Tuesday, December 27, 2011

Fitrah Baik


Fitrah setiap insan adalah baik. kerana itu, semua mengharap kebaikan... Jalan lurus nampak mudah untuk dilalui, tapi hati kita selalu saja leka untuk melangkah ke jalan yang bersimpang siur. Kerana keindahannya mengaburi mata.

Baik tak semestinya adalah yang indah, kadang ia boleh jadi sangat pahit dan menyakitkan. Tapi, segala kebaikan akan berakhir dengan keindahan biarpun sebelumnya adalah pahit.

Mahu jadi baik adalah niat yang mudah. Namun, melaksanakannya adalah ujian yang penuh cabaran. Kerana nafsu dan syaitan akan bergerak seiring dengan niat dan akan sentiasa cuba merobekkan tirai kebaikan. Tanpa putus asa.

Maka, teguhlah. Jangan berputus asa untuk kembali kepada fitrah.

"Dan sifat-sifat baik itu, tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan besar. Dan jika syaitan menggangumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.."

-Fussilat:35-36-



No comments:

Post a Comment