Tuesday, March 30, 2010

Pulanglah Ke Desa


hehe tajuk ini sebenarnya untuk 1 projek yg bakal diadakan sidang hadapan.

Program “Pulanglah Ke Desa” ini adalah satu seruan kepada semua pelajar Sabah yang berada di seluruh Malaysia untuk melihat, menilai dan merasai sendiri kehidupan desa di luar bandar Sabah. Projek ini dijangka akan melibatkan 30 orang pelajar dari setiap 10 universiti di seluruh pelusuk negara. Tujuan utama projek ini bukanlah hanya untuk mencari pengalaman, tetapi juga memberi pendedahan kepada bakal-bakal peneraju kepimpinan, ekonomi, jawatan-jawatan kerajaan mahupun swasta pada masa hadapan terhadap cara hidup golongan yang kurang terdedah pada pembangunan intelektual mahupun infrastruktur, justeru merancang dan bertindak sewajarnya.

Haa… itu baru pendahuluannya.. Aku tengah buat kertas kerja.. Tapi kepala ini agak pusing. Apa yang perlu aku lakukan untuk mencapai objektif tersebut? Aku buat saja kertas kerja ini, terlaksana atau tidak, fikir kemudian hari. Projek ini lebih besar berbanding projek yang pernah aku pegang sebelum ini. Kerana itu aku agak excited untuk melaksanakannya. Tambahan pula, aku memang merancang untuk tidak terlibat apa2 lagi dalam projek kebudayaan. Huhu..

Projek sebelum ini baru melibatkan 7 buah univerisiti. Itupun aku sudah tidak senang duduk kerana perlu menjaga ratusan lagi kepala insan. Huhu.. Kepala aku sendiri sudah rasa nak terbang melayang. Tapi kritikan dan cadangan yang diberi, segalanya aku ambil sebagai hikmah. Yaa.. Tanpa mereka, aku tak tahu bagaimana aku bekerja, kerana aku rasakan, segala apa yg kulakukan adalah betul. Tapi tak semestinya seorang pengarah itu sentiasa betul kan… hehe.. Anda lebih tahu. Tanpa jawatankuasa yang hebat, aku sendiri tak mampu untuk berdiri.

Sebelum terlupa, TAHNIAH kepada semua jawatankuasa Projek Kebudayaan Sabah dari USM induk dan Kejuruteraan. Serta 6 lagi Universiti yang telah memberikan kerjasama yang mantap [UUM, UM, UKM, UiTM, UPSI & UPM]. Semalam, projek ini diumumkan sebagai penganjuran projek terbaik! Hehe.. Aku kan pengarahnya.. (kuikuikui…)

Tapi, kalau boleh, lepas ini aku tak mahu terlalu terlibat dengan pertandingan kebudayaan terutamanya tarian dan lakokan. Tapi boleh ka?? Huhu.. Semestinya pengarah yang akan datang akan mencari aku juga, sepertimana aku telah menyusahkan senior-seniorku dengan pelbagai soalan dan tindakan.

Apapun, ada positif, ada negatifnya.. Huhu.. Aku hanya berharap banyak positif berbanding negatif..
Bermula dari "KOSONG" bukan perkara MUDAH, tapi bukan juga MUSTAHIL..

Jangan takut dengan realiti! Maju saja ke hadapan, kutip segalanya sebagai pengalaman. Kembali kepada projek yang bakal aku terajui. Huu.. Aku tengah fikir sebenarnya.. Master idea projek ini adalah milik Baharuddin. Senior yang bakal melangkah ke tahun 4 pd sidang depan. Kerana ada Latihan Mengajar (LM) pada semseter 2, dia menyerahkan kepadaku untuk mengembangkan lagi idea-ideanya dan menguruskan projek sepanjang semester. TAPI.. Aku ada masalah! Dia habis LM, aku start Latihan Industri (LI).

Huhu.. Projek ini hanya mengambil masa 4 hari. Semasa cuti 2 bulan semster 2. Tapi aku berharap benar untuk menangguhkannya kepada cuti semester 1. Apakah boleh aku mendapatkan tajaan selama 1 semester?? Lagi satu masalahnya, cuti semester 1 serentak dengan cuti sekolah. Sedangkan sebahagian projek itu melibatkan pelajar2 sekolah.

Hmm.. Nampaknya aku kena fikir lebih. Kalau mengharap untuk mendapatkan cuti semasa LI, mgkn perkara terakhir yang boleh aku harap.. Huhu.. Aku nak sangat pegang. Daripada aku pegang projek kebudayaan.. Huhu.. Sanggup aku cari projek lain.. Cukuplah sekali mengurus kebudayaan sebagai pengalaman pertama dan terakhir.

Tuesday, March 16, 2010

Syukran Ya Rabb

Subhanallah..

Aturan Tuhan ternyata sungguh indah. Tapi aku tak tahu sama ada kegembiraan yang kuperoleh ini adalah satu ujian atau hikmah daripada ujian. Aku yakin Allah menyediakan rezeki untuk setiap hambaNya. Cuma caranya berbeza-beza.

Aku teringat satu cerita semasa matrik dulu, aku menempah sebuah terjemahan al-Quran. Tapi tiba-tiba krisis kewangan melanda sebelum sempat aku membayar. Namun, tak pula sempat untuk aku membatalkan pembelian.. huhu.. aku punyalah tak senang hati untuk bertemu orang yang mengurusnya. Tapi aku tetap cari sumber agar aku dapat membayar seperti yang telah aku janjikan.

Malamnya, orang yang mengurus, datang menemuiku dan menghulurkan sebuah tafsir.
"Kak, tafsir kak dah ada orang bayarkan.." aku bingung sebentar mendengar kalimah yang terlafaz dari bibir seorang sahabat. Tapi sebenarnya hati amat gembira.. Ya lah.. macam kanak-kanak yang pertama kali dapat duit raya.. hehehe.. kebetulan pula masa itu agak kesempitan.. duit dalam tangan tak cukup untuk membayar harga terjemahan al-Quran tu.. huhu..

Apapun, aku sangat berterima kasih atas pertolongan dari hamba Allah yang sehingga kini aku tak tahu siapa gerangannya. Dengan izinNya, dengan ilhamNya, jalanku dipermudahkan. Hanya 1 syarat yang diberi, beramallah pada kitab tersebut..

Itu kisah dua tahun lalu. Cuma memori itu kekal terpahat dalam cip minda.

Beberapa minit tadi, kejadian yang hampir serupa berlaku. Petang tadi, aku menggunakan ringgit terakhir yang ada dalam dompetku. huhu.. itupun pinjam dari kawan.. akaun memang dah kering yang amat. Habis terguna semasa aku bergelar pengarah projek.

Dan tadi.. Tanpa diduga, bendahari tiba2 menghulurkan sampul putih. Berisi wang bernilai ratusan ringgit.. huhuhu... Sedih pulak aku tengok.. Risau bila berduit.. aku kembali lalai.. tapi bila tak berduit, aku jadi bingung juga..

Beginilah manusia.. tak pernah puas dengan apa yang ada. Bila ada merungut, bila tiada pun merungut.. Jangan jadi macam tu ya semua.. Syukur itu membuat kita rasa ringan. Mudah-mudahan, dengan kemudahan yang Allah beri ini, aku tak jadi lalai.. Amiinnn...

Monday, March 15, 2010

Kerana CintaMu


Mutiara kata ini aku ambil dari facebook seorang sahabat,

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat. Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Allah tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
 
Aku tak berniat untuk menulis banyak banyak pada post kali ini. Hanya sekadar luahan hati yang terasa agak berat. Mudah-mudahan diringankanNya.

Ujian Allah kembali berlabuh, menduga hati yang kerdil ini. 
Wahai Tuhan, kurniakanlah hati ini kekuatan, setimpal dengan ujian yang Engkau beri. Kurniakanlah diri ini keteguhan pada iman agar hanya mengharap dan memohon pertolongan dariMu. Agar aku bisa kuat berhadapan dengan dunia untuk akhiratku.


Hidup, takkan pernah sepi dari UJIAN kan? Kerana Allah amat MENYAYANGI kita.. Dia nak kita kembali bermuhasabah, kembali mengingatiNya. Juga sebagai peringatan, agar kita tidak terlalu lalai pada dunia.


Rindu

Aku rindukan hati yang sentiasa merinduiMu
Aku rindukan jiwa yang sentiasa bergetar mendengar asmaMu
Aku rindukan minda yang sentiasa dahagakan kalimahMu
Aku rindukan lidah yang sentisa basah menyebut zikrullah
Aku rindukan mata yang mengalirkan air mata taubat untukMu
Aku rindu pada fitrah sebenar kejadianku

Aku hanyalah seorang hamba yang mengembara menyelusuri jalan hati
Adakala layarku berlabuh pada destinasi yang benar
Adakalanya pada destinasi yang salah

Wahai Tuhan, andai layarku salah arah
Pimpinlah dan tunjukkanlah padaku, Jalan Hidayah
Yang diselusuri bersama Cahaya Taufiq
Yang diterangi Cahaya Iman
Agar akhirnya pengembaraan aku terhenti
Pada destinasi yang diredhaiMu

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita
Wallahu'alam


Sunday, March 14, 2010

Sila Periksa: ANDA atau LEMBU Lebih Pandai?

Cerita ni aku ambil dari web ni..



Siapa boring, baca lah sampai habis.. Tak boring pun, baca ja.. hehe! okey, Selamat Membaca..




Kisah Perbualan Anjing dan Lembu.

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon,kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

LEMBU: hehe.. kalau macam itu, aku lebih pandai daripada manusia yang kononnya bijak-bijak tu?? aku bijak.. aku bijak.. aku bijak.. hehe..    

P/s:
Tak kenal pun siapa tuan pny blog.. tp yg penting, kisah ini bermanfaat.. jadi pengajaran untuk semua. cerita ni hanyalah sebuah rekaan tp disertakan dengan penjelasan. Cuma.. aku tak tahu kesahihan hadis bawah ni.. kalau ada yg pasti, maklumkanlah. InsyaAllah berguna untuk semua.

Ayat last tu, aku sendiri yang pandai-pandai tambah.. hehe..
JADI, siapa lebih bijak? ANDA atau LEMBU?

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa

"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja; apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, 

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Firman Allah s.w.t,

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".  
(Surah Zumar: 9)

Kesimpulannya:

Apakah ada antara sahabat sekalian yang telah melakukan perkara yang membuatkan anjing tadi tensen?
Kalau ada, jangan buat-buat lupa pada malaikat di kanan dan kirimu. Kalau still gatal nak buat juga, ada     caranya, (aku nak kongsi ni.. cara yang tak berdosa.. khas buat pasangan yang belum nak kahwin.. hehe) Nak tahu?? Pergilah merantau ke seluruh alam semesta, cari tempat yang tak dapat dilihat Allah, tempat yang tidak diketahui Allah.. Then, buatlah apa korang nak..

Kalau tak dapat cari, sedarlah, HUKUM Allah menantimu di akhirat. 

Sedikit tambahan;

Saudari kaum Hawa yang dikasihi, jom ramai-ramai kita tutup aurat. Pelihara diri yang tak sempurna ini.. Pelihara hati yang selalu lalai ini.. Kelak, apabila ditanya oleh Tuhan, tentang apa yang telah kita lakukan pada tangan, kaki, rambut, tubuh.. 
Apakah yang akan kalian jawab? 
Apakah ini jawabnya? Kami telah perlihatkan tubuh pinjaman dariMu ini untuk tatapan para ajnabi.
Maka, sanggupkah kalian, menjadi salah seorang penghuni Jahanam? 
Lantas, apa tindakan yang kalian perlu lakukan?
Ingat..
MATI tak menanti TAUBAT kita..






Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda,

"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya". (H.R. Muslim)

Jangan pula menjawab seru tak sampai lagi.. kerana Al-Quran telah mencatatkan firman Allah;

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
(Al Ahzab : 59)

fikirlah, hayatilah, sedarilah.. kemudian, kita sama bertindak menjadi WANITA SOLEHAH. 

Wallahu'alam