Wednesday, September 29, 2010

Cerita Penulis

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Aku bersujud hanya untukMu..




Cerita Penulis

Pada kanvas maya,
Kulakarkan kisah seorang penulis,
Kisah tentang kehambaan,
Kisah tentang kebenaran,

Ada saatnya dia bahagia,
Ada saatnya dia lemah,
Ada saatnya dia salah,

Walau dia hamba yang beriman,
Tapi imannya turun dan naik,
Kerana dia adalah manusia,
Yang kadangkala alpa,
Akan fitrah kejadiannya..

Atas daya usahanya,
Atas berkat keizinan dariNya,
Dia yang ingin jadi baik,
Berusaha jadi baik..

Itu tekadnya.

Bila jatuh, bangun semula,
Bertongkatkan kasih sayang dari tarbiahNya,
Bila salah, betulkan semula,
Berpandukan cahaya keampuanan dari maghfirahNya.
Bila lemah, teguhkan semula
Berasaskan mutiara iman dari hidayahNya

Hamba ini hanya mengharap,
Suatu saat kelak,
Berdiri di hadapan Pencipta,
Sebagai orang yang baik.

Maka, baiklah di dunia dan akhirat.

12.21pm
29 September 2010





Diri yang dikasihi,

Ujian itu adalah tarbiyah darinya.. Jangan biar dirimu tegar hanya kerana kesedihan, hanya kerana kekecewaan. Sebaliknya, buangkan yang negatif, fikirlah dari sudut positifnya. Kerna pasti, itulah yang terbaik. Segala yang berlaku ada hikmahnya jika kamu benar-benar berfikir. Al-Khaliq lebih mengetahui..

"Dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang.."

Maka, susurilah jalan tarbiah dengan senang dan tenang.. Fikirkan dan jalankan penyelesaian yang terbaik. Pasti akhirnya ada bahagia..







1 comment: