Showing posts with label Bioproses. Show all posts
Showing posts with label Bioproses. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Cheeky Cheese.



Put The Smile On You, Say Cheese..
(^____^)v

Actually, cheeky cheese is made for Bioproduct Development subject. It is a very interesting subject but need a loooootttt of efforts, times, team works and innovative ideas. As a Research and Development Manager, sometime I feel so stress to complete the requirement of the bioproduct. Especially when the General Manager asked me about the product when me myself don't know what should I do to make perfect coconut-cheese and almost every trials considered as fail. (T_T)~  *memang sudah kerjanya untuk memastikan semua lancar kan?? *  


Just ignore the decoration. haha! main hentam sj deco. Btw, we're not selling the bun, but the cheese! -on top & inside- 



But yesterday, everything is done. *horayyy* \(^_^)/ 

Just need to work on the final report. Suddenly I felt very relax and worth of working hard for the whole semester. We made a great team. Although, sometime we had some arguments. But, it is normal, coz we are all students and got another assignments, projects and things to do. At the same time, bioproduct need more attention from us. 1 person can't be multiplied into 10 right?  Well, that is why we could feel stress. A lot of works to do..

see? our product! The combination of ideas from 6 cute girls.

Our company is Gh2Farm Sdn Bhd which is a combination of our names -Girls: Harniza, Hui wen, Fadhilah, Rathiqah, Amani and Masturah- Our product is Cheeky Cheese ( A coconut cream-cheese). hehehe... sound childish?? The judge said the name is not suitable for working community as we are targeting them to buy ours. 

hentam laa.. yang penting semua dah berlalu.. I just hoping that we will get the 60% of the final marks. So, I just need 20% marks more to get an A. So, it will be worth for staying up late in the Lab 148, almost everyday. huhuhu... By the way, I still need to study extra hard., because this will be the second last semester. *must be* 


p/s:
Just ignore if i'm using wrong grammar or etc... tiba2 nak tulis bahasa org puteh pulak...  

   

Tuesday, August 10, 2010

Yogurt Kami!

Bismillahirrahmanirrahim…

Beberapa minggu ini ternyata sungguh sibuk. Program-program PERSIS, Pameran Bioproses untuk Convo Week, Bioproses Car Wash, R&D serta jualan yogurt.. & yang paling penting tapi selalu dilupa: Kuliah + Assigment. Uhuhu…

Syukur Alhamdulillah, dalam melaksanakan urusan-urusan dunia, urusan akhirat tidak dilupai. Tapi ana merasakan berat sebelah. Lebih berat pada dunia… uhuhuhu… Urusan akhirat, yang wajib saja terlaksana.. Kurang sekali yang sunat terlaksana.

Andai begini, ia umpama buat pameran konvokesyen di makmal tanpa apa-apa hiasan. Hanya peralatan makmal yang memenuhi ruang. Huhuhu.. Sedangkan begitu, ana sudah merungut makmal Bioproses terlalu hambar tanpa hiasan semasa pameran. Aduhh!! Begitulah keadaannya bila yang sunat ditinggalkan.. Cukup-cukup makan saja.. Orang tengok pun sekali lalu, kalau boleh, tak ingin singgah pun..

Aduhh… Ana harus sedaya upaya meningkatkan kualiti iman. Barulah dunia dan akhirat seimbang..

InsyaAllah, izinkan hambaMu ini ya Allah..

Hari ini ana ingin cerita tentang YOGURT. Sempena minggu konvokesyen, 3rd year Bioproses merancang untuk membuat produk. Asalnya, hanya untuk pameran, tapi setelah percubaan pertama, kami tiba-tiba excited untuk menjualnya..

Maka, terhasillah produk yogurt.. Hehehe...

Beli.. beli.. yogurt RM0.80!!
(Picture taken by my 1st customer )

Jadi, ibu-ibu, bapa-bapa, pak cik, mak cik, adik, kakak, abang, jom belajar buat yogurt. Ana sudah hafal semua tanpa melihat resepinya lagi… ehehe…
Pertama sekali, sediakan bahan-bahan;



1. Susu UHT/susu segar


2. Susu tepung/skimmed milk


3. Gula


4. Yogurt pasaran (boleh guna apa-apa perisa yang disukai)


Kami menggunakan yogurt Marigold dan TESCO semasa R&D (Research & Development), tapi ternyata yogurt TESCO lagi sedap.. Hehe… entah kenapa. Mungkin kerana perisanya.. Jadi, kami putuskan untuk menggunakan TESCO brand sebagai sumber kultur hidup. Nak ambil microbe yang ada dalam tu ja sebenarnya… Kalau nak cari dan pelihara… uhuhuhu… susah sedikit. Jalan mudahnya, ambil je kat dalam yogurt pasaran (kilang dah tolong pelihara microbe2 tu.. Hehe)

P/S: Tak semua yogurt mempunyai microbe yang aktif.. Kena try & error laa.. Kalau yogurt jadi, maknanya, ada microbe yang hidup dalam tu..

Untuk susu, kami pilih jenama Marigold Low Fat, & susu tepung pula jenama Omega Low Fat.. Itu saja pilihan yang ada berdekatan dengan USM. huhu.. Kami try guna susu full cream, tapi kurang sedapp.. *Macam tahu banyak je.. hehe* (^_^)

Pekerja utama yang comel loteh dalam yogurt, namanya Lactobacillus Thermophillus & Streptococcus sp.


Diorang ni teramat comel hingga kita takkan dapat lihat dengan mata kasar. of course laa.. Dah memang namanya microbe… hehe..

Okeylah.. Sekarang nak masuk steps pembuatan yogurt. Ana bagi resepi untuk 50mL susu je k..

1. Sediakan 50mL susu UHT dalam 1 bekas yang tahan panas.Kami guna ricecooker untuk kuantiti 1L. Senang kerja.. Hehe..(ana prefer susu UHT sebab dah sedia dalam keadaan sterile)

2. Panaskan susu hingga 60 degree. Agak-agak dah boleh larut gula tu, stopkan api.

3. Larutkan gula dan susu hingga sebati mengikut kadar di bawah:

○ Gula: 10% daripada jumlah susu cair iaitu = 5g
○ Susu Tepung: 3% daripada jumlah susu cair iaitu = 1.5g

4. Kemudian, panaskan pada suhu 90 degree selama 5 minit. Agak-agak dah nak dekat mendidih, suhu dah mencapai +/- 90 degree, boleh tutup api. (Pasteurization process) Ini penting untuk memastikan semua microbe/kuman mati. Pastikan bekas ditutup dengan baik. So, barulah yogurt diyakini untuk dimakan.

5. Selepas panas, sejukkan sehingga suhu turun ke 40 degree.. Panas sikit je dari suhu badan kita. So, pandai2 lah nak agak.

6. Dah sejuk, boleh masukkan our little worker; Lactobacillus & Streptococcus ke dalam susu.

Yogurt: 3% daripada jumlah susu cair iaitu = 1.5g

7. Gaulkan sehingga serata. Pastikan buat dalam keadaan yang bersih. Kalau boleh aseptik lagi bagus.

8. Pindahkan ke dalam bekas yang bersih. Kemudian biarkan yogurt ferment dalam suhu 42 degree. Kalau di makmal, kami guna incubator, tapi kalau tak ada incubator, boleh cuba rendam dalam bekas mcm termos ke.. (yg lambat sejuk). Jangan biar dalam suhu bilik, cair jadinya nanti.. Biarkan selama lebih kurang 8 jam. Tapi kami pilih 13-15 jam, sebab petang ni buat, esok pagi baru boleh datang semula ke makmal. Suhu 40-42 degree tu, suhu yang ideal untuk pembiakan microbe.. Semakin lama dibiarkan, semakin masam jadinya, sebab penghasilan lactic acid bertambah.


Yogurt yang masih cair dalam incubator.

9. Selepas proses fermentation, yogurt mesti dipindahkan ke peti sejuk.. Ini untuk membantutkan proses pembiakan microbe dan merendahkan penghasilan lactic acid.

*Nak tengok yogurt tu jadi or tak, tengok pada texture. cair ke.. pejal ke.. biasanya yogurt akan jadi pejal selepas ferment. Sejukkan dalam sejam lebih baru sedap dimakan.

10. Okey, siap! Boleh lah dimakan begitu sahaja atau gunakan kreativiti anda. Nak makan dengan roti ke.. Biskut ke… Ana cadangkan, makan dengan aiskrim! Sedapppp.. Hehehehe…


Yogurt siap!

Selamat mencuba!! Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh saja tanya… ehehe…

Nota 1:
Yogurt yang ana dan kawan-kawan buat dapat pujian dari Dr. Dia kata sedappp… (^_^)v

Nota 2:
Terima kasih atas sambutan yang cukup menggalakkan. Ana tak sangka ramai peminat yogurt. Sekali buat, hampir 100 bekas. Dan sekelip mata habis. Huhu.. Banyak sungguh permintaan membuatkan kami tak cukup tangan dan masa..

Nota 3:
Telah 3 minggu pembuatan dan penjualan yogurt berlangsung. Dan kini perlu dihentikan berikutan bulan yang mulia telah tiba.. Hehe.. Boleh kami rehat sebentar…

Nota 4:
Oleh sebab esok Ramadhan, pagi tadi kami menghentam semua yogurt+aiskrim. Uhuhu.. Banyak sungguh ana makan.. Dah lah belum breakfast.. Sakit perut ana dibuatnya.. Untuk makluman, yogurt amat sesuai untuk membantu penghadaman@membersihkan perut… hua3x.. Perut ana terus bersih! Aduhh!

Last but not least;


Salam Ramadhan Kareem… Selamat Berpuasa!







Saturday, September 5, 2009

Tapai Halal atau Haram?

Baru-baru ini ana memilih untuk membuat kajian tentang Tapai Fermentation sebagai salah satu assignment bagi Food Bioprocess subject.Tarikh presentation pula tepat-tepat pada hari ana menyambut hari kelahiran yang ke 21 tahun. Mungkin sebab itu ana melebihkan usaha ana untuk membuat yang terbaik. Lagipun Dr Liong memberi jaminan siapa yang dapat markah tinggi tajuknya akan dipilih sebagi soalan final exam. Huh! Siapa yang tak nak…

Ana ingin berkongsi sedikit maklumat dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian… bukan tentang bagaimana cara membuat tapai.. Tapi, tentang process penapaian yang biasanya pasti akan melibatkan alcohol. Mungkin sedikit sebanyak akan memberi pengetahuan baru pada saudara sekalian..

Ini persamaan yang mudah untuk membuat tapai:

Ragi + Beras Pulut/Ubi Kayu = Tapai

Untuk menghasilkan tapai, beras atau ubi yang telah digaul rata dengan ragi akan diperap selama 2 hingga 3 hari. Masa inilah process fermentation berlaku. Apa yang terjadi ketika ini? InsyaAllah  ana akan jelaskan secara mudah, tanpa menggunakan bahasa scientific yang mendalam. (err.. ana pelajar science agak susah nak menjelaskan tanpa bahasa scientific..)

Semasa fermentation atau penapaian, microorganism dalam ragi akan bertindak balas dengan carbon yang terdapat di dalam beras/ubi. Mudahnya, ia umpama process respirasi atau pernafasan manusia. Kita bertindak balas dengan O₂ lalu menghasilkan CO₂. Begitu jugalah microorganism dalam ragi yang bertindak balas dengan carbon lalu menghasilkan Alcohol.

Ooo…. Begini rupanya alcohol dihasilkan… ehehe..

Alcohol tersebut adalah ethanol. Boleh jadi memabukkan dan boleh jadi tidak. (bergantung pada kepekatan alcohol) Kandungan alcohol dalam tapai adalah 6 - 10% yang mana menghampiri beberapa jenis minuman keras. Cara-cara pembuatannya juga hampir menyamai Wine dan Sakè (minuman keras di Jepun). Jadi, sekarang apa pendapat anda? Bagaimana pula Tapai mendapat title HALAL untuk dimakan di Malaysia? Sedangkan % alkohol yang dihalalkan di Malaysia berdasarkan info dari JAKIM adalah 0.01%.

Ana ada bertanyakan pendapat beberapa orang pensyarah yang turut membuat kajian tentang alkohol dalam makanan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Tapai dikategorikan sebagai makanan tradisional dan HALAL dimakan. Namun, bagi MINUMAN yang mengandungi peratusan alcohol seperti tapai atau lebih dikategorikan sebagai HARAM. Seperti Tapai Sabah yang merupakan air perapan beras+ragi (cara pembuatannya lebih kurang dengan tapai makanan tapi alkoholnya tinggi). Setakat ini, alasan yang boleh digunakan hanya kerana tapai adalah MAKANAN dan pada asasnya tak memabukkan bila dimakan serta proses fermentasinya tidak melebihi 3 hari. Andai terlebih, penghasilan alcohol akan lebih daripada biasa dan mungkin akan memabukkan.

Tapi ada satu masalah lagi yang mungkin orang-orang yang membuat tapai ini tak tahu. Microorganism merupakan benda hidup. Sepertimana manusia, tingkahnya agak sukar diramal. Begitu pula halnya dengan microbe yang ada dalam ragi. Kita tak tahu bila masa alcohol itu terlebih dihasilkan. Mungkin juga kerana suhu, cuaca ataupun faktor lain.. jadi, sebelum 3 hari tak mustahil ia boleh mencapai paras haram.. tapi paras alcohol yang tinggi akan menyebabkan rasa tapai lebih beracid.. lebih beracid, maksudnya rasa tapai akan jadi lebih masam dari biasa. (hanya orang yang sudah biasa merasa tahu bezanya..) Oleh itu, bila sampai tahap ini, berhati-hatilah... 

Kerana kita, adalah apa yang kita makan..

Orang Islam perlu berhati-hati memilih makanan dan minuman.. Jika tidak, hati jadi kotor.. Kerana alkohol bisa membuatkan manusia hilang pertimbangan. 

Sampai di sini saja dulu perkongsian kali ini.. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat dikongsi bersama. Wallahu'alam.