahahaha..


moga leburlah dosa-dosaku yang tak terkira banyaknya.... T___T



Thursday, April 26, 2012

Rumah Saya!!


lalalalala~ Sila senyum bila rindu menyerbu hati.. kerana di rumah, sentiasa ada yang merindu! hehehe

Semalam sambil-sambil buat Lab, saya dengan azieyan cerita2 pasal hiking.. baru perasan, saya agak lasak orangnya.. hahaha.. kalau hiking, memang saya lambat sikit penat.. azieyan kongsi bila dia first hiking.. dia cakap time sekolah dulu..

saya pun, terfikir lah... bila saya first hiking????

hahahaha... Rupa2nya sejak lahir sudah hiking!! *saya hampir lupa rumah first dulu atas bukit*

ni ilustrasi rumah saya zaman kanak-kanak dulu. Tiba-tiba lepas subuh tadi rajin melukis.. haha..



comel tak saya lukis?? hehehe.. *perasan!!*

kampung saya ada dua bukit.. semua orang buat rumah di lereng-lereng bukit. Tapi pusat berkumpul, semestinya di bawah bukit.. hahaha.. lupa lukis tempat paling penting.. Bus stop di seberang balai raya.. 

Sikit saja populasi Kampung Bahab ni.. Sebab tu, dalam IC nama kampung kami jadi Kg Bahab Libang. (pinjam nama kampung sebelah - Libang) Kampung sebelah saja ada dalam peta Ranau..... hahahaha..
 kesian.. =.="

Rutin setiap pagi dulu, turun bukit ke sekolah. Sekolah pun atas bukit. So, naik bukit sikit lagi. hehe.. Balik dari sekolah, turun bukit, dan naik bukit lagi!

huh!! gigihnya saya pergi sekolah dulu... belum masuk cerita pergi sekolah time musim hujan.. (T__T) betapa licinnya jalan berbukit time tu..

jarak rumah dari jalan raya tu, adalah dalam 150 meter ke 200 meter... sekali sehari naik takpa.. tapi ni sehari berkali-kali turun naik.. hahaha.. (no wonder lah saya always slim kan? haha)

okay lah... sekian cerita di pagi hari yang diharap ceria ni.. hehe.. kejap lagi pergi sambung FYP kira microbes..
  

Tuesday, April 10, 2012

Entah...

hahaha.. tak tahu mahu letak tajuk apa.. tiba2 saja mahu menulis. tapi tiada arah tujuan. :p

2 minggu ni, minggu yang sangat stress. 

sampai saya rasa mahu muntah... pening usah dicakap.. dahlah berkali-kali skip lunch or dinner. Yang pasti, breakfast tak pernah miss.. (sebab makan siap2 bbrp keping biscuit sebelum ke Laboratory.) hehe..

dasyat juga lah penangan fyp.. sampai nangis sendiri2.. fufufu..

tahap ke-stress-an menghadapi fyp, payah untuk diluahkan. tapi saya mahu cerita juga. kalau nampak saya sembunyi-sembunyi lap air mata dengan hujung lengan lab coat, ni lah sebabnya.. huhu.. 

malu orang tahu. tapi tak mahu menahan sendiri.. sakit benar rasanya....

cukuplah kalau nangis sikit2.. hehe.. tapi lepas tu, saya refresh balik. Cuba mencari kekuatan disebalik tangisan.. lepas tu, boleh lah saya kembali senyum dan berfikir... Alhamdulillah.

Tangisan tak semestinya menunjukkan kita lemah kan.. Tapi, ia boleh jadi luahan rasa yang sangat berat agar jadi lebih ringan. Boleh juga jadi kekuatan untuk terus bertahan dan tidak menangis untuk sebab yang sama lagi.. =)

Saya dah 3 kali gagal dalam ethanol production. Supervisor pun cakap, nanti kalau org baca thesis saya, orang akan gelak.. sebab topic pasal microbe yang hasilkan ethanol, tapi cuma hasilkan kurang dari 0.2% ethanol. So, saya pun cuba dan cuba dan cuba dan masih mencuba. Target supervisor, at least saya kena dapatkan 5% ethanol. hahaha.. 25 kali ganda dari jumlah asal.

Bila dah 3 kali gagal, saya pun bercadanglah mahu buat mini bioreactor yang ada sample outlet & gas outlet. Buat ikut andaian sendiri dan logik akal berdasarkan journal dan bahan bacaan. yang ni pun, dah 4 kali mencuba dan 3 kali gagal..

Yang kali ke4 tu, hmmm... ada juga flask yang terputus tube-nya. Tapi sy buat2 buta, & sembur dengan alcohol.. dengan harapan, tak ada contamination. (sedaya upaya untuk positif) sebab lutut saya dah lemah sangat bila tengok flask2 yang tak menjadi tu.. 2 minggu terbuang hanya kerana menghasilkan mini bioreactor tu.. (tangan Lab Assistant pun sampai luka2 semasa tebuk getah untuk mini bioreactor saya. huhu)

mudah-mudahan semuanya baik.. mudah-mudahan semua microbe menghasilkan ethanol yang banyak..


be positive dear, everything will be fine. don't ever give up. there must be a solution for every problem. 

it's okay to cry sometimes because it will makes you more stronger.

tapi, jangan lebih-lebih.. hehe..

(^_____________________^)