Saturday, September 5, 2009

Tapai Halal atau Haram?

Baru-baru ini ana memilih untuk membuat kajian tentang Tapai Fermentation sebagai salah satu assignment bagi Food Bioprocess subject.Tarikh presentation pula tepat-tepat pada hari ana menyambut hari kelahiran yang ke 21 tahun. Mungkin sebab itu ana melebihkan usaha ana untuk membuat yang terbaik. Lagipun Dr Liong memberi jaminan siapa yang dapat markah tinggi tajuknya akan dipilih sebagi soalan final exam. Huh! Siapa yang tak nak…

Ana ingin berkongsi sedikit maklumat dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian… bukan tentang bagaimana cara membuat tapai.. Tapi, tentang process penapaian yang biasanya pasti akan melibatkan alcohol. Mungkin sedikit sebanyak akan memberi pengetahuan baru pada saudara sekalian..

Ini persamaan yang mudah untuk membuat tapai:

Ragi + Beras Pulut/Ubi Kayu = Tapai

Untuk menghasilkan tapai, beras atau ubi yang telah digaul rata dengan ragi akan diperap selama 2 hingga 3 hari. Masa inilah process fermentation berlaku. Apa yang terjadi ketika ini? InsyaAllah  ana akan jelaskan secara mudah, tanpa menggunakan bahasa scientific yang mendalam. (err.. ana pelajar science agak susah nak menjelaskan tanpa bahasa scientific..)

Semasa fermentation atau penapaian, microorganism dalam ragi akan bertindak balas dengan carbon yang terdapat di dalam beras/ubi. Mudahnya, ia umpama process respirasi atau pernafasan manusia. Kita bertindak balas dengan O₂ lalu menghasilkan CO₂. Begitu jugalah microorganism dalam ragi yang bertindak balas dengan carbon lalu menghasilkan Alcohol.

Ooo…. Begini rupanya alcohol dihasilkan… ehehe..

Alcohol tersebut adalah ethanol. Boleh jadi memabukkan dan boleh jadi tidak. (bergantung pada kepekatan alcohol) Kandungan alcohol dalam tapai adalah 6 - 10% yang mana menghampiri beberapa jenis minuman keras. Cara-cara pembuatannya juga hampir menyamai Wine dan Sakè (minuman keras di Jepun). Jadi, sekarang apa pendapat anda? Bagaimana pula Tapai mendapat title HALAL untuk dimakan di Malaysia? Sedangkan % alkohol yang dihalalkan di Malaysia berdasarkan info dari JAKIM adalah 0.01%.

Ana ada bertanyakan pendapat beberapa orang pensyarah yang turut membuat kajian tentang alkohol dalam makanan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Tapai dikategorikan sebagai makanan tradisional dan HALAL dimakan. Namun, bagi MINUMAN yang mengandungi peratusan alcohol seperti tapai atau lebih dikategorikan sebagai HARAM. Seperti Tapai Sabah yang merupakan air perapan beras+ragi (cara pembuatannya lebih kurang dengan tapai makanan tapi alkoholnya tinggi). Setakat ini, alasan yang boleh digunakan hanya kerana tapai adalah MAKANAN dan pada asasnya tak memabukkan bila dimakan serta proses fermentasinya tidak melebihi 3 hari. Andai terlebih, penghasilan alcohol akan lebih daripada biasa dan mungkin akan memabukkan.

Tapi ada satu masalah lagi yang mungkin orang-orang yang membuat tapai ini tak tahu. Microorganism merupakan benda hidup. Sepertimana manusia, tingkahnya agak sukar diramal. Begitu pula halnya dengan microbe yang ada dalam ragi. Kita tak tahu bila masa alcohol itu terlebih dihasilkan. Mungkin juga kerana suhu, cuaca ataupun faktor lain.. jadi, sebelum 3 hari tak mustahil ia boleh mencapai paras haram.. tapi paras alcohol yang tinggi akan menyebabkan rasa tapai lebih beracid.. lebih beracid, maksudnya rasa tapai akan jadi lebih masam dari biasa. (hanya orang yang sudah biasa merasa tahu bezanya..) Oleh itu, bila sampai tahap ini, berhati-hatilah... 

Kerana kita, adalah apa yang kita makan..

Orang Islam perlu berhati-hati memilih makanan dan minuman.. Jika tidak, hati jadi kotor.. Kerana alkohol bisa membuatkan manusia hilang pertimbangan. 

Sampai di sini saja dulu perkongsian kali ini.. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat dikongsi bersama. Wallahu'alam.

7 comments:

  1. Thank you for your explanation, so, what is the conclusion? is tapai halal or haram? What's about 0% alcohol in beer? thank you

    ReplyDelete
  2. well, tapai is halal IF the fermentation period less than 3 days. I am not sure about 0% alcohol in beer. Is there any alcoholic beverage that contain 0% alcohol?

    ReplyDelete
  3. fragmentation creates alcohol within hours !!!!!! The longer only increases the concentration !!!!

    Apa tahi < 3 is halal nonsense .




    -Mohamed Muharram

    ReplyDelete
  4. Orang kita is in state of denial. Kalau dah ada alkohol tu dan boleh memabukkan tetap haram regardless tapai tu makanan tradisional atau tidak. TETAPI Majlis Fatwa Kebangsaan kata tidak haram (kita patuh kot). Website Darussyifa' (Tn Guru Harun Din) kata TETAP haram.
    Lihat http://darussyifabbst.blogspot.com/2013/05/hukum-memakan-tapai.html

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsiannya encik Ismail... menurut hadis2 yg dikluarkan oleh mufti dlm link yg saudara beri, tapai masih halal selagi tidak melebihi 3 hari (termasuk hari pembuatannya)....=)

    ReplyDelete
  6. I think u shud test tapai at 24hour stage, 48 hour stage. If jakim had stated that anything contain more than 0.01% alcohol is haram, then we follow thst. If in 72hour (3 days) it can yield 10% alcohol, then I'm sure after 24hr it had yield more than 0.01%...

    ReplyDelete