Thursday, February 11, 2010

Berita Gempak!!


Hehe.. Tajuk tu tipu saja sebenarnya. Bukan ada berita gempak untuk semua pun.. Aku cuma ingin bercerita tentang hal kejadian semasa aku membiarkan blog ini sunyi senyap seketika. Maaflah wahai blog kesanyanganku.. Tak berniat pun nak membiarkan engkau tak diberi makan.. Hehe.. Soalnya, boleh ke blog ni makan?? Haha.. Ok.. Jom baca isu sebenarnya..

ISU PENGARAH PROJEK



Pengarah si Tukang Arah. Kepala kepada kepala-kepala. Hehe.. Siapakah itu?
Asalnya aku tak mahu bila dilantik jadi Pengarah pada sidang yang lepas. Tapi memandangkan aku sememangnya terlantik sebagai AJK kebudayaan dan Kesenian, (siapa lah yang lantik aku ni.. Tiba-tiba ja dapat surat perlantikan AJK..) akhirnya aku angguk-angguk saja sambil berkata ; Boleh.. Boleh.. Huhu.. Kata-kata apa tu? Ingat jadi ketua boleh senang2 ka? Aku memang berminat. Tapi masalahnya, ini projek kebudayaan! Sebelum ini aku pernah juga meneraju beberapa projek, tapi semuanya berasaskan akademik, sukan dan keagamaan. Hmm.. Pajang aku berfikir.. Nak atau tak, positif negatif aku banding. Dunia akhirat aku fikir. Susah. Sangat susah. Aku mohon petunjuk Allah. Hingga akhirnya, aku berdiri sebagai seorang  Pengarah, berucap di hadapan lebih 600 orang yang hadir pada malam itu. Maknanya, aku TELAH jadi pengarah. Beratnya tanggungjawab.. Dan Allah tahu segala apa yang telah hati ini lalui..


MALAM CITRABAYU 2010
PERTANDINGAN KEBUDAYAAN ANTARA UNIVERSITI SEMENANJUNG MALAYSIA
06 FEBRUARI 2010
ANJURAN PERKUMPULAN SISWA-SISWI SABAH, PERSIS
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA



PENGALAMAN ITU, GURU YANG MEMBERI SAKIT DAHULU, BARU MENYEDARKAN KITA..

Aku teruskan saja setelah berbincang dgn beberapa sahabat baikku, yang memahami keadaan diri ini.. Semuanya berkata; ambil sebagai pengalaman untuk menguruskan projek dan membina keyakinan diri. Tapi hakikatnya, bukan sekadar projek yang aku urus.. Semua peserta kebudayaan juga di bawah tanggungjawab aku.. Penari-penari kebudayaan tu… (aku tak tau nak ckp macam mana). Tau sajalah karakter mereka yang sering terlibat dengan seni tari. Baik memang baik.. Tapi baik tak bermakna tak melanggar hukum Allah.

Hmmm…. Antara yang batil dan yang hak.. Terus terang aku katakan, yang hak tersembunyi di sebalik kebatilan.. Sekadar menentang dengan hati memang tak cukup.. Huhu.. Betapa lemahnya imanku… mempertahankan yang hak pun aku tak dapat. Ya Allah limpahkanlah hati-hati ini dengan nur hidayah dan taufiqMu, agar kami berada pada jalan yang benar. Jangan Engkau berikan aku jalan yang menyesakkan hatiku..

Ini kali kedua aku mengurus pasukan tarian. Kedua-duanya memberi aku pengalaman yang tak pernah aku alami pada mana-mana episod hidupku. Episod yang kuharap tak wujud. Tapi inilah hakikatnya.. Siapa yang ingin menegur, silakan.. Saya sedia menerima.. Malah, begitu mengharap teguran agar diperbetulkan diri ini..  Mengurus projek, aku percaya aku boleh, tapi mengurus kumpulan penari, sama sekali aku buntu!

Cukup aku beri beberapa contoh peristiwa.. Semasa raptai majlis, ketua penari datang menemuiku.. Bertanyakan satu soalan yang tak mungkin aku lupakan.

"bolehkah penari buka tudung time buat persembahan?"

Soalan yang membuatkan aku kaku sejenak. Dia sendiri sebenarnya tahu jawapan kepada soalan itu, walaupun dia bukan seorang Muslim. Aku tak pernah lalui situasi ini, jadi tak tahu apa yang perlu kukatakan.. Mahu saja aku katakan TIDAK. Tapi tak terluah oleh lidah. Hasilnya, lama aku terdiam tanpa jawapan.. Hingga dia menyambung semula bicaranya..

"Mira (bukan nama sebenar) mau buka tudung, tapi kami perlukan kebenaran dari pengarah sendiri supaya Mira tak dipersalahkan. Lagipun baju bangsa Murut agak seksi, jadi tak sesuai kalau pakai tudung.."

Aku kah yang harus membuat keputusan antara dunia dan akhirat ini? Payah untuk aku menjawab. Ingin berkata TIDAK, lidah tak tertutur. Ingin berkata YA, aku tahu natijahnya. Tapi akhirnya aku hanya menjawab sepatah: "terpulang..."  dan aku berlalu tanpa memikirkan lagi perkataan yang telah diluahkan oleh lidah ini. Kerana sakit hati.. Sakit bila memikirkan, aku lah yang membenarkan.. Tapi apalah sangat yang ada pada hati yang sakit.. Kalau itu adalah tanda bagi selemah-lemah iman..

Lagi satu peristiwa, maaf kepada sesiapa yang terasa. Ahli PERSIS, 50-50 adalah Muslim dan Kristian. Keperibadian masing-masing mula terserlah pada 2 hari sebelum hari kejadian, kerana kita terpaksa bekerja bersama dari pagi hingga ke pagi. Nasihat untuk semua, khusus pada yang Muslim, jaga solat; tinggal solat, bermakna kalian dah runtuhkan tiang agama, jangan tunggu keseluruhan diri runtuh, baru ingin bangkit bersolat! Perbatasan pergaulan yang melebihi syariat; aku suka melihat hubungan kita yang umpama keluarga, mengambil berat antara satu sama lain apatah lagi kita berada diperantauan, keluarga berada jauh di seberang.. tapi bila sampai ke tahap berlebih-lebihan, aku mula risau! Risau tak mampu menegur kesemuanya.

Hal ini pula: Apabila soal doa di awal majlis dibangkitkan ketika postmoterm, aku diam. Diam sejuta bahasa. Langsung tak mengulas. Hanya mendengar dua pihak mempertahankan pendapat mereka. Fungsi doa di awal majlis, kalau diterjemah doa dalam bahasa Melayu, barulah ramai yang akan faham apa yang disampaikan ketika berdoa. Kita memohon kesejahteraan agar dilancarkan perjalanan majlis. Tapi untuk majlis yang peratusan perlanggaran hukum Allah adalah tinggi, perlukah disertai oleh doa?? Itu persoalannya. Aku tak tahu ingin mengulas apa, kerana rasa bersalah menyelubungi seluruh jiwa.  Baru aku tersentak. Keghairahan mengurus projek, membuatkan aku alpa seketika untuk meneliti secara halus segala tindakan sepanjang perjalanan projek. Nampaknya, aku kelihatan telah bersama mereka, golongan yang menurut peredaran biasa hingga terbiasa melanggar hukum! Na'uzubillah.. Wahai Tuhan yang Maha Menerima Taubat, jangan Engkau biarkan kami terpesong daripada landasan kebenaran..

Wallahu'alam.. Aku tak tahu ingin mengulas apa lagi.. Walaupun banyak perkataan yang tersimpan dalam hati, tapi sukar untuk meluahkannya di sini..
Oleh itu, aku mohon undur diri.. Wassalam..

No comments:

Post a Comment