hehehe... ini kisah II; sambungan pada kisah post sebelum ni... kononnya mahu update sekali tp terlebih panjang. Cukup kisah tentang perang. Sekarang perang hati pulak. ceh... hehe..
Pagi pada hari bermulanya praktikal, saya lihat ini semasa buka pintu rumah;
Subhanallah.. Indah kan?
Inilah tempat praktikal saya; Ladang Selangan Batu, Benta Wawasan, Tawau, Sabah. hehe.. tempat ni cantik sangat... Tempat tinggal macam zaman koboi punya.. haha... Tapi bilik beraircon.. kami tinggal berempat. 2 lelaki, 2 perempuan; saya, Erni, Almee dan Doktor Azmi (haha.. doktor lagi muda dari saya!). Style hotel yang kampung kampung.. Rumah 5 bilik, 3 ruang tamu, setiap bilik ada bilik air, dan dapur self service.. hehe.. tak terasa langsung tinggal di rest house. macam rumah betul2.
Rest house tempat kami tinggal. Macam suasana di luar negara pun ada kan? hehe.. apatah lagi sekarang ni ada penghuni baru dari London. Perghh.. saya malas berspeaking!
Selepas hari pertama kerja office, kononnya belajar management dulu sebelum turun field. Tiba-tiba saya dapat arahan dari Assistant Manager. Dia cakap macam ni..
"Kamu (matanya mengarah pada saya), besok tak perlu ke office 1 minggu. Saya nak kamu masak untuk saya dan Tuan Zak. dan kamu (untuk kawan saya) datang office belajar."
errkkk.. hari pertama saja, saya dah dibuli. T_T
Pengurus rest house bercuti seminggu. Tak ada yang masak untuk para VIPs konon lah..
Tuan Amin, saya tak tahu masak!!! huhu... Sudahlah setting meja makan pun macam cara org puteh!!
ish3.. Finally, selepas 2 hari saya tak datang office, Tuan Manager, Sir William perasan yg saya tak masuk office. Habis Tuan Assistant kena marah manager.. hahahahaha..
Tapi, dapat pulak arahan baru; pagi sediakan sarapan, then pergi office. balik jam 11am, masak lunch dan kemudian pergi office semula. errrr.... lagi teruk daripada jadi tukang masak sepenuh masa!
Takpa... praktis untuk jadi suri rumah.. hehe..
Tapi masak untuk orang ni agak mencabar.. Almee yg anak orang kaya (gila rumahnya sebesar istana!) pun sampai turun dapur tolong saya masak. Kasihan sungguh dia tengok saya kelam kabut. Sedangkan Azmi balik dari klinik pun terus2 tolong saya urus dapur.. Apatah lagi Erni si gadis Murut. (T_T)~
Alhamdulillah punya housemate yang sangat prihatin. Hampir2 rasa tak mampu..
Kemuudian, dapat lagi arahan baru dari Tuan Manager, kena turun master call (untuk check semua pekerja) pada jam 5.45am setiap pagi. OKEY SIR!!!
huh. penat usah dikata.
Syukurlah makcik sudah balik dari bercuti.. minggu depan senang sikit kerja.. hanya perlu masak untuk kami makan tengah hari.. The VIPs will be handled by makcik. hehe..
Sebaik saja tamat MasterCall jam 6.10am, matahari pun mula terbit ceria... (^___^)
Dengan itu, sekianlah cerita saya... hehehe.
#Tak sabar untuk ke Oil Palm Nursery di Ladang Binuang tempat Mirdha dan Misa.. Ceh.. bajet nak tunjuk uniform keselataman yang smart. Sama color pulak tu dengan Tuan Assistant Manager... #
#Pergi Binuang macam masuk ke dalam cerita kartun.. Bukit bukau dia comel macam sebuah lukisan kartun.. Matahari terbit dan terbenam pun Subhanallah, cantik tak terkata..#
waahhh kak mmg #awesome praktikal d selangan batu ni...
ReplyDeletenice blog akak ni