Wednesday, September 29, 2010

Cerita Penulis

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Aku bersujud hanya untukMu..




Cerita Penulis

Pada kanvas maya,
Kulakarkan kisah seorang penulis,
Kisah tentang kehambaan,
Kisah tentang kebenaran,

Ada saatnya dia bahagia,
Ada saatnya dia lemah,
Ada saatnya dia salah,

Walau dia hamba yang beriman,
Tapi imannya turun dan naik,
Kerana dia adalah manusia,
Yang kadangkala alpa,
Akan fitrah kejadiannya..

Atas daya usahanya,
Atas berkat keizinan dariNya,
Dia yang ingin jadi baik,
Berusaha jadi baik..

Itu tekadnya.

Bila jatuh, bangun semula,
Bertongkatkan kasih sayang dari tarbiahNya,
Bila salah, betulkan semula,
Berpandukan cahaya keampuanan dari maghfirahNya.
Bila lemah, teguhkan semula
Berasaskan mutiara iman dari hidayahNya

Hamba ini hanya mengharap,
Suatu saat kelak,
Berdiri di hadapan Pencipta,
Sebagai orang yang baik.

Maka, baiklah di dunia dan akhirat.

12.21pm
29 September 2010





Diri yang dikasihi,

Ujian itu adalah tarbiyah darinya.. Jangan biar dirimu tegar hanya kerana kesedihan, hanya kerana kekecewaan. Sebaliknya, buangkan yang negatif, fikirlah dari sudut positifnya. Kerna pasti, itulah yang terbaik. Segala yang berlaku ada hikmahnya jika kamu benar-benar berfikir. Al-Khaliq lebih mengetahui..

"Dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang.."

Maka, susurilah jalan tarbiah dengan senang dan tenang.. Fikirkan dan jalankan penyelesaian yang terbaik. Pasti akhirnya ada bahagia..







Tuesday, August 31, 2010

Balik Kampung & Hari Raya

Assalammualaikum..

Esok ana akan memulakan pengembaraan pulang ke rumah.. 11pm akan bertolak dari Penang ke Kuala Lumpur. Esok juga Desasiswa RST akan mengalami gangguan elektrik dari pukul 10am hingga 7pm. Oleh itu, sebelum ana meninggalkan dunia IT ni.. (hehe.. malas nak online kalau dah sampai rumah) ana nak ucaplahkan apa2 yang patut.. Padahal ana tinggal di sekolah. hari-hari boleh online. Tapi seganlah.. tiba2 ana seorang je tak pakai baju sekolah pegi bawa laptop ke kawasan ada wireless.. hehe..

Ranau?? ehehe...

Mungkin masih awal, untuk ana ucap sebab hati ana masih mood Ramadhan.

Hati ana sebenarnya masih inginkan Ramadhan.. huhu.. tinggal beberapa hari saja lagi. Ini first time ana ucap Selamat Hari Raya awal. Sudah 3 tahun tak pulang beraya, jadi ana selalu ucap Selamat Hari Raya time org dah nak balik. Ana takkan ucap sebelum tiba waktunya.. huhu.. sedih hati coz beraya sorang di perantauan. Tapi kali ini InsyaAllah ana akan pulang. Kepada sahabat2 ana, yang sudah lama tak pulang, harap bersabarlah.. InsyaAllah rezeki kalian akan datang. (terutamanya pada Ukhtie Azma yang sudah 5 tahun tak pulang) Jangan sedih2 ya..

Kepada group presentation BTT ana; Fadhilah, Mas, Salwa & Azyan: Ampun maaf dipinta coz tak dapat bersama present.. huhu.. ana terpaksa lepaskan 5% markah final. (menyesal pun ada sbnrnya..) tapi sbb sudah terlanjur beli tiket seawal Febuari lalu. Ana tak sampai hati nak biarkan.. Mudah2an Prof Chan berlembut hati. huhu... Semoga berjaya untuk semua!!


Pada semua sahabat-sahabat ana,

SELAMAT HARI RAYA

Sementara masih di bulan Ramadhan,
eloklah kiranya ana memohon maaf atas segala
keterlanjuran salah dan silap ana
sepanjang kalian mengenali ana.
(Lebih afdal mohon maaf waktu Ramadhan kan.. hehe)

Ana sayang semuanya..
sayang semua sahabat, teman, kawan, rakan..
dan semua yang mengenali ana.
Moga Allah melimpahkan kasih sayangNya dan keredhaanNya
pada hubungan yang terjalin.

huhu.. rindu dengan sahabat semua..
SEMEKAR, KML, AL IRFAAN..
(yang di USM kurang dirindu.. hohohoho.. hari2 ketemu jg)
tapi, suatu hari nanti pasti ana tetap akan merindui segala memori USM
Moga semuanya sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya.

okey.. itu saja.
terakhir sekali,
kepada yang bakal balik kampung,
atau yang sedang dalam perjalanan,
atau yang sudah di kampung..

SELAMAT BERCUTI

JOMM... BALIK KAMPUNG!!



khas untuk yang naik Air Asia Airline saja.. ehehe..

tak sabar jumpa family..
tak sabar nak merasa puasa & raya di rumah..
(^_^)v

Ranau, nantikan kepulangan ana!

Merdeka kah Kita?


Kepada tuan punya gambar.. pinjam ya.. heee.. (ambil dr intertet ja..)

Alhamdulillah.. Hari ni 31 Ogos 2010. Hari yang membawa seribu makna pada rakyat Malaysia. Tanpa adanya hari ini pada 53 tahun yang lepas, takkan ada keamanan seperti yang kita kecapi sekarang. Itulah salah satu peri pentingnya kenapa kita perlu belajar tentang sejarah..


(ambooiiiii… ayat tak sudah… hehe… padahal hobi ana adalah tidur semasa kelas sejarah…)

(-_-") Adooiiii…

Kalaupun ana tidur, bukan bermakna ana tak ambil tahu tau… (back up diri sendiri lah tu..) hihi.. Ampun cikgu… mesti cikgu rasa nak ketuk je kepala org yg dok seronok tidur tersengguk-sengguk time cikgu mula bercerita 'bed time story'. Meja paling depan pulak tu! Hoho… (o_O) nakalnya ana…

(Nasib baik wujudnya lagu ni..)

Tanggal 31
Bulan lapan 57
Merdeka merdeka… bla10x..

Ok. Stoplah cerita sejarah lama ana. Tak sesuai utk dijadikan isu hangat. Cerita perihal 31 Ogos baru banyak kisahnya.. Hehe.

Merdeka kah kita?

Itu pertanyaan yang ana ingin soal pada hadirin dan hadirat sekalian.. (ceh.. Bajet tengah bg ceramah..)

Apakah pada saat kita meraikan Hari Kemerdekaan saat ini, kita sebenarnya sudah merdeka, atau masih dalam proses kemerdekaan, atau belum mula mahu merdeka lagi?

Untuk hari cuti seNegara ini, jom sama-sama fikir sejenak.. Sejenak saja. Moga lahir buah fikiran lalu diaplikasi pada agama, bangsa dan negara.

Alhamdulillah. Syukur ke hadratNya kerana tanah air kita sudah merdeka dari jajahan pihak barat. TAPI kesinambungan daripada jajahan itu sebenarnya tidak hanya terhenti setakat 31 Ogos 1957.

Pinjam sebentar kata-kata dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi

"Bukan soal apa yang dilihat, tetapi soal bagaimana kita melihatnya.."

Maksudnya penilaian kita terhadap sesuatu perkara. Yaaa… 31 Ogos bukan hari untuk berpesta ya tuan-tuan dan puan-puan.. Cuti yg diberi bukan khas untuk bersuka ria. Hoooo… malam merdeka ni banyak sungguh sejarahnya. Alhamdulillah, kali ini jatuh pada bulan puasa. Jadi orang pun sambut seadanya..

Bak kata seorang kawan: Terima merdeka seadanya..

(diingat kata ni.. Sebab tiba2 ber'forum' merdeka tanpa ada arah tujuan. Haiyaaa… tiada point utk dikata..)

Cuba dilihat pada sejarah sambutan kemerdekaan sebelum ni.. Uisshhh.. Malam2 merdeka sungguh indah untuk berdua2an pergi menyambut sambil tengok bunga api. Romantik gitu…

Sambut merdeka? Macam mana mahu sambut kalau dating berdua? Itu tanda yang sungguh nyata bahawa 'mereka' belum merdeka.. Belum merdeka dari kejahilan. Belum merdeka dari belenggu dosa.. Banyak lagi contoh ketidakmerdekaan. Kalau begitu, apakah erti merdeka dihayati?

Sila jawab soalan2 berikut: (masuk Sejarah UPSR tau.. UPSR ada subjek Sejarah ka? Heee..)

Apakah merdeka kalau pakaian yang dipakai oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia bercirikan barat?
Apakah merdeka jika disambut dengan irama lagu yang entah apa liriknya? Kita negara Islam. Seharusnya sambut cara Islam kan..
Apakah.. Apakah… Apakah… banyak pula 'apakah' ana.. Hadirin bolehlah sambung sendiri...

Jadi, jomm.. Kita sama2 memerdekakan diri.. Tambah lagi waktu bulan Ramadhan. 10 malam yang terakhir pula.. Sangat sesuai untuk memuhasabahkan diri tentang erti sebenar kemerdekaan..

Ini kata-kata dari ana: Merdekakan hati dari belenggu penjajah segenap penjuru..

Penjajah bukan hanya British ya… cinta pun boleh jadi penjajah juga! Heeee…. Selamat berfikir!

Salam kemerdekaan, salam Ramadhan, salam Ibadah..

Nota 1:
Upsss… tengah2 malam ni, gastrik suka menyerang. Syukur bukan time ana berpuasa di siang hari. Jadi sedikit malas mahu menulis. Ana cuma tulis apa yg terlintas di kepala..


Nota 2:
1 September ana dan segerombolan budak Sabah akan bertolak ke Kuala Lumpur. Flight ke Sabah esok paginya; 2 September. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. InsyaAllah..

Tuesday, August 17, 2010

Nota Hati



Nota Hati
Kiriman Nurani

Ya Allah Yang Maha Pengasih,

Bila hati ini diketuk rasa rindu..
Bila hati ini diusik rasa cinta..
Biarlah ia hanya untukMu..

Namun, bila rasa hati tak mampu kukawal
Aku mohon padaMu..

Andai aku jatuh hati,
Dan dia bukanlah insan yang ditakdirkan untukku,
Izinkanlah aku menghilangkan rasa hati itu.

Andai aku jatuh hati,
Dan dia adalah insan yang Engkau takdirkan untukku,
Izinkanlah rasa itu ditangguhkan,
Hingga suatu saat ketika Engkau menghalalkannya.

Sesungguhnya, HATI ini milikMu
Dan Engkaulah yang berkuasa menguasainya

Janganlah Engkau biarkan hati ini
mengingati dan merindui selain dariMu

Ingin kusemai segala rasa hanya untukMu.
Izinkanlah aku mencintaiMu
Sepenuh hatiku..

Nota dari hati
Yang sentiasa ingin mencintai dan dicintai

Cahaya Harapanku
Nurul Amani.
17.8.2010

Hari Khamis

Allah suka sekali menguji ana pd hari Khamis. (senyum...)

Ada 7 hari dalam seminggu. Tapi hari Khamis merupakan hari ana yang paling sibuk. Kerana ada triple Lab pada hari tu. Tapi Alhamdulillah.. Lecturer ana sangat pandai menyusun waktu. Minggu ini lab lecturer ni, minggu depan lab lecturer tu.. Lagi satu lab, dari school lain, terpaksa didoublekan dengan kedua-dua Lab dari school ana. huuh... memang tak rehat langsung. Kelas start jam 8 pagi. Bersambung dgn lab di School of Biology yang serentak dengan lab di school ana, School of Industrial Technology.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri Sabah
PWTC
26 Ogos 2010
Khamis
Seluruh pelajar IPTA yang berasal dari Sabah dijemput..

Huhu... Siapa tak nak ikut program ni.. Memandangkan seluruh IPTA semenanjung berkumpul, bayangkanlah berapa ramai sahabat handai yang boleh ana temui... Ribuan.. Tapi rezeki ana tiada untuk itu.. hehe.. Walaupun sudah masuk tahun ketiga, masih juga tidak berpeluang.. Mungkin peluang itu untuk tahun depan..

Hari Khamis, 26 Ogos 2010.
Ana ada Lab & Test. Keduanya bertembung masa.. Aduh.. kenapa jg ya.. Sepanjang semester ini ana baru pergi 2 kali kelas 3-5ptg pd hari Khamis lantaran ada Lab yang perlu diusaikan. Lab pula selama 6 jam. Bermula 11am hingga 5pm. Beginilah jadinya kalau ambil paper dari school yang berbeza-beza.. Harap boleh dapat excuse untuk pergi test time tu nnt. (@_@)

Okey.. mungkin rezeki ana pada hari lain.. satu hari je pun sibuk... Hari-hari lain tak ada lah sesibuk hari Khamis. InsyaAllah..

Hari Khamis, 2 September 2010
Ini tarikh keramat. Tarikh yang akan menjadi sejarah selama ana duduk di USM. ya lah.. ini tarikh tiket flight untuk ana balik raya. Macam mana pula boleh bersejarah? hehe.. kerana ana tak pernah lagi balik raya sepanjang 2 tahun di USM. Tambah setahun di matrik, sudah jadi 3 tahun. hehe.. kebiasaan bagi anak perantauan. Oleh sebab kali pertama, ana jadi begitu excited. Tiket ini ana beli sejak bulan Febuari lagi. (memang nampak sangat excited kan.. haha)

Hari ini ana pergilah ke kelas. Ingin memohon kebenaran untuk tidak hadir presentation. Mohon untuk diawalkan atau yang sewaktu dengannya. Wahh.. Lecturer ana dengan tegasnya menyatakan tidak ada waktu lain baginya.. Ana korek lagi kepala ana.. mencari isi alasan. Ana pun cadang lagi, macam mana kalau ana contribute 100% dalam penyediaan modul presentation tapi yang akan bentang ahli group ana yang lain.. Huhu.. Lecturer ana jawab apa? Prof cakap, kalau begitu, ana tidak akan dapat apa-apa markah... ana bakal dapat zero for coursework.

Choose: either you want your marks or just go back and you got no marks.

Wahh.. Prof tak tahu, ini soalan paling susah pernah ana jawab. Kalau harga tiket ana murah, ana mungkin akan pilih presentation.. Tapi mahal sungguh bagi ana yang serba kekurangan ini.. Ana ingin juga tunda, tapi harganya 11 kali ganda.. mencecah 4 angka. wahhh... habis terus simpanan ana sejak kecil.. (tinggal berapa je lagi kat bank..) kalau guna, habislah.. Tak ada simpanan untuk kahwin.. (haha.. ke situ pulak ana ya... tak patut betul..)

Aduhh... ana masih buntu.. muka ana sudah tebal seinci depan prof yang sangat strict.. kawan-kawan ana yang lain cadang pergi merayu lagi utnuk kali kedua.. huhu.. agaknya ana kena pakai bedak setebak 2 inci untuk merayu lagi.. ( mencongak: brp harga bedak utk 2 inci?? ) huu~ Otak sudah sedikit senget...

Tadi selepas Prof reject permohonan ana, air mata hampir nak keluar.. Macam cacing kepanasan, ana bingung nak sembunyikan mutiara-mutiara yang amat bernilai tu di mana.. Langkah larian 400m ana buka, keluar dari dewan kuliah. Masuk saja toilet... brusshhhh... air mata keluar macam air terjun. Tak dapat dikawal. uwaaa~~ bukan kerana ana sangat manja.. Tapi kerana ana terlalu excited ingin pulang.. tak mampu terima dengan direct kenyataan "rejected".

huhu.. Lepas itu, ana pergi tawaf separuh USM. Nasib baik sekali pusing je.. Berjalan kaki tanpa payung. (payung tertinggal di dewan kuliah.. uhhuu~ payung ana..) Ingin melupakan sebentar segalanya. Lupa yang ana ni sensetif dgn panas terik, lupa yang ana ni puasa.. Paling penting ana nak lupakan apa yang prof cakap.. minda ana betul2 tak berfungsi masa tu.. Dahsyat sungguh penangan jawapan Prof. ana sendiri tak sangka ana akan jadi begitu..

Ana call rumah, dengan harapan ada yg mendengar luahan hati. Tapi rupanya, Allah sediakan lagi satu ujian. Ana pula yang jadi pendengar pada masalah.. haha.. (betul ke ana ketawa ni??)

Ana tekanan sbb tak dapat balik.. Rasa rugi tiket berharga ratusan ringgit. Tapi adik ana, dengan relanya membiarkan tiket ratusan ringgit hanya semata kerana boyfrennya tak hantar.. waaaaaa...

Kahwinlah kamu kalau tak mahu berpisah. Jangan sakitkan hati kami..

Tekanan dari setiap penjuru... Ya Allah, jangan biar aku lemah begini...
haaaa... apa dah ana merepek sepanjang 1 jam ni.. banyaknya ana tulis.. (kan betul.. minda ana kurang waras bila melayan kesedihan ni..) huhu... memandangkan sudah tulis, ana post sajalah... (tak habis lagi.. tapi baik ana stop.. mata ana sungguh sensitif dengan isu ini... asyik nak derma mutiara saja..)

Sabarlah wahai diri, Allah suka pada hambaNya yang banyak sabar.. (^_^)