Hidup itu satu perjalanan..
Setiap hari pasti ada pengalaman baru kan... hehehe.. rasa seronok melalui hari-hari yang penuh pengalaman.
so, apa yang berlaku hari ini? Sebenarnya tiada yang special. Tapi cukup sekadar peristiwa-peristiwa yang membuatkan ana tersenyum.. (^__^)
Pertama, tertulis nota di whiteboard Makmal 148: (eh.. ini cerita semalam)
Finish your experiment before 5pm.
Dr Lee.
"I have convocation tomorrow... " (mcm ni ke Dr cakap?) hehehhe... lupa. ana cuma ingat wajah excited Dr. hehehehehe... lucu~!! -pssst... terlalu sukar nak tgok Dr Lee senyum. Apatah lagi excited! Selalu berwajah bluurr saja.- hahahaha.. (Dr, jgn marah ana !)
Padanlah tak boleh overtime buat lab... hehe..
Kedua, semalam budak Cina dari kedai air dtg jumpa ana minta tolong ana kembalikan kunci yg hilang pada pemiliknya.. mungkin tertinggal di kedainya. So, ana pun dengan sukarelanya menolong. Bilik 3.21... hehe.. reaksi pemiliknya agak lucu.. Dia mungkin agak gembira atau mungkin terharu.. hingga tak tahu nak luah mcm mana..
"awak.. terima kasih tau.. " bersama senyuman manis keharuan.. hampir2 cik adik tu melompat-lompat depan ana.. (^___^)
Ketiga, anak bongsu taukeh kedai air datang menyibuk kat depan ana tadi.. celotehnya buat ana lupa sebentar dengan kebosanan ana menjaga kedai.. hehehe..
"saya tak tau itu komputer.. kalau di kelas 1 komputer 1 orang saya rasa macam hell.. Abang Long saya pun suruh saya cepat2 guna komputer.. tapi saya tak tau itu komputer.. bla100x.. "
hahahhaha... susah nak faham apa yg dia nak sampaikan.. berputar belit..
"Itu yang macam ini... panjang panjang... untuk paper print.. yang black colour... "
(_??????_) ana pulak yang bluurrr... dia nak apa ni? hahahaha.. rupa-rupanya ring paper untuk binding comb.
huhuhu.. (T_T)~ lucu..
keempat, ada pelanggan lelaki dari Indonesia: ( ganteng deh... haha..)
Orang tu : "Photocopy 3 set.. tapi yang ini nggak mau.."
Amani : "15 sen"
Orang tu keluarkan 20 sen dari dompetnya.. dan ana bagi baki 5 sen. hukhukhuk.. serius orang tu tenung syiling 5 sen. Siap belek-belek lagi.
"Ini pertama kali saya tengok 5 sen.. Saya fikir, 10 sen paling kecil.."
huh??!! hahaha... Padan lah...
bercerita sebentar sebelum dia beredar.. ehehe.. ramai pula pelanggan dari Indonesia hari ni... Lupa pula prgram apa.. HGCT ?? huhu.. itu ke orang Indonesia sebut tadi?
Okeylah.. sekian saja cerita hari ini. Saja post untuk isi kebosanan menjaga kedai pada hari Sabtu.. Ramai telatah orang untuk diperhati dari jendela tempat ana bekerja.. hehe.. malangnya, tak ramai yang mahu jadi pelanggan..
Kesimpulannya, hargai hari anda.. Mustahil hanya ada kedukaan dalam hidup sedangkan hal remeh temeh pun boleh buat kita tersenyum dan senang hati... Syukur kerana kita masih boleh merasa dengan hati. (^___^)
No comments:
Post a Comment