Tuesday, June 8, 2010

Jatuh, Berdiri Semula. Ayuh!!


Debar di dada rasa menyesakkan diri. Entah kenapa, getaran itu kian hebat. Jasad hanya mampu diam menanti. Cuma jantung saja yang setia menjalankankan tugasnya tanpa henti..

Examination Result, OUT.

Huhh!! Jatuh lagi! Kecewa. Sedih. Geram. Semua perasaan negatif bercampur jadi satu. Ingin menangis pun ada. Apatah lagi jatuh yang berkali-kali tambah sakit rasa hati..

Akal mencari jawapan.
Kenapa, kenapa, dan kenapa?

Iman pula bicara; Ingatlah Allah wahai diri, dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Segala tentang kita adalah milikNya. Kejayaan, kegagalan, bahagia, sedih.. Segalanya adalah datang dariNya.

Itu barangkali rasa hati bila berkali-kali gagal. Tentu saja antara kita pernah merasai kegagalan. Bila ada yang berjaya, semestinya yang gagal tak pernah tak wujud.. Tak semestinya dalam examination kan? Itu hanya salah satu kejayaan yang perlu kita kejar. Masih banyak kejayaan lain perlu dikejar.

Contohnya?

Berjayakah kita membaca novel setebal 800 pages?
Berjayakah kita menunaikan hasrat ibu bapa kita?
Berjayakah kita memenangi 'hati' Pencipta kita?
Dan.. Banyak lagi cerita untuk kejayaan dan kegagalan..

Selalu saja terbaca pepatah2 ini;

Usaha tangga kejayaan. Kalau naik tangga tu, maknanya akan berjaya. Bukankah begitu?
Pesanan penulis: Nanti jangan lupa naik setiap tangga yang ditemui.. Hehe..

Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Yaa… mudah sekali utk dibaca kan?? Tapi masa gagal, kita rasa frust yang amat. Mesti akan cakap; aku ni dari dulu sampai sekarang, asyik gagal saja.. Waduhh.. Itu adalah satu kemustahilan.. Kerna pada masa-masa tertentu, kita PERNAH berjaya. Cuma kita selalu lupa kerana jarang bersyukur.

Bila rasa putus asa bermaharajalela, fikirlah sejenak firman Allah,

‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.’
 Surah Al-Imran ayat 139

Umat Islam, umat yang beriman. Jadi, jangan lemah, jangan sedih! Kita harus bangkit! Kembali merancang buruan seterusnya. Biarlah Allah yang jadi Hakimnya. Kerana hanya Dia yang berhak ke atas ciptaanNya.

‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Nah! Apa lagi yang ingin kita rungutkan.. Sedangkan Allah Maha Mengetahui. Segala jawapan pada soalan kita, telah pun dijawabNya. Hanya kita yang  pura2 lupa, pura2 tak mahu mencari jawapan melalui iman.

Kalau begitu, bagaimana harus kita mengahadapi kegagalan ini?

Baca, fikir dan amalkan..

‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’
 Surah Al-Baqarah ayat 45

‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).’

Itu caranya. Kembali pada Allah. Jangan lupa, kedudukan kita sebagai HAMBA. Allah yang Maha Luas PemberianNya telah menyediakan hadiah bagi hamba-hamba yang beriman kelak.

FirmanNya;

‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…
Surah At-Taubah ayat 111

Untuk memperoleh hadiah itu pula, tidak cukup hanya dengan mengakui kalimah syahadah. Tetapi dengan mengamalkan perintah-perintah yang termaktub dalam Al Quran dan Al Sunnah.

Oleh itu, janganlah kita berputus asa.. Teruslah berjuang. Kerana masih banyak kejayaan yang perlu kita capai.

‘… ..dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.’
- Surah Yusuf ayat 12 

Jadilah Muslim yang benar-benar Islam, yang bertakwa dan berserah diri kepadaNya.


Mudah-mudahan memberi manfaat.
Wallahu'alam.


Nota 1:

Post ini dah lama terperap dalam laptop.. sejak awal Jun lagi. hehe.. Jarang dapat peluang online. Hari ni kali ketiga berinternet sejak bercuti. Kena daftar subjek untuk sem depan.. wah.. tak lama lagi cuti habis.



Nota 2:

Next Flight is 10 Julai 2010. Malam baru sampai ke bumi Minden.. lagi 2 minggu. huhu..




No comments:

Post a Comment