Tuesday, August 10, 2010

Yogurt Kami!

Bismillahirrahmanirrahim…

Beberapa minggu ini ternyata sungguh sibuk. Program-program PERSIS, Pameran Bioproses untuk Convo Week, Bioproses Car Wash, R&D serta jualan yogurt.. & yang paling penting tapi selalu dilupa: Kuliah + Assigment. Uhuhu…

Syukur Alhamdulillah, dalam melaksanakan urusan-urusan dunia, urusan akhirat tidak dilupai. Tapi ana merasakan berat sebelah. Lebih berat pada dunia… uhuhuhu… Urusan akhirat, yang wajib saja terlaksana.. Kurang sekali yang sunat terlaksana.

Andai begini, ia umpama buat pameran konvokesyen di makmal tanpa apa-apa hiasan. Hanya peralatan makmal yang memenuhi ruang. Huhuhu.. Sedangkan begitu, ana sudah merungut makmal Bioproses terlalu hambar tanpa hiasan semasa pameran. Aduhh!! Begitulah keadaannya bila yang sunat ditinggalkan.. Cukup-cukup makan saja.. Orang tengok pun sekali lalu, kalau boleh, tak ingin singgah pun..

Aduhh… Ana harus sedaya upaya meningkatkan kualiti iman. Barulah dunia dan akhirat seimbang..

InsyaAllah, izinkan hambaMu ini ya Allah..

Hari ini ana ingin cerita tentang YOGURT. Sempena minggu konvokesyen, 3rd year Bioproses merancang untuk membuat produk. Asalnya, hanya untuk pameran, tapi setelah percubaan pertama, kami tiba-tiba excited untuk menjualnya..

Maka, terhasillah produk yogurt.. Hehehe...

Beli.. beli.. yogurt RM0.80!!
(Picture taken by my 1st customer )

Jadi, ibu-ibu, bapa-bapa, pak cik, mak cik, adik, kakak, abang, jom belajar buat yogurt. Ana sudah hafal semua tanpa melihat resepinya lagi… ehehe…
Pertama sekali, sediakan bahan-bahan;



1. Susu UHT/susu segar


2. Susu tepung/skimmed milk


3. Gula


4. Yogurt pasaran (boleh guna apa-apa perisa yang disukai)


Kami menggunakan yogurt Marigold dan TESCO semasa R&D (Research & Development), tapi ternyata yogurt TESCO lagi sedap.. Hehe… entah kenapa. Mungkin kerana perisanya.. Jadi, kami putuskan untuk menggunakan TESCO brand sebagai sumber kultur hidup. Nak ambil microbe yang ada dalam tu ja sebenarnya… Kalau nak cari dan pelihara… uhuhuhu… susah sedikit. Jalan mudahnya, ambil je kat dalam yogurt pasaran (kilang dah tolong pelihara microbe2 tu.. Hehe)

P/S: Tak semua yogurt mempunyai microbe yang aktif.. Kena try & error laa.. Kalau yogurt jadi, maknanya, ada microbe yang hidup dalam tu..

Untuk susu, kami pilih jenama Marigold Low Fat, & susu tepung pula jenama Omega Low Fat.. Itu saja pilihan yang ada berdekatan dengan USM. huhu.. Kami try guna susu full cream, tapi kurang sedapp.. *Macam tahu banyak je.. hehe* (^_^)

Pekerja utama yang comel loteh dalam yogurt, namanya Lactobacillus Thermophillus & Streptococcus sp.


Diorang ni teramat comel hingga kita takkan dapat lihat dengan mata kasar. of course laa.. Dah memang namanya microbe… hehe..

Okeylah.. Sekarang nak masuk steps pembuatan yogurt. Ana bagi resepi untuk 50mL susu je k..

1. Sediakan 50mL susu UHT dalam 1 bekas yang tahan panas.Kami guna ricecooker untuk kuantiti 1L. Senang kerja.. Hehe..(ana prefer susu UHT sebab dah sedia dalam keadaan sterile)

2. Panaskan susu hingga 60 degree. Agak-agak dah boleh larut gula tu, stopkan api.

3. Larutkan gula dan susu hingga sebati mengikut kadar di bawah:

○ Gula: 10% daripada jumlah susu cair iaitu = 5g
○ Susu Tepung: 3% daripada jumlah susu cair iaitu = 1.5g

4. Kemudian, panaskan pada suhu 90 degree selama 5 minit. Agak-agak dah nak dekat mendidih, suhu dah mencapai +/- 90 degree, boleh tutup api. (Pasteurization process) Ini penting untuk memastikan semua microbe/kuman mati. Pastikan bekas ditutup dengan baik. So, barulah yogurt diyakini untuk dimakan.

5. Selepas panas, sejukkan sehingga suhu turun ke 40 degree.. Panas sikit je dari suhu badan kita. So, pandai2 lah nak agak.

6. Dah sejuk, boleh masukkan our little worker; Lactobacillus & Streptococcus ke dalam susu.

Yogurt: 3% daripada jumlah susu cair iaitu = 1.5g

7. Gaulkan sehingga serata. Pastikan buat dalam keadaan yang bersih. Kalau boleh aseptik lagi bagus.

8. Pindahkan ke dalam bekas yang bersih. Kemudian biarkan yogurt ferment dalam suhu 42 degree. Kalau di makmal, kami guna incubator, tapi kalau tak ada incubator, boleh cuba rendam dalam bekas mcm termos ke.. (yg lambat sejuk). Jangan biar dalam suhu bilik, cair jadinya nanti.. Biarkan selama lebih kurang 8 jam. Tapi kami pilih 13-15 jam, sebab petang ni buat, esok pagi baru boleh datang semula ke makmal. Suhu 40-42 degree tu, suhu yang ideal untuk pembiakan microbe.. Semakin lama dibiarkan, semakin masam jadinya, sebab penghasilan lactic acid bertambah.


Yogurt yang masih cair dalam incubator.

9. Selepas proses fermentation, yogurt mesti dipindahkan ke peti sejuk.. Ini untuk membantutkan proses pembiakan microbe dan merendahkan penghasilan lactic acid.

*Nak tengok yogurt tu jadi or tak, tengok pada texture. cair ke.. pejal ke.. biasanya yogurt akan jadi pejal selepas ferment. Sejukkan dalam sejam lebih baru sedap dimakan.

10. Okey, siap! Boleh lah dimakan begitu sahaja atau gunakan kreativiti anda. Nak makan dengan roti ke.. Biskut ke… Ana cadangkan, makan dengan aiskrim! Sedapppp.. Hehehehe…


Yogurt siap!

Selamat mencuba!! Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh saja tanya… ehehe…

Nota 1:
Yogurt yang ana dan kawan-kawan buat dapat pujian dari Dr. Dia kata sedappp… (^_^)v

Nota 2:
Terima kasih atas sambutan yang cukup menggalakkan. Ana tak sangka ramai peminat yogurt. Sekali buat, hampir 100 bekas. Dan sekelip mata habis. Huhu.. Banyak sungguh permintaan membuatkan kami tak cukup tangan dan masa..

Nota 3:
Telah 3 minggu pembuatan dan penjualan yogurt berlangsung. Dan kini perlu dihentikan berikutan bulan yang mulia telah tiba.. Hehe.. Boleh kami rehat sebentar…

Nota 4:
Oleh sebab esok Ramadhan, pagi tadi kami menghentam semua yogurt+aiskrim. Uhuhu.. Banyak sungguh ana makan.. Dah lah belum breakfast.. Sakit perut ana dibuatnya.. Untuk makluman, yogurt amat sesuai untuk membantu penghadaman@membersihkan perut… hua3x.. Perut ana terus bersih! Aduhh!

Last but not least;


Salam Ramadhan Kareem… Selamat Berpuasa!







3 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya terbaca artikel anda tentang tapai dan nak minta pendapat. Adakah teh kombucha halal? Ia juga dihasilkan dalam proses penapaian dan mengandungi sedikit alkohol seperti tapai. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam.. sy tak pernah lagi baca tentang teh kombucha.. tp kalau proses penapaiannya sama seperti penapaian kopi, insyaAllah teh tu halal. nnt sy cuba cari sumber ttg teh tu... ^^,

    ReplyDelete
  3. PENGGUNAAN ALKOHOL DALAM MINYAK WANGI,KOSMETIK, UBAT-UBATAN DAN MINUMAN RINGAN

    Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa penggunaan alkohol di dalam minyak wangi, kosmetik dan ubat-ubatan adalah harus.

    Alkohol yang terhasil secara proses perindustrian di dalam minuman ringan adalah harus dengan syarat KADAR ALKOHOL tersebut tidak melebihi 0.01%

    sumber: http://www.halal.gov.my

    kadar alkohol dalam teh kombucha adalah 0.5%. pada pendapat sy, teh ini dikategorikan sbg haram berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM.

    wallahu'alam..

    ReplyDelete