Sunday, January 27, 2013

Kayangan

Hari tu berkesempatan jalan-jalan.. Destinasinya?

Menara Kayangan, Lahad Datu, Sabah.

atau.. juga dikenali sebagai Tower of Heaven.

Subhanallah. Puas mata memandang..

Kalau nama dah kayangan, semestinya di awanan kan? hehehe.. (atas gunung tu, di awan lah kan... hihihi)

So, sempatlah berangan sebentar jadi Puteri Kayangan..

Kalaulah plan awal2 nak pegi sana... Confirm!! saya tak nak pakai sandals yang berat tu! & wajib bawa kamera. dan... pakai dress ala2 puteri kayangan. eh!! hehehe.. terlebih pulak.

Tapi betul... ada pelancong cina (eh.. macam korea pulak) yang naik guna dress. perrghh.. @_@ 

Puas hati tengok view dari atas menara. Rugi tak bawa kamera.. jelas nampak bahagian mulut pada peta Sabah (klu tak tahu, sila tengok peta Sabah ye.. ). dan juga lautan biru campur dengan kehijauan hutan..

boleh baca sini kalau nak tahu lebih lanjut.

That's about 11-storey building high and considering it's built on top of Mount. Silam, it is not hard to imagine the beautiful panoramic view one can expect to see from the top floor.

err... biar betul?? saya naik tangga setinggi 11 storey dengan sandals yang berat tu.. No wonderlah rasa nak putus kaki... T_T



nah, ini saja gambar yang ada. itupun, dari handphone encik Ahmad. seganlah orang nak bergaya sakan. T_T ~

kalau tak, confirm di tiang lampu pun saya bergambar.. uhuhh.. tepi tiang lampu tu sangat cantik.. =.="


see?? cantik kan? huhu.. 
pinjam ye tuan punya picture.. pacik google yang suggest ni.


Lain kali boleh buat wedding photoshoot sini. ehh?? kenapa macam ada bau2 nasi minyak ni?

hihihihi..
 


Sunday, January 6, 2013

Selamat Malam!



Tanya pada diri;

Apa yang telah kita lakukan pada diri..
Apa yang telah kita lakukan pada orang lain...
dan, apa yang telah kita lakukan pada Pencipta kita..

Hidup kalau tak bermuhasabah, akan terus lalai..

Cuba fikir balik,

Bila kali terakhir kita bermuhasabah? semalam? minggu lepas? atau... tak boleh nak ingat lantaran terlalu sedikit.. malah mungkin tak pernah sama sekali.

Kata orang, hidup harus terus melangkah kehadapan. Tinggalkan yang sudah lepas.

Tapi, yang ditinggalkan itu juga punya banyak pengajarannya.. kesilapan yang kita pernah lakukan, adakah sudah diperbetulkan? atau... kita hanya mahu mengingat kemenangan, kemegahan dan kejayaan?

Khasnya, kita yang percaya pada hari akhirat kelak.. tanyalah pada diri, setelah apa yang telah kita lakukan sehingga waktu ini, apakah layak untuk kita ke syurga?

agak2 kalau boleh dianggar, kalau buat graf dapat macam ni tak? 
atau sebaliknya?

Astaghfirullah.. Kita kenal diri kita. Tapi Allah lagi kenal kita..

Jadi, jangan lupa muhasabah, supaya kita boleh sentiasa memastikan bagaimana diri kita yang sebenarnya. Usahalah agar timbangan kita di sebelah kanan lebih banyak dari di kiri.

Sebelum itu, maafkan saya andai pernah melukakan hati yang membaca..  minta maaf.. :')


ok. Selamat Malam! Assalamualaikum.. :)