Saturday, January 8, 2011

Pohon Hijau

Taken somewhere from internet..


Pohon Hijau

Pohon hijau itu berdiri kaku
Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan

Angin yang menderu
Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan

Untukmu teman bajailah hidupmu
Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan

Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh

Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran

Pohon hijau itu yang dulu kaku
Kini mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Bila kejayaan sudah digenggaman
Ingat-ingat teman kita kan pulang

Pohon hijau itu kini kaku
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu
gugur di taman ini

 Saat kematian, pasti akan tiba.. Jangan pernah lupa tentang MATI.


Ini lagu lama dari kumpulan Brothers.. tiba2 saja lagu ni menyentuh hati ana malam ni... Kisah kehidupan manusia ni sama seperti pohon.. Muzik & liriknya sangat sesuai.. Mula-mula lagunya perlahan kemudian rancak dan kembali perlahan... Sama seperti manusia, lahir ke dunia, dari tak tahu berbuat apa2, jadi tahu.. Waktu 'tahu' tu semestinya hidup takkan slow.. Seperti apa yg ada pada lagu, hidup kita ni pasti akan ada ombak badainya.. Kemudian, saat kita kembali lemah tiba.. Apapun yang berlaku, bertahanlah dengan keimanan.. 


Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan

Moga, keredhaan itulah yang ana sentiasa damba.. bukan yang lain.. tidak yang lain.. hanya Allah.. 

nota 1:
try laa dengar lagu ni.. moga bermanfaat..

Friday, January 7, 2011

Fotokopi

Minda padat dengan segala hal~!! Serabut....

PENAT + SIBUK~!!

Itu saja lah yang ana mampu kata sepanjang buat kerja part time. Habis kuliah, ana berkejar pula pegi kerja... huhu... dengan otak separa serabut, berhadapan dengan pelanggan... haaa... otak ana pun jadi serabut... Banyak benda ana lupa.. Terutamanya due date assignment... (T_T)~

Jomm... berkenal2an dengan kerja part time ana: Fotocopy girl.. hehe..

Tadaaa~ macam ini lah 2 mesin fotocopy di kedai yang memeningkan kepala ana..
Suka benar kertas2 tersangkut di dalam... terpaksalah ana jadi mekanik sementara.

Adakalanya, seronok juga buat part time ni... ana boleh belajar banyak benda baru... tapi, huhu... ana still dalam proses membiasakan diri dengan kesibukan dan keletihan. Pagi & petang kelas. Then, sambung buat part time.. kalau malam ada meting, lagi lah serabut otak ana..

Tak campur dengan assigment yang berlambak lagi... (-_-")

So, jangan hairanlah kalau sehari... banyak kesilapan ana buat...

Dalam seminggu, boleh kot sampai tinggi mcm ni kertas2 yang silap...
kertas sangkut,
salah dengar berapa copy yg customer minta..
minta 7 tapi terbuat 17.. huhu.. 
ataupun silap scan...
banyak jugalah pembaziran pokok berlaku..

Sometime.. eh.. bukan sometime, tapi selalu.. ada yang bagi 1 buku untuk copy.
& cakap nak ambik malam ni juga!
huhh~!!

orang macam ni memang takda consideration... or maybe dia tak tahu mcm mana pening nak copy buku.. huhu... ana mesti akan cakap,

"sorry kak.. kalau buku, saya boleh jamin siap kalau ambil 2 hari kemudian.. "

bukan senang ye... kerana buku2 yang korang hantar tu lah ana terpaksa buat overtime.. Lepas kedai tutup 10pm baru ana buat buku2.. 1 buku setebal seinci, boleh ambik masa lebih 1 jam... huhu...

"kak, nak fotostet semua buku 1 set..!!"

haaa... klu korang buat macam ni.. confirm ana lari.. huhu

Malam balik dalam kul 10-12pm. Setelah guna semua simpanan energy ana, fuhhhh~~ 

  I might look like this.. 

Malam dah tak mampu review apa2, balik mandi dan zzZZZZ..
That's why I might be forget all my academic stuff..
So, please remind me from time to time..

okeylah... itu saja dulu... ana ada kelas... habis kelas nanti pegi keja pula... hehe..

Have a nice Day!!


Thursday, December 30, 2010

Eja vs Baca

Try to read this.. (you can click the pic for enlargement.. hope it works..)


Beautiful of our mind.. 

Allah menciptakan kita berbeza dengan mahkluk lain dengan mengurniakan pada kita akal fikiran.. Mungkin kita tak pernah tahu sejauh mana akal kita mampu capai.. Tapi percayalah.. Otak kita sangat unik.. So, gunakan ia sebaiknya untuk perkara yang sebaiknya.. Kerana adanya akal, mana kita bakal dihisab dengan apa yang telah kita lakukan di muka bumi ini..

Wednesday, December 29, 2010

Warna-Warni Warna

Warna-Warni Dunia

Apa warna kegemaran anda?  hehe.. Jomm tengok maksud di sebalik warna.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, tak terkecuali datin dan dato, setiap warna punya identiti tersendiri. Warna-warna kegemaran kita, punya makna tersendiri juga...

Ahli psikologi merumuskan bahawa warna kegemaran mencerminkan personaliti kita, yang sebahagiannya dirumuskan seperti berikut:


MERAH

Warna merah lebih banyak dimaknakan dengan kemarahan dan hawa nafsu. Individu yang gemar warna merah merupakan seorang yang berwibawa dan suka melindungi orang yang lemah. 


(heee... nafsu yang baik.. harus dicontohi.. )


BIRU

Biru adalah manifestasi rasa keagamaa yang kuat, ketaatan dan cita-cita mulia yang ada pada diri. Individu biru sering dikaitakan sebagai seorang yang pemurung, menyenangkan dan pasif. Individu ni selalu mengharapkan kedamaian tetapi suka menyembunyikan perasaannya sehingga menghasilkan perhubungan interpersonak yang agak sulit.


(huh !? Biru warna kegemaran ana yang kedua. hmmm... setuju or tak?? hehe... ada betulnya juga..)


KUNING

Warna kuning banyak dikaitkan dengan kecerdasan. Gemar kepada warna kuning menunjukkan seseorang yang memiliki sifat optimis. Dia seorang yang periang, senang bergaul dan disukai oleh kawan.


(haaa... siapa minat warna kuning?? hehe..)

HITAM

Warna hitam lebih banyak diertikan sebagai fikiran yang negatif dan kadangkala memiliki jiwa yang bercelaru. Namun, individu ini sangat lincah dalam hal-hal tertentu. Jika berada dalam lingkungan yang tidak disukainya, dia akan berubah menjadi murung.


(Ada orang yang suka warna hitam kah?? belum pernah lagi ana jumpa..)


HIJAU

Warna hijau dikaitkan dengan sifat baik. Individu yang suka warna hijau cenderung sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dan udara yang sejuk dan selalu berpegang teguh pada prinsip.


(hehehe.... ana suka lihat hijau alam tapi tak gemar sangat warna hijau untuk benda2.. siapa yang suka?? ana nak suka pada dia.. kerna Rasulullah juga suka hijau.. ehehe...)

PUTIH

Individu yang menyukai warna putih mempunyai tingkat kerohanian yang tinggi. dia seolah-olah dilahirkan ke dunia dengan sempurna. Jika menyukai warna putih, ramai orang yang mengaguminya keran sifatnya yang anggun, idealis dan pekertinya yang tinggi. Tidak pernah angkuh, malah senang menolong siapa sahaja yang memerlukan.


(Tadaaaa~~ Inilah dia warna kegemaran ana yang pertama. So, jangan hairan kalau pakaian ana banyak warna putih.. huhu.. ana banyak pakaian warna putih.. tapi ana cuba untuk mengurangkan penggunaannya sejak kedapatan selalu pakai putih.. haha... tapi, betul ke apa analisis psikologi ni? hehehe..)


OREN

Individu yang menggemari warna oran selalunya bercita-cita tinggi.


(haha... harap maap penggemar oren.. ini saja hurainnya..)


COKLAT

Individu yang menggemari warna coklat dikatakan bersikap mementingkan diri sendiri.


(haha.. ni pun sama.. sikit saja huraiannya)


KELABU

Mereka yang menggemari warna kelabu selalunya nampak muram, sedih dan kadangkala ketakutan.


(Belum pernah jumpa orang yang minat kelabu..)


UNGU

Individu yang menggemari warna ungu memiliki peribadi yang benar-benar luar biasa. Dia selalu optimis. Dalam menghadapi masa hadapan, dia tak pernah ragu-ragu dan apa-apa yang dikerjakannya adalah yang terbaik.


(Waaaahhh.... Ana nak minat ungu juga.. boleh ke?? hehehe.. Tapi malangnya, ana tetap ana.. tak boleh transform jadi power ranger ungu. Personaliti diri ana sudah sebati dalam diri ana sendiri. hehe.. )

Banyak lagi cerita pasal warna.. Tapi untuk malam ni, ini sajalah dulu.. Ana nak pegi keja dulu.. huhu... Saja ana menyibuk buat post.. Cari something yang buat ana lupa keletihan ana.. Hari ni dah seminar dari pagi ke petang..  Malam pula ana kerja nak cari duit belanja.. hehe...

nota kecik:
Post ni ana buat b4 pegi keja tadi.. Tapi baru publish lepas balik dari keja.. hehe..

lagi nota kecik:
Saya sayang Nurul Amani.. So, sayangilah Nurul Amani juga.. huhuhuhu.. ana cakap apa ni?? (bingung sebentar dalam keletihan..)

Sunday, December 26, 2010

Ranau - Isu Murtad

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa ana berjalan2 di alam maya tadi, ana tertarik dengan satu berita yang dikeluarkan oleh berita harian online. Klik bawah untuk baca di laman web berkenaan.

Sabah kuatkuasa undang-undang murtad tahun depan

Satu input yang amat baru bagi ana... huhu.. Tanpa ana sedari, Ranau tempat asal ana rupanya mencatat jumlah murtad yang amat tinggi. Sampai ratusan individu.. (T_T)~

Pada perhimpunan baru-baru ini Usia Bahagian Ranau mendedahkan ratusan saudara baru di daerah itu kembali murtad. Usia mendakwa antara punca saudara baru kembali ke agama asal ialah kerana mereka terabai dan tidak mendapat bimbingan sewajarnya tentang Islam selepas mereka menganut agama suci berkenaan. 

Nampak sangat ana ni tak pernah ambil tahu hal ehwal daerah asal ana sendiri.. huk3.. Selalunya hanya mendengar cerita saudara-saudara baru masuk Islam.. Tapi rupanya agak berbeza daripada fakta yang telah dikeluarkan... terkejut juga ana membacanya... 

Tapi bila fikir-fikir balik.. bukan setakat saudara baru yang kurang bimbingan.. malahan mereka yang beragama Islam sejak lahir pun tidak kurang serupa keadaannya...  

hurmmm... macam mana ana nak tahu tentang semua ini.. Tiba2 saja ana rasa seperti katak di bawah tempurung.. Belajar tinggi ke menara gading.. Tapi pengetahuan am ana berada pada tahap primary school.. huk3.. 

ana ambil gambar Sg Liwagu Ranau ni dari google.. pinjam dulu ya.. 

Sahabat-sahabat yang dikasihi, jomm.. kita timpa segala ilmu di perantauan ini.. kelak, kita pasti kembali. menabur ilmu menyuburkan tanah-tanah milik hati yang gersang...

biar kenangan pahit tercatat,
biar duka lara terlakar,
pada tanah yang sentiasa kurindu,
namun, memori indah jua yang memenangi hati..
kerana itu, aku ingin terus berbakti.. 

cahaya harapan.