Allah suka sekali menguji ana pd hari Khamis. (senyum...)
Ada 7 hari dalam seminggu. Tapi hari Khamis merupakan hari ana yang paling sibuk. Kerana ada triple Lab pada hari tu. Tapi Alhamdulillah.. Lecturer ana sangat pandai menyusun waktu. Minggu ini lab lecturer ni, minggu depan lab lecturer tu.. Lagi satu lab, dari school lain, terpaksa didoublekan dengan kedua-dua Lab dari school ana. huuh... memang tak rehat langsung. Kelas start jam 8 pagi. Bersambung dgn lab di School of Biology yang serentak dengan lab di school ana, School of Industrial Technology.
Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri Sabah
PWTC
26 Ogos 2010
Khamis
Seluruh pelajar IPTA yang berasal dari Sabah dijemput..
Huhu... Siapa tak nak ikut program ni.. Memandangkan seluruh IPTA semenanjung berkumpul, bayangkanlah berapa ramai sahabat handai yang boleh ana temui... Ribuan.. Tapi rezeki ana tiada untuk itu.. hehe.. Walaupun sudah masuk tahun ketiga, masih juga tidak berpeluang.. Mungkin peluang itu untuk tahun depan..
Hari Khamis, 26 Ogos 2010.
Ana ada Lab & Test. Keduanya bertembung masa.. Aduh.. kenapa jg ya.. Sepanjang semester ini ana baru pergi 2 kali kelas 3-5ptg pd hari Khamis lantaran ada Lab yang perlu diusaikan. Lab pula selama 6 jam. Bermula 11am hingga 5pm. Beginilah jadinya kalau ambil paper dari school yang berbeza-beza.. Harap boleh dapat excuse untuk pergi test time tu nnt. (@_@)
Okey.. mungkin rezeki ana pada hari lain.. satu hari je pun sibuk... Hari-hari lain tak ada lah sesibuk hari Khamis. InsyaAllah..
Hari Khamis, 2 September 2010
Ini tarikh keramat. Tarikh yang akan menjadi sejarah selama ana duduk di USM. ya lah.. ini tarikh tiket flight untuk ana balik raya. Macam mana pula boleh bersejarah? hehe.. kerana ana tak pernah lagi balik raya sepanjang 2 tahun di USM. Tambah setahun di matrik, sudah jadi 3 tahun. hehe.. kebiasaan bagi anak perantauan. Oleh sebab kali pertama, ana jadi begitu excited. Tiket ini ana beli sejak bulan Febuari lagi. (memang nampak sangat excited kan.. haha)
Hari ini ana pergilah ke kelas. Ingin memohon kebenaran untuk tidak hadir presentation. Mohon untuk diawalkan atau yang sewaktu dengannya. Wahh.. Lecturer ana dengan tegasnya menyatakan tidak ada waktu lain baginya.. Ana korek lagi kepala ana.. mencari isi alasan. Ana pun cadang lagi, macam mana kalau ana contribute 100% dalam penyediaan modul presentation tapi yang akan bentang ahli group ana yang lain.. Huhu.. Lecturer ana jawab apa? Prof cakap, kalau begitu, ana tidak akan dapat apa-apa markah... ana bakal dapat zero for coursework.
Choose: either you want your marks or just go back and you got no marks.
Wahh.. Prof tak tahu, ini soalan paling susah pernah ana jawab. Kalau harga tiket ana murah, ana mungkin akan pilih presentation.. Tapi mahal sungguh bagi ana yang serba kekurangan ini.. Ana ingin juga tunda, tapi harganya 11 kali ganda.. mencecah 4 angka. wahhh... habis terus simpanan ana sejak kecil.. (tinggal berapa je lagi kat bank..) kalau guna, habislah.. Tak ada simpanan untuk kahwin.. (haha.. ke situ pulak ana ya... tak patut betul..)
Aduhh... ana masih buntu.. muka ana sudah tebal seinci depan prof yang sangat strict.. kawan-kawan ana yang lain cadang pergi merayu lagi utnuk kali kedua.. huhu.. agaknya ana kena pakai bedak setebak 2 inci untuk merayu lagi.. ( mencongak: brp harga bedak utk 2 inci?? ) huu~ Otak sudah sedikit senget...
Tadi selepas Prof reject permohonan ana, air mata hampir nak keluar.. Macam cacing kepanasan, ana bingung nak sembunyikan mutiara-mutiara yang amat bernilai tu di mana.. Langkah larian 400m ana buka, keluar dari dewan kuliah. Masuk saja toilet... brusshhhh... air mata keluar macam air terjun. Tak dapat dikawal. uwaaa~~ bukan kerana ana sangat manja.. Tapi kerana ana terlalu excited ingin pulang.. tak mampu terima dengan direct kenyataan "rejected".
huhu.. Lepas itu, ana pergi tawaf separuh USM. Nasib baik sekali pusing je.. Berjalan kaki tanpa payung. (payung tertinggal di dewan kuliah.. uhhuu~ payung ana..) Ingin melupakan sebentar segalanya. Lupa yang ana ni sensetif dgn panas terik, lupa yang ana ni puasa.. Paling penting ana nak lupakan apa yang prof cakap.. minda ana betul2 tak berfungsi masa tu.. Dahsyat sungguh penangan jawapan Prof. ana sendiri tak sangka ana akan jadi begitu..
Ana call rumah, dengan harapan ada yg mendengar luahan hati. Tapi rupanya, Allah sediakan lagi satu ujian. Ana pula yang jadi pendengar pada masalah.. haha.. (betul ke ana ketawa ni??)
Ana tekanan sbb tak dapat balik.. Rasa rugi tiket berharga ratusan ringgit. Tapi adik ana, dengan relanya membiarkan tiket ratusan ringgit hanya semata kerana boyfrennya tak hantar.. waaaaaa...
Kahwinlah kamu kalau tak mahu berpisah. Jangan sakitkan hati kami..
Tekanan dari setiap penjuru... Ya Allah, jangan biar aku lemah begini...
haaaa... apa dah ana merepek sepanjang 1 jam ni.. banyaknya ana tulis.. (kan betul.. minda ana kurang waras bila melayan kesedihan ni..) huhu... memandangkan sudah tulis, ana post sajalah... (tak habis lagi.. tapi baik ana stop.. mata ana sungguh sensitif dengan isu ini... asyik nak derma mutiara saja..)
Sabarlah wahai diri, Allah suka pada hambaNya yang banyak sabar.. (^_^)
"Manusia hidup di dunia ini tak terlepas dari ujian Allah SWT.Kita sering diuji pada titik yang terlemah.Kondisi kita yang lemah sebenarnya adalah saat2 di mana kita memerlukan atau mencintai sesuatu tetapi apa yang diperlukan itu tidak dapat kita miliki atau lebih kurang dari itu sehingga kita berusaha untuk mendapatkannya.Pada saat itulah justru Allah menguji kita apakah kita percaya penuh dan berserah diri kepada-Nya atau melakukan sesuatu yang tidak diridhai-Nya.”.... bersabarlah wahai Amani..Sesungguhnya Allah bersama org beriman yang sabar(QS 2:153)
ReplyDeleteTerima kasih fadhilah... semua ahli kelas bg semangat.. huhu... terima kasih pd semua..
ReplyDeletetak kurang juga pd mereka yg sanggup nak tolong belikan sy tiket flight.. tp sy xmahu berhutang dgn org.. thanks byk2.. perhatian korg sgt2 dihargai.. (^^,)
mudah2an semua berada di bawah lindungan keredhaanNya..
sygku amani..
ReplyDeletebersabarla atas suma dugaan..
insyaALLAH suma ada hikmahnya nnt..
teringin maw g umah amani d ranau, nnt bwk sa k..:)
azma,
ReplyDeleteInsyaAllah.. syukran.. hehe... sy mgkn escape sj prsentation. syg tiket flight. kalau ada waktu dan peluang, InsyaAllah ada rekzi bila2 bleh dtg.. hehe.. :)