Friday, February 12, 2010

Disebalik Tabir Citrabayu


Hehehe… aku mulakan dengan ketawa.. Tahu apa maknanya? Hihi.. Baca saja lah…

Tahu tak? Apa yang berlaku sepanjang aku mengurus Malam Citrabayu? Peristiwa disebalik tabir.. Aku pendam diam2 saja sebelum ni.. Hahaha… tapi sebelum tulis, aku tetap rasa nak ketawa dulu.. Baru kutahu, dalam tenang2 aku hadapi hariku, boleh jadi kalut juga rupanya… nak tahu peristiwa apa? Sila baca baik-baik..

Mula-mula, aku cerita pasal peristiwa di HEPP dulu..

4 PETANG, 5 Februari.
Aku dan beberapa AJK pergi rumah tetamu, untuk tunjukkan rumah dan laluan. Tapi bila sampai di pejabatnya, dorang cakap kami tak boleh check in. P.O tak selesai lagi. Aku dah start kalut.. Jam 7mlm peserta UM akan dijangka sampai. Mana dorang nak tidur nanti? Huhu…

Aku dan Nadia bergegaslah pegi urus di HEP. Dalam keadaan kelam kabut, huhuhuhu.. Macam mana nak cerita? Malu pulak.. Ada satu masa tu, Kak Win suruh pegi ambil borang ikat lipat di kaunter, aku pun apa lagi, dengan berlari anak lari ke kaunter. Lagi beberapa minit pejabat nak tutup.

TIBA-TIBA… BUUUMMMMPPP!!!

Pintu kaca!! Huhuhu.. Kuatnya bunyi terlanggar. 1 HEPP tengok aku. Malu tak terkira, aku lupa pintu kaca tu baru saja diwujudkan minggu yang lepas, sebelum tu dorang letak notis. "Sila berhati-hati. Pintu Kaca." hahahaha… tapi hari tu dorang dah buka. Sudah nasib, tercium pintu kaca. Pegawai di kaunter tu arahkan orang agar letak lagi notis "berhati-hati". hehehe… Aku tutup muka, sampai pegawai-pegawai tu fikir, muka yang terhantuk. Aku angguk-angguk je.. Padahal,  tutup kerana malu. Tak tahu nak letak muka di mana.. Yang lebam, sebenarnya hanya lutut. Hehehehe…. Naja pula ada di sana menjadi saksi. Dia gelak diam-diam!! Adehhh… entah berapa inci ketebalan kulit muka bertambah masa tu..

Wahai pintu kaca, apakah aku telah mencatat sejarah, adakah aku orang pertama yang menciummu?? Hahaha.. Apalah aku ni, moral of the story; Pandang depan masa berjalan saja tak cukup, kena teliti juga.. Hehe!

Itu baru satu kisah di HEPP. Kisah yg satu lagi seram sikit.. Geli pun ada. Peristiwa yang berlaku sebelum kisah di atas.. Hehe!
Satu hari tu, aku balik meeting jam 1pagi lebih sikit. Balik saja, aku tidur. Mesej masuk pun aku buat2 tak kisah. Jam 5.30pg aku bangun (entah kenapa aku bangun awal hari tu.. Ada kuiz/test mungkin..) tengok henpon, ada beberapa mesej masuk. Salah satunya, daripada Penolong Pendaftar HEPP. Boleh pulak dia tny aku dah tidur or belum.. Huhu.. Aku balaslah.. Ingatkan MCB ada masalah. Ye lah.. Mesej tu masuk jam 2 pagi! Bunyi macam ada kecemasan saja! Tapi kemudian dia balas; "takde.. Saja nak ajak pegi minum.. Morning.." adehh!! Aku mula seram sejuk.. Rasa takut nak pegi HEPP pun ada juga.. Huhu.. Apakah itu caranya pegawai Hal Ehwal Pelajar beramah mesra dengan pelajar?? 

Sekarang beralih pada  cerita pasal KERETA..

MALAM, 5 FEBRUARI.
Memandangkan peserta MCB tak dapat penginapan desa, sebaliknya rumah tetamu yang terletak di penjuru USM. Dekat dengan kawasan canselori, komuter USM tak boleh lalu. Dan aku sebagai pengarah, tak memiliki kenderaan. Akhirnya berkeputusan untuk menyewa kereta. Kononnya, tak mahulah menyusahkan siapa2 terutamanya apabila terpaksa berjaga hingga tengah malam menguruskan peserta yang datang 4 or 5 pagi... Selepas pinjam kereta, aku pun belajarlah.. Belajar? Hehe.. Lesen keretaku sudah bernyawa sejak 4 tahun yang lalu. TAPI, aku tak pernah bawa kereta selepas itu.. Huhuhuh.. Rugi ja rm1000 lebih kan? Sudahlah Sabah cas mahal untuk belajar kereta.. Malam tu aku round USM pada kadar kelajuan 20km/jam.. Hahaha.. Thanks pada Meridith yang sudi mengajar walaupun start jam 1 pg sebab sebelum tu ada meeting. Tapi yang bagusnya, aku start bawa kereta semula. Padahal sebelum ni, aku habis-habisan mengelak daripada menyentuh streng kereta tu.. Rasanya, takdalah susah sangat.. Tapi balik rumah bawa kereta manual, belum tau lagi..

AWAL PAGI 6 Februari.
Aku buat apa? Aku pandu ke rumah tetamu ditemani oleh Shikin yang langsung tak tahu memandu.. Tahu apa jadi? Hampir kemalangan. Alhamdulillah, masa tu hujung minggu dan kereta tak banyak.. Aku hampir kemalangan di selekoh tajam semasa perjalanan ke rumah tetamu. Kereta terpusing entah berapa darjah dari kedudukan sebenar… aku takut, tapi rasa lucu pun ada.. Yang aku masuk selekoh tajam tak tekan berek tu kenapa? Memang cari nahas… tapi kemudian aku teruskan perjalanan, buat-buat tenang konon.. Mungkin lepas ni, Shikin taubat tak nak ikut kereta yang aku pandu lagi.. Haha.. Tambah pula satu peristiwa, aku masuk parking di rumah tetamu, tiba-tiba dengar bunyi "Bumm". Haa… apa lagi terjadi? Aku langgar pembahagi jalan. Ish…ish..ish.. Nasiblah kereta Wira tu tahan lasak, pembahagi jalan tu yang rosak, kereta tak calar langsung.. Hehe..

Peristiwa memandu selepas itu, semuanya mula terkawal. Tambah pula ada Arthur di sebelah yang bantu beri panduan. Walaupun tak tahu memandu, at least dia tahulah bagi arahan yang betul.. Tenang sikit aku bawa..

TELEFON & SMS..

Ini pun banyak salahnya.. Aku selalu silap call YDP-YDP dari U lain.. Cerita pasal UPM tapi yang ditelefon, YDP UUM. Hehe! Almaklumlah.. Banyak betul mau diingat. 6 Universiti tu..

Dan yang paling lucu, aku tersilap call Rafik. Shikin inform masalah yang kami hadapi di rumah tetamu. Peserta UPSI dah lari entah ke mana. Aku nak call Arthur (timbalan pengarah) kalau dia ada cadangan. Laju ja aku cerita masalah kononnya pada Arthur. Langsung tak bagi dia peluang cakap. Tiba-tiba dengar suara halus.. "kau cakap dengan aku ka??" .. Aik? Macam kenal suara tu.. Rupa-rupanya Rafik! Entah macam mana aku boleh silap call.. Hehe.. Nasiblah Rafik tolong juga urus peserta UPSI cari tempat yang lebih selesa.. Nasib baik juga Rafik, kalau orang yang tak berkenaan?? Huhu.. Ambik pembaris, ukur berapa inci ketebalan kulit bertambah!

Ada lagi sekali time aku mesej pada semua AJK untuk datang meeting. Tiba-tiba dapat satu mesej balasan; 'citrabayu? meeting ape pulak? Sape ni? Kat mane ni?' Aik.. Budak ni.. 'Bersemenanjung' pulak.. (kalau Taiko Pong dengar, mesti dia ckp; "cakap kutur!") hehe.. Pelik bila dengar bahasa semenanjung kalau berada dalam kalangan budak2 Sabah. Aku check lagi, nombor dah betul, apa yang salah? Orang tu tak puas hati, dia pun call.. Mak aih.. Terpaksa aku 'bersemenanjung' dengan orang tu.. Last-last, aku cakap aku salah nombor.. Aku tak pun tak puas hati lalu banding semula nombor tu. Adehh… rupanya betul aku yang silap! Tersilap baca no 6 dengan 9. hehe! Malu lagi...

Henpon hilang pula..
Jumaat, 1 minggu sebelum MCB. Kelas pagi dari jam 8 hingga jam 10. kemudian balik RST. Aku naik bas laluan biru. Sampai Sg 2, tinggal seorang dlm bas. Special edition! Hehe.. Memandangkan aku duduk depan, berceritalah sedikit dgn pacik bas.. Cerita psl hari mengundi. Then sampai jejantas, pakcik tu turunkan aku di PALAPES coz dia nak p rehat. Aku pun teruskan saja perjalanan naik bas RST. Sampai Desa, makan di café dgn YDP. Lepas makan baru aku nak tengok jam. Jam@henpon..  Cari punya cari aku tak jumpa. Then aku fikir-fikir mungkin tertinggal dalam antara 2 bas yg aku naik..  Aku pun bertekad mulakan perantauan untuk mencari sebelum solat Jumaat.  Aku dah bersiap siaga apa nak buat. Kena buat muka tak malu nak cari dalam setiap bas. Ada lebih daripada 20 bas!! Coz setahuku, bas2 akan bertukar laluan selepas waktu rehat. (pernah tengok dalam catatan pacik bas). Jadi, tak boleh tumpu hanya pada bas laluan biru. Huhu.. Kalau benar hilang,  nombor telefon Umi aku tak hafal.. Nombor YDP U lain semua dalam tu.. Nombor tu nombor contact untuk semua surat rasmi yang telah dihantar.. Huhu! Bila jadi pengarah, alat komunikasi tu jadi amat penting..

Tapi Alhamdulillah.. Allah mempermudahkan urusanku.. Sampai ja bawah jejantas, bas pertama menunggu adalah bas laluan biru. Dan bas itu adalah bas pacik pagi td!  Aku dengan penuh harapan; henponku.. Henponku..henponku.. Pacik tu dari jauh lagi dah senyum-senyum.. Huhu.. Aku naik je bas, direct dia cakap; "telefon?"  hehe… aku pun apalagi, angguk-angguk sambil senyum kambing & buat-buat muka tak malu. Padahal orang dalam bas dah ramai. Nampak sangat aku tercicir henpon.. Adehhh.. Hentamlah, yang penting aku dapat balik! Huhu.. Nasib baik pakcik tu kenal muka ni..  (sebenarnya, ini kali ke3 aku tercicir henpon yg sama) tapi henpon Nokia tu sayang pada tuannya, jadi selalu akan kembali semula. Hehe! Jangan saja ada kali ke4 lagi...


TAK CUKUP TIDUR..

Ni huraiannya tak payah cerita.. Semua pun tahu macam mana perasaan bekerja dalam keadaan tak cukup tidur. Sampai pukul 3 pagi pun, UiTM masih call berkenaan tempat tinggal.. Mandi & makan pun tak sempat. Pukul 3 pagi tu, aku masih guna baju yang aku pakai pegi kuliah 7.30 pg. Busuk macam mana pun, orang tetap cari juga kan?? Hehe.. Kalau tak, takdalah dorang call sampai 3 pagi.. Mengharapkan kemunculanku di rumah tetamu untuk menyelesaikan masalah. Tapi, bukan aku sorang, Arthur pun masih pakai baju kuliah.. Haha.. Ada kawan, timbalan pengarah lagi tu, kurang sikit malu! Pukul 3 pagi tu jugalah baru nak makan malam.. Hmm.. Super or breakfast?? Mahu saja aku tutup phone supaya ada masa nak makan.. Nasib baik AJK lain bertimbang rasa. Dorang tolong ganti aku pergi ke rumah tetamu menguruskan hal di sana.. Huhu! Aku memang letih yang amat..

Hari kejadian, 6 Feb.
Peristiwa lucu- semua pun tahu Tukang Arah @ Pengarah duduk sebelah VIP. YB Datuk Tawfiq lagi tu.. Nak tahu tak, apa pengarah buat di sebelahnya?? Hahaha… aku tertidur!! Lupa pada videocam yang mungkin akan menghala pada barisan VIP. Lupa pada camera man yang mungkin curi-curi tangkap gambar. Aku buat-buat lupa. Lalu TERTIDUR. Tambah pula keletihan yang kurasa, membuatkan aku jadi malas berfikir apa nak cerita dengan YB. Nasiblah YDP di sebelah ada juga bercakap-cakap lalu mengejutkan tidurku. Kalau tak, aku mungkin bakal terjatuh dari kerusi! Almaklumlah.. Sepanjang mengurus, takdalah aku dapat peluang duduk lama-lama.. Apalah tidak tertidur.. Hehe!

BALIK LEWAT..

3 pagi, 5 Febuari.
Belajar pandu kereta dengan Meridith ditemani Ester.

3 pagi, 6 Febuari.
Hantar Gustina@Driver tak rasmi balik Fajar Harapan, then pandu kereta dengan Arthur sampai padang kawad. Then, jalan kaki naik bukit RST. Kereta takda sticker, tak boleh masuk Kompleks RST. Lalu terpaksalah aku bersenam di awal pagi.. Huhu.. Embun pun belum mula menitis.. Ayam belum berkokok..(kalau di kampung lah.. Hehe!)

4 pagi, 7 Febuari.
HUJAN LEBAT. Program habis sebelum jam 12. tapi pengurusan peserta belum selesai. Terpaksalah pengarah yang baik hati ini tunggu segalanya selesai. Aku dah kurang tenaga. Tu lah… masa duduk dengan VIP, aku segan... Aku ingat aku ambil makanan paling sikit, tapi rupa-rupanya, akulah paling banyak ambil. Haha! Ish..ish… lantak engkaulah YB. Aku lapar! Semua terpaksa tunggu aku habis makan sebelum keluar bilik VIP tu. Hehe!
4 pagi tu, tinggal aku, Arthur yang setia menemani pengarahnya, Naja yang tertidur dengan aku di meja kaunter, dan Tina yang bertungkus lumus menghantar semua peserta balik ke rumah tetamu. Apa punya pengarah! Tidur lagi tu. Kasi biar Tina kerja sorang2. Tapi tak dapat tidur pun.. Banyak nyamuk di Dewan Budaya! Naja pun kejap-kejap terbangun mengelak gigitan nyamuk. Then, kami pun pulang. Aku lagi yang drive, kali ni bawa 40km/jam. Ada peningkatan! Hujan lebat tu.. Sampai di padang kawad, Arthur bagi payung pada aku & Naja memandangkan dia tinggal Tekun. Aku & Naja masih perlu mendaki bukit untuk ke Restu. Aku tak sampai hati ambil payung tu. Lagipun Naja bawa videocam & camera PTPM. Aku dah siap letak jaket korporat atas kepala nak redah hujan, tapi Naja tu pun tak sampai hati bagi perempuan macam aku berhujan. Huhu… nasiblah payung Arthur besar. Muat 4 orang… tak sangka ini pun berlaku..

Hmm… sudah dulu lah cerita pasal  di sebalik tabir MCB.. Ada lagi cerita sebenarnya.. Tapi biarlah rahsia… hahaha… cerita apa tu?
Diam-diam sajalah… hehe!

TERIMA KASIH SEMUA.. 

Secara telusnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan Malam Citrabayu 2010 khususnya kepada sekretariat yang bertungkus lumus dari awal hingga akhir.
(nak tulis nama, tapi ramai sangat..)
Terima kasih juga khusus kepada;
YDP PERSIS USM - Shahrul
USM kejuruteraan
Bahar yang setia berleter..
Taiko Pong yang jadi taiko bamboo..
Fly yang sanggup datang jd MC walaupun sedang LM..
& semua senior yang datang memberi sokongan.
Juga kepada peserta dan YDP-YDP dari UM (Elty), UiTM (Sali), UUM (Wadi), UPM (Shahlan), UKM (Nelson) dan UPSI (Alimudin).

1 comment:

  1. hehehe...penat baa c kawan..wlupapun mcb ttp best :)

    ReplyDelete