Saturday, February 18, 2017

Komik Gosho Aoyoma ala-ala Sherlock

GOSHO AOYOMA. Siapa Kenal?

Siapa yang kenal tu mesti peminat Detective Conan kan? Hoho.

Minat gila dengan komik Detective Conan dulu. Shinichi Kudo tu dah lah hensem, bijak pulak tu. Yang sedihnya, bila watak Shinichi 'direhatkan' sebab dia dipaksa telan ubat yang membuatkan badan dia jadi kecik. Maka, terlahirnya watak utama komik ni; Conan Edogawa.

Saya setia baca komik demi komik sebab nak tunggu bila Conan bertukar jadi Shinichi balik. 😂😂

Hahaha. Tak lah. Sebenarnya sebab kes dan cara penyelesaiannya agak logik dan misteri. Kadang baca berkali kali sebab nak cari klu yang Conan nampak.

Siri a
nimasi dia pernah main di tv, time tu juga lah saya kusyuk join adik bongsu tengok 'cartoon'.

Seingat saya, komik dia ni rumit juga. Tp tengok anime dia macam simple minded pula. 🤔🤔🤔

KRITIKAL THINKING AND UNLIMITED IMAGINATION

Apa yang kritikal sangat cerita ni? Komik ni genre misteri dan siri penyiasatan. Bagi saya, kaedah pemikiran Gosho Aoyoma tu agak kritikal. Penceritaan komik ni ada ala-ala cerita Sherlock Holmes. Komik ni memang banyak berinspirasikan novel2 misteri yang terkenal.

Gosho Aoyoma ni ambil lebih kurang 4 jam untuk fikir secara teliti bagi setiap kes. Dan lebih 12 jam untuk selesaikan kes yang rumit.

Kita baca rasa mudah.. tapi disebalik penulisannya, ada kisah perit tersembunyi kan. Itu baru 1 kes. Macam mana pula untuk 600 series buku Detective Conan? Fuuhh.. berapa banyak kes perlu dia fikir untuk teruskan siri.

Selain Gosho Aoyoma, pembantu dia pun ada buat siri dalam komik tu. Tapi ceritanya lebih santai dan kesnya lebih mudah bagi disesuaikan untuk golongan kanak-kanak.

Huhahuha. Sekian dokumentari hari ni.

Peminat siri detektif,
AmaniWaldin

*Padanlah saya dah khatam semua cerita CSI. 😆
*Saya jual SHAKLEE, komik ni tak jual ya. 😂

Wednesday, February 15, 2017

Rumah: Nak Sewa atau Beli?

Rumah: Nak Sewa atau Beli? 🤔🤔🤔

Kalau beli..
- bayaran bulanan boleh tahan juga.
- harga rumah 2 bilik boleh capai rm150k
- boleh renovate suka hati
- terikat dengan hutang unless bayar cash.
- interest pinjaman, upah peguam, servis dll kena fikir juga.
- harga rumah / hartanah semakin lama semakin naik.
- banyak pendapat bahawa pinjam dengan bank, banyak ribanya. 🤔🤔🤔

Kalau sewa..
- at least 500/month. Nak cari yang tu pun ibarat nak cari mutiara dekat kolam. 🤔
- tak boleh suka suki nak tambah or renovate
- sekurang2nya bayaran bulanan takdalah setinggi bayaran pinjaman
- takda hutang rumah
- ada had tinggal di rumah tu

Pendapat anda macam mana? 🤔🤔

Bagus cash kan.. mari kumpul 🤑🤑

Mau cari part time? Online aje.. boleh contact saya ya.

AmaniWaldin
0135414548

#tsunamishaklee #amaniwaldin #u2power

SOHO SOMO

Kenal SOHO tak? Hihi. Itu adalah acronym bagi Small Office Home Office. Penting untuk yang buat bisnes di rumah terutamanya. Fungsinya utk menyimpan segala rekod, nota, barang-barang bisnes dan apa apa yang berkaitan dengan bisnes.

My SOHO?

SOHO tak ada. Tapi SOMO ada. 😂

Dulu ada SOHO. Tapi sudah buka ruang tu. Hihi. Memandangkan jumlah roomate pun dah bertambah. Dan juga sebab selalu ulang alik antara rumah 1 dan rumah 2. Lama2 meja dan dinding SOHO tu jadi semak saja. 😂😂

So, ganti dengan SOMO. Small Office Mobile Office. Hohoho. Suka hati buat acronym sendiri. Segalanya mobile.

Bukan office ja mobile, 'almari' baju pun mobile. Muehehehe.

#tsunamishaklee #amaniwaldin #u2power

Six jars plus one! How to manage our money.

Have u ever heard about JARS SYSTEM?

T. Harv Eker, in his book “Secrets of Millionaire Mind” says that;

The habit is much more important than the amount.

It doesn't matter either you’re managing $100,000, $1,000, $100, $10, $1 or 10 cents. All that matters is you manage whatever money you have.

Basically, using this system, you split your money up into six different accounts, and you have percentages of your money to put into each account. You can use bank accounts or actual jars.

And in my opinion, we should add 1 more jar for our Parents. Either they live or not, we should spend some for them. We can give cash, gift, belanja makan or even give sedekah on behalf of them. Kan?

So what are these jars and what percentage of your income goes into them?

1. Put 50% of your income into NEC or Necessities: rent, food, gas, bills, etc.

2. 10% in Long-Term Savings for Spending, otherwise known as the rainy-day fund. Or maybe there’s a car or some other big-ticket item you want to buy. This fund is your most flexible in terms of what you can do with it, but the intention is to do something with it, or that it be there for that just-in-case scenario.

3. 10% for Play. This is for leisurely expenses including sports, movies, general activity and entertainment. Make to sure to spend ALL your play money each month spoiling yourself! 😘😘

4. 10% for Education. Books, courses, mentoring, coaching, etc. Always educate yourself.

5. 10% for FFA or Financial Freedom Account. This is for investing or anything that is going to make this portion of your money work for you toward passive income streams.

6. 5% for Giving. It’s spiritually, ethically, and morally sound practice to give a portion of your earnings toward causes that can use the funding to educate or somehow better other people’s lives. And.. of course, the more we give, the more we get. Remember the concept?

7. 5% for Parents. We can give cash, gift, belanja makan or we can even give sedekah on behalf of them. Niatkan untuk mereka. Nak jadi anak soleh dan solehah kan semua? 😁😁

Lets do it!

Happy saving everyone! 🤓🤓

#tsunamishaklee #u2power #amaniwaldin

Movie yang akan buat kita bermimpi

LASKAR PELANGI

"Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya.."

Siapa pernah tengok movie ni? Best! Saya suka sekali! Ni movie lama. Kalau tak silap tahun 2008 lagi. Tengok masa awal2 masuk U dulu.

Tengok cerita ni memang buat orang inspired mengejar mimpi. Haa.. siapa cikgu sini? Wajib tengok ni kalau belum pernah tengok.

Ia tentang kisah mengejar mimpi untuk jadi realiti. Kisah perjuangan cikgu dan anak muridnya mempertahankan sekolah mereka.

Nak tahu lebih lanjut? Tengok lah sendiri. Hihihi.

#tsunamishaklee #u2power

Ajaibnya Sedekah

To give in order to get

Itu hukum universal. Apa yang kita beri, itulah yang kita dapat. Ada satu kisah dalam buku bertajuk Ajaibnya Sedekah;

Seorang usahawan berjumpa temannya. Dia mengakui mempunyai sejumlah hutang dan tidak tahu cara melangsaikannya. Sahabatnya itu menyarankannya untuk menjual motorsikal yang ada dan menyedekahkan hasil jualan itu. Semasa proses penjualan, kakaknya yang tinggal di luar negara menghantar sms bahwa dia telah memasukkan sejumlah wang
ke dalam akaunnya. Tepat2 dengan jumlah hutang tersebut.

Konsepnya di sini, untuk mendapatkan sesuatu, kita kenalah memberi dahulu. Tapi.. sebagai hamba kita niatkan kerana Allah.

😁😁

#tsunamishaklee #shakleeamani

Tuesday, November 1, 2016

Cara Elak Sembelit Semasa Hamil



Sembelit? Sakit perut tapi tak dapat membuang??


Saya kongsikan pengalaman dan testimoni saya sendiri.. :)

Banyak2 suplement atau makanan tambahan, kenapa saya pilih Shaklee?

Sebab..

Saya mencari penyelesaian untuk masalah yg saya hadapi sebelum ni. Masa pregnant 5 bulan hari tu mula lah rasa sakit pinggang, pinggul, paha & tapak kaki.. berat pun laju naik.. seminggu nak 2kg naik.

Lepas tu, sembelit pun teruk.. huhuhu. Yang ni lah sebab utama cari penyelesaian. Masuk makanan dalam perut punya banyak... tapi tak keluar-keluar semula. Dah lah macam tu, perut pun sebu semacam. Lapar tapi perut kembung... mungkin seminggu sekali saja membuang. 

Itu pun sebab saya paksa makan sebiji buah betik sampai habis. Tapi manalah tahan nak makan sehari sebijik betik yg besar.. kalau makan sepotong dua tak ada kesan langsung. 

Paling seram bila ada kawan yang kena buasir teruk selepas bersalin. Haaa.. kalut lah mencari penyelesaian. Dah lah baru lepas bersalin kan.. kena buasir lagi. Sembelit pun dah rasa sakit… ni kan pula buasir.

So, bertekad lah saya untuk jaga usus-usus kesayangan ni sepanjang pregnant. Sebelum kena lebih teruk kelak...

Tanya kawan-kawan yang berpengalaman, masing-masing ada cara tersendiri. Ada yang suruh makan buah banyak, ada yang cadangkan beberapa produk seperti jus kurma, delima, makanan sunnah dan sebagainya. Doktor pula suruh makan yogurt.

Hari ni berkesan, esok tak… Orang tak suka buah ni memang payah laa nak konsisten kan….

Produk suplemen lain pun ada try jugak, berkesan untuk masalah lain, tapi tak berkesan untuk sembelit.

Mula lah google mengoogle sampai jumpa penyelesaiannya. Dah baca banyak kali jg pasal Shaklee ni.. tp tak pernah cuba. Nak try dulu, so beli lah Ostematrix.



Alhamdulillah.. konsisten dengan Ostematrix saja pun semua masalah di atas beransur hilang. Happy sangat! Lepas tu baru lah perlahan-lahan topup suplemen set hamil Shaklee untuk kesihatan maximum.

Nak tahu lebih? baca link berikut untuk tahu pengalaman saya menggunakan set hamil yang lain :



Dah terasa kebaikannya, apa salahnya share dengan semua orang kan? Saya dah yakin sangat dengan produk Shaklee ni. 

Selain tu, Ostematrix juga bantu semua masalah yang saya hadapi di bawah ni:

Krem kaki
Gusi bengkak berdarah
Ngilu rahang bawah lepas muntah
Susah bangun semula selepas baring
sakit d hujung tulang belakang
Mudah pening
Sembelit

Semua ni boleh selesai kalau anda mampu minum susu atau dapatkan sumber kalsium yang secukupnya. Kena minum susu 4 cawan sehari..! 

Atau…. 

Ikhtiar seperti kami, telan 4 biji Ostematrix sebelum tidur, dan esok paginya buang segala bahan kumuh dalam badan dengan mudah. Yeah!

Saya dah jumpa penyelesaian masalah saya, anda bila lagi??





Baca testimoni orang lain pula..







Nak Ostematrix? Atau set Hamil Shaklee?

Hubungi saya: 

Nurul Amani  
013-541 4548
amani048@gmail.com


baca lagi


Saturday, October 29, 2016

Hidung Bayi Anda Tersumbat?


Si Comel Meragam, Tapi Tak Pasti Kenapa??

Hidung si kecik tersumbat taik hidung!

Hah. Pernah tak alami situasi ni? Para ibu buat macam mana?

Bila hidung bayi tersumbat, mesti susah nak bernafas sebab diorang masih belum pandai bernafas melalui mulut. Bunyi nafas pun lain macam. Bunyi macam time hidung kita tersumbat, but still berusaha nak bernafas melalui hidung. Kesian baby....

Haa.. bila macam tu, cuba check hidung dorang.. sama ada dorang selesema atau cuma sekadar hidung tersumbat sebab tahi hidung! (hoho.. sorry laa.. tak tahu perkataan yang lebih sesuai dan difahami)

Doktor cakap, hidung bayi memang mudah tersumbat sebab dia tak tahan sejuk. Bila sejuk, mula lah berhingus, lepas tu bercampur pula dengan segala benda asing di dalam hidung kecik dia.. Maka, terjadi lah taik hidung yang tebal dan sebesar lubang hidung mereka... faham tak? hohoho.

Masa umur baby Hafiz sebulan, hidung dia selalu tersumbat. huhu.. mula-mula fikir sebab selesema. Kebetulan pula tengah musim angin kuat.. memang musim orang sakit! Mommy pun telan lah beberapa biji Vitamin C nak bagi booster sistem imun badan, supaya baby pun dapat antibodi tu. Beberapa malam tidur tak lena sebab baby asyik meragam. Menyusu pun susah.

Terdetik lah di hati mau check hidung guna lampu suluh. wooooo.. rupanya taik hidung dia penuh sangat, hampir tutup keseluruhan lubang di bahagian dalam. Nak korek pun memang tak dapat sebab dalam. Tapi kalau dapat korek pun, macam mana nak buka dengan selamat?? Baby baru umur sebulan.

Saya dan husband pun meng-Google lah tips nak bersihkan hidung bayi. Almaklumlah kan... new parents. Semua benda serba baru serba serbi tak tahu! hihihi.

As a result, husband beli benda ni;



Beli saja di farmasi. Cara guna pun senang, cuma spray ke dalam hidung bayi. Tak lama lepas tu, taik hidung tu mencair sedikit dan keluar dengan sendirinya masa baby menangis. Kalau tak keluar, guna penyedut hingus untuk baby.. yang tu memudahkan lagi kerja.. Very simple!

Pesanan dari farmasi, jangan guna lebih daripada 5 hari berturut-turut.. nanti baby terlalu bergantung dengan alat tu. Ia tak memberi kesan sampingan sebab kandungannya daripada air laut. Nak minum pun boleh katanya.. hehe.

See? Simple yet very useful!

Tanya parents lain, dorang suruh guna cotton bud, tapi kalau dah keras & dalam, macam mana nak buka? muehehehe.

Okey. Done kisah tentang taik hidung.

Kalau baby still menangis, mungkin dia kena perut kembung atau tak kenyang menyusu... hihi.. 

Ibu yang makan alfalfa, bantu buang angin dalam badan dan secara automatiknya bantu mengurangkan kembung perut bayi yang disusui.

Ada yang nak cari MilkBooster terbaik? hehe. Terbaik lah sebab dah bantu saya hilangkan berat semasa mengandung. Kalau nak tahu, gabungan Alfalfa dan Omega Guard saaaaaangat membantu membuang lelemak dan kolestrol. Total lost 13kg! Kembali slim dan bantu menghilangkan parut cakar rimau. Ngauummm! hehe.

-----> SET MILKBOOSTER SHAKLEE
-----> SET MILKBOOSTER SHAKLEE
-----> SET MILKBOOSTER SHAKLEE

Mommy Hafiz nak tolak lagi 3kg ni! Go go go!

Susu banyak, Baby senang kenyang, mama pun senang hati kan??

Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
  
SMS/whatapps: 013-5414548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 




Baca lagi:

Set Hamil Shaklee

Cara Hilangkan Stretch Mark Bersalin

Buang Angin Dalam Badan

Thursday, June 2, 2016

DIY Tabung Duit



Nak menabung? Tapi harga tabung pun dah membuatkan rasa nak menabung tu terbantut. Hahahaha! (lawak perli diri sekejap)

Pasang niat nak menabung untuk baby yang masih dalam kandungan ni.. Then, pergi lah jenjalan di pekan.. Tersinggah pula di sebuah kedai buku. Nampak tabung katak comel je.... tapi harga... amboi! RM8.00! Baik duit tu masuk tabung daripada guna beli tabung kan?? Kalau sehar.i menabung RM1, dah rugi bajet menabung 8 hari. uhuhuhu..

Maka bermulalah misi buat DIY tabung untuk future baby. Target untuk beli katil baby. Nak beli 2 bijik sebab saya tinggal 4 hari di rumah mak.. 4 hari rumah husband. Jadual tu akan berulang-ulang sepanjang masa selagi husband masih bekerja. Takkanlah nak usung katil baby tu ke sana ke mari kan? hohoho.

Sebelum ni simpan dalam nekas kontainer aiskrim crispy tu... sebab takda bahan sangat nak hias.Tapi husband tengok pun tak ada selera nak menabung, Hahaha...

So, let see....

Pusing kiri kanan depan belakang dalam rumah, tengok kalau-kalau ada harta yang boleh digunakan dalam misi DIY. Haaa! jumpa lah jugak lebihan wallpaper jenis sticker. Ambil gunting dan gam, kemudian tampal saja.




Taraaaaa.... maka jadi lah tabung DIY saya. Dari kontainer aiskrim jadi tabung.. simple yet very usefull!

cost? kira zero lah kan. sebab guna lebihan barang di rumah. Lain lah kalau korang pegi beli aiskrim crispy tu semata-mata nak buat tabung. adeh! hahaha.


Nota tumpang sekaki: Jomm kreatifkan minda bersama Omega Guard Shaklee.. hihihihi. baik untuk minda yang memang pelupa macam saya khusunya masa mengandung ni.






Wednesday, June 1, 2016

Jarum Tetanus untuk Ibu Hamil




Haaa... kepada bakal-bakal ibu di luar sana, jangan tak ambik tau pasal jarum tetanus ni. Bagi bakal ibu yang pertama kali mengandung, akan dapat dua ‘gula2’ tetanus ni. Hohoho. 2 kali jarum mommies!!

First time dengar pasal jarum tu masa monthly check up bulan ke5. Nurse tanya sama ada dah rasa pergerakan baby or belum. Saya jawab dah. Then, dengan senyuman lebar dia bagitau, hari ni kita buat ATT okey? Means... kena jarum untuk tetanus!

Mula-mula imagine sakit kena jarum tu macam sakit time kena cucuk ambik darah tu saja...

Dalam hati: alaa... macam kena gigit semut je pun...

Tapiiiii..... rupanya 10x ganda lagi sakit! Oppss... bukan nak takutkan para bakal ibu... tapi sebagai persediaan lah. Hari tu tak jangka langsung kesakitan tu. Uhuhuhu.
.
Dah laa pegi klinik drive sendiri. Kebas tangan kiri driving. Nasib baik lah rumah jauhnya tak sampai 5 minit driving. Hahaha.

Seminggu tangan kiri tu rasa kebas dan sakit! Malah biru legam macam kena tumbuk dan bengkak serta gatal. Bekas2 parut suntikan yang lama sejak zaman sekolah dulu pun pandai bengkak balik. Sabar saja laaaaa.. (Baca dekat blog orang lain, ada yang sampai demam! huhu)

Nurse tu siap cerita yang sakit jarum tetanus ni okey lagi. Masa dia bersalin dulu, terpaksa operate. So, kena jarum dekat miss V dengan sakit yang dia tak boleh lupa. (Omg! Perlu ka saya ingat kembali cerita nurse tu?) Rasa ngilu pula ingat. 3 kali bersalin, 3 kali jugaklah kena jarum tempat tu. Sob3...

Dalam hati cuma mampu berdoa yang Allah akan permudahkan proses bersalin nanti. Huhu..

Doa saja tak cukup lah kan.. kena ada usaha juga. Jadikan tubuh kita sesihat yang mungkin! Oleh itu, saya bertekad untuk mencukupkan nutrient dalam badan. Mudah-mudahan kekal sihat sehingga masa bersalin nanti. InsyaAllah.

Makan sayur, buah, protein dan segalanya dengan cukup. Weii... Impian tu! Walaupun begitu, tetap ada rasa malas kadang-kadang mau masak dengan full of nutrient kan. Tambah-tambah lagi kau tengah pregnant. Ngeh3... entah bila kerajinan nak memasak datang. 

Tapi being a pregnant mom ni kadang-kadang suka memilih makan.. itu tak nak lah.. ini tak nak lah... betul tak?

So... Bagaimana nak sihat macam tu? Kalau saya, mesti laaa dengan bantuan Shaklee.. hehe. Dah terbukti berkesan dengan ribuan testimoni daripada para ibu di luar sana.

Google aje kalau nak baca testimoni. Banyaaaakkk boleh diambil iktibar. Atau boleh juga baca sini.

Jadi, kita pun try lah set hamil Shaklee ni... setakat beberapa bulan pengamalan Shaklee ni, memang banyak membantu terutamanya bantu mengatasi punca sebenar kenapa saya mula ambil Shaklee (nanti kita ceciter pasal ni. hihi.. tak cukup 1 post nak cerita segala.)

Jomm sihat!!


Untuk penjimatan yang berganda, boleh contact saya. Ataupun daftar jadi member terus macam saya. InsyaAllah saya nak continue pulak ambil set berpantang Shaklee nanti. Boleh laaaa banyak jimat! Hehe.

Hubungi saya di sini:

Nurul Amani

whatsapp/sms/call: +6 013 5414548
email: amani048@gmail.com
                                        Facebook: https://www.facebook.com/nurul.amani.52 


Jom sihat, cergas dan ceria bersama saya! :)



Tuesday, October 8, 2013

anak-anak kucing saya


comel sangatttt... !!
ni baru berumur beberapa minggu..

Adik dan anak-anak wiki.

dari kiri;
Labu (sebab bulu dia kelabu-putih)
Toki (sebab ekor dia saja kaler hitam selain drp misai sebelahnya.. hahaha, eh.. ekor dalam bahasa dusun "tikiu".. last2 panggil Toki.) 
dan.. Ciku! Ciku tu hentam saja... hehe..
 
 dorang dah hafal nama masing2.. hahaha.. panggil saja nama.. confirm datang.



ragam tidur mereka.
arrggghh.. geram sangat!




Sunday, September 8, 2013

#1



Kematian hati seseorang itu dapat diketahui ketika ia meninggalkan ibadah, senang melakukan dosa, tidak peduli dengan sebutan yang buruk, merasa aman dari kemurkaan Allah dan mencela orang-orang soleh

(Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni)






Wednesday, June 19, 2013

Catering

Assalammualaikum.

hihihi.. senyum dulu. (^___^)

Word catering tu penuh makna! hehe.. upss.. dah terjatuh kat bidang yang saya tak pernah terfikir pun selama ni.

Baru-baru ni terima tempahan catering dari sekolah. haha.. percaya tak, saya dah jadi tukang masak..! Sampaikan umi sendiri suruh fikir nama syarikat and buat cop sebab perlukan cop untuk resit-resit yang dihantar. Tapi... buat masa ni pinjam dulu lah cop acik zaiton. tak sanggup selamanya sepenat ini. Nanti kena buat lesen perniagaan lagi pula... cukup laa kecil2 saja...

Selain tu, jual segala makanan yang saya tahu masak pada budak asrama. huh! tak termampu kaki dan tangan. Kesian tengok umi dan adik yang turut sama tolong... 

Hasil memang lumayan. tapi.......... kerja sangatlah penat!  sampaikan tak ada masa langsung nak buka laptop. Fesbuk pun rasanya hampir 2 minggu tak buka. So, kalau ada apa2, better contact saya di henpon.

Hari ni free sekejap sebab umi dah bertungkus lumus kemas rumah semalam dan cuci segala pinggan mangkuk. Kesian umi. kerja 24 jam. tidur pun 2-3 jam saja. Rasa macam nak marah budak2 asrama ni.. asyik buat hal saja... ketua warden aspuri tu entah apa fungsinya. Tinggal di asrama jadi warden tapi kerja hanya waktu persekolahan. Tak adil sungguh! 

huhu. cukuplah.... banyak kerja perlu disambung..

Sunday, June 9, 2013

Hidup Umpama Aiskrim!

Saja ja tu pilih topik aiskrimm.. sebab tadi baru je jenguk blog tuan punya 'kata2'.. =)

Ni gambar yang saya framekan bagi tujuh geng wakaka yang comei ni.. ada jugak yang tak dapat hadiah ni time konvo dahulu kala... sorry sangat..

Tu laaa... tadi tulis post pasal USM... automatik teringat mereka... huhu.. Dulu masa study memang tak sabar-sabar nak keluar.. sob3.. 

Apapun, hidup perlu diteruskan.. macam Cik Azieyan cakap.. Hidup umpama aiskrim, nikmati sebelum cair.. Zaman degree dulu dah 'cair'... tinggal memori... uwaaaa... rindu korang semua!

Tapi tak apa, yang penting korang tak cair.. hehehe... Jadi aiskrim yang sedap2 ye! Terutamanya cik butterfly!

eh... entah apa aku mengarut kat sini...!

lengkap satu geng!


Azyan, Mas dan Fadhilah sambung master.. Zaty dah keje jadi Engineer cabuk katanya. hehe. Huda jadi cikgu ganti sekarang.. Puan Salwa ni lepas ikut suami g jepun, dah lama sangat tak dengar kabar berita... dan saya? alamak.. tinggal saya yang terkapai2 kat bumi Borneo ni. Dah lah terbiar tak di-ambil peduli oleh mpob... aduh.. (lupakan..). cepatlah lepaskan saya mpob, senang saya nak pasang sayap terbang ke sana ke mari macam butterfly... 
 
okay. sudah. miss you all.. :')
 
 
 



Saya? Jadi model?


Suddenly... turn into a model! haha.. ada rasa nak muntah tak dengar?

blueekkk... hahaha..

Baru lah nampak segala hasil yang photographer masa konvo hari tu cakap... Akak tu cakap USM gunakan kami sebagai model dalam promotion untuk masuk ke USM... Mula-mula tak faham nak guna dan letak kat mana.. kakak tu cakap untuk booklet USM.. mungkin untuk bahagian pendaftaran, mungkin juga bahagian penerbitan...

well, jomm ke USM! hehe..

Pursue your dream? uhuu.. impian tak tercapai pun lagi.. moga-moga rezeki untuk mencapai impian tu akan tiba juga... :')



Ni dalam bentuk poskad pula.... aduh.. adakah USM beri poskad ni pada semua orang masa promotion?? huhu.. segan pulak..

ada lagi poster giant yang orang guna untuk jadi background picture mereka.. dan... ramai jugalah yang tag saya pada gambar-gambar poster tu.. macam picture bawah ni... yang Kak Najma tag.. perasan jugak kak ada muka saya ye.. hihi.


uhuuhh.... padahal jadi background je pun... tapi sama besar dengan orang yang kena ambik gambar... Sorrylah ye tuan gambar.. pinjam je picture awak... comel kan background tu? kekekeke...


# perasan jadi model jap.. hehe
# Ya Allah, izinkanlah saya capai impian saya..
# Kalau cik Siti baca post ni, saya nak bagitau awak.. saya dah berani bawa kereta.. ehehe.. doakan saya mampu beli kereta pulak ye.. =)


** Kalau ada rezeki, saya nak buat rumah dulu... huhu.. entah kenapa, saya tak rasa lagi Kg Libang tu seperti kampung saya... hampir semuanya saya tak kenal... huhu... saya target nak buat rumah di Kg Lohan.. tempat nenek sebelah Umi. Tapi... apapun keputusan Umi kelak, saya terima... 

** Kepada bakal Encik Suami, (eheemm... yg namanya masih tersimpan dalam Lauh Mahfuz) saya nak buat rumah dulu, baru nak kawen! melainkan awak orang kaya, boleh bagi hantaran rumah sebijik. haha.. doakan saya, agar dapat capai impian ni.. 

Saturday, April 27, 2013

Reunion




Assalammualaikum.. (^_^)

Sebenarnya.. Saya bosan. Tak tahu nak buat apa. 
Sejak kursus di Lahad Datu tergendala, sampai sekarang tak ada berita.
Terasa mahu terbang ke Pulau Pinang atau ke Selangor atau ke mana2. Paris pun boleh.. eh??
Tapi... Takut tiba2 dipanggil semula. Sebab kami masih terikat dgn kursus yang sepatutnya belum tamat.

kalau harga tiket pergi balik tu murah, dah lama terbang..

Okay. Tentang reunion.. 

ini sebenarnya minggu lepas punya cerita. tapi saya begitu malas buka blog. Reunion dgn kawan-kawan se-USM dulu... huh! ketawa sampai sakit tekak.. huahuahua. Penat tapi puas.Gambar2 ni banyak ambik dari Cath ja....



dek kerana kenakalan semua, yang berlagak seperti kanak-kanak ribena, kami dapat tiket 'Children' untuk masuk ke rumah terbalik. Dapat jugak air free.. hehe.. walhal, hanya naja seorang yg bergelar student.. tu pun ambik master.


The Upsidedownhouse. 
Posisi tepi tumah ni kurang menarik. hehe..
dari depan nampak lebih real. tapi malas nak upload banyak2.
 Malamnya, sambutan birthday surprise untuk Dith & Athur di Kenny Rogers. Semmart lah encik 'Kenny' tolong snap picture..

Sempat juga pegi ke akuarium UMS dengan naja sebagai 'pemandu pelancong'. haha.. Dia buat research di sana, dapat juga masuk free tanpa charge.

nemo and friends.. 
penuh satu akuarium dengan watak2 dalam cerita nemo. cuteee!!! 
tapi tak dapat ambik semua picture watak2 kenit ni.. laju sangat berenang..


okay. sudah. sambung tersenyum...

Tuesday, March 12, 2013

Realiti bukan Fantasi.

Hidup bukan filem. 

Bila heroin/hero suka orang tertentu pasti akhirnya akan bersama. Biarpun hero tu jahat pada mulanya, dia akan berubah jadi baik dan bersama heroin akhirnya.

huh, kalau dalam filem, perubahan tu memang senang diterima. Kita pun satu.. mahu endingnya yang happy. Biarlah hero bersama heroin kerna sudah banyak pengorbanannya untuk berubah..

macam... cerita nora elena? eh.. hmm..

Tapi realitinya, perubahan 'jahat kepada baik' bukan suatu yang mudah. Okay, mungkin bukan jahat, tapi kurang baik. (not 100% jahat lah...)

di sana, perlunya takwa, insaf, taubat, istiqamah dan tawakal.

ada bezanya antara orang yang hanya ingin berubah dan orang yang sedang berubah..

okay, saya confuse. T_T

mungkin betul, mereka perlu diberi peluang..
saya pun sama saja seperti mereka; kita manusia biasa.

jadi, perlukah saya beri sekali lagi peluang....?

yang penting sekarang, jangan buang masa.. berubahlah! biar sentiasa maju ke hadapan.

tak kiralah mahu berubah jadi apa.. ultramen ka.. superman ka..
yang penting, tujuannya satu: kerna  ALLAH.

walau banyak mana pun salah dan silapku.. impianku tetap dan tetap adalah syurga..

biar jatuh, tetap mahu bangun semula. biar akhirnya dapat yang baik..


# ingin jadi wanita yang solehah.. yang sebenar2nya.
# Allah, kadang aku rasa tak mampu untuk hadapi ujianMu.. Tapi, bila fikir balik.. sebenarnya aku mampu. cuma bila berfikir saat hati dan fikiran lemah, aku benar2 rasa tak mampu..





Saturday, March 2, 2013

Benta Wawasan

hehehe... ini kisah II; sambungan pada kisah post sebelum ni... kononnya mahu update sekali tp terlebih panjang. Cukup kisah tentang perang. Sekarang perang hati pulak. ceh... hehe..

Pagi pada hari bermulanya praktikal, saya lihat ini semasa buka pintu rumah; 

Subhanallah.. Indah kan?

Inilah tempat praktikal saya; Ladang Selangan Batu, Benta Wawasan, Tawau, Sabah. hehe.. tempat ni cantik sangat... Tempat tinggal macam zaman koboi punya.. haha... Tapi bilik beraircon.. kami tinggal berempat. 2 lelaki, 2 perempuan; saya, Erni, Almee dan Doktor Azmi (haha.. doktor lagi muda dari saya!). Style hotel yang kampung kampung.. Rumah 5 bilik, 3 ruang tamu, setiap bilik ada bilik air, dan dapur self service.. hehe.. tak terasa langsung tinggal di rest house. macam rumah betul2.


Rest house tempat kami tinggal. Macam suasana di luar negara pun ada kan? hehe.. apatah lagi sekarang ni ada penghuni baru dari London. Perghh.. saya malas berspeaking!

Selepas hari pertama kerja office, kononnya belajar management dulu sebelum turun field. Tiba-tiba saya dapat arahan dari Assistant Manager. Dia cakap macam ni..

"Kamu (matanya mengarah pada saya), besok tak perlu ke office 1 minggu. Saya nak kamu masak untuk saya dan Tuan Zak. dan kamu (untuk kawan saya) datang office belajar."

errkkk.. hari pertama saja, saya dah dibuli. T_T

Pengurus rest house bercuti seminggu. Tak ada yang masak untuk para VIPs konon lah.. 
Tuan Amin, saya tak tahu masak!!! huhu... Sudahlah setting meja makan pun macam cara org puteh!! 

ish3.. Finally, selepas 2 hari saya tak datang office, Tuan Manager, Sir William perasan yg saya tak masuk office. Habis Tuan Assistant kena marah manager.. hahahahaha..

Tapi, dapat pulak arahan baru; pagi sediakan sarapan, then pergi office. balik jam 11am, masak lunch dan kemudian pergi office semula. errrr.... lagi teruk daripada jadi tukang masak sepenuh masa!

Takpa... praktis untuk jadi suri rumah.. hehe..

Tapi masak untuk orang ni agak mencabar.. Almee yg anak orang kaya (gila rumahnya sebesar istana!) pun sampai turun dapur tolong saya masak. Kasihan sungguh dia tengok saya kelam kabut. Sedangkan Azmi balik dari klinik pun terus2 tolong saya urus dapur.. Apatah lagi Erni si gadis Murut. (T_T)~

Alhamdulillah punya housemate yang sangat prihatin. Hampir2 rasa tak mampu.. 

Kemuudian, dapat lagi arahan baru dari Tuan Manager, kena turun master call (untuk check semua pekerja) pada jam 5.45am setiap pagi. OKEY SIR!!!

huh. penat usah dikata. 

Syukurlah makcik sudah balik dari bercuti.. minggu depan senang sikit kerja.. hanya perlu masak untuk kami makan tengah hari.. The VIPs will be handled by makcik. hehe..


Sebaik saja tamat MasterCall jam 6.10am, matahari pun mula terbit ceria... (^___^)


Dengan itu, sekianlah cerita saya... hehehe.

#Tak sabar untuk ke Oil Palm Nursery di Ladang Binuang tempat Mirdha dan Misa.. Ceh.. bajet nak tunjuk uniform keselataman yang smart. Sama color pulak tu dengan Tuan Assistant Manager... #

#Pergi Binuang macam masuk ke dalam cerita kartun.. Bukit bukau dia comel macam sebuah lukisan kartun.. Matahari terbit dan terbenam pun Subhanallah, cantik tak terkata..#







Perang??

Wahhh... lama tak update! rindu dengan blog ni... Sejak semester 3 hari tu memang kehidupan jadi 2 kali ganda busy. Habis saja exam, terus masuk praktikal... tak sempat pun nak hirup udara segar Lahad Datu, dah 'dihalau' ke Tawau.. 

Banyak sungguh nak cerita. Pertama, Lahad Datu. Mesti 1 Malaysia kini sibuk dengan isu perang di sana. Alhamdulillah.. Felda tak izinkan kami praktikal di Felda Sahabat dekat dengan Kg Tonduo.. Ada juga hikmahnya pihak Felda tolak permohonan.. Walaupun kami terpaksa pergi jauh ke Tawau, at least.. jauh dari tempat kejadian yang hampir kpd peperangan.. 

Hari tu sempat ke Felda Sahabat 16 selepas 2 minggu pencerobohan. Masa Encik Faisal ajak ke rumahnya.. Tempat tu lebih kurang dlm 2-3km dari Sahabat 17 yang dipenuhi oleh polis dan pasukan keselamatan negara. Banyak sekatan jalan.. Masa lalu waktu subuh pun mereka masih berdiri menjaga setiap simpang jalan.. Setia memegang senapang..




Tapi sy tak ambil gambar pun masa di Felda.. ni ambil masa bergerak ke Tawau.. dalam 150km dari tempat kejadian pun still ada sekatan jalan.. Kecewa dengan segelintir orang yang hanya tahu menghentam pihak lain.. Sedangkan, tak merasa sendiri apa yang berlaku.. dan tak tahu pun tentang selok belok undang-undang tapi mengkritik bagai nak rak pada pasukan keselamatan... 

Saya pun tak tahu nak percaya sumber yang mana satu.. bila kata tv dan media tak boleh percaya, facebook lagi lah tak boleh percaya.. kesimpulannya, percaya pada hati. Lihat dengan mata, fikir dengan minda.. Usah mengkritik sesiapa pun.. Doa itu adalah yang terbaik untuk semua.. Untuk negara, sahabat, keluarga dan pasukan yang bertungkus lumus selama beberapa minggu menjaga keselamatan awam..

Lebih kecewa bila ada yang cakap, Sabah tak sepatutnya masuk dalam Malaysia bila pencerobohan ini telah menggadaikan 2 nyawa ahli pasukan keselamatan. (Takziah untuk mereka.. al Fatihah.. Moga Allah merahmati allayarham.. saya pun nangis, apatah lagi keluarganya.. moga kalian semua tabah..)

Beri pendapat tak salah.. tapi mengkritik secara berlebihan, bukan caranya.. jika tak tahu kesahihan sumbernya, lebih baik berdiam diri.. Kita tak tahu, tanpa sedar, kita telah menyebar fitnah... wallahu'alam..
 
Semoga segalanya berakhir.. Encik Faisal pun kalut.. time demam2 drive pulang ke LD yang ambil masa 8 jam perjalanan.. Moga dia dan keluarga selamat. Begitu juga dengan Encik Yusof, Encik Jeanus dan Encik Ahmad.. Moga semuanya selamat.. huhu.. ramainya sahabat di Lahad Datu.. 

Encik Ahmad jugalah yang paling setia beri update.. Terima Kasih! :)

Moga Allah melindungi kalian...

#minggu depan akan kembali ke Lahad Datu#



 

Sunday, February 3, 2013

Malam di Hutan Hujan Tropika

Apa perasan bila berada di tengah2 hutan hujan tropika? hehe.. masuk 70km jauh ke dalam hutan belantara yang terbesar di Malaysia. :)

Minggu lalu, kami berpeluang tinggal dalam hutan di tempat Prince William & isteri dia datang melawat.. & off course lah dorg tu tinggal di Borneo Rainforest Lodge yang harganya mencecah ribuan ringgit. ($_$) Ahh.. lupakan mereka. Royal family datang bukan masa kami ke sana.

Destinasi kali ini; Danum Valley.

Mr Cyril cakap, biodiversity yang ada di sini antara yang terbaik di seluruh dunia. Siapa dia? Search ja lah 'Cyril Pinso' di google. Pensyarah kami ni terdiri dari barisan insan2 yang terkenal di mata dunia.. begitu juga dengan Dr Chan Kook Weng dan pensyarah lain. Mereka melihat dari perspektif yang berbeza dengan pensyarah2 universiti.. Sebab semua sebenarnya bukan seorang 'cikgu' tapi orang yang melibat diri secara aktif dalam industri sawit. Malah ada antara mereka yang gajinya mencecah RM50, 000 SEHARI. gila. itu satu angka yang tak pernah terfikir dek akal kecil saya ni. 
 
okey.. kembali ke Lembah Danum..
 
Sesuai tak jadi background untuk cerita hantu?? he he he. hostel yang panjang ni boleh muat 80 katil.
 
Tempat ni memang dikira selesa bila tinggal dalam hutan belantara yang TAK ADA elektrik dan line telefon. Beberapa forester dan saintis dari luar negara pun tinggal sekali dengan kami di hostel ni..
 
Terbangun jam 2 pagi, terkejut dengan keadaan gelap gelita. Seingat saya, sebelum tidur,  lampu dan kipas berpasang. Rupa2nya generator ditutup jam 1 - 7 pagi. Tak cukup dengan tu, bunyi babi hutan pulak.... agaknya 'mereka' beramai2 menggesel badan di tiang hostel. (T__T) fuuhh seram!!! Last2 tarik selimut, tutup mata, tidur balik.
 
Nah, layanlah gambar. nak cerita memang terlebih panjang dan lebar. kalah tesis degree saya dulu. Pengalaman paling best dan thriller. hahahaha.
 
Biarlah keadaannya biasa-biasa. Tapi, pengalamannya 5 star. Daripada tinggal di hotel mewah, yang dapatnya cuma katil empuk.  =)
 
Teringat kata-kata Dr Chan, we are at a place where it has the highest level of oxygen. The fresher air in the world. Let preserve it. 

Oil Palm plantation bermula dari hutan belantara. Sebab tu kami kena datang merasa dulu kenapa perlunya belajar biodiversity.

eh.. lupa. gambar... hihi

 June si rusa betina yang jinak. Suka datang dekat cafe dengan anaknya April..

Kami naik menara di puncak bukit untuk tengok matahari terbit. Tapi sedih.. awan mendung. Cuma dapat lihat embun pagi naik ke udara. Punya tinggi tu bukit!! tak pasal2 bersenam awal pagi.

ohhoo~ 1 Februari saya dimulakan dengan gigitan pacat! Tak pasal2 saya menjerit di atas menara. Kalau gigit di kaki, takdalah saya terkejut.. Ni tak.. pegi gigit dekat perut. argghh..
Hai lah pacat.. kenapa kau target perut? kawan2 perempuan yang lain pun semua kena di perut...
 
mesti sebab banyak lemak sana kan? kan?
ish3..