Tuesday, March 8, 2011

Under Pressure

Bismillahirahmanirrahim..

Bawah Aras Ketenangan

Terperangkap dalam lautan nan dalam
tekanan yang menekan menikam
jasad yang suram
bertemankan kelam malam
sendirian bermuram

ingin digapai cahaya seri
namun jauh di permukaan bumi
dalam diam harapan bersemi
biar sampai garis-garis cahaya suci
ke lautan dalam tiada peri
tempat jasad berdiri

hati bagai hilang dalam timbunan konkrit maya
ia jadi keras walau bernyawa
mudahnya dikuasai amarah
dek kerana rasa yang menekan sukma

jangan diganggu jiwa yang kacau
fikir positif ia tak mampu
saat ketenangan tidak bertamu

biar tiada yang mahu memahami
usaha diri

kerana Engkau sentiasa tahu
lebih dari tahu.

Ya Rabbi
Aku mohon ketenangan hati
beri aku kekuatan agar tarbiahMu bisa aku harungi

Cahaya Harapan.

2 comments:

  1. bukan tidak pernah melalui zaman derita itu,bukan tidak pernah merasai kisah sengsara itu, walau berbeza cara derita dan sengsara itu menempati ruang hidup kita sahabtku, engkau tahu bahawa semuanya ujian dariNya..ketahuilah tidak pernah sahabtmu dengan sengaja tidak mengambil tahu dan tidak mahu memahami apa berlaku di hidupmu..mungkin kesilapan menyapa semasa engkau di ruang duka..apapun moga silapku dimaafkan..tp ketahuilah,apa yang kau rasa sungguh dekat dengan hidupku, cuma mungkin tidak sekentalmu,sahabatmu mengambil jalan mudah untuk menyelesai kusut hidup(dan mungkin ada hati tercetus soal,"andai ku punya pilihan.."..moga Allah memberi jalan keluar pada persoalan hati2 hambaNya).. dan ketahuilah,sahabatmu ini sentiasa bersamamu..tabahlah sahabat! moga Allah membalas setiap usahamu dgn sebaik2 balasan,moga Allah memberi jalan penyelesaian pada cebis2an ujian yang didatangkan kepadamu, moga Allah memberikan kekuatan jiwa pada dirimu untuk meneruskan p'jalanan menujuNya..moga kita terus dengan pergantungan pada Allah setiap hela nafas dalam kembara singkat ini..moga dengan meningkatnya atau mengurangnya ujian kita terus dengan husnu zhon dengan Allahurrahmaan,tetap merapatkan jiwa denganNya... moga Allah redha kamu sahabat..wa baarakallahu feeki ya sodiqati zulqowiyy alqalb..innani ma'aki abadan abada..insyaAllah..wa ana uhibbuki fillah..laa tahzan..^_^..

    me,teratakarranawi..

    ReplyDelete
  2. syukran jazilan kathiran ya sodiqati... ana aidhon, uhibbuki fillah... (^___^)

    ReplyDelete