Monday, October 4, 2010

We Care

Baru malam tadi USM mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1 Malaysia. Lebih 3000 orang yang hadir daripada pelbagai bangsa. Tak kurang juga warga asing yang menuntut dan bekerja di USM.
ana ambil dari blog rasmi we care


Ana jadi crew We Care: Tawau Project. A Shelter for the homeless.

Baru malam ini ana dapat membantu.. Huhu..
Band dan penyanyi juga ramai dari kalangan pelajar Sabah.

Tersebutlah kisah ana dan rakan ana yang bertugas sebagai We Care Crew (siap pakai name tag lagi).. Kami pergi memungut derma dari meja ke meja. Sampailah ke satu meja. Meja warga asing. Lihat pada wajah mereka kelihatan iras2 India. Rakan ana dengan lancarnya menjelaskan dalam bahasa Inggeris tentang tabung We Care.

Setelas habis menjelaskan, seorang lelaki dari kumpulan tersebut pun berkata;

"You know.. The flood in Palestine??"

Ana dan rakan ana hanya saling berpandangan.. Masih mahu mendengar kata2 seterusnya dari lelaki itu.

"I think, you are the one who should give to us.." Lelaki itu pandang tepat ke wajah ana. Ana terdiam. Kaku. Bisu. Kata-katanya ada kebenaran.. Dia menyambung lagi sedikit tentang kisah negaranya. Tapi ana kurang dengar lantaran bunyi bising di sekeliling yang agak membingitkan telinga..

"Ok.. How much this badge. Give me one. I just take this.." Sambung lelaki itu lagi. Mungkin rasa kasihan pada ana dan rakan ana… RM3 berganti tangan..

Ana sempat lagi bertanyakan dia datang dengan siapa.. Belajar lagi atau kerja.. Hanya sebagai modal untuk beramah mesra.. Huhu.. Terasa seperti diri ana sungguh kejam.. Tak tahu lagi apa yang harus ana katakan...

Seribu satu soalan menyerang fikiran ana.. Rasa bersalah pun ada.. Hanya senyuman pahit mampu ana beri yang terselindung disebalik kemanisan.. Terasa sedikit beban fikirannya, yang berfikir demi negaranya.. Hanya sedikit!!

Cukupkah andai ana hanya tersenyum? Bantuan yang ana pohon, untuk mangsa banjir di Tawau.. Ana rasa malu berhadapan dengan mereka yang berasal dari Palestine dengan name tag yang tertera "WE CARE CREW". Tapi, apakah ana benar2 care? Huhu…

Syukurlah dalam majlis itu, ada hasil kutipan derma yang diberi pada rakyat Palestine. Hasil kutipan dari 3 buah kampus USM yang telah pun dikutip sebelum ini..



Sejenak untuk renungan bersama.. Di sekeliling kita, masih ramai yang memerlukan bantuan.. "CARE" for them is something very important. Tidak cukup hanya dengan wang ringgit.. Tapi kasih sayang kita.. Perhatian kita pada mereka..

Mungkin mereka tidak akan pernah mengenali kita. Akan tetapi, kita mengenali diri kita. Dan Allah lebih tahu.



ARE WE REALLY CARE??

Wednesday, September 29, 2010

Cerita Penulis

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Aku bersujud hanya untukMu..




Cerita Penulis

Pada kanvas maya,
Kulakarkan kisah seorang penulis,
Kisah tentang kehambaan,
Kisah tentang kebenaran,

Ada saatnya dia bahagia,
Ada saatnya dia lemah,
Ada saatnya dia salah,

Walau dia hamba yang beriman,
Tapi imannya turun dan naik,
Kerana dia adalah manusia,
Yang kadangkala alpa,
Akan fitrah kejadiannya..

Atas daya usahanya,
Atas berkat keizinan dariNya,
Dia yang ingin jadi baik,
Berusaha jadi baik..

Itu tekadnya.

Bila jatuh, bangun semula,
Bertongkatkan kasih sayang dari tarbiahNya,
Bila salah, betulkan semula,
Berpandukan cahaya keampuanan dari maghfirahNya.
Bila lemah, teguhkan semula
Berasaskan mutiara iman dari hidayahNya

Hamba ini hanya mengharap,
Suatu saat kelak,
Berdiri di hadapan Pencipta,
Sebagai orang yang baik.

Maka, baiklah di dunia dan akhirat.

12.21pm
29 September 2010





Diri yang dikasihi,

Ujian itu adalah tarbiyah darinya.. Jangan biar dirimu tegar hanya kerana kesedihan, hanya kerana kekecewaan. Sebaliknya, buangkan yang negatif, fikirlah dari sudut positifnya. Kerna pasti, itulah yang terbaik. Segala yang berlaku ada hikmahnya jika kamu benar-benar berfikir. Al-Khaliq lebih mengetahui..

"Dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang.."

Maka, susurilah jalan tarbiah dengan senang dan tenang.. Fikirkan dan jalankan penyelesaian yang terbaik. Pasti akhirnya ada bahagia..







Tuesday, August 31, 2010

Balik Kampung & Hari Raya

Assalammualaikum..

Esok ana akan memulakan pengembaraan pulang ke rumah.. 11pm akan bertolak dari Penang ke Kuala Lumpur. Esok juga Desasiswa RST akan mengalami gangguan elektrik dari pukul 10am hingga 7pm. Oleh itu, sebelum ana meninggalkan dunia IT ni.. (hehe.. malas nak online kalau dah sampai rumah) ana nak ucaplahkan apa2 yang patut.. Padahal ana tinggal di sekolah. hari-hari boleh online. Tapi seganlah.. tiba2 ana seorang je tak pakai baju sekolah pegi bawa laptop ke kawasan ada wireless.. hehe..

Ranau?? ehehe...

Mungkin masih awal, untuk ana ucap sebab hati ana masih mood Ramadhan.

Hati ana sebenarnya masih inginkan Ramadhan.. huhu.. tinggal beberapa hari saja lagi. Ini first time ana ucap Selamat Hari Raya awal. Sudah 3 tahun tak pulang beraya, jadi ana selalu ucap Selamat Hari Raya time org dah nak balik. Ana takkan ucap sebelum tiba waktunya.. huhu.. sedih hati coz beraya sorang di perantauan. Tapi kali ini InsyaAllah ana akan pulang. Kepada sahabat2 ana, yang sudah lama tak pulang, harap bersabarlah.. InsyaAllah rezeki kalian akan datang. (terutamanya pada Ukhtie Azma yang sudah 5 tahun tak pulang) Jangan sedih2 ya..

Kepada group presentation BTT ana; Fadhilah, Mas, Salwa & Azyan: Ampun maaf dipinta coz tak dapat bersama present.. huhu.. ana terpaksa lepaskan 5% markah final. (menyesal pun ada sbnrnya..) tapi sbb sudah terlanjur beli tiket seawal Febuari lalu. Ana tak sampai hati nak biarkan.. Mudah2an Prof Chan berlembut hati. huhu... Semoga berjaya untuk semua!!


Pada semua sahabat-sahabat ana,

SELAMAT HARI RAYA

Sementara masih di bulan Ramadhan,
eloklah kiranya ana memohon maaf atas segala
keterlanjuran salah dan silap ana
sepanjang kalian mengenali ana.
(Lebih afdal mohon maaf waktu Ramadhan kan.. hehe)

Ana sayang semuanya..
sayang semua sahabat, teman, kawan, rakan..
dan semua yang mengenali ana.
Moga Allah melimpahkan kasih sayangNya dan keredhaanNya
pada hubungan yang terjalin.

huhu.. rindu dengan sahabat semua..
SEMEKAR, KML, AL IRFAAN..
(yang di USM kurang dirindu.. hohohoho.. hari2 ketemu jg)
tapi, suatu hari nanti pasti ana tetap akan merindui segala memori USM
Moga semuanya sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya.

okey.. itu saja.
terakhir sekali,
kepada yang bakal balik kampung,
atau yang sedang dalam perjalanan,
atau yang sudah di kampung..

SELAMAT BERCUTI

JOMM... BALIK KAMPUNG!!



khas untuk yang naik Air Asia Airline saja.. ehehe..

tak sabar jumpa family..
tak sabar nak merasa puasa & raya di rumah..
(^_^)v

Ranau, nantikan kepulangan ana!

Merdeka kah Kita?


Kepada tuan punya gambar.. pinjam ya.. heee.. (ambil dr intertet ja..)

Alhamdulillah.. Hari ni 31 Ogos 2010. Hari yang membawa seribu makna pada rakyat Malaysia. Tanpa adanya hari ini pada 53 tahun yang lepas, takkan ada keamanan seperti yang kita kecapi sekarang. Itulah salah satu peri pentingnya kenapa kita perlu belajar tentang sejarah..


(ambooiiiii… ayat tak sudah… hehe… padahal hobi ana adalah tidur semasa kelas sejarah…)

(-_-") Adooiiii…

Kalaupun ana tidur, bukan bermakna ana tak ambil tahu tau… (back up diri sendiri lah tu..) hihi.. Ampun cikgu… mesti cikgu rasa nak ketuk je kepala org yg dok seronok tidur tersengguk-sengguk time cikgu mula bercerita 'bed time story'. Meja paling depan pulak tu! Hoho… (o_O) nakalnya ana…

(Nasib baik wujudnya lagu ni..)

Tanggal 31
Bulan lapan 57
Merdeka merdeka… bla10x..

Ok. Stoplah cerita sejarah lama ana. Tak sesuai utk dijadikan isu hangat. Cerita perihal 31 Ogos baru banyak kisahnya.. Hehe.

Merdeka kah kita?

Itu pertanyaan yang ana ingin soal pada hadirin dan hadirat sekalian.. (ceh.. Bajet tengah bg ceramah..)

Apakah pada saat kita meraikan Hari Kemerdekaan saat ini, kita sebenarnya sudah merdeka, atau masih dalam proses kemerdekaan, atau belum mula mahu merdeka lagi?

Untuk hari cuti seNegara ini, jom sama-sama fikir sejenak.. Sejenak saja. Moga lahir buah fikiran lalu diaplikasi pada agama, bangsa dan negara.

Alhamdulillah. Syukur ke hadratNya kerana tanah air kita sudah merdeka dari jajahan pihak barat. TAPI kesinambungan daripada jajahan itu sebenarnya tidak hanya terhenti setakat 31 Ogos 1957.

Pinjam sebentar kata-kata dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi

"Bukan soal apa yang dilihat, tetapi soal bagaimana kita melihatnya.."

Maksudnya penilaian kita terhadap sesuatu perkara. Yaaa… 31 Ogos bukan hari untuk berpesta ya tuan-tuan dan puan-puan.. Cuti yg diberi bukan khas untuk bersuka ria. Hoooo… malam merdeka ni banyak sungguh sejarahnya. Alhamdulillah, kali ini jatuh pada bulan puasa. Jadi orang pun sambut seadanya..

Bak kata seorang kawan: Terima merdeka seadanya..

(diingat kata ni.. Sebab tiba2 ber'forum' merdeka tanpa ada arah tujuan. Haiyaaa… tiada point utk dikata..)

Cuba dilihat pada sejarah sambutan kemerdekaan sebelum ni.. Uisshhh.. Malam2 merdeka sungguh indah untuk berdua2an pergi menyambut sambil tengok bunga api. Romantik gitu…

Sambut merdeka? Macam mana mahu sambut kalau dating berdua? Itu tanda yang sungguh nyata bahawa 'mereka' belum merdeka.. Belum merdeka dari kejahilan. Belum merdeka dari belenggu dosa.. Banyak lagi contoh ketidakmerdekaan. Kalau begitu, apakah erti merdeka dihayati?

Sila jawab soalan2 berikut: (masuk Sejarah UPSR tau.. UPSR ada subjek Sejarah ka? Heee..)

Apakah merdeka kalau pakaian yang dipakai oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia bercirikan barat?
Apakah merdeka jika disambut dengan irama lagu yang entah apa liriknya? Kita negara Islam. Seharusnya sambut cara Islam kan..
Apakah.. Apakah… Apakah… banyak pula 'apakah' ana.. Hadirin bolehlah sambung sendiri...

Jadi, jomm.. Kita sama2 memerdekakan diri.. Tambah lagi waktu bulan Ramadhan. 10 malam yang terakhir pula.. Sangat sesuai untuk memuhasabahkan diri tentang erti sebenar kemerdekaan..

Ini kata-kata dari ana: Merdekakan hati dari belenggu penjajah segenap penjuru..

Penjajah bukan hanya British ya… cinta pun boleh jadi penjajah juga! Heeee…. Selamat berfikir!

Salam kemerdekaan, salam Ramadhan, salam Ibadah..

Nota 1:
Upsss… tengah2 malam ni, gastrik suka menyerang. Syukur bukan time ana berpuasa di siang hari. Jadi sedikit malas mahu menulis. Ana cuma tulis apa yg terlintas di kepala..


Nota 2:
1 September ana dan segerombolan budak Sabah akan bertolak ke Kuala Lumpur. Flight ke Sabah esok paginya; 2 September. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. InsyaAllah..

Tuesday, August 17, 2010

Nota Hati



Nota Hati
Kiriman Nurani

Ya Allah Yang Maha Pengasih,

Bila hati ini diketuk rasa rindu..
Bila hati ini diusik rasa cinta..
Biarlah ia hanya untukMu..

Namun, bila rasa hati tak mampu kukawal
Aku mohon padaMu..

Andai aku jatuh hati,
Dan dia bukanlah insan yang ditakdirkan untukku,
Izinkanlah aku menghilangkan rasa hati itu.

Andai aku jatuh hati,
Dan dia adalah insan yang Engkau takdirkan untukku,
Izinkanlah rasa itu ditangguhkan,
Hingga suatu saat ketika Engkau menghalalkannya.

Sesungguhnya, HATI ini milikMu
Dan Engkaulah yang berkuasa menguasainya

Janganlah Engkau biarkan hati ini
mengingati dan merindui selain dariMu

Ingin kusemai segala rasa hanya untukMu.
Izinkanlah aku mencintaiMu
Sepenuh hatiku..

Nota dari hati
Yang sentiasa ingin mencintai dan dicintai

Cahaya Harapanku
Nurul Amani.
17.8.2010