Monday, October 4, 2010

We Care

Baru malam tadi USM mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1 Malaysia. Lebih 3000 orang yang hadir daripada pelbagai bangsa. Tak kurang juga warga asing yang menuntut dan bekerja di USM.
ana ambil dari blog rasmi we care


Ana jadi crew We Care: Tawau Project. A Shelter for the homeless.

Baru malam ini ana dapat membantu.. Huhu..
Band dan penyanyi juga ramai dari kalangan pelajar Sabah.

Tersebutlah kisah ana dan rakan ana yang bertugas sebagai We Care Crew (siap pakai name tag lagi).. Kami pergi memungut derma dari meja ke meja. Sampailah ke satu meja. Meja warga asing. Lihat pada wajah mereka kelihatan iras2 India. Rakan ana dengan lancarnya menjelaskan dalam bahasa Inggeris tentang tabung We Care.

Setelas habis menjelaskan, seorang lelaki dari kumpulan tersebut pun berkata;

"You know.. The flood in Palestine??"

Ana dan rakan ana hanya saling berpandangan.. Masih mahu mendengar kata2 seterusnya dari lelaki itu.

"I think, you are the one who should give to us.." Lelaki itu pandang tepat ke wajah ana. Ana terdiam. Kaku. Bisu. Kata-katanya ada kebenaran.. Dia menyambung lagi sedikit tentang kisah negaranya. Tapi ana kurang dengar lantaran bunyi bising di sekeliling yang agak membingitkan telinga..

"Ok.. How much this badge. Give me one. I just take this.." Sambung lelaki itu lagi. Mungkin rasa kasihan pada ana dan rakan ana… RM3 berganti tangan..

Ana sempat lagi bertanyakan dia datang dengan siapa.. Belajar lagi atau kerja.. Hanya sebagai modal untuk beramah mesra.. Huhu.. Terasa seperti diri ana sungguh kejam.. Tak tahu lagi apa yang harus ana katakan...

Seribu satu soalan menyerang fikiran ana.. Rasa bersalah pun ada.. Hanya senyuman pahit mampu ana beri yang terselindung disebalik kemanisan.. Terasa sedikit beban fikirannya, yang berfikir demi negaranya.. Hanya sedikit!!

Cukupkah andai ana hanya tersenyum? Bantuan yang ana pohon, untuk mangsa banjir di Tawau.. Ana rasa malu berhadapan dengan mereka yang berasal dari Palestine dengan name tag yang tertera "WE CARE CREW". Tapi, apakah ana benar2 care? Huhu…

Syukurlah dalam majlis itu, ada hasil kutipan derma yang diberi pada rakyat Palestine. Hasil kutipan dari 3 buah kampus USM yang telah pun dikutip sebelum ini..



Sejenak untuk renungan bersama.. Di sekeliling kita, masih ramai yang memerlukan bantuan.. "CARE" for them is something very important. Tidak cukup hanya dengan wang ringgit.. Tapi kasih sayang kita.. Perhatian kita pada mereka..

Mungkin mereka tidak akan pernah mengenali kita. Akan tetapi, kita mengenali diri kita. Dan Allah lebih tahu.



ARE WE REALLY CARE??

No comments:

Post a Comment