Sunday, December 26, 2010

Ranau - Isu Murtad

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa ana berjalan2 di alam maya tadi, ana tertarik dengan satu berita yang dikeluarkan oleh berita harian online. Klik bawah untuk baca di laman web berkenaan.

Sabah kuatkuasa undang-undang murtad tahun depan

Satu input yang amat baru bagi ana... huhu.. Tanpa ana sedari, Ranau tempat asal ana rupanya mencatat jumlah murtad yang amat tinggi. Sampai ratusan individu.. (T_T)~

Pada perhimpunan baru-baru ini Usia Bahagian Ranau mendedahkan ratusan saudara baru di daerah itu kembali murtad. Usia mendakwa antara punca saudara baru kembali ke agama asal ialah kerana mereka terabai dan tidak mendapat bimbingan sewajarnya tentang Islam selepas mereka menganut agama suci berkenaan. 

Nampak sangat ana ni tak pernah ambil tahu hal ehwal daerah asal ana sendiri.. huk3.. Selalunya hanya mendengar cerita saudara-saudara baru masuk Islam.. Tapi rupanya agak berbeza daripada fakta yang telah dikeluarkan... terkejut juga ana membacanya... 

Tapi bila fikir-fikir balik.. bukan setakat saudara baru yang kurang bimbingan.. malahan mereka yang beragama Islam sejak lahir pun tidak kurang serupa keadaannya...  

hurmmm... macam mana ana nak tahu tentang semua ini.. Tiba2 saja ana rasa seperti katak di bawah tempurung.. Belajar tinggi ke menara gading.. Tapi pengetahuan am ana berada pada tahap primary school.. huk3.. 

ana ambil gambar Sg Liwagu Ranau ni dari google.. pinjam dulu ya.. 

Sahabat-sahabat yang dikasihi, jomm.. kita timpa segala ilmu di perantauan ini.. kelak, kita pasti kembali. menabur ilmu menyuburkan tanah-tanah milik hati yang gersang...

biar kenangan pahit tercatat,
biar duka lara terlakar,
pada tanah yang sentiasa kurindu,
namun, memori indah jua yang memenangi hati..
kerana itu, aku ingin terus berbakti.. 

cahaya harapan.

No comments:

Post a Comment