Tanya pada diri;
Apa yang telah kita lakukan pada diri..
Apa yang telah kita lakukan pada orang lain...
dan, apa yang telah kita lakukan pada Pencipta kita..
Hidup kalau tak bermuhasabah, akan terus lalai..
Cuba fikir balik,
Bila kali terakhir kita bermuhasabah? semalam? minggu lepas? atau... tak boleh nak ingat lantaran terlalu sedikit.. malah mungkin tak pernah sama sekali.
Kata orang, hidup harus terus melangkah kehadapan. Tinggalkan yang sudah lepas.
Tapi, yang ditinggalkan itu juga punya banyak pengajarannya.. kesilapan yang kita pernah lakukan, adakah sudah diperbetulkan? atau... kita hanya mahu mengingat kemenangan, kemegahan dan kejayaan?
Khasnya, kita yang percaya pada hari akhirat kelak.. tanyalah pada diri, setelah apa yang telah kita lakukan sehingga waktu ini, apakah layak untuk kita ke syurga?
agak2 kalau boleh dianggar, kalau buat graf dapat macam ni tak?
atau sebaliknya?
Astaghfirullah.. Kita kenal diri kita. Tapi Allah lagi kenal kita..
Jadi, jangan lupa muhasabah, supaya kita boleh sentiasa memastikan bagaimana diri kita yang sebenarnya. Usahalah agar timbangan kita di sebelah kanan lebih banyak dari di kiri.
Sebelum itu, maafkan saya andai pernah melukakan hati yang membaca.. minta maaf.. :')
ok. Selamat Malam! Assalamualaikum.. :)
No comments:
Post a Comment