Saturday, February 26, 2011

Tiba-tiba... haha.

Pesanan buat pembaca: errr.... tak payah baca post ini! huhuhu... kepala agak mereng seketika... so, just biarkan ana ikutkan hati ana sebentar.....

Suatu ketika dulu..

"Amani!!" panggil umi ana..

Haaa… panggilan itu memang amat jarang kedengaran.. Itu bunyi siren yang menandakan umi bakal memulakan 'ceramah'.. Haha.. Ana dipanggil "Teteh" atau "Teh"di rumah.. Dulu membesar di Indonesia.. Sampai ke Malaysia masih digelar itu.. Huhu.. Hingga kini masih kekal.. Kalau ana dipanggil Amani di rumah.. Hmmm… mesti ada something yang tak kena di mata..

"Kenapa itu.. Kenapa ini…" leteran mula membingit telinga.. Kadangkala telinga ditarik2 sbb tak mahu mendengar kata… aduhh!

Kanak-kanak memang harus nakal! Hehe..

Tapi itu belasan tahun yang lalu..  Didikan seperti itu yang menjadikan ana sekarang kan..  Indahnya mengenang leteran-leteran itu..

Dulu ana mungkin akan merungut,

"Ish.. Umi ni.. Suka betul marah-marah orang.. Ini tak boleh.. Itu tak boleh.."

Kalau umi tak marah ana sebab tak lipat baju, tak basuh kain, tak kemas rumah, bangun lambat.. Huhu.. Ana mungkin takkan tahu melakukan semua itu sekarang..

Thanks to Umi kerana selalu marah ana kalau bangun lambat.. Hingga kini bangun awal itu sudah jadi tabiat.. Ehehe..

Zaman keseronokan ana agak terhad. Waktu umur ana 10 tahun, tanggungjawab sudah diletak di bahu ana. Umi dan abah kerja sambil belajar. Wahh! Memang busy. Jarang ada masa untuk kami. Seawal itu ana belajar untuk jadi Anak Sulung.

Huhu… teringat bagaimana pertama kali ana masak lauk.. (T_T)~ tak boleh dimakan!! Haha… (Thanks pd nenek yang masak semula lauk tu.. Huhu..)

Haaa… lain kali kawin muda lagi! Ana dan Umi cuma beza 20 tahun. Huhu.. Seperti beza ana dengan adik bongsu ana.. Uwaaaaa...

Tak heran bila ana pulang rumah.. Ada orang kampung tanya pada Umi; "Adik ka??"

Hukhukhuk… ana yang tua atau Umi yang muda??? (-_-")

Itulah keburukan belajar di perantauan.. Jarang pulang. Orang kampung pun tak kenal.. Boleh pulak cakap ana ni adik Umi.. Huhuhuhuhu…….

Uwaaa… nak balik rumah! Homesick already…


Tapi kini leteran-leteran itu sudah tidak kedengaran.. Ya.. Ana dah tak pernah dengar.. Apakah ana sudah berjaya meraih gelaran "anak yang baik"? Huhu.. Hanya Allah yang mampu menilainya.. Dan segalanya bergantung pada redha Umi..

Biar adik-adik ana pula merasa leteran umi.. Hehe..

Sebaliknya, ana adalah tempat Umi mengadu.. Bercerita itu dan ini.. Huhu.. Ana sudah cukup dewasa?

Ana ingat lagi waktu umur ana belasan tahun.. Ketika ana seronok mendendangkan lagu Kasih-Kekasih nyanyian In Team.. Umi tiba-tiba menyampuk,

"Itu bukan lagu orang besar ka?"

Uikkss.. Ana masih kecil kah?? Hahaha… Ana mungkin masih kelihatan seperti anak kecil di hatinya.. 

Tapi kini adik-adik ana menyanyi lagu 'orang besar' seawal umur 4 tahun.. Tak ada pula umi tegur.. Huhu..

Beza sungguh! Teknologi nyata menghilangkan segala keindahan yang terdahulu… Semuanya sudah jadi biasa.. Budak 1 tahun pun sudah tahu nyanyi lagu Siti. 

Wahh!! Terasa seperti ingin putarkan waktu.. Mengulang kembali detik-detik terindah.

Tapi kita sudah berada pada saat ini.

I LOVE YOU UMI.. FOREVER AND EVER.. Hehe.. (^_^)

Nota 1:
Huhu.. Agak tensen dengan kerja yang berlambak… ini baru bergelar student.. Belum pekerja..

Nota 2:
Ya Allah, izinkan ana mencari cahaya-cahayaMu.. Jiwa ini sentiasa dahagakannya..

4 comments: