Showing posts with label my diary. Show all posts
Showing posts with label my diary. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Home Alone + Lepas Geram

sofa yg menjadi 'bilik' selama bbrp hari.. ditemani oleh Wiki c kucing nakal.

Family semua pergi ke KL untuk hadiri konvo adik yang selepas saya. huhu.. dorang gerak 18 Disember.. dan saya bercuti pulak 20hb.. terpaksalah sy tinggal sendiri bersama wiki di rumah selama 6 hari... ruang tamu, saya jadikan bilik.. rumah terlalu sunyi sampaikan saya tak ada hati nak masuk bilik tdur. Nasib lah ada adik sepupu yang datang temankan..

kami berdua tidur depan TV.. =.="

Tapi............. bila mereka balik saja dari KL... masing2 sudah punya iPhone! eh.. entah iPhone ke iPad ke android benda tu.. (bab gadget ni mmg sy fail..)  even adik yg baru nak masuk tahun 1 tu pun ada !! apa tah mimpi dorang ni.. dannnnnnnnnn.. yang tak adilnya... huhu..

kesian henpon poliponik saya.. ketinggalan zaman.. dorang semua dah tukar yang lebih canggih.. dah tu.. cakap saya tak perlukan pun.. (huhu.. maka, tinggal lah saya sendiri jadi orang zaman batu di rumah..)

tapi boleh pulak beli utk org lain.. nasib ja lah korg tak beli untuk nenek sekali. T_T

sabarlah... tunggu saya jadi manager! tak nak bagi korang apa2.. (amboi.. bunyi macam nak balas dendam je.. hehe)

eh.. silap! sepatutnya saya rasa syukur.. :)

selama 5 tahun ni.. henpon yang paling tak canggih ni lah teman perhubungan saya. Jadi, mungkin lain kali lah saya nak mengada beli henpon baru...
 
... gaji bulan lepas dah habis guna untuk beli tiket mereka untuk pergi sarawak pula. adik yang nombor 3 tu pulak nak sambung belajar.. hu hu hu.. nak beli sehelai baju pun dah x cukup duit. boleh pulak korang habiskan duit beli tu.. aarrrrrrrghhhhhhh... dah. dah. dah.

sekian lah luahan hati yang tengah geram.. >.<

anak sulung je ke yang selalunya kena berkorban..??   T_T ~

tak habis lagi rupanya rasa geram... adeiii..


ok. stop. dah nak maghrib... 









  



Tuesday, April 10, 2012

Entah...

hahaha.. tak tahu mahu letak tajuk apa.. tiba2 saja mahu menulis. tapi tiada arah tujuan. :p

2 minggu ni, minggu yang sangat stress. 

sampai saya rasa mahu muntah... pening usah dicakap.. dahlah berkali-kali skip lunch or dinner. Yang pasti, breakfast tak pernah miss.. (sebab makan siap2 bbrp keping biscuit sebelum ke Laboratory.) hehe..

dasyat juga lah penangan fyp.. sampai nangis sendiri2.. fufufu..

tahap ke-stress-an menghadapi fyp, payah untuk diluahkan. tapi saya mahu cerita juga. kalau nampak saya sembunyi-sembunyi lap air mata dengan hujung lengan lab coat, ni lah sebabnya.. huhu.. 

malu orang tahu. tapi tak mahu menahan sendiri.. sakit benar rasanya....

cukuplah kalau nangis sikit2.. hehe.. tapi lepas tu, saya refresh balik. Cuba mencari kekuatan disebalik tangisan.. lepas tu, boleh lah saya kembali senyum dan berfikir... Alhamdulillah.

Tangisan tak semestinya menunjukkan kita lemah kan.. Tapi, ia boleh jadi luahan rasa yang sangat berat agar jadi lebih ringan. Boleh juga jadi kekuatan untuk terus bertahan dan tidak menangis untuk sebab yang sama lagi.. =)

Saya dah 3 kali gagal dalam ethanol production. Supervisor pun cakap, nanti kalau org baca thesis saya, orang akan gelak.. sebab topic pasal microbe yang hasilkan ethanol, tapi cuma hasilkan kurang dari 0.2% ethanol. So, saya pun cuba dan cuba dan cuba dan masih mencuba. Target supervisor, at least saya kena dapatkan 5% ethanol. hahaha.. 25 kali ganda dari jumlah asal.

Bila dah 3 kali gagal, saya pun bercadanglah mahu buat mini bioreactor yang ada sample outlet & gas outlet. Buat ikut andaian sendiri dan logik akal berdasarkan journal dan bahan bacaan. yang ni pun, dah 4 kali mencuba dan 3 kali gagal..

Yang kali ke4 tu, hmmm... ada juga flask yang terputus tube-nya. Tapi sy buat2 buta, & sembur dengan alcohol.. dengan harapan, tak ada contamination. (sedaya upaya untuk positif) sebab lutut saya dah lemah sangat bila tengok flask2 yang tak menjadi tu.. 2 minggu terbuang hanya kerana menghasilkan mini bioreactor tu.. (tangan Lab Assistant pun sampai luka2 semasa tebuk getah untuk mini bioreactor saya. huhu)

mudah-mudahan semuanya baik.. mudah-mudahan semua microbe menghasilkan ethanol yang banyak..


be positive dear, everything will be fine. don't ever give up. there must be a solution for every problem. 

it's okay to cry sometimes because it will makes you more stronger.

tapi, jangan lebih-lebih.. hehe..

(^_____________________^)




Monday, March 26, 2012

ooo.. hati !!



oohhhooo~~ hati!!
okay. Saya pun tak tahu kenapa dengan hati.

There is something wrong. But then, I don't know what..

saya harap sungguh dapat renovate hati supaya jadi cantik dan manis di hadapan Penciptanya.

agar boleh saya bagi pulang dengan senyuman yang cerah dan warna warni pada pemilik sebenar.

Wahai hati, jangan lah kau terlalu lalai.

fikir pasal hati-hati ni.. teringat pula cerita cousin lelaki saya. Dia contact baru2 ni. bercerita tentang kawin.. hahaha. okay. tak lucu, tapi men-tensen-kan.

kenapa?

sebab cousin perempuan saya yang umur 17 tahun tu dah nak kawin!! (T__T)

lagi yang kawin?

kakak yang dah umur 27 tahun. Alhamdulillah, Umi dia bagi juga setelah berkali2 menolak calon2 yang kakak bawa. (kesian kakak. Nasib baik kakak tegas bg statement umo dia dah 27)

mereka bakal berkahwin tahun ini.

yang dah kawin??

okay. yang dah kahwin ni paling menggeramkan saya. cousin paling saya rapat pulak tu! seumur dengan saya. Tapi dia lelaki lah.. dah lah kawin sembunyi2... grrrr... kalau bukan Umi yang jadi bidan terjun tolong itu dan ini.. tak ada orang akan cerita dengan saya yang jauh diperantauan..

T_T

kejam jugak lah dia.. bukankah saya patut kahwin dulu?? haissh.. 

hehe.. emosi lebih. nasib baik cousin tu bg penjelesan kenapa kahwin awal. Dan pulang bercuti mengejut. Cousin ni tengah blajar di Bogor, Indonesia. Balik bercuti seminggu sahaja untuk berkahwin. haha..

Rupa-rupanya kisah disebalik perkahwinannya agaklah haru jugak.. Sebab girlfriend dia baru masuk Islam sembunyi2. Bila family dia tahu, habis 1 family marah dan mengugut. Nasib baik juga lah Walid (ayah cousin) ambil tindakan bijak. Suruh dorang kahwin... So, walaupun dia dah dibuang keluarga, dia ada family baru.

hurmm.. gitulah ringkasan ceritanya.

Lagi sorang yang dah kawin? uhuukk~ rasa mahu terbatuk2!! Waktu cuti hari tu, makcik saya tiba2 datang rumah suruh saya buatkan hantaran.. (@_@) 

dah lah tak bagitau siapa yang nak kahwin. Tak pasal2 saya jadi bidang terjun tukang buat hantaran entah dari siapa kepada siapa. 

korek punya korek.. rupa2nya adik sepupu lelaki yang umur 20 tahun! isterinya umo 18. 

tahun ni adalah tahun paling banyak terima jemputan kahwin. Masalahnya, tak ada satu jemputan pun dapat saya hadiri... 

sob3.. ini laa topic utama perbincangan antara dua sepupu baru-baru ni. 

cousin saya siap merancang.. bagi saya kahwin dulu, baru dia. yalah.. dia tu lelaki. Umur pun setahun tua dari saya. Bagi peluang konon! baru tak haru.. tinggal saya sorang yang belum berpunya.. 
gagagagaga.. (agak tensen dengar ayat tu!!)

(T________T)


okay. orait. fine. Kahwin lah kamu semua..
Balik kampung nanti mesti tensen gila. pandang kiri kanan, semua dah ada pasangan. uwaaa...

dah lah kahwin tak pernah tunggu saya balik cuti.. @_@

kejam betollllll..................


ehemm.. saya post just nak tulis pasal hati ja. tapi terlebih pula. tiba-tiba teringat perbualan dengan cousin smlm.. (_ _#)

okaylah. sudah. stop.


 



Wednesday, March 21, 2012

sesak


kepala saya berat.

final year project semakin menyesakkan,

padahal waktu tak pernah bertambah, sebaliknya berkurang.

Sudah terlalu banyak saya berkorban, tapi rupanya masih tak berhasil.

T__T

apa patut saya buat, result sekali lagi down.

down bersama-sama semangat saya.

mahu menangis, tapi tak terdaya, kerana tangisan takkan menyelesaikan apa-apa.

sebaliknya, membuatkan saya terus meraih simpati.

Aduh, semangat.. janganlah hilang. 

teguhlah untuk semester yang terakhir ni..

teguhlah.......





-penulistengahblurr-

tiada mood mahu berketawa. tapi tak tahu kenapa, masih mahu menulis di sini...



Friday, March 2, 2012

Hujan

pic by dailypainter.com
.....

HUJAN

datang dan perginya membawa memori

diam memendam rasa, 
diam memendam rindu.

datang.. dan pergi kembali.



cuma mampu berdiam diri

berdoa dalam hati. 

.. dan Allah lebih Tahu.





.......


Saturday, January 14, 2012

yang tidak disukai..






manisnya pertemuan, kerana bisa buat kita tersenyum..

..........sebab itu, saya paling tidak suka pada perpisahan. kerana hampir setiap perpisahan menuntut mutiara-mutiara jernih mengalir keluar dari kelopak mata. huhu.. juga bisa menyakitkan. terutamanya dengan mereka yang dekat di hati. Allahu Rabbi, lemahnya jiwa ini. (sangat manja!! huhu..) Tapi apakan daya, pertemuan dan perpisahan itu corak kehidupan. Moga teman-teman yang dekat di hati, sentiasa di bawah perlindunganNya......... 


(T_T)


-dari hati penulis yang cengeng-








Monday, January 2, 2012

(T_T)

........

Wahai gigi, kalau nak tumbuh, tumbuh lah betul2...

ana makan nasi pun sakit... (T_T)~
semua ana telan. tiada kunyah2 lagi..
kalau hari2 makan moi sup (bubur+sup),
kuruslah ana begini...
dah lah moi sup tak sedappp.. 
*complain ja tau... mcm pandai masak kan.. huhu*

nak jugak makan makanan ruji...
nak ayam... nak pecal.. nak aiskrim. nak semua... huhuhu...
aci tak?


hisshhh... macik ni.. manja betul dia kalau sakit.
(-.-")

.........

guna tulisan pudar sket. sengaja. haha..




Tuesday, December 27, 2011

Study week...?



ehhemmmm..... study week?

errr... ana tak rasa macam study week. huhu.. 3 orang pekerja xerox bercuti. (T_T)~

tandanya... ana kena ambil shift mereka. setiap hari kerja 5 jam. kadang kurang, kadang lebih. Rasa nak pengsan. Sebab 1/50 pelajar di RST bawa past year question minimum setebal setengha inci~!!! Tak bagi peluang ana untuk duduk pun....


huhu.. mentang2 dorang ada senior. ada past year. ana first batch. mimpi sampai ke bulan pun takkan punya past year questions. cipta soalan sendiri saja lah..

yang menariknya, kami tak pernah dapat title junior. sentiasa jadi senior. dari first year hingga fourth year. hahaha.. *hidung tinggi* :-p

Bila tah ana nak study. Dah lah mata tak mampu nak stay up... FYP pula start menyesakkan kepala. tak boleh biar microbe tinggal lama2 dalam refrigerator... merajuk kang... rugi kerja 1 sem ana..


ana dah tampal2 plaster di badan.. huhu.. terutamanya tangan dan pinggang. lenguh tak terkira. takpa.. bertahan untuk dapatkan yuran penginapan cuti nanti. lepas tu, xerox nak runtuh pun ana buat2 don't know.. hehe.. hiperbola lebih..!!

study group sebentar lagi. kepala ZERO. hanya mengharap agar teman2 bantu mengisinya...

Ya Rabbi, ampuni dosa-dosaku, permudahkanlah jalanku, kuatkan hatiku agar bisa melalui ujian2 dariMu..



Wednesday, December 21, 2011

manjanya......

Pesanan: Sila abaikan post ini jika tak mahu menganggap penulis adalah seorang yang sedang mengalami tekanan perasaan.. haha... (@_@)

Tajuk Utama: Saya Mahu Pulang :-p

Orang kata... orang sakit memang manja...

memang betul lah kan? even sakit kepala pun.. nak juga ada orang ambil perhatian...

Suruh pegi klinik.. sempat lagi buat muka monyok... nak juga orang iring pegi teman jumpa doktor.. nak juga orang bagi ayat penegas suruh pegi.. padahal boleh ja pegi sendiri...

Ana tak ada lah sakit teruk pun... just gusi yang membengak dan bernanah. eerrkk.. agak geli pulak pulak menulisnya.

Membuatkan ana hilang selera makan dua tiga hari ni... then, jadi berat mulut nak bercakap. Ana perasan jugak, tiada gurau senda dalam bicara ana kebelakangan ni.. Bengkak dah seminggu, hari ni baru pegi klinik. Nasib ja lah doktor tu tak leter ana..

Alangkah indahnya kalau ana di rumah sekarang. Dulu pun pernah jadi macam ni... sebelum buat pembedahan akar gigi masa form 5. Bengkak paling teruk pernah ana rasa... sakit gigi kan antara sakit yang sangat bisa.. lagi bisa dari demam. huhu..

Ana jadi orang paaaaallingg manja! ya laaa... ana orang paling jarang sakit kot... tapi anak sulung ni memang terhad sungguh lah nak bermanja2... apapun, bila umi ana masakkan bubur.. hahaha... ana makan macam orang tak sakit! kalau manja tu umi layan.. hehe.. segalanya jadi berselera. siap tambah 2 mangkuk. padahal sebelum tu nangis2 macam baby sakit sana lah.. sini lah... Tak padan dengan mulut yang bengkak nak itu dan ini.. err.. begitu rupanya ana ya.. hahaha..

Sekarang tengah makan bubur.. tapi sangatlah berbeza dengan rasa di rumah.. (T_T)~


ohhh please... nak pulang~!!!

huhuhuhu.... nak bermanja.. tapi tak ada tempat. Dengan kawan2 pulak, errrr... tak pasal2 nanti kena cop lebih2.. As orang tua ni (err... mengaku jugak tua ye!!) kena lah tunjuk matang kan.. hahaha..

Tunggu laaa... satu hari nanti. nanti.. yang entah bila. Kalau datang time macam ni lagi.. ana jadi manja yang paling lebih1000x manja..

haaaa... bosan dengan ayat ; anak sulung ni kena matang dan berdikari.. (-_-")~

Sebenarnya, ana sangatlah manja. Tapi keadaan memaksa untuk teguh berdiri sendiri.. So, pergilah ana klinik sorang2.. hahahaha...

Post apalah ni... maap lah ya. Sila abaikan. haha.

makan ubat, then tidur... zzZZZ..


Monday, December 19, 2011

. . . . . . .

...



Biar susah, payah dan sakit sekarang, untuk senang dan bahagia di akhirat. Bertahanlah duhai hati...




...

Tuesday, November 1, 2011

fyp Madness



Tengok tajuk pun dah boleh agak... kalau buat final year project (fyp) memang boleh gila.. huhu... Agak tertekan. eh.. salah. SANGAT tertekan. 

Jadi, bagilah ana releasekan tension di sini... Kalau nak cakap kat orang.. nanti ada yang bengang mendengar pulak.... Tak cukup orang tu tanggung masalah dia, then ana pulak tambahkan lagi beban.

Adakalanya rasa macam nak tinggalkan semua benda then tumpu pada fyp. Ya lah... dah fyp merangkumi 8 unit. Hancur fyp, hancurlah segala usaha sebagai Bioprocess Technologist. Teringat kata-kata pengurus rancangan;

"Dah start fyp, baru semua akan tunjuk perangai masing-masing. Siapa yang pentingkan diri.. Nanti kamu semua akan rasa.. mungkin sekarang kamu rapat... nanti kamu takkan tahu... "

huhu.. lebih kurang begitulah kata-katanya. Dan.. tekaannya adalah benar.

Tambahan pula ana dapat bahagian Reseacrh & Development of Bioproduct. yang ini 4 unit. (T_T)~

Bahagian yang menuntut ana berfikir dan bergerak seperti saintis. huhu...

Tahu tak... bagaimana tertekannya ana nak seimbangkan kedua ini: FYP dan Bioproduct. Both perlu baca dengan sangat banyak. But Then, after kita baca terlalu banyak tiba-tiba kita diserang oleh soalan2 yang tak mampu dijawab. Kita pun rasa, kita tak baca apa pun.. huhu... padahal kita dah tertekan memikir. Mungkin bacaan yang ana sangka banyak tu.. baru tahap SMK. Jauh lagi nak masuk tahap PROF. (=.=")

Ya lah... otak ana tak macam prof. Tak tahu kenapa.. dia buat semua jadi simple. Otak ana ni entah sampai mana limitation nya. Tak secerdas prof. So, janganlah korang bandingkan ana dengan dia.

Bantulah ana ni.. huhu..

Ana dah kurangkan jadual kerja ana..

Tanggungjawab yang ada, melebihi sepatutnya.. Mungkin ana perlu berkorban sedikit..

huhu... tahu tak?? sebenarnya ana sangat sedih~ (T_T) Entah macam mana nak cari duit makan nanti... Berkali-kali kawan yang lain suruh ana tukar part time job. Cari yang ada pendapatan yang lebih. Tapi, banyak benda juga perlu ana fikir... Masalah paling besar adalah Kenderaan. Siapalah yang sudi ambil dan hantar ana bekerja... So, kesimpulannya; untuk tidak menyusahkan orang lain.. ana buatlah keputusan tu..

Bila orang lain suruh berhenti kerja.. huhu.. Korang try lah ambik tempat ana... Mungkin boleh bagi solusi yang lebih rasional..

Time ni lah ana nak salahkan keluarga.. huhu... tapi mana boleh! Ana masih dalam proses ADAPTATION. Ya lah.. bertahun hidup mewah kan.. tiba-tiba semuanya ditarik balik. Allah dah pesan kan.. segala yang kita miliki hanya pinjaman.. Jangan terlalu benci.. jangan terlalu suka... 

Perlahan-lahan ana kena berdiri semula.. Ana kan anak sulung... harus kuat~ Chaiyook!!

Ya.. kena berdiri juga. Baru semalam ana potong nama-nama ana dalam jadual kerja. Sebab tak mampu seimbangkan diri ana.. Hampir jatuh.. Pura-pura kelihatan kuat konon... padahal dalam hati... ngeee... tak perlu lah diluah..

Sekarang, ana harus tumpu FYP dan Bioproduct sebagai ganti kepada kekosongan masa ana..

Tak apa.. nanti ana boleh cari duit lagi.. hehe..

*Okaylah... dah cukup luahan hati.. sekarang ana harus senyum...*

(^__^)
  

Thursday, August 4, 2011

S.H.L.A


What is it mean?

hehe..

Selamat Hari Lahir Amani ~!!

For the first time after 10 years.. 

I'm celebrating my 23rd birthday with my lovely family..
hehe.. see? 
dah terlalu lama ana merantau..
tak pernah berkesempatan merasai 4 Ogos di rumah..

Umi sudah siap bagitau awal2.. i'll get cheesecake for my birthday..

hohoho..

tapi... terpaksa ditunda ke hujung minggu.. 

sepanjang minggu ni agak busy.. tambahan pula bulan Ramadhan kan..

Lagipun, pelajar2nya akan menghadapi exam excel minggu ni.. Termasuk adik ana yang Form 5..

apapun.. thanks Umi~!!

I always LOVE you!

Terima kasih atas segalanya..

&.. ana pasti akan tuntut cheesecake seperti yang dijanjikan!

hehehe..


****
tahun lalu pun ana celebrate pada tarikh 7 Ogos juga.. haha..
time birthday Kak Ina. sekaligus Kak Ina, Hafzan dan ana.. pada malam BBQ persis bersama senior.. habis kami bertiga bermandikan tepung.. huhu..


Friday, April 22, 2011

Top Sites

Hari ni tiba2 rajin berlayar ke laman web ustaz zaharuddin .. dapat info yang buat ana berfikir..

Time menghabiskan masa di ruangan maya ni.. kita mungkin tak sedar, kita telah menjadikan orang-orang tertentu sebagai billionaire.. jomm.. tengok top sites yang dikunjungi oleh rakyat Malaysia.. ke mana masa kita disalurkan.. dan kepada siapa sebenarnya "duit" yakni masa kita disalurkan.. tanpa sedar kita dah kayakan orang lain kan.. :p

okeylah.. Tak punya banyak masa.. exam.. (T_T)~ 

Apapun, moga tercetus ilham kesedaran kita.. :p

Friday, April 15, 2011

P=F/A... err.. P juga ialah Post.

P = F/A

F is a Force and A is Area

So, P means Pressure.

But..

If F is equal to examination Force and A is Amani
Then, when force is applied onto Amani,

P could be Penyek~!!

erk.. rumus apakah ini?

hahahhahaa..

Post ini telah diubah dek kerana kebosanan tuan blog membaca buku bermuka surat sampai 765.

apalah f(x) ana post kemarin??
err.. f(x) adalah fungsi k !

Sebelum ana terlebih stress baca buku.. baik berubah.. jeng3..
chapter terakhir, chapter 18 is Managing Change.

jomm.. study!
jangan putus asa walaupun selalu lupa. hehe..

*sungguh jelas kelihatan yang cik puan belog agak stress*

Saturday, March 19, 2011

Senyuman Hari Ini.


Hidup itu satu perjalanan..

Setiap hari pasti ada pengalaman baru kan... hehehe.. rasa seronok melalui hari-hari yang penuh pengalaman.

so, apa yang berlaku hari ini? Sebenarnya tiada yang special. Tapi cukup sekadar peristiwa-peristiwa yang membuatkan ana tersenyum.. (^__^)

Pertama, tertulis nota di whiteboard Makmal 148: (eh.. ini cerita semalam)

                        Finish your experiment before 5pm. 
                                                                     Dr Lee.

"I have convocation tomorrow... " (mcm ni ke Dr cakap?) hehehhe... lupa. ana cuma ingat wajah excited Dr. hehehehehe... lucu~!! -pssst... terlalu sukar nak tgok Dr Lee senyum. Apatah lagi excited! Selalu berwajah bluurr saja.- hahahaha.. (Dr, jgn marah ana !)

Padanlah tak boleh overtime buat lab... hehe..

Kedua, semalam budak Cina dari kedai air dtg jumpa ana minta tolong ana kembalikan kunci yg hilang pada pemiliknya.. mungkin tertinggal di kedainya. So, ana pun dengan sukarelanya menolong. Bilik 3.21... hehe.. reaksi pemiliknya agak lucu.. Dia mungkin agak gembira atau mungkin terharu.. hingga tak tahu nak luah mcm mana..

"awak.. terima kasih tau.. " bersama senyuman manis keharuan.. hampir2 cik adik tu melompat-lompat depan ana..  (^___^)

Ketiga, anak bongsu taukeh kedai air datang menyibuk kat depan ana tadi.. celotehnya buat ana lupa sebentar dengan kebosanan ana menjaga kedai.. hehehe..

"saya tak tau itu komputer.. kalau di kelas 1 komputer 1 orang saya rasa macam hell.. Abang Long saya pun suruh saya cepat2 guna komputer.. tapi saya tak tau itu komputer.. bla100x.. " 

hahahhaha... susah nak faham apa yg dia nak sampaikan.. berputar belit..

"Itu yang macam ini... panjang panjang... untuk paper print.. yang black colour... "

(_??????_) ana pulak yang bluurrr... dia nak apa ni? hahahaha.. rupa-rupanya ring paper untuk binding comb.

huhuhu.. (T_T)~ lucu..

keempat, ada pelanggan lelaki dari Indonesia: ( ganteng deh... haha..)
Orang tu    : "Photocopy 3 set.. tapi yang ini nggak mau.."
Amani       : "15 sen"
Orang tu keluarkan 20 sen dari dompetnya.. dan ana bagi baki 5 sen. hukhukhuk.. serius orang tu tenung syiling 5 sen. Siap belek-belek lagi.

"Ini pertama kali saya tengok 5 sen.. Saya fikir, 10 sen paling kecil.." 

huh??!! hahaha... Padan lah...

bercerita sebentar sebelum dia beredar.. ehehe.. ramai pula pelanggan dari Indonesia hari ni... Lupa pula prgram apa.. HGCT ?? huhu.. itu ke orang Indonesia sebut tadi?

Okeylah.. sekian saja cerita hari ini. Saja post untuk isi kebosanan menjaga kedai pada hari Sabtu.. Ramai telatah orang untuk diperhati dari jendela tempat ana bekerja.. hehe.. malangnya, tak ramai yang mahu jadi pelanggan..


Kesimpulannya, hargai hari anda.. Mustahil hanya ada kedukaan dalam hidup sedangkan hal remeh temeh pun boleh buat kita tersenyum dan senang hati...  Syukur kerana kita masih boleh merasa dengan hati. (^___^)

Myspace Smile Graphics Quotes

Phobia or what ??


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Ana dah dapat tempat untuk Latihan Industri pada 9 Mei - 2 Julai 2011. Nampaknya jodoh ana dengan INFORMM. Still dalam USM. So, mudah untuk mencari makan dan tempat tinggal. huhu.. Dah lama ana dapat panggilan dari pejabat INFORMM tapi baru hari ni dapat berkongsi kegembiraan ni di sini. Mulanya, ana masih berharap agar dapat L.I di area Petaling Jaya, bolehlah ana belajar hidup di bandar.. huhuhu....

Tak nak jadi macam rusa masuk kampung.. eh.. rusa masuk bandar? huhu.. 

The truth is: Ana takut dengan bandar~!! (T_T)~ pelik kan?? Nasiblah USM tenang dari hiruk piruk kota metropolitan. :p

Ana ni kan... (entahlah kawan2 ana perasan ke tak..)

Tak pernah naik bas sorang diri even dalam Penang pun.. Sampai sekarang tak hafal number2 bas rapid Penang (T_T)~ Tak pernah keluar dari USM sendiri... Tak pernah jalan2 sendiri kecuali dalam USM... Apatah lagi nak mengharapkan ana merantau ke negeri orang sendiri...

Ana agak fobia for being alone... bukan tak tahu berdikari.. Lagipun, buat benda sendiri boleh.. tapi JALAN sendiri tak boleh... khususnya di tempat yang ana kurang familiar..

Selagi punya pilihan, ana tak mahu jalan sendiri~!!
hurrmm... Satu2nya tempat yg ana boleh sendiri:
perjalanan Airport Bayan Lepas - USM. hehehehehe... dan Ranau~!! 

Sebab keinginan untuk pulang tu selalu mengalahkan rasa takut.. huhu.. macam mana lah adik ana hidup di tengah2 kota.. Hari tu ana pernah ckp nak tumpang tinggal di rumah sewanya time dia balik Sabah. Tapi awal-awal lagi dia dah cakap: Bukan tak mahu bagi tinggal, tapi bahaya teteh tinggal sana.. (T_T)~ ana tak bleh imagine mcm mana tempat tinggalnya.. tambah pula ana terlalu jarang turun ke KL...

Kota Kinabalu pun ana tak lepas... kehkehkeh... Berpuluh tahun pergi Kota Kinabalu, tapi still tak lepas~!!

Alamak... termerepek lah hari ni... huhu..


Agak risau: Macam mana lah ana kerja nanti ?? 

Nota 1:
Program Kembali Ke Sekolah akan dilaksanakan InsyaAllah pada 7-18 Julai 2011. 9 buah sekolah akan terlibat. Sekian laporan PERSIS. Ini last ana jadi pengarah. Hampir tak mampu nak urus ni... semester ni agak busy. (T_T)~

Nota 2:
Mudah-mudahan Azyan dan Zaty dapat Doping Centre.. Takpun Sime Darby.. InsyaAllah rezki korang akan sampai juga.. jangan putus asa ye...  


Nota 3:
Exam dekat sudah......

Tuesday, March 8, 2011

Under Pressure

Bismillahirahmanirrahim..

Bawah Aras Ketenangan

Terperangkap dalam lautan nan dalam
tekanan yang menekan menikam
jasad yang suram
bertemankan kelam malam
sendirian bermuram

ingin digapai cahaya seri
namun jauh di permukaan bumi
dalam diam harapan bersemi
biar sampai garis-garis cahaya suci
ke lautan dalam tiada peri
tempat jasad berdiri

hati bagai hilang dalam timbunan konkrit maya
ia jadi keras walau bernyawa
mudahnya dikuasai amarah
dek kerana rasa yang menekan sukma

jangan diganggu jiwa yang kacau
fikir positif ia tak mampu
saat ketenangan tidak bertamu

biar tiada yang mahu memahami
usaha diri

kerana Engkau sentiasa tahu
lebih dari tahu.

Ya Rabbi
Aku mohon ketenangan hati
beri aku kekuatan agar tarbiahMu bisa aku harungi

Cahaya Harapan.

Saturday, February 26, 2011

Tiba-tiba... haha.

Pesanan buat pembaca: errr.... tak payah baca post ini! huhuhu... kepala agak mereng seketika... so, just biarkan ana ikutkan hati ana sebentar.....

Suatu ketika dulu..

"Amani!!" panggil umi ana..

Haaa… panggilan itu memang amat jarang kedengaran.. Itu bunyi siren yang menandakan umi bakal memulakan 'ceramah'.. Haha.. Ana dipanggil "Teteh" atau "Teh"di rumah.. Dulu membesar di Indonesia.. Sampai ke Malaysia masih digelar itu.. Huhu.. Hingga kini masih kekal.. Kalau ana dipanggil Amani di rumah.. Hmmm… mesti ada something yang tak kena di mata..

"Kenapa itu.. Kenapa ini…" leteran mula membingit telinga.. Kadangkala telinga ditarik2 sbb tak mahu mendengar kata… aduhh!

Kanak-kanak memang harus nakal! Hehe..

Tapi itu belasan tahun yang lalu..  Didikan seperti itu yang menjadikan ana sekarang kan..  Indahnya mengenang leteran-leteran itu..

Dulu ana mungkin akan merungut,

"Ish.. Umi ni.. Suka betul marah-marah orang.. Ini tak boleh.. Itu tak boleh.."

Kalau umi tak marah ana sebab tak lipat baju, tak basuh kain, tak kemas rumah, bangun lambat.. Huhu.. Ana mungkin takkan tahu melakukan semua itu sekarang..

Thanks to Umi kerana selalu marah ana kalau bangun lambat.. Hingga kini bangun awal itu sudah jadi tabiat.. Ehehe..

Zaman keseronokan ana agak terhad. Waktu umur ana 10 tahun, tanggungjawab sudah diletak di bahu ana. Umi dan abah kerja sambil belajar. Wahh! Memang busy. Jarang ada masa untuk kami. Seawal itu ana belajar untuk jadi Anak Sulung.

Huhu… teringat bagaimana pertama kali ana masak lauk.. (T_T)~ tak boleh dimakan!! Haha… (Thanks pd nenek yang masak semula lauk tu.. Huhu..)

Haaa… lain kali kawin muda lagi! Ana dan Umi cuma beza 20 tahun. Huhu.. Seperti beza ana dengan adik bongsu ana.. Uwaaaaa...

Tak heran bila ana pulang rumah.. Ada orang kampung tanya pada Umi; "Adik ka??"

Hukhukhuk… ana yang tua atau Umi yang muda??? (-_-")

Itulah keburukan belajar di perantauan.. Jarang pulang. Orang kampung pun tak kenal.. Boleh pulak cakap ana ni adik Umi.. Huhuhuhuhu…….

Uwaaa… nak balik rumah! Homesick already…


Tapi kini leteran-leteran itu sudah tidak kedengaran.. Ya.. Ana dah tak pernah dengar.. Apakah ana sudah berjaya meraih gelaran "anak yang baik"? Huhu.. Hanya Allah yang mampu menilainya.. Dan segalanya bergantung pada redha Umi..

Biar adik-adik ana pula merasa leteran umi.. Hehe..

Sebaliknya, ana adalah tempat Umi mengadu.. Bercerita itu dan ini.. Huhu.. Ana sudah cukup dewasa?

Ana ingat lagi waktu umur ana belasan tahun.. Ketika ana seronok mendendangkan lagu Kasih-Kekasih nyanyian In Team.. Umi tiba-tiba menyampuk,

"Itu bukan lagu orang besar ka?"

Uikkss.. Ana masih kecil kah?? Hahaha… Ana mungkin masih kelihatan seperti anak kecil di hatinya.. 

Tapi kini adik-adik ana menyanyi lagu 'orang besar' seawal umur 4 tahun.. Tak ada pula umi tegur.. Huhu..

Beza sungguh! Teknologi nyata menghilangkan segala keindahan yang terdahulu… Semuanya sudah jadi biasa.. Budak 1 tahun pun sudah tahu nyanyi lagu Siti. 

Wahh!! Terasa seperti ingin putarkan waktu.. Mengulang kembali detik-detik terindah.

Tapi kita sudah berada pada saat ini.

I LOVE YOU UMI.. FOREVER AND EVER.. Hehe.. (^_^)

Nota 1:
Huhu.. Agak tensen dengan kerja yang berlambak… ini baru bergelar student.. Belum pekerja..

Nota 2:
Ya Allah, izinkan ana mencari cahaya-cahayaMu.. Jiwa ini sentiasa dahagakannya..

Monday, February 21, 2011

Saturated !!



My brain, almost saturated with words, sentenses and slidesss !! (errr... brain can be saturated meh??)

As well as me, my laptop also haven't get enough rest. huhu... several days ON without shutting down. But I still manage to get some sleep.. ehe.. well, I'm not computer that can stay up without resting.

Just because 576 slides that i need to finish by today! But, unfortunately.... I just managed to finish for today's test. For tomorrow's test... hurrmmm... I'm not sure if I can finish it... I had read not even half of them... And today, I still need to go to my part time job..

(T_T)~ How I wish I could get some excuse...


Haa... actually it should be (576-48). Calculate by yourself! my brain  is not working very well now... haha.. I just realized some slides were doubled.. hehe... I like it! 

I got headache. Might be bcoz of the caffeine I took this early morning... well, last night I'm planning to stay up BUT end up by sleeping on the table with my notes and pen and all that stuffs.. lalalala... I'm not a person who can study until midnight.. (always tumbang before jam 12... hehehehe..) 

Alhamdulillah.. terbangun at 4am.. & continue to read again until I found slide written "Thank You" ...  hehe..

Okay!! now I started to merapu here... huhu... 

nota 1:
Jangan hairan kalau ana sekarang rajin berbahasa orang puteh.. huhuhu... tak lama lagi praktikal & my English was bad... I'm trying to improve... 

So, feel free to advice if I did wrong... huhu.. (w'pun sedikit malu.. eh.. banyak! hentam saja lah...)

Saturday, February 12, 2011

808 completed!

pic from datuk pak cik google..

Why 808 ?? hehehe

Well, 808 is a book which has 808 pages. And it is from USM library.. (you could guess how it looks like..) So hard to photocopy.. I took 2 days to complete the copy... (>.<) haha... Actually, I haven't photocopy any thick book since Salwa and Zaty around.. (before CNY break) When they are around, my burden seem to be reduced. But now... (T_T)~ I need to triplicate myself to do the work...

So, I'm not single. But, triplicated! ehh.... duplicated! (since Huda started to work this week, Alhamdulillah..) hehe...

Apa-apa saja lah... huhu..

Now, i'm alone at xerox.. hehe.. No customer. That's why I'm writing...

(Di bilik dah tak boleh meng'update' blog.. internet line was very slow..)

Okey... I don't know what to write.. No idea~!! ( I think again later..)

Oh ya... tonight we're going to Johor. Next morning jalan-jalan ke Singapore.. Monday baru official visit at Nanyang Technological Universiti, NTU and National University of Singapore, NUS.

Later, if I want to merapu-rapu, I'll put our story here.. hehe.. :)

before that, (tukar topik pulak...)

Melihat ragam orang yang bekerja di sekitar cafe ni buat ana berfikir... masing-masing bertarung dengan kehidupan masing-masing.. siapa tahu apa yg sedang mereka lalui... Mak cik cleaner, pak cik pekebun, pekerja cafe, pak cik bas, tauke kedai.. Semua mula bekerja selepas Subuh.. Mudah-mudahan Allah memberi keberkatan pada pekerjaan mereka..

Kalian telah buat hati ana tersentuh..

Kalian bukan hanya beramanah sebagai pekerja tetapi juga sedang menjalankan amanah, sebagai ayah.. sebagai ibu.. sebagai anak.. dan sebagainya.. yang pentingnya, sedang menjalankan amanah sebagai hamba Allah.

Ketinggian akhlak itu, ada pada kerendahan hati.. 

Baik pada mata dunia, belum tentu menjamin kita baik di hadapan al-Khaliq. Mudah-mudahan Allah dan Rasul sentiasa ada di hati... :p