Sunday, September 13, 2009

JANGAN JADI KERBAU!!


Jangan jadi kerbau yang hanya bergerak mengikut rentak tali yang diikat pada hidungnya. Manusia diciptakan dengan akal fikiran, maka gunalah ia ke jalan yang benar…

Seawal pejalanan hidupku, aku kurang mengenal agama. Dulu aku hanya berfikiran, aku Islam kerana ibu bapaku Islam.. Tanpa ada jalan yang terang, aku hanya ikut jalan yang disuluh oleh keluargaku.. Tapi keadaan mula berubah.. Apabila aku mendapat tawaran masuk ke sekolah agama berasrama penuh..

Proses pentarbiyahan bermula dari sini. Berkembang secara perlahan dari satu peringkat ke satu peringkat.. Ilmu tentang iman perlu dicari.. Kalau hanya datang ke kelas, takkan ada maknanya tanpa niat yang benar.. Sebab itulah, walaupun berbuih mulut Ustaz bercerita tentang Rukun Islam dan Iman, ramai yang masih tak mengamalkannya.. firman Allah;

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka" (13:11)

Menutup aurat dan solat saja tidak cukup, masih perlu ditambah dengan segala macam perencah pemanis iman. Syukur Alhamdulillah, kemudian aku dapat tawaran ke matrikulasi yang lebih mendidik aku menjadi seorang insan dan aku bukan lagi seorang 'kerbau'.. Namun begitu, aku tetap bukan seorang yang sempurna.. Malah masih jauh untuk ke level menghampiri sempurna..

Alhamdulillah, berkat perubahan itu, keluarga aku perlahan-lahan turut berubah.. Semoga Allah merahmati kedua ibu bapaku.. Kepada insan yang belum sedar, sedarlah.. Kembalilah ke pangkal jalan..

Pesanku pada saudara sekalian, jangan terus-menerus mengikut arus yang tak tahu hala tujunya. Tetapkanlah matlamat. Siapa tahu, Si Kerbau itu sebenarnya ditarik untuk melakukan kerja berat, malah mungkin juga dikorban.. Tapi bertuahnya kerbau kerana tak dihisab amalannya.. Maka, pilihlah jalan yang benar, jalan yang terang dengan cahaya hidayah, cahaya taufik, cahaya maghfirah, cahaya makrifah dan Nur yang Allah sediakan.. Kajilah agama, carilah kebenaran di dalamnya.. InsyaAllah, siapa yang ikhlas mencari akan bertemu kebenaran tersebut.. Apalah maknanya kita menganuti agama tanpa sedar hikmah yang ada di dalamnya.

Sama seperti kita masuk ke perpustakaan, tapi tak membaca apa-apa, sekadar menghidu bau-bauan buku atau menyelak buku. Saudara, akan masukkah segala ilmu dalam buku tersebut ke dalam minda? Tidak. Saudara perlu membacanya, malah bukan saja membaca, tapi memahami dan mengamalkannya. Demikian barulah ilmu akan masuk dengan rela hati ke dalam jiwa pencari ilmu.. Aku percaya, saudara sekalian sudah begitu lama menuntut ilmu. Maka prinsip 'baca buku' ini begitu mudah untuk difahami.. Ilmu takkan masuk kalau kita hanya memegang buku itu kan?

Saudara insan yang berakal, maka gunalah ia untuk berfikir dan bertindak.. Ingat, JANGAN JADI KERBAU!!
Wallahu'alam.. Semoga Allah melimpahkan nur hikmahNya pada hamba yang mengharapnya..

No comments:

Post a Comment