Sunday, January 27, 2013

Kayangan

Hari tu berkesempatan jalan-jalan.. Destinasinya?

Menara Kayangan, Lahad Datu, Sabah.

atau.. juga dikenali sebagai Tower of Heaven.

Subhanallah. Puas mata memandang..

Kalau nama dah kayangan, semestinya di awanan kan? hehehe.. (atas gunung tu, di awan lah kan... hihihi)

So, sempatlah berangan sebentar jadi Puteri Kayangan..

Kalaulah plan awal2 nak pegi sana... Confirm!! saya tak nak pakai sandals yang berat tu! & wajib bawa kamera. dan... pakai dress ala2 puteri kayangan. eh!! hehehe.. terlebih pulak.

Tapi betul... ada pelancong cina (eh.. macam korea pulak) yang naik guna dress. perrghh.. @_@ 

Puas hati tengok view dari atas menara. Rugi tak bawa kamera.. jelas nampak bahagian mulut pada peta Sabah (klu tak tahu, sila tengok peta Sabah ye.. ). dan juga lautan biru campur dengan kehijauan hutan..

boleh baca sini kalau nak tahu lebih lanjut.

That's about 11-storey building high and considering it's built on top of Mount. Silam, it is not hard to imagine the beautiful panoramic view one can expect to see from the top floor.

err... biar betul?? saya naik tangga setinggi 11 storey dengan sandals yang berat tu.. No wonderlah rasa nak putus kaki... T_T



nah, ini saja gambar yang ada. itupun, dari handphone encik Ahmad. seganlah orang nak bergaya sakan. T_T ~

kalau tak, confirm di tiang lampu pun saya bergambar.. uhuhh.. tepi tiang lampu tu sangat cantik.. =.="


see?? cantik kan? huhu.. 
pinjam ye tuan punya picture.. pacik google yang suggest ni.


Lain kali boleh buat wedding photoshoot sini. ehh?? kenapa macam ada bau2 nasi minyak ni?

hihihihi..
 


Sunday, January 6, 2013

Selamat Malam!



Tanya pada diri;

Apa yang telah kita lakukan pada diri..
Apa yang telah kita lakukan pada orang lain...
dan, apa yang telah kita lakukan pada Pencipta kita..

Hidup kalau tak bermuhasabah, akan terus lalai..

Cuba fikir balik,

Bila kali terakhir kita bermuhasabah? semalam? minggu lepas? atau... tak boleh nak ingat lantaran terlalu sedikit.. malah mungkin tak pernah sama sekali.

Kata orang, hidup harus terus melangkah kehadapan. Tinggalkan yang sudah lepas.

Tapi, yang ditinggalkan itu juga punya banyak pengajarannya.. kesilapan yang kita pernah lakukan, adakah sudah diperbetulkan? atau... kita hanya mahu mengingat kemenangan, kemegahan dan kejayaan?

Khasnya, kita yang percaya pada hari akhirat kelak.. tanyalah pada diri, setelah apa yang telah kita lakukan sehingga waktu ini, apakah layak untuk kita ke syurga?

agak2 kalau boleh dianggar, kalau buat graf dapat macam ni tak? 
atau sebaliknya?

Astaghfirullah.. Kita kenal diri kita. Tapi Allah lagi kenal kita..

Jadi, jangan lupa muhasabah, supaya kita boleh sentiasa memastikan bagaimana diri kita yang sebenarnya. Usahalah agar timbangan kita di sebelah kanan lebih banyak dari di kiri.

Sebelum itu, maafkan saya andai pernah melukakan hati yang membaca..  minta maaf.. :')


ok. Selamat Malam! Assalamualaikum.. :)




Monday, December 31, 2012

Aurat si gadis manis :)



Assalammualaikum.. =)

Rata-rata gadis manis yang beragama Islam mesti tahu pasal aurat kan? Bahagian yang mana wajib ditutup dan dilindungi.. dan yang mana boleh dibuka... tahu kan?

Kalau kurang pasti tu.. ada satu cara untuk pastikannya dengan mudah..

Kalau rasa-rasa baju yang kita pakai tu boleh terus diguna untuk solat tanpa memakai telekung, maksudnya.. pakaian kita sudah cukup syaratnya.. =)

Tak perlulah pakai tudung sebesar telekung.. tapi, kalau pakai lagi elok kan? hehe.. macam muslimah arab. Atau macam muslimah yang bertudung labuh... sejuk mata hati memandang.. paling tidak pun.. pakai tudung yang menutupi dada dan jangan lupa, stokin. (^_^)

Tapi.. pilihan ditangan anda.. Asalkan menutup aurat.

Tapi... tutup aurat tak sama dengan tutup kulit ye.. tutup kulit tu maksudnya hanya memakai pakaian yang menutupi bahagian-bahagian aurat tapi terlalu ketat sampai boleh nampak bentuk tubuhnya.. atau terlalu jarang dan nampak bayang-bayang bentuk tubuh...

jomm.. sama-sama melengkapi diri dengan bekalan ke akhirat. Siapa tahu... tiba-tiba saja Izrail datang menjemput kita..

tutup aurat saja tak cukup... sebab rukun-rukun Islam belum lengkap.. 

oleh itu, mari berusaha menjadi seorang muslimah yang baik pada pandangan Allah.

Biiznillah...


 

Wednesday, December 26, 2012

Home Alone + Lepas Geram

sofa yg menjadi 'bilik' selama bbrp hari.. ditemani oleh Wiki c kucing nakal.

Family semua pergi ke KL untuk hadiri konvo adik yang selepas saya. huhu.. dorang gerak 18 Disember.. dan saya bercuti pulak 20hb.. terpaksalah sy tinggal sendiri bersama wiki di rumah selama 6 hari... ruang tamu, saya jadikan bilik.. rumah terlalu sunyi sampaikan saya tak ada hati nak masuk bilik tdur. Nasib lah ada adik sepupu yang datang temankan..

kami berdua tidur depan TV.. =.="

Tapi............. bila mereka balik saja dari KL... masing2 sudah punya iPhone! eh.. entah iPhone ke iPad ke android benda tu.. (bab gadget ni mmg sy fail..)  even adik yg baru nak masuk tahun 1 tu pun ada !! apa tah mimpi dorang ni.. dannnnnnnnnn.. yang tak adilnya... huhu..

kesian henpon poliponik saya.. ketinggalan zaman.. dorang semua dah tukar yang lebih canggih.. dah tu.. cakap saya tak perlukan pun.. (huhu.. maka, tinggal lah saya sendiri jadi orang zaman batu di rumah..)

tapi boleh pulak beli utk org lain.. nasib ja lah korg tak beli untuk nenek sekali. T_T

sabarlah... tunggu saya jadi manager! tak nak bagi korang apa2.. (amboi.. bunyi macam nak balas dendam je.. hehe)

eh.. silap! sepatutnya saya rasa syukur.. :)

selama 5 tahun ni.. henpon yang paling tak canggih ni lah teman perhubungan saya. Jadi, mungkin lain kali lah saya nak mengada beli henpon baru...
 
... gaji bulan lepas dah habis guna untuk beli tiket mereka untuk pergi sarawak pula. adik yang nombor 3 tu pulak nak sambung belajar.. hu hu hu.. nak beli sehelai baju pun dah x cukup duit. boleh pulak korang habiskan duit beli tu.. aarrrrrrrghhhhhhh... dah. dah. dah.

sekian lah luahan hati yang tengah geram.. >.<

anak sulung je ke yang selalunya kena berkorban..??   T_T ~

tak habis lagi rupanya rasa geram... adeiii..


ok. stop. dah nak maghrib... 









  



Friday, December 14, 2012

Lahad Datu



hee... saya berada di Lahad Datu sekarang.. (^_^)v

Kursus 3 bulan bersama MPOB. Kursus yang best! haha... walaupun kadang2 agak meletihkan... hari saya bermula seawal 7 pagi sehinggalah 10 malam. Tak ada masa langsung untuk jalan2.. 

Kawan-kawan kursus pun sangat variety dari setinggi-tinggi jawatan sebagai Manager hinggalah ke lepasan STPM.. dan.. saya, golongan pertengahan.. hehe.. belajar untuk bergaul dengan mereka yang bukan dikategorikan rakan sebaya bagi saya merupakan pengalam baru.. paling best bila 1 group dengan mereka yang dipanggil 'otai'.. haha.. banyak pengalaman mereka.. cuma mereka lemah dari segi berbahasa Inggeris..

Saya harap... saya takkan membiak lemak di sini.. hehehehe.. dah lah tinggal tempat macam resort.. makanan pun berstar-star... setiap hari cuma keluar masuk bilik kuliah.. tak ada peluh langsung bila tinggal di bangunan yang serba berair-con ni.. huhu..

One thing yang menarik di sini.. saya dipanggil Nurul!! terasa pelik bila semua panggil nurul.. saya tak perlu memperkenalkan diri, sebab masing2 ada name tag. Mungkin sebab mereka malas baca perkataan kedua (amani).. So, kali ini.. terpaksalah saya membiasakan diri dengan 'Nurul'..

okey. sudah dulu... saya malas nak upload pic pulak.. hee.. kalau tak, mesti penuh blog ni dengan gambar sawit... hahaha..