Tuesday, February 23, 2010

Hari Cuti Telah Habis..

Kesibukan selalu saja membantut penulisanku.. Walaupun sebelum ni cuti, tapi aku asyik2 jadi orang bertuah untuk menguruskan perjalanan projek. Hehehe.. Macam lah projek besar.. Sebenarnya hanya sekadar rancangan mengisi masa lapang sepanjang cuti. Senior aku ni, tak bagi aku rehat langsung. Aku baru saja secara rasminya meletak jawatan sebagai pengarah program MCB sebelum cuti. Tapi time cuti yang baru saja habis, ada 4 program yang aku uruskan. Wuhuhuhu… bukan 4, tapi 5.



14 Febuari 2010, Ahad


Gara-gara ingin mandi air terjun, aku, Nasma & Shikin berusaha mencari tempat hingga jam 2pagi. Tambah pula Nasma nak hari Ahad juga.. Waa.. Aku baru saja rancang nak tidur lama sikit… seminggu aku kurang tidur kerana mengurus saki baki urusan Citrabayu, tambah lagi urusan EKSPEN yang akan datang serta study kuiz yang telah beberapa kali aku gagal.. Huhuhu.. Aku malas nak cerita panjang. Tapi perjalanan yang ini.. Benar2 menguji sabar.. Hehe!

Tambah lagi, kami tak pernah naik bas ke kwsn Balik Pulau. huhu.. ini barulah cerita pengembaraan.. tapi aku malas nak detailkan cerita tentang bas... sedih betul.. huhu.. entah brp habis.. nak ke Balik Pulau saja kami keliling 1 pulau.. tp dlm bas saja lah... ringkasnya:

USM - JETI - BALIK PULAU - TITI KERAWANG - TAMAN RIMBA - BATU FERINGHI - KOMTAR - USM




8am, tunggu bas. 6 perempuan, 2 lelaki. Tapi kawan lelaki tu tak puas hati kalau hanya mereka berdua. Apa lagi, semua kawan2nya dipanggil. Adehh… plan terpaksa diubah last minit.

Aku secara tak rasmi jadi jurukamera.. Gambar banyak.. Tapi gambarku yang kurang. Hehe..


Tapi aku tak kisah. Kerana awal2 lagi aku dah merancang tak nak mandi. Main air mungkin boleh.. Tapi kalau nak mandi.. Wuhuhuu… biar aku fikir 10 kali pun belum tentu aku pegi.


1.30 pm, sampai ke Air Terjun Titi Kerawang. Tapi rupanya terlalu ramai orang.. Air pun kelihatan cetek.. Nasib baik pemandu bas tu baik. Dia cadangkan pegi Taman Rimba Teluk Bahang. Sama seperti cadangan YDP yang terlebih dulu sampai dengan rombongan motor. Hehe.. Maka, kami pun meneruskan pengembaraan.


2 pm, sampai ke Taman Rimba.


Ini muka2 orang yang naik bas. Kecuali yang pegang helmet.. Hehe. Risau aku duduk dekat Bahar yang tak biasa dgn laluan macam ular.. Habis 1 botol minyak cap kapak ditelannya! Huh..

Aku orang lembah pergunungan, perjalanan itu amat biasa bagiku. Hehe..


Tapi.. Bila sampai….. Orang pula ramai.. Mandi or tak?? Semua rasa tak selera nak mandi dalam keadaan yang sesak.. Kami yang naik bas hampir2 putus asa. Keletihan amat terasa. Adakah pengembaraan terhenti di sini??

Pening.. Nak duduk di mana pun tak tahu.. Terlalu penuh!



Akhirnya, semua berkeputusan untuk ke pantai Batu Feringghi (entah camna nak eja)



Hehe.. Puas hati juga lah… Alhamdulillah.. Dapat melihat alam yang indah pun sudah cukup baik…

Semua ambil peluang untuk mandi kecuali Lainah yang allergic dgn air masin, org2 yg lupa bawa baju spare & aku yang memang tak tahan panas. Nanti tak pasal2 pipiku blushing.. Hehe! Tapi itu bukan sembarang blushing. Untuk tempoh beberapa bulan mungkin nampak unik dan cantik. Kalau sunburn aku kurang kisah, tapi ini.. pedihnya muka hanya Tuhan yang tahu.. & bila sampai suatu tempoh, part paling mengerikan.. Kulit mukaku menggelupas habis-habisan.. Huhu.. Aku sendiri seram nak tengok cermin! Kalau Umi tahu, habis aku dileternya..



Stokinku jadi hitam.. Huhu.. dorang dgn kejamnya menyembunyikan seliparku.. Adakah patut.. Yang kanan disembunyikan atas pokok, yang kiri dalam bakul sampah.. Aku pusing2 cari & terpijak segala arang2.. Huhu… Hasilnya, aku terpaksa buat muka tak malu naik bas pegi Komtar & balik seperti ini..

15 Febuari 2010, Isnin


Aku secara tak langsung terpaksa mengurus BBQ antara PERSIS Induk & kerujuteraan. Hmmm.. Aku hentam saja resepi memerap ayam. Haha.. Nasib ada senior tolong. Kalau tak, aku mungkin pengsan urus sorang2. sepatutnya ini rancangan budak dari kejuruteraan. Tapi memandangkan dorang mengambil masa untuk ke USM Induk, terpaksa juga aku tolong ambil alih..

Jangkaan yang datang 30 orang bertempat di Gym MO4. Tapi rupanya hampir 50 orang juga yang datang. Adehh.. Aku Cuma risau kalau tak cukup makanan..


Aku lah pengurus, aku juga tukang pungut duit, & aku lah juga jurukamera!


Tapi gambar2 yang aku letak sini, bkn aku yang ambil.


Kicap + Garam + Serbuk lada hitam + madu + bawang putih + minyak = ???



Sedap bah juga.. Kalau tak, tak licin dimakan orang.. Hehehe…



Time ni dah ramai yang balik.. Kamera yg aku pegang habis bateri.. Ada chance ambil gambar.. Haha..


To be continue.. Hehe.. Panjang betul pula..











4 comments:

  1. wah seronoknya kau amani..heheh
    jaga diri d tempat org..;)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah... azma pun jga diri juga.. jom dtg penang sy bw jln2.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Genial post and this enter helped me alot in my college assignement. Say thank you you as your information.

    ReplyDelete
  4. really?? hehehe.. good luck for ur asgnment.

    ReplyDelete