Sunday, February 3, 2013

Malam di Hutan Hujan Tropika

Apa perasan bila berada di tengah2 hutan hujan tropika? hehe.. masuk 70km jauh ke dalam hutan belantara yang terbesar di Malaysia. :)

Minggu lalu, kami berpeluang tinggal dalam hutan di tempat Prince William & isteri dia datang melawat.. & off course lah dorg tu tinggal di Borneo Rainforest Lodge yang harganya mencecah ribuan ringgit. ($_$) Ahh.. lupakan mereka. Royal family datang bukan masa kami ke sana.

Destinasi kali ini; Danum Valley.

Mr Cyril cakap, biodiversity yang ada di sini antara yang terbaik di seluruh dunia. Siapa dia? Search ja lah 'Cyril Pinso' di google. Pensyarah kami ni terdiri dari barisan insan2 yang terkenal di mata dunia.. begitu juga dengan Dr Chan Kook Weng dan pensyarah lain. Mereka melihat dari perspektif yang berbeza dengan pensyarah2 universiti.. Sebab semua sebenarnya bukan seorang 'cikgu' tapi orang yang melibat diri secara aktif dalam industri sawit. Malah ada antara mereka yang gajinya mencecah RM50, 000 SEHARI. gila. itu satu angka yang tak pernah terfikir dek akal kecil saya ni. 
 
okey.. kembali ke Lembah Danum..
 
Sesuai tak jadi background untuk cerita hantu?? he he he. hostel yang panjang ni boleh muat 80 katil.
 
Tempat ni memang dikira selesa bila tinggal dalam hutan belantara yang TAK ADA elektrik dan line telefon. Beberapa forester dan saintis dari luar negara pun tinggal sekali dengan kami di hostel ni..
 
Terbangun jam 2 pagi, terkejut dengan keadaan gelap gelita. Seingat saya, sebelum tidur,  lampu dan kipas berpasang. Rupa2nya generator ditutup jam 1 - 7 pagi. Tak cukup dengan tu, bunyi babi hutan pulak.... agaknya 'mereka' beramai2 menggesel badan di tiang hostel. (T__T) fuuhh seram!!! Last2 tarik selimut, tutup mata, tidur balik.
 
Nah, layanlah gambar. nak cerita memang terlebih panjang dan lebar. kalah tesis degree saya dulu. Pengalaman paling best dan thriller. hahahaha.
 
Biarlah keadaannya biasa-biasa. Tapi, pengalamannya 5 star. Daripada tinggal di hotel mewah, yang dapatnya cuma katil empuk.  =)
 
Teringat kata-kata Dr Chan, we are at a place where it has the highest level of oxygen. The fresher air in the world. Let preserve it. 

Oil Palm plantation bermula dari hutan belantara. Sebab tu kami kena datang merasa dulu kenapa perlunya belajar biodiversity.

eh.. lupa. gambar... hihi

 June si rusa betina yang jinak. Suka datang dekat cafe dengan anaknya April..

Kami naik menara di puncak bukit untuk tengok matahari terbit. Tapi sedih.. awan mendung. Cuma dapat lihat embun pagi naik ke udara. Punya tinggi tu bukit!! tak pasal2 bersenam awal pagi.

ohhoo~ 1 Februari saya dimulakan dengan gigitan pacat! Tak pasal2 saya menjerit di atas menara. Kalau gigit di kaki, takdalah saya terkejut.. Ni tak.. pegi gigit dekat perut. argghh..
Hai lah pacat.. kenapa kau target perut? kawan2 perempuan yang lain pun semua kena di perut...
 
mesti sebab banyak lemak sana kan? kan?
ish3..
 
 
 
     

4 comments:

  1. huhuhu... hari ni baru rasa gatal sgt kat tmpt gigitan tu... sampai 2 pacat naik g bdn... huhu

    ReplyDelete
  2. ermm..geli tgk jp..huhu...
    tp seronok nye baca..cm best je kursus amani pegi

    ReplyDelete
  3. hehe.. best r... tp ada jugak yg tak bestnye... hee.. yg tak best tu malas nak cite...

    ReplyDelete