Wahhh... lama tak update! rindu dengan blog ni... Sejak semester 3 hari tu memang kehidupan jadi 2 kali ganda busy. Habis saja exam, terus masuk praktikal... tak sempat pun nak hirup udara segar Lahad Datu, dah 'dihalau' ke Tawau..
Banyak sungguh nak cerita. Pertama, Lahad Datu. Mesti 1 Malaysia kini sibuk dengan isu perang di sana. Alhamdulillah.. Felda tak izinkan kami praktikal di Felda Sahabat dekat dengan Kg Tonduo.. Ada juga hikmahnya pihak Felda tolak permohonan.. Walaupun kami terpaksa pergi jauh ke Tawau, at least.. jauh dari tempat kejadian yang hampir kpd peperangan..
Hari tu sempat ke Felda Sahabat 16 selepas 2 minggu pencerobohan. Masa Encik Faisal ajak ke rumahnya.. Tempat
tu lebih kurang dlm 2-3km dari Sahabat 17 yang dipenuhi oleh polis dan pasukan keselamatan negara. Banyak sekatan jalan.. Masa lalu waktu subuh pun mereka masih berdiri menjaga setiap simpang jalan.. Setia memegang senapang..
Tapi sy tak ambil gambar pun masa di Felda.. ni ambil masa bergerak ke Tawau.. dalam 150km dari tempat kejadian pun still ada sekatan jalan.. Kecewa dengan segelintir orang yang hanya tahu menghentam pihak lain.. Sedangkan, tak merasa sendiri apa yang berlaku.. dan tak tahu pun tentang selok belok undang-undang tapi mengkritik bagai nak rak pada pasukan keselamatan...
Saya pun tak tahu nak percaya sumber yang mana satu.. bila kata tv dan media tak boleh percaya, facebook lagi lah tak boleh percaya.. kesimpulannya, percaya pada hati. Lihat dengan mata, fikir dengan minda.. Usah mengkritik sesiapa pun.. Doa itu adalah yang terbaik untuk semua.. Untuk negara, sahabat, keluarga dan pasukan yang bertungkus lumus selama beberapa minggu menjaga keselamatan awam..
Lebih kecewa bila ada yang cakap, Sabah tak sepatutnya masuk dalam Malaysia bila pencerobohan ini telah menggadaikan 2 nyawa ahli pasukan keselamatan. (Takziah untuk mereka.. al Fatihah.. Moga Allah merahmati allayarham.. saya pun nangis, apatah lagi keluarganya.. moga kalian semua tabah..)
Beri pendapat tak salah.. tapi mengkritik secara berlebihan, bukan caranya.. jika tak tahu kesahihan sumbernya, lebih baik berdiam diri.. Kita tak tahu, tanpa sedar, kita telah menyebar fitnah... wallahu'alam..
Semoga segalanya berakhir.. Encik Faisal pun kalut.. time demam2 drive pulang ke LD yang ambil masa 8 jam perjalanan.. Moga dia dan keluarga selamat. Begitu juga dengan Encik Yusof, Encik Jeanus dan Encik Ahmad.. Moga semuanya selamat.. huhu.. ramainya sahabat di Lahad Datu..
Encik Ahmad jugalah yang paling setia beri update.. Terima Kasih! :)
Moga Allah melindungi kalian...
#minggu depan akan kembali ke Lahad Datu#
No comments:
Post a Comment