Friday, December 23, 2011

Sebutir mutiara.



Ini kisah sebutir mutiara
yang tinggal di dasar lautan
yang tersimpan dalam kelembutan isi
yang terpelihara dari sang ombak yang menghanyutkan

tak pernah disentuh
tak pernah dirobek isinya

diam di situ, di tempat perlindungannya

kecantikannya adalah misteri
keindahannya adalah rahsia

ahhh.. mutiara..
saban hari mendengar desas desus, tanpa bukti.
dia cantik! dia indah!
tapi cantik dan indah yang bagaimana?
kerana segalanya adalah kemisterian
disebalik tempat perlindungannya

lantas terdetik sang mutiara, 
mahu perlihatkan pada seisi lautan
bahawa dirinya benar-benar indah

keluarlah ia, menyerlahkan keindahannya
terpana, terpaku seisi lautan. 
dia cantik, dia indah.

tapi, dia lupa..
ombak sangat deras
hanyutlah ia..
dari daerah kebiasaannya.

..................................

Wanita, jika kau adalah mutiara. Jadilah mutiara yang tersimpan. Biar misteri, biar rahsia. Jangan biar dirimu hanyut, pada sentuhan kasih yang melalaikan.....

kesukaanmu, tidak semestinya adalah kebaikanmu.
ketidaksukaanmu, tidak semestinya adalah keburukan bagimu.
Kerana itu, adalah rahsiaNya.

Seindah hiasan, adalah wanita solehah.

Ya Rabbi, izinkan aku untuk jadi salah satu hiasan yang terindah...
...yang terpelihara.







2 comments:

  1. alhamdulillah...syukron ya atas karya ini...teruskan bermujahadah ye ukhti..salam ukhuwah daripada ana ^_^

    ReplyDelete